Wednesday, August 31, 2011

Kerana-MU Aku Berubah

Kerana-MU Aku Berubah
Penulis: Ruhana Zaki
Terbitan: Karya Bestari
Harga: RM18.00

Ilmu ILAHI tiada kesudahannya. Semakin digali semakin tidak cukup. Oleh kerana itu, marilah kita menjadi hamba-NYA yang tawaduk, yang tidak malu untuk mengakui kesilapan diri. Elakkanlah menjadi insan yang bangga diri. Bergaullah dengan golongan yang bersih dan luhur lidah mereka, barulah kita kenal akan akhlak mulia.

Matlamat nyawa kita bukanlah di atas dunia semata-mata. Nyawa kita masih diperlukan di alam abadi nanti. Ketika itulah tingkah laku di dunia menjadi cagarannya. Nikmatilah setiap denyut nafas yang dipinjamkan-NYA mengikut acuan yang telah ditetapkan syariat. Cara hidup Islam bukan untuk menyusahkan sesiapa, sebaliknya menjanjikan kebahagiaan abadi yang berganda-ganda.

Kerana-MU Aku Berubah mengajak kita mencintai ILAHI dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. ALLAH S.W.T sudah ada janjinya. Yakinlah... DIA sentiasa menyediakan jalan pulang. Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh. Disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh.

Tuhan...Terimalah Aku

Tuhan...Terimalah Aku
Penulis: Dato' Hj Md Daud Che Ngah
Terbitan: Karya Bestari
Harga: RM16.00

TUHAN… Terimalah Aku adalah himpunan kisah benar yang dialami oleh jemaah haji atau umrah sewaktu di Tanah Suci. Matlamat buku ini ialah berkongsi pengalaman agar boleh dijadikan panduan bakal tetamu ALLAH S.W.T. Kisah negatif yang dipaparkan tidak berniat untuk menakut-nakutkan hasrat murni ke Tanah Suci, tapi semata-mata buat iktibar bersama.

Belajarlah daripada pengalaman ornag lain, moga kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Akurlah dengan hakikat… setiap kita tidak lepas daripada melakukan kekhilafan. Moga dengan iman dan ilmu yang tinggi serta sifat yang tawaduk atas dasar takwa dan redha, kita akan mendapat haji mabrur (yang diredhai) dengan rahmat ILAHI.

Di Mana Dia Di Hatiku?

Di Mana Dia Di Hatiku?
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Terbitan: Karya Bestari
Harga: RM15.00

Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-NYA, kita akan hilang arah dan diri senitiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah.
Orang yang cintakan ALLAH Akan tenang dengan mengingati-NYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendenga ayat-ayat-NYA.

Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagian yang hakiki dan abadi. Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA.

Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri… di mana letaknya kita di sisi ILAHI?

Antara yang menarik:

- Orang yang baik mati cepat?
- ALLAH Maha mendengar
- Rintih hati Mencari ILAHI
- Singkaplah Rahsia malam
- Serasikan tadbir dan takbir
- Kutiplah ilmu ALLAH

Tuesday, August 30, 2011

Manhaj Qiraat 10 Beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi Dan Matan Ad-Durrah

Manhaj Qiraat 10 Beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi Dan Matan Ad-Durrah
Penulis: Ustaz Haji Mohd Nazri Bin Abdullah
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM25.00

Al-Quran merupakan satu kitab mukjizat agung yang sering menjadi tumpuan kajian oleh segenap golongan ilmuwa dan cendekiawan. Tanpa berasa jemu, mereka mencedok segala ilmu yang terkandung di dalamnya. Ilmu Qiraat merupakan salah satu ilmu yang sangat berkait rapat dengan Al-Quran. Ia membincangkan kaedah pembacaan Al-Quran dengan pelbagai riwayat yang mutawatir daripada Baginda Rasulullah S.A.W. Kepentingan dan keutamaan ilmu ini adalah amat besar sekali kerana ia merupakan maklumat penting bagi mereka yang mempelajari ilmu pembacaan Al-Quran dengan pelbagai riwayat.

Adalah diharaapkan, dengan terbitnya buku ini, ia boleh dimanfaatkan oleh setiap individu yang ingin mendalami Al-Quran terutamanya bagi mereka yang ingin mendalami dan mengkaji ilmu Al-Qiraat. Ia sesuai dibaca dan dijadikan bahan bacaan untuk semua peringkat, terutamanya bagi golongan profesional, pusat pengajian tinggi, ma'ahad tahfiz dan para pelajar sekolah menengah yang ingin mendalami jenis-jenis bacaan Al-Quran.

Sembuh & Sihat dengan Solat

Sembuh & Sihat dengan Solat
Penulis: Abu Anas Solahuddin As-Said
Terbitan: Jasmin
Harga: RM20.00

Untuk Merawat Penyakit-Penyakit Fizikal & Mental Serta Tip Kesihatan dalam Gerak-Geri Solat

290 Nasihat Untuk Muslimah

290 Nasihat Untuk Muslimah
Penulis: Muhammad Najib, Nur Yasmin Zulaikha
Terbitan: Jasmin
Harga: RM20.00

Monday, August 29, 2011

Blogger Blog Blogging Untuk Semua

Blogger Blog Blogging Untuk Semua
Penulis: Rosli Jamal
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM24.00

Blog merupakan laman web yang memudahkan interaksi sepontan. Anda boleh berkongsi minat dan kepakaran melalui blog. Ini secara langsung menjadikan diri anda popular disamping membentuk satu komuniti yang akan memberi peluang perniagaan kepada anda.

Pelajarilah teknik untuk menjadi blogger yang diminati dan dipercayai. Jadikan komuniti blog anda sebagai tempat perkongsian maklumat, perasaan, dan wang. Ya! blog boleh menjadi sumber rezeki. Ketahuilah cara menghasilkan pulangan rezeki. Buku ini menyajikan pelbagai panduan untuk membina dan mengurus blog anda dengan cepat dan berkesan. Dapatkan 97 alamat blog dan laman web dalam buku ini untuk memajukan diri atau bisnes anda.

Cari Kerja Ada Caranya

Cari Kerja Ada Caranya
Penulis: Mohammad Noorizzuddin Dato' Haji Nooh
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Ketahuilah cara untuk:

Merangsang diri agar cepat-cepat mencari kerja dan betapa pentingnya untuk "fleksibel", tiada sifat malu dan mempunyai matlamat kerjaya untuk mencari kerja.

Bermula mencari kerja dengan kekemasan penampilan diri, penyiapan dokumen dan persediaan minda.

Meningkatkan peluang mendapat kerja dengan kemahiran nilai tambah seperti keupayaan berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran keusahawanan.

Menyediakan resume yang meyakinkan.

Berupaya dan berjaya menjalani temuduga kerja.

Nilai Betul Terus Betul

Nilai Betul Terus Betul
Penulis: Zainudin Ismail
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Pemantauan terhadap sifat dan keadaan jiwa manusia itu pula boleh diteliti dengan mengenal pasti nilai-nilai yang dijiwainya. Demi kejayaan, seseorang itu perlu memilih dan menjiwai pelbagai nilai betul yang merupakan nilai teras. Setiap nilai teras boleh diperjelas melalui beberapa nilai sokongan, juga turut dibayangi nilai negatif yang berkaitan.

Intipati kaedah Sistem Nilai adalah mengenal pasti nilai teras, nilai sokongan dan nilai negatif. Kaedah Sistem Nilai ini berupaya menjana dan mengurus perubahan positif bukan sahaja untuk diri, tetapi juga untuk organisasi bisnes, badan kerajaan serta badan bukan kerajaan.

Kaedah perlaksanaan Sistem Nilai ini dipermudah dengan kegunaan alatan pengurusan seperti peta nilai, kamus nilai, kad nilai serta diari nilai.

Klik Untuk Kaya

Klik Untuk Kaya
Penulis: Rosli Jamal
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Bisnes siber atau perniagaan internet boleh dimulakan tanpa modal yang besar, mudah dikendalikan dan boleh menjanakan untung yang besar. Buku ini akan membongkar 'rahsia-rahsianya'.

Sunday, August 28, 2011

Dosa-Dosa Yang Dipandang Ringan Oleh Manusia

Dosa-Dosa Yang Dipandang Ringan Oleh Manusia
Penulis: Muhammad Soleh Al-Munajjid
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM13.00

Sesungguhnya dosa-dosa ringan yang dilakukan oleh manusia merupakan perkara-perkara yang dibenci oleh Allah swt. Tanpa disedari, kebanyakan perkara-perkara ini telah menjadi amalan harian kita. Jelaslah kepada kita bahawa perkara yang ditegah oleh Allah swt itu ada hikmahNya. Oleh yang demikian tidak seharusnya bagi kita untuk mengambil ringan walaupun ianya merupakan dosa kecil.

Kita seharusnya melatih diri dari segi rohani dan jasmani untuk menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang menjadi laranganNya. Lantaran itu kita seharusnya mempelajari dan memahami permasalahan ini. Diharapkan buku ini membantu kita meningkatkan pengetahuan untuk melengkapkan diri supaya menjadi mukmin yang sempurna. Insya-Allah.

Feqah untuk Wanita

Feqah untuk Wanita
Penulis: Muhammad Thoriq Akhyar Al Medani
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM28.00

Untuk menjadi wanita yang bertamadun dan solehah, maka diperlukan iman yang sempurna sehingga dapat mengamalkan seluruh perintah Allah dan mengikut sunnah Nabi. Buku ini cuba memaparkan secara khususnya mengenai panduan untuk menjadi wanita solehah, yang patuh dan taat pada Allah dan Nabi berserta suaminya.

Kebahagiaan yang sebenar hanya dalam mengamalkan agama dengan sempurna. Nabi bersabda bahawa wanita itu tiang Negara, apabila baik wanita dalam sesebuah Negara, maka baiklah Negara tersebut, apabila buruk wanita dalam sesebuah Negara maka akan buruklah negara itu. Semoga bermanfaat dan menjadi asbab Hidayah.

Batas-Batas Aurat & Pergaulan

Batas-Batas Aurat & Pergaulan
Penulis: Ustaz Jaafar Salleh
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM9.00

“Wahai Asma’, bila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka (lelaki ajnabi) tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.

“Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua lelaki berada (tidur) dalam satu selimut. Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian”.

“Sesungguhnya wanita itu aurat”. (Riwayat Al Bazar dan At Tirmizi).

Malam Pertama Di Syurga

Malam Pertama Di Syurga
Penulis: Aidil Akhyar
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM15.00

Anas r.a pernah berkata, “Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? Hari yang pertama adalah hari di mana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaanNya ataupun murkaNya (hari kewafatan), dan kedua iaitu hari di mana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam kubur dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya Hari Kiamat.”

Tulisan Cerminan Personaliti Diri

Tulisan Cerminan Personaliti Diri
Penulis: Khadijah Ibrahim
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM23.00

Setiap orang memiliki personaliti diri yang tersendiri. Ciri-ciri personaliti merangkumi corak pemikiran, unsur emosi diri dan juga tabiat diri. Gambaran personaliti diri boleh dibaca dengan mudah melalui penganalisaan tulisan tangan.

Proses menulis merupakan cernaan minda yang membentuk lakaran dan gaya tulisan yang unik sebagaimana uniknya personaliti diri seseorang itu.

Ketahuilah kedalaman emosi, perasaan dan cara pemikiran diri anda sendiri dan juga diri orang yang ingin anda kenali. Fahamilah bentuk tulisan mereka yang berjaya dalam hidup dan juga bentuk tulisan mereka yang mempunyai ciri-ciri negatif kehidupan.

Rahsia Kejayaan Pelajar Terbilang Negara

Rahsia Kejayaan Pelajar Terbilang Negara
Penulis: Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM23.00

Apabila anda gagal mempamerkan prestasi yang memberangsangkan,ia bukan kerana anda kurang bijak atau tidak berpotensi.Punca utama ialah kerana anda tidak ada strategi belajar yang berkesan. Selama ini anda tidak pernah didedahkan atau diajar mengenai kaedah 'belajar cara belajar'. Buku 'Rahsia Kejayaan Pelajar Terbilang Negara' ini membekalkan resepi-resepi yang pernah digunakan oleh pelajar cemerlang yang dekenali sebagai Pelajar Terbilang Negara. Tindakan mereka, sikap mereka, pendekatan mereka dan amalan harian mereka berbeza dengan pelajar kebanyakan biasa. Kelainan inilah yang akan ditonjolkan dalam buku ini. Fokus utama buku ini ialah mengajak anda belajar secaraa bijaksana.

Sentuhan Ibu Bapa

Sentuhan Ibu Bapa
Penulis: Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM23.00

Ketahuilah panduan dan strategi membimbing anak supaya mereka mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, mempunyai motivasi dan sikap pembelajaran yang hebat, mempunyai hubungan yang erat dengan ibu bapa.

Sentiasalah proaktif dan bukannya reaktif dan negatif apabila berdepan dengan masalah anak. Ingat! Kita hanya berpeluang mendidik anak sekali sahaja... sementara mereka masih bersama kita.

Harta Kita Hak Siapa: Panduan Mengurus Pusaka Kecil

Harta Kita Hak Siapa: Panduan Mengurus Pusaka Kecil
Penulis: Amin Ahmad
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Pastikan harta pusaka anda akan dimiliki oleh waris yang berhak. Elakkan pelbagai masalah dan kekeliruan dalam pengurusan harta pusaka. Buku ini dengan ringkas dan padat menjelaskan tentang peraturan dan undang-undang dalam pengurusan harta pusaka dan memberi pelbagai cara penyelesaian agar harta pusaka itu dapat dipindah milik kepada waris yang berhak.

Percanggahan Darwinisme Terhadap Al-Quran

Percanggahan Darwinisme Terhadap Al-Quran
Penulis: Harun Yahya
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM34.90

Saturday, August 27, 2011

Detik-Detik Penuh Makna

Detik-Detik Penuh Makna
Penulis: Abdul Malik Al-Qasim
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM20.00

Buku ini menawarkan berbagai sentuhan nilai-nilai yang penuh dengan hikmah dan kisah-kisah singkat, yang penuh dengan nilai-nilai inspirasi.

55 Kesalahan Sebutan Dalam Bacaan Surah Al Fatihah

55 Kesalahan Sebutan Dalam Bacaan Surah Al Fatihah
Penulis: Ustaz Nik Bakri bin Nik Mat
Terbitan: Al Baasith Resources
Harga: RM15.00

Panduan Mengurus & Menyingkap Nurani Wargatua

Panduan Mengurus & Menyingkap Nurani Wargatua
Penulis: Jamiulkhair Jaapar
Terbitan: Al Baasith Resources
Harga: RM12.50

Friday, August 26, 2011

Islam dan Sekularisme

Islam dan Sekularisme
Penulis: Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Harga: RM46.00

Islam dan Sekularisme, karya Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas ini adalah sebuah karya agung, sejagat atau universal, kerana seluruh isi kandungannya membincangkan dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islam. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang mengagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah bila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling strategis untuk mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat Islam sedunia. Malah, bahagian lampiran yang meringkaskan tahap-tahap dan daya usaha pengislaman Alam Melayu mempunyai kaedah pengkajian yang dapat digunakan untuk memahami hakikat yang sama di daerah-daerah lain. Ciri-ciri yang terdapat pada karya ini secara langsung dapat difahami golongan Islam berpendidikan di seluruh dunia.

Quantum Parenting: Cara Cerdas Mengoptimalkan Daya Inovasi & Kreativitas Buah Hati Anda

Quantum Parenting: Cara Cerdas Mengoptimalkan Daya Inovasi & Kreativitas Buah Hati Anda
Penulis: Abdullah Muhammad Abdul Muthy
Terbitan: Qaula
Harga: RM43.00

Thursday, August 25, 2011

Ringkasan Ihya' Ulumiddin

Ringkasan Ihya' Ulumiddin
Penulis: Imam Al-Ghazali
Terbitan: Jasmin
Harga: RM59.90

Wednesday, August 24, 2011

Abu Zhar Al Ghifari: Pembela Golongan Miskin

Abu Zhar Al Ghifari: Pembela Golongan Miskin
Penulis: Al Ghazali
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

Abu Zhar Al Ghifari adalah antara sahabat yang terawal menyahut seruan Nabi Muhammad SAW. Beliau dikenali dengan pengetahuan yang tinggi, dan pegangan nilainya yang tidak boleh ditawar ganti.

Pengintip Kota Syam

Pengintip Kota Syam
Penulis: Rohayati Bakri
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Nabi Muhammad memerintahkan dia dan seorang sahabat lain bernama Said bin Thabit menjadi pengintip di Syam. Syam adalah pusat perniagaan yang maju pada masa itu. Nabi Muhammad pernah berniaga ke Syam semasa beliau berumur 12 tahun.

Nabi Muhammad berkata, “Saya ingin tahu, apakah aktiviti perniagaan orang Quraisy di Syam? Saya juga ingin tahu, siapakah yang menjadi ketua misi perdagangan puak Quraisy?” Selepas itu, Talhah dan Said berangkat ke Syam.

Syam kini adalah gabungan kawasan negara Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Ia menjadi pusat perdagangan selain Mekah dan Yaman. Pedagang Mekah sering berulang-alik ke Syam di utara Mekah pada musim panas dan Yaman di selatan Mekah pada musim sejuk. Namun, pada tahun 2 Hijrah, Nabi Muhammad memerintahkan Talhah bin Ubaidillah dan Said bin Thabit menjadi pengintip di Kota Syam. Apakah misi mereka?

Tuesday, August 23, 2011

Dapatkan Solusi Terbaru, Isu 35

Solusi - Isu 35
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM10.00

Fardu Ain - Edisi 4

Fardu Ain - Edisi 4
Terbitan: Kalimat Cinta
Harga: RM10.00

GenQ: Cinta VS Cita-Cita

GenQ: Generasi al-Quran Kreatif - Isu 2
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM7.00

Saturday, August 13, 2011

Panduan Lengkap Mencari Ayat-ayat Al-Quran Berdasarkan Kata Dasar

Panduan Lengkap Mencari Ayat-ayat Al-Quran Berdasarkan Kata Dasar
Penulis: Dr. Azharuddin Sahil
Terbitan: Cresent News
Harga: RM85.00

Lebih 900 mukasurat panduan lengkap untuk mencari ayat-ayat Al-Quran dengan lebih mudah, bermodalkan Bahasa Melayu. Satu perkembangan penting dalam usaha menjadikan Al-Quran sebagai sumber petunjuk, bukan hanya semata untuk dibaca. Kata-kata aluan oleh Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady.

Friday, August 12, 2011

The World's Greatest Quran Reciters (Qari-qari Terhebat Dunia)

The World's Greatest Quran Reciters (Qari-qari Terhebat Dunia)
Terbitan: Inteam Records
Harga: 29.90

Kandungan CD:

Sheikh Abdul Rahman Sudais - Al-Baqarah (Murattal)
Sheikh Mustofa Ismail - Al-Fatihah & Al-Baqarah (1-59) (Mujawwad)
Sheikh Khalil Al-Husori - Toha & Al-Insan (Murattal)
Sheikh Mustofa Ghalwash - Al-A'raf (31-49) & As-Soffat (1-21) (Mujawwad)
Sheikh Syuraim - Al-Baqarah (Murattal)
Sheikh Toha Al-Fashny - Maryam (1-36) & Maryam (41-76) (Mujawwad)

Qari Malaysia VS Qari Arab

Qari Malaysia VS Qari Arab
Terbitan: Inteam Records
Harga: 19.90

Thursday, August 11, 2011

Tip Menjadi Ibu Bapa Mithali

Biografi Nafsu Manusia
Penulis: Saat Sulaiman
Terbitan: PTS
Harga: RM16.50

Ibu bapa mithali adalah penggerak kepada kemajuan anak-anak. Mereka bukan sahaja dapat mencemerlangkan diri, tetapi mencemerlangkan anak-anak. Setiap ibu bapa perlu merebut peluang menjadi ibu bapa mithali yang membawa anak-anak kepada kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Biografi Nafsu Manusia

Biografi Nafsu Manusia
Penulis: Muhammad Hasan al-Basri
Terbitan: PTS
Harga: RM16.50

Biografi Nafsu Manusia menyajikan selok-belok nafsu manusia secara terperinci dan bagaimana kita mampu membawanya ke arah yang baik dan benar. Biografi Nafsu Manusia mendedahkan teknik dan rahsia pujuk-rayu, godaan dan kecantikan palsu yang dipersembahkan nafsu jahat bersama sekutunya, syaitan.

Membaca Biografi Nafsu Manusia, kita seolah-olah berkenalan dengan si buas yang berkelana dalam diri kita sendiri, sang nafsu. Sebuah kajian spiritual yang penting, mendalam dan mampu menghasilkan semangat kebaikan di atas gelora nafsu manusia.

Wednesday, August 10, 2011

Raya Hanya Di Syurga

Album: Raya Hanya Di Syurga
Artis: Nadamurni
Terbitan: Wahyu Suci
Harga: 15.90

Sebuah album koleksi Ramadan & Hari Raya. Yang menariknya terdiri dari 3 vokalis utama
Nadamurni iaitu Allahyarham Ust Asri Ibrahim, Munif Ahmad (Hijjaz) & Yusof Sabri.
Terdapat 14 lagu nasyid Ramadan & Hari Raya yang dapat membangkitkan
kenangan terutama kepada mereka yang dewasa dengan nasyid-nasyid Nadamurni.

Irfan Makki: I Believe

Album: I Believe
Artis: Irfan Makki
Terbitan: Inteam Records
Harga: 27.90

1- Waiting For The Call
2- Mabrook (English Urdu Version)
3- I Believe feat. Maher Zain
4- Lab Pae Aati
5- Mamma
6- Palestine
7- Allahu
8- You & I
9- Khayal
10-Al-Amin
11-I'm So Sorry
12-I Believe feat. Maher Zain (Acoustic Version)
13-Mabrook (English Malay Version)

Imam Muda Memecah Tradisi

Album: Imam Muda Memecah Tradisi
Terbitan: KRU Studios
Harga: 19.90

Tuesday, August 9, 2011

Detik-detik Constantinople

Detik-detik Constantinople
Penulis: Ab. Hamid Bin Ali
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM23.00

Sewaktu menggali parit ketika perang Khandaq, cangkul Rasulullah SAW terlanggar seketul batu lalu terpercik api. Baginda dengan spontan, bertakbir sebanyak tiga kali berturut-turut.

Sahabat pun bertanya, “Apakah yang telah berlaku wahai Rasulullah?”

Jawab Baginda, “Aku telah melihat beberapa percikan api. Percikan pertama aku melihat bayangan di udara Istana Putih di negeri Yaman. Percikan kedua aku melihat bayangan Istana Kisra di Tanah Parsi, dan percikan ketiga aku melihat mahligai raja-raja di Constantinople”.

Dalam riwayat lain, Baginda pernah menjanjikan, “Pastilah kamu akan menakluki Constantinople, maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya, dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”

Detik-detik Constantinople, membentangkan setiap detik-detik tiada putus, bermula dari banyak cubaan menawan kota yang dijanjikan itu. Sehingga saat kota itu digenggam pasukan sebaik pasukan.

20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam

20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam
Penulis: Dr. Zakir Naik
Harga: RM7.00

Monday, August 8, 2011

Inteam: Kembara Sedekad

Album: Kembara Sedekad
Artis: Inteam
Terbitan: Inteam Records
Harga: 24.90

Sempena sedekad Inteam berada dalam industri, Inteam muncul dengan buah tangan istimewa, Kembara Sedekad Inteam. Keunggulan himpunan 15 lagu terbaik Inteam ini merupakan hadiah istimewa Inteam buat para penyokong yang tidak jemu menyokong Inteam dari awal kemunculan mereka hinggalah ke saat ini serta buat para penggemar irama nasyid sendiri.

Menariknya, album ini turut menampilkan 2 Bonus Track lagu; Iftar (single terbaru Inteam sempena Ramadhan) dan lagu Nur Kasih 2011 (feat Munif Hijjaz, Hisyam dan Suhaimi)

1) Nur Kasih 2011 (Feat Munif Hijjaz, Hisyam & Suhaimi)
2) Iftar
3) Dia Muhammad (Lagu Terbaik AIM 17)
4) Bebas Palestin (Feat Zul Rabbani, Suffian Saujana & Azhari Nowseeheart)
5) TanpaMu
6) Asy-Syafie (feat Ust. Tahassan)
7) Detik Kematian
8) Salamun Salam (Feat Fareast, Akhil Hayy & Nazrey Johani)
9) Segenggam Tabah
10) Allahu Rabbi
11) Salamun Salam 2
12) Keluarga Penyayang
13) Zikrullah
14) Pemergianmu
15) Nur Muhammad (Feat Unic)

Bijak Tajwid: Cara Mudah Mempelajari Ilmu Tajwid

Bijak Tajwid: Cara Mudah Mempelajari Ilmu Tajwid
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM25.00

Bonus: DVD Bijak Tajwid Bersama Ustaz Zamri

Sunday, August 7, 2011

1453: Detik-Detik Jatuhnya Konstantinopel ke Tangan Muslim

1453: Detik-Detik Jatuhnya Konstantinopel ke Tangan Muslim
Penulis: Roger Crowley
Terbitan: Mutiara Ilmu Selekta
Harga: RM56.00

Buku yang ditulis dari sumber yang berbagai. Ditulis dari perspektif pihak Constantine dan Kristian Ortodoks yang dikalahkan oleh Mehmet Al Fateh. Pihak Kristian tidak dapat menyembunyikan rasa hormat dan kagum atas kebijaksanaan dan kekuatan strategi tentera Muslim yang dipimpin Mehmet Al Fateh.

Fiqh Politik Hasan Al-Banna

Fiqh Politik Hasan Al-Banna
Penulis: Dr M Abdul Qadir Abu Faris
Terbitan: Mutiara Ilmu Selekta
Harga: RM17.00

Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris melalui bukunya ini yang menukilkan tentang Fiqh Politik Hasan Al Banna, merungkai dan menganalisa dengan sangat jelas tentang politik, reformasi, transformasi dan perubahan yang diinginkan sesuai dengan kehendak ajaran Islam, yang pasti berada dalam garis yang wajar, waras, dengan menggunakan pemikiran hujah dan ilmu yang tepat, membuka cakerawala berfikir dan pemahaman kita tentang politik, reformasi dan transformasi berada dalam faksi Islam sebagai rahmatan lil alamin.

Saturday, August 6, 2011

Ensiklopedia Unggul Do'a Hajat Jampi Mujarrab

Ensiklopedia Unggul Do'a Hajat Jampi Mujarrab
Penulis: Abdullah Al-Qari b. Hj.Salleh
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM50.00

Setiap penyakit itu ada penawar atau ubatnya kecuali mati.Penyakit atau penderitaan yang diturunkan kepada manusia merupakan cubaan daripada Allah SWT terhadap hambaya. Berusaha untuk mendapat kesembuhan dan kembali sihat lebih utama daripada berputus asa atau berserah secara total kepada takdir dan cubaan.

Pelbagai cara yang boleh kita ikhtiarkan untuk mendapatkan kesembuhan atau penawar kepada penyakit yang kita hidapi. Sama ada menggunakan cara pengubatan moden ataupun perubatan tradisional dan alternatif. Yang paling penting ialah, ia tidak menyalahi akidah atau ajaran Islam. Berdoa atau menggunakan jampi daripada ayat-ayat Quran merupakan salah satu cara perubatan Islam. Ia telah diamalkan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Apa sahaja cara yang kita gunakan asalkan tidak keluar dari batasan akidah Islam adalah usaha manakala kesembuhan dan kesihatan itu pula adalah dengan izin dari Allah SWT.

Buku ini amat berharga kerana menghidangkan himpunan penawar yang boleh kita ikhtiarkan dalam mendapatkan kesembuhan daripada Allah SWT. Semoga apa yang dinukilkan oleh penulis dan terkandung di dalam buku ini boleh kita jadi rujukan dan panduan dalam mendapatkan kesembuhan dan penawar dengan izin Allah SWT. Insya Allah

Cara Terindah Untuk Mati Tersenyum

Cara Terindah Untuk Mati Tersenyum
Penulis: Abu Huzaifah Ibrahim Ibn Muhammad
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM15.00

Friday, August 5, 2011

The Halal Index Vol 1 - Pig Based Pharmaceuticals

The Halal Index Vol 1 - Pig Based Pharmaceuticals
Terbitan: Phyrotex Press
Harga: RM199.00

While much have been written on the subject of Halal and Haram substances found in food, there is no single work which deals exclusively on Halal and Haram compounds used in the pharmaceuticals sector.

This publication represents a first dealing with pharmaceutical compounds from porcine (pig based) origins. It is addressed to the Muslim Ummah and all those who serve this market which is currently estimated at USD 100 billion per annum.

The content of the book comprises monographs of the compounds detailing its origins, the parts of the pig used, the uses of the compounds, how it is administered and possible adverse effects.

The book also highlights the alternative sources from which the compounds may be manufactured. In addition, the therapuetic categories of the compounds and brief narratives are included. Additional information includes the ATC codes, compound synonyms and trade names. The reader is also guided with an extensive bibliography and references together with an accompanying website for updated information.

Thursday, August 4, 2011

Travelog Debu-Debu Kota 1000 Menara

Travelog Debu-Debu Kota 1000 Menara
Penulis: Farid Rashidi
Terbitan: Must Read
Harga: RM24.90

‘Travelog Debu-debu Kota 1000 Menara’ adalah catatan perjalanan ilmu. Ia mengupas pengalaman dan jerit perih sebagai seorang musafir ilmu yang ingin mengutip mutiara-mutiara khazanah tinggalan para nabi, aulia dan ulama-ulama terdahulu di kota Mesir yang terkenal dengan jolokan Kota 1000 Menara. Mesir juga terkenal sebagai gelaran yang diberikan Nabi SAW iaitu Ardul Kinanah (Bumi yang subur). Subur dengan tumbuh-tumbuhan, ilmu pengetahuan dan doa. Bumi bertuah ini dikurniakan satu institusi terulung dunia iaitu Universiti Al-Azhar yang telah melahirkan jutaan ulama terbilang yang menjadi sumber rujukan agama hingga ke hari ini. Satu-satunya institusi pendidikan yang masih mengekalkan keaslian ilmu agamanya dengan sistem pendidikan klasik dan moden.

Catatan perjalanan ilmu ini diharap dapat dijadikan petunjuk serta panduan kepada penuntut ilmu bahawa mencari ilmu memerlukan pengorbanan yang tinggi dan perjuangan yang tidak mengenal erti mengalah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Imam As-Syafie rahimahullah yang akhirnya jasad beliau tersemadi di bumi barakah ini.

Tatkala Syahadah Dilafaz

Tatkala Syahadah Dilafaz
Penulis: Amat Juhari Muain, Ann Wan Seng
Terbitan: Must Read
Harga: RM12.90

Kalimah syahadah adalah kalimah penyaksian yang suci. Kita sering mengungkapkannya di dalam solat dan ibadah-ibadah seharian namun tidak mengamalkannya. Secara hakikat, kalimah syahadah ini mempunyai tuntutan yang perlu dipenuhi bagi setiap penuturnya. Dua kalimah yang saling kait mengait, saling mempunyai kesinambungan dan yang paling penting ialah kalimah yang tidak boleh dipisahkan.

Kita sering dengar makna dua kalimah syahadah ini sama ada melalui azan, tahiyat awal dan akhir. Ia sebenarnya mempunyai pengertian yang mendalam dan cukup berat. Kalimah “Asyhadu” pada dua kalimah ini biasa dimaknakan dengan “Aku bersaksi” atau “Aku naik saksi”, kita pun kekadang tidak mengetahui makna tersurat dan tersirat di sebaliknya namum ia sebenarnya adalah kalimah yang begitu tinggi.

Kalimah “Asyhadu” bermaksud “Sekiranya Engkau (Allah) ingin saksi di kalangan manusia bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau, aku sanggup jadi saksi”. Begitu juga “Jika Engkau (Allah) ingin saksi di kalangan manusia bahawa Muhammad itu adalah utusanMu, aku sanggup jadi saksiMu Ya Allah”. Persoalannya, sejauh mana kita mengenali Allah sebagai pencipta dan Tuhan yang layak disembah dan sejauh mana kita telah mengenali Nabi Muhammad SAW serta mengamalkan sunnahnya.Penyaksian ini bukanlah hanya dengan kata-kata malah disertakan dengan hati serta diterjemahkan melalui tindakan.

Buku ini lahir sebenarnya untuk memberikan panduan kepada mereka yang baru memeluk agama Islam. Ia bertindak sebagai garis panduan dan pedoman untuk menjadi muslim yang sejati. Ia juga bermanfaat kepada mereka yang sudah lama memeluk Islam tetapi sudah jauh menyepi dan ingin kembali ke pangkal jalan. Semoga buku ini memberikan sesuatu yang terbaik buat anda. Selamat membaca, memahami, menghayati dan seterusnya menterjemahkan dalam setiap tindakan.

Khutbah Terakhir Rasulullah

Khutbah Terakhir Rasulullah
Penulis: Ibnu Rijal
Terbitan: Must Read
Harga: RM18.00

“Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku....”

Sebuah bait patah daripada Rasulullah SAW di dalam khutbah terakhir baginda. Sabda baginda ini seolah-olah meniup sebuah harapan untuk penulis bagi meneroka apa mesej yang tersembunyi di dalam ‘Khutbah Terakhir’ ini kerana nabi mengharapkan supaya semakin lama, semakin ramai yang lebih memahami isi khutbah terakhir baginda ini. Apakah mesej tersirat di dalamnya?

Lalu, penulis cuba selami dan perincikan ayat demi ayat di dalam lembaran khutbah bersejarah ini. Hasilnya, subhanallah... begitu lengkap! Dalam satu khutbah yang ringkas, baginda nabi mendidik dan menyimpulkan kepada kita tentang persoalan akidah, ibadah, muamalat, munakahat, akhlak dan banyak lagi. Maka benarlah sabda baginda,

“Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku..”

Khutbah terakhir Rasulullah SAW ini adalah ibarat sebuah rumusan bagi ajaran Islam yang baginda sebarkan selama 23 tahun. Kesemuanya dikumpulkan di dalam sebuah khutbah. Buku ini digarap berpandukan rujukan-rujukan yang masyhur dan diselitkan kisah-kisah tauladan umat terdahulu sebagai contoh huraian yang lebih jelas dan ‘mesra pembaca’. Selain itu, sepanjang bab para pembaca akan disentuh kalbunya agar kembali menyulam benih-benih cinta buat Rasulullah SAW dan segala keperibadian mulia baginda terserlah melalui khutbah terakhir ini. Di akhir bacaan, insya-Allah pembaca akan dapat merasakan perasaan cinta yang maha agung buat Rasulullah SAW dan akan lebih memahami khutbah terakhir Rasulullah SAW ini serta keajaiban yang ada di dalamnya. Mudah-mudahan.