Wednesday, May 30, 2012

Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Sukar

Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Sukar
Penulis: Nordin Jaafar
Terbitan: Inteam
Harga: RM23.00 

Yahudi atau Zionis adalah nama satu bangsa atau umat yang kita kenali bersangatan kebenciannya kepada umat Islam semenjak dari dahulu lagi. Justeru, tidak hairanlah kalau mereka ini yang suatu ketika pernah digelar dengan bangsa atau bani Israel, telah dimurkai oleh Allah SWT disebabkan keegoan dan keingkaran mereka terhadap perintah Allah SWT dan rasul-rasul pilihan Allah yang dihantar berdakwah kepada mereka. Mereka adalah bangsa yang dianggap sangat sukar buat selamanya kecuali bagi mereka yang telah beriman kepada Allah SWT. 

Terbitnya buku ini adalah buat kita bertanyakan kepada diri sendiri terutamanya penulis sendiri; Adakah kita merupakan bangsa atau individu sukar? Atau mungkin hampir menjadi bangsa atau individu sukar? Atau orang yang di sekeliling kita dalah berperangai sukar yang mampu untuk mengheret kita bersama jemaah mereka? Perbincangan di dalam buku ini berkisar bagaimana ingin menangani bangsa dan individu sukar bukanlah untuk fikirkan buat orang lain, tetapi yang paling penting adalah tertuju kepada diri kita sendiri. Selama ini mungkin kita menganggap orang lain di sekeliling kita adalah bangsa atau individu sukar. Padahal orang lain juga melihat kita sebagai individu sukar buat mereka. 

Buku ini mengsajikan teknik-teknik berkesan menghadapi bangsa dan individu sukar yang diekstrak dari sejarah kehidupan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS seperti mana yang diceritakan di dalam al-Quran dan al-Hadis. Dan kita maklumi, contoh terburuk bangsa dan individu yang paling sukar selamanya adalah bangsa Yahudi Zionis. Kepada para pembaca, mari bersama-sama kita mengembara ke zaman Nabi Musa dan Firaun. Pasti kita tidak akan menjadi bangsa atau individu sukar, insya-Allah!

495 Kemusykilan Terungkai: Anda Bertanya Islam Menjawab

495 Kemusykilan Terungkai: Anda Bertanya Islam Menjawab
Penulis: Prof. Dr. M. Mutawalli Asy-Sya'rawi
Terbitan: Inteam
Harga: RM35.00

(Almarhum) yang lahir pada tahun 1912 di Mesir ini menyelesaikan pendidikan menengahnya di perguruan az-Zaqaziq, Mesir. Dia kemudian meneruskan pengajiannya ke Universiti al-Azhar, Kaherah dan berhasil lulus dari fakulti bahasa Arab dengan predikat cum laude (sangat memuaskan). Oleh kerana kealiman dan kedalaman ilmunya itu, beliau dapat menghuraikan dan memecahkan persoalan-persoalan rumit seperti di bidang keimanan, hadis, fiqah, akhlak dan muamalah dengan jelas dan bernas sehingga membuat ramai orang yang berpuas hati. Bahkan ceramahnya tentang ilmu kedoktoran dan astronomi sangat mengagunkan, seolah-olah dai di bidang itu. Bukti keluasan ilmunya adalah dengan tersebar meluasnya karya beliau ke merata dunia seperti Bukti-bukti Adanya Allah, Siapa Penghuni Syurga, Rezeki, Isra’ Mi’raj Mukjizat Terbesar, Wanita Harapan Tuhan, Dosa-dosa Besar, Isteri Solehah dan banyak lagi.

Wanita dan Penelanjangan Syaitan

Wanita dan Penelanjangan Syaitan
Penulis: 'Adnan At-Tarsyah
Terbitan: Jasmin
Harga: RM15.00

Bagaimana syaitan boleh menelanjangkan wanita muslimah yang memakai hijab? Apakah jenis tipu daya yang dilakukannya sehingga berjaya menanggalkan hijab yang tidak mendedahkan warna kulit, sehingga memakai pakaian mandi (bikini) lalu dicampakkannya ke atas pantai sebagai seketul daging yang tidak berbalut? 

Inilah topik risalah ini yang ingin saya ingatkan kepada setiap wanita muslimah yang mana syaitan akan memulakan langkah bersamanya setelah itu agar tidak menjadi korban penelanjangan syaitan, dan untuk mengingatkan wanita-wanita yang syaitan telah berjaya menjalankan sebahagian programnya padanya, bahawa mereka tidak lain kecuali telah menjadi korban program ini, maka hendaklah menyelamatkan dirinya dan kembali kepada hijabnya sebelum luput kesempatan dengan kedatangan maut, larut bersama-sama dengan syaitan dalam neraka jahannam, kerana inilah yang diinginkan syaitan dan berusaha sedaya upaya mewujudkannya sepertimana yang telah dijanjikan. 

Sesungguhnya saya menyusun risalah ini dalam bentuk yang menarik sehingga boleh menarik minat para pembaca untuk meneliti dan mengikutinya, iatu dalam bentuk perbualan antara syaitan dengan diri wanita yang telah dikuasai dengan amarah keburukan, yang mana syaitan menghasut diri wanita dengan segala jenis tipu muslihat dan jejak langkahnya.

Jerusalem Di Dalam Al-Qur'an

Jerusalem Di Dalam Al-Qur'an
Penulis: Imran N. Hosein
Harga: RM50.00

Jerusalem di dalam Al-Qur'an muncul pada waktu kritikal ketika moral kaum Muslim berada di tahap yang paling rendah. Pencerobohan tanah Suci oleh golongan yahudi yang tidak berkesudahan menyebabkan orang Islam memohon kepada Tuhan sebagaimana dilakukan oleh saudara mereka semasa dihukum oleh golongan kuffar Mekah : “Bilakah akan datang pertolongan Allah?” 

Kebolehan Sheikh Imran merungkaikan sebab-sebab di sebalik kejadian di dunia ini menjadi sumber inspirasi buat golongan Islam kerana beliau menggunakan kaedah penafsiran ilmiah al-Qur'an dan hadith dengan menyakinkan dan menyatakan bahawa pertolongan Allah s.w.t. Adalah hampir dan Tanah Suci akan dibebaskan dari cengkaman Yahudi dan Islam akan kembali sebagai negara pemerintah dunia kelak. Pembaca buku ini akan kagum dengan tahap pemahaman penulis dalam aspek plotik dunia. Jerusalem di dalam al-qur'an merupakan suatu sumber yang memberi cahaya kepada golongan Muslim dan suatu pembuka mata buat mereka yang digelar 'Ahli Kitab'.

Tuesday, May 29, 2012

Cinta Multazam

Cinta Multazam
Penulis: Razifatun Nur
Terbitan: Inteam
Harga: RM22.00

Hikmah Yang Mengalir Daripada Sang Murabbi

Hikmah Yang Mengalir Daripada Sang Murabbi
Penulis: Ustaz Nik Mohamad Abduh & Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM22.00

Melirik Langit Kota, Sketsa Travelog Bersih 3.0

Melirik Langit Kota, Sketsa Travelog Bersih 3.0
Editor: Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Monday, May 28, 2012

Panduan Penyelengaraan Jenazah dan Surah Yaasiin

Panduan Penyelengaraan Jenazah dan Surah Yaasiin
Penulis: Ustaz Mohd Solehan Sharif
Terbitan: Inteam
Harga: RM12.00 

Mengurus orang yang mati merupakan kewajipan kepada orang yang hidup. Bermula saat-saat kematian kemudian memandikan, mengkafankan, menyembahyangkannya sehinggalah mengkebumikannya, mesti diketahui oleh umat Islam. Maka buku ini dapat menambahkan lagi koleksi ilmuan dalam Islam. Justeru itu buku ini menampilkan kepada pembaca panduan menyelenggarakan jenazah dibantu dengan ilustrasi-ilustrasi bagi memudahkan pemahaman pembaca. Memandangkan buku ini juga mudah dibawa ke mana-mana, maka di hujung buku ini diselitkan juga bacaan Yaasiin berserta kaifiatnya. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dunia dan akhirat.

Zikir Penyembuh Kanser

Zikir Penyembuh Kanser
Penulis: PROF. DR. H. M. AMIN SYUKUR, M.A.
Terbitan: Inteam
Harga: RM24.00

“Saya laksanakan zikir dan doa sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Saudara Amin. Beberapa bulan kemudian, saya dapat merasakan bahawa keadaan saya membaik hingga saya sembuh sepenuhnya.” - Muhammad Budiyanto (Bekas penghidap kanser saluran pernafasan). 

“Tidak perlu berdoa yang susah-susah. Memadai yang ringkas dan mudah, contohnya Allahumma sihat. Yang penting kita ikhlas dan pasrah.” Begitu saranan saudara Amin kepada saya. Dan, alhamdulillah saya sembuh dan sihat sehingga sekarang. - Anung Ilham (Bekas penghidap kanser payudara). 

Secara perubatannya, kanser saluran pernafasan dipengaruhi oleh keadaan penyakit, rawatan yang diberikan, kepasrahan pesakit, zikir dan doa oleh pesakit. Saudara Amin Syukur menjadi contoh terbaik. - Dr. Suprihati (Doktor Pakar THT – Tekak, Hidung dan Tekak di Hospital Karyadi, Semarang)

Demi Masa

Demi Masa
Penulis: Musthafa Al-Siba'i
Terbitan: Jasmin
Harga: RM23.50

Sunday, May 27, 2012

Mengundang Nabi Muhammad S.A.W Ke Dalam Mimpi

Mengundang Nabi Muhammad S.A.W Ke Dalam Mimpi
Penulis: Hasan Muhammad Syaddad bin ‘Umar Ba Umar
Terbitan: Inteam
Harga: RM22.00

Seorang tokoh sufi mengatakan bahawa makam tertinggi dan kenikmatan puncak yang dapat dicapai oleh seseorang di dunia adalah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dalam keadaan berjaga. Hal itu tentu sangat berat dan hanya dapat dicapai oleh orang tertentu sahaja. Namun, berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dalam mimpi pun sama dengan melihat baginda dalam terjaga, sebagaimana disebutkan dalam sabda baginda: “Barang siapa melihat aku dalam mimpi, maka ia telah melihat aku dalam keadaan jaga.” Juga jika seseorang mimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW, maka dapat dipastikan bahawa yang dilihatnya adalah benar-benar Nabi Muhammad SAW kerana seperti yang disabdakan baginda bahawa syaitan dan jin tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad SAW. 

Penyusun buku ini dengan sangat cermat dan teliti mengumpulkan berbagai-bagai cara dan doa yang telah dicuba oleh para ulama untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW di dalam mimpi. Sebahagian doa dan selawat dalam buku ini merupakan ijazah dari para syeikh sufi terkenal. Jika seseorang mencuba salah satu dari seratus cara yang terdapat di dalam buku ini, maka insya-Allah ia akan dapat melihat wajah Nabi Muhammad SAW yang suci dan auranya yang agung. Inilah buku pertama dan terlengkap tentang masalah ini dan satu-satunya buku yang dapat menjawab kerinduan seorang Muslim untuk dapat menatap wajah Nabi Muhammad SAW, setidak-tidaknya dalam mimpi.

Thursday, May 24, 2012

Air Mata Islam Patani

Air Mata Islam Patani
Penulis: AMAN Patani (AMANI)
Terbitan: Mazni Irfan
Harga: RM10.00
 
Buku Air Mata Pattani ini menceritakan kisah-kisah benar yang berlaku saban hari di Pattani. Buku ini mencari Mutiara di sebalik Musibah. Sampai bilakah kita akan terus biarkan kejadian ini terus berlaku? Ayuh, kita mampu mengubahnya!"

Wednesday, May 23, 2012

Ingin Menjadi Penulis?

Ingin Menjadi Penulis?
Penulis: A. Ubaidillah Alias
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM12.00
 
Strategi dan teknik menjadi penulis.

Gerakan Syaitan

Gerakan Syaitan
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM35.90

Kumpulan pemujaan syaitan bukan lagi satu kumpulan rahsia.Kumpulan ini wujud dan berkembang dengan pantas di seluruh dunia Hakikatnya, Allah telah memberi amaran, syaitan adlah musuh paling nyata bagi manusia.Sesiapa yang mengikut 'telunjuk' syaitan akan menerima azab yang pedih di neraka.Malangnya, masih ramai yang tidak mengendahkan amaran itu.Malah apa yang menyedihkan, anak-anak muda di negara kita sendiri mudah terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan itu.Mereka tidak segan silu mengagung-agungkan simbol syaitan kumpulan-kumpulan.

Buku ini mededahkan sebahagian kumpulan dan pertubuhan yang menjadikan syaitan sebagai berhala sembahan mereka.Ia bertujuan supaya anak-anak muda menadapat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti rahsia kumpulan dan pertubuhan pujaan mereka itu.Walaupun ada pertubuhan yang tidak menjadikan syaitan sebagai tunggak utama kumpulan mereka, amat jelas pertubuhan itu ditubuhkan atas pengaruh syaitan.

Majlis Walimah yang Sunnah

Majlis Walimah yang Sunnah
Penulis: Emran Ahmad
Terbitan: Mazni Irfan
Harga: RM17.00

Majlis Walimah yang Sunnah mengupas pelbagai info berkenaan kenduri kahwin daripada persepsi pengantin, tuan rumah, penganjur majlis dan tetamu majlis.

Lengkap dengan dalil-dalil Quran dan Hadith serta perbandingan adat lazim dalam pelaksanaan kenduri kahwin. Majlis Walimah yang Sunnah turut menyelitkan tip dan trik supaya majlis walimah kita mudah-mudahan menjadi kenduri kahwin yang disukai Nabi Muhammad SAW.

Emran Ahmad, atau nama sebenarnya Ermey Ahmad merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam di Yaman. Kini berkhidmat sebagai konsultan, bahagian latihan dan kemahiran di sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan modal insan di Kuala Lumpur.

Tuesday, May 22, 2012

Bukan Sekadar Resepi

Bukan Sekadar Resepi
Penulis: Roza Roslan
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM35.00

Ya, buku ini BUKAN SEKADAR RESIPI kerana di dalamnya terkandung kisah yang mencuit hati. Terkandung di celah-celah resipi yang diketengahkan terselit kebesaran dan keagungan Ilahi untuk kita renungkan. Santai, namun berisi. BUKAN SEKADAR RESIPI pasti mencuit hati pembaca.

Keajaiban Firasat

Keajaiban Firasat: 63 Kisah Pengubat Jiwa
Penulis: Muhadir Haji Joll
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

Kisah-kisah yang termuat di dalam buku ini disusun secara ringkas, jelas tetapi padat. Buku ini pedoman untuk semua lapisan masyarakat, terutamanya pendakwah, pendidik, pelajar, bahkan pemimpin masyarakat.

Syurga Merinduimu

Syurga Merinduimu
Penulis: Amaluddin Mohd Napiah
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM24.00

SYURGA MERINDUIMU merupakan himpunan pilihan 30 bab (artikel). Menggunakan ayat-ayat, contoh dan analogi yang mudah untuk dihadam oleh khalayak pembaca. Selain daripada ayat-ayat suci al-Quran, hadis Nabi SAW, kata-kata Sahabat dan para ulama, kisah-kisah teladan adalah isi (kandungan) yang menjadi teras dan pokok perbahasan di dalam setiap bab yang mudah-mudahan ‘menyuntik’ semangat dan motivasi diri untuk terus beribadah, beramal soleh, menuntut ilmu, berjuang dan bermujahadah demi mendapatkan redha Allah Tabaraka wa Taala.

Eksklusif Zakat

Eksklusif Zakat
Penulis: Hamizul Abdul Hamid
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM28.00

Islam ialah agama tolong-menolong (ta’awun) dan agama sejahtera. Allah mewajibkan zakat kepada hamba-hamba-Nya yang berkemampuan untuk membantu golongan yang memerlukan pembelaan, seterusnya menjamin kemakmuran dalam masyarakat. 

Bagi golongan kaya, zakat menjadi mekanisme yang mendidik jiwa mereka supaya sentiasa tunduk kepada Allah SWT. Dengan terlaksananya amalan zakat dalam masyarakat, kekayaan tidak terkumpul dalam kalangan golongan kaya sahaja. 

Sebaliknya sebahagian daripada kekayaan itu dikongsi bersama golongan susah. Semakin kaya umat Islam, semakin banyak zakat dapat dikutip. Semakin banyak pula harta yang dapat diagih-agihkan kepada asnaf yang layak. Natijahnya, negara menjadi makmur di bawah payung zakat ini. 

Buku ini akan mendedahkan semua persoalan yang pastinya akan meluruskan kefahaman kita tentang Zakat.

Saturday, May 19, 2012

Doa Ahli Syurga

Doa Ahli Syurga
Penulis: Mohd Shafie Hashim
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM20.00

Hidup tidak pernah putus keterikatan hubungan antara manusia dengan Allah SWT. Setiap perkara yang akan dilakukan perlu meletakkan pergantungan serta pengharapan yang tinggi kepada-Nya, agar kehidupan seharian yang dilalui dapat berjalan baik dengan penuh keberkatan daripada-Nya.

I Want To Be A Writer

I Want To Be A Writer
Penulis: Ummu Hani
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM22.00

I WANT TO BE A WRITER ditulis dalam bahasa yang santai. Sebuah kisah kehidupan yang berinspirasi. Kisah diolah secara berkronologi hingga membawa kepada kejayaan penulis menjadi seorang penulis yang prolifik pada usia muda. Banyak pengajaran dan tip diberikan penulis. Amat sesuai dijadikan bahan rujukan penulisan.

Mudahnya Menjemput Rezeki

Mudahnya Menjemput Rezeki
Penulis: Fathuri Salehuddin
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM18.00

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami ‘peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!

Friday, May 18, 2012

Rahsia Dua Surah Penyeri Subuh Jumaat

Rahsia Dua Surah Penyeri Subuh Jumaat
Penulis: Ahmad Sidqi Danial
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM17.00

Surah as-Sajdah dan surah al-Insan membahaskan berkaitan mengapa kita perlu sujud kepada Allah SWT, rahsia di sebalik amalan sujud, asal usul kita, dan sebagainya. Semuanya berkaitan dengan kita. Membacanya pada pagi Jumaat adalah satu sunnah. Sewajarnya,buku ini dibaca dan dihayati untuk kita memahami rahsia di sebalik dua surah ini yang menjadi penyeri hari Jumaat.

Bersyukur Saat Diuji

Bersyukur Saat Diuji
Penulis:Muhd Kamil Ibrahim
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM22.00

Bacalah dengan mata hati. Di sebalik tabir kehidupan insan-insan lain terdapat peringatan, teguran dan didikan daripada Allah agar kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik.

Suami Yang Teruji

Suami Yang Teruji
Penulis: Wan Zayuhisyam
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM20.00

Para suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya. Jika pincang kepimpinannya maka runtuhlah mahligai rumah tangga yang dibina. Pada pundaknya terpikul tanggungjawab yang maha berat untuk memastikan ahli keluarga yang dipimpin berada di jalan Allah. Justeru, tidak sedikit ujian yang perlu ditempuh oleh setiap kaum Adam yang bergelar suami.

Thursday, May 17, 2012

Cinta High Class

Cinta High Class
Penulis: Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM22.00

Qani’ah Syumaila, pelajar SPM di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Sederhana. Sopan. Berakhlak mulia. Muslimah yang taat kepada Tuhan-Nya. Lembut tapi berkepimpinan. Memimpin aktiviti kerohanian di asrama dengan hikmah dan menyenangkan hati banyak pihak. Pemidato di sekolah. 

Akhlak Qani’ah yang mulia, penyayang, dan baik tutur bicaranya menyebabkan namanya dikenali dan diminati baik oleh pelajar perempuan dan juga lelaki. Sering menerima surat-surat cinta. Dia yang mengenali ‘kriteria’ lelaki soleh terlebih dahulu sebelum ‘pemilik cintanya’, tidak mudah menyerahkan cintanya kepada sesiapa sebelum yakin menemui lelaki yang tepat.

Berdua Lebih Baik

Berdua Lebih Baik
Penulis: Rohani Abdul Rahman
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM20.00

Baik wanita mahupun lelaki, apabila sudah sampai ‘seru’ maka diri akan mula menghitung dan mencari pasangan hidup kerana hidup berdua tentunya lebih bererti. Namun, ada kalanya pasangan hidup sukar ditemui biarpun diri bukan terlalu memilih. Berdua Lebih Baik merungkai rahsia menarik jodoh bagi diri yang belum ketemu pasangannya.

Bijak Mengurus Wang

Bijak Mengurus Wang
Penulis: Hajah Rohani
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM25.00

 Bagi kebanyakan manusia, untuk mengumpul wang dalam jumlah yang besar mengambil hampir keseluruhan hidupnya, sedangkan untuk menghabiskannya hanya dalam sekelip mata. BIJAK MENGURUS WANG mengajak kita untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan wang agar apabila tiba hari tua, hidup kita lebih tenteram dan tenang tanpa dibelenggu dengan masalah kewangan. Ditulis dalam gaya santai namun mendalam maksudnya. Panduan jelas mengurus wang diberikan mengikut peringkat umur. Sesuai dijadikan rujukan oleh golongan yang baru memulakan kerjaya dan dijadikan peringatan bagi golongan yang telah berusia.

Hai Darling!

Hai Darling!
Penulis: Badrul Hisham Shari
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

HAI, DARLING! Himpunan sketsa rumah tangga yang merangkumi kisah suami, isteri, anak-anak, ibadah dan juga kehidupan yang diadun dengan bahasa yang cukup santai dan bersahaja. Kisah yang padat dengan panduan serta mesej yang sangat berguna. Tidak lupa menyelitkan unsur sinis, humor dan ilustrasi yang sangat mencuit hati dan terkesan pada diri!

Wednesday, May 16, 2012

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu
Penulis: HASRIZAL ABDUL JAMIL
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM30.00

Melalui buku ini, HASRIZAL ABDUL JAMIL merakamkan rentetan perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom. Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami. 

Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan rencah kehidupan seorang musafir yang sentiasa mencari makna di sebalik setiap tanda tanya serta ujian kehidupan yang melanda. DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU memanifestasikan usaha beliau untuk jujur kepada diri sendiri, demi sebuah kedamaian. Bahawa beliau sama seperti manusia lain, tidak terlepas daripada peraturan sebuah kehidupan.

Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari

Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari
Penulis: DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM35.00

Saya hanya tersenyum pahit sambil mengangkat kening apabila mendengar kata-kata itu. Di dalam hati, saya faham bahawa diri sedang cuba diperkecilkan. Toriq pula tersenyum lebar, puas barangkali dapat meninggikan diri dan memperlekeh saudara se-Islamnya. Wallahu’alam. Memang biasa pelajar-pelajar Arab ini meninggi diri dan memperlekeh orang bukan Arab. Apatah lagi orang Asia seperti saya. 

... . Saya memang minat mengaji ilmu Usul Fiqh Tinggi ini kerana menyedari keperluannya amat tinggi jika saya ingin mendapat pahala besar dan berterusan sehingga selepas kematian. Ini kerana ilmu ini membantu saya memahami bagaimana cara dan kaedah mengeluarkan hukum Fiqh daripada dalil yang pelbagai. Selain mengajar, saya menghargai dan meraikan kepelbagaian fatwa. 

“Zaharuddin! Apa yang engkau lakukan?” teriak Toriq selepas sama-sama melihat markah kami yang terpampang di dinding Fakulti Syariah. Tangannya menepuk-nepuk bahu dan belakang saya. 

Dengan izin Allah, saya muncul sebagai pelajar yang memperoleh markah tertinggi menewaskan seluruh pelajar Arab dari Jordan, Bahrain, Saudi, Iraq dan Mesir. Kelas peringkat Sarjana (MA) untuk subjek ini tersebut mempunyai sekitar 40 orang pelajar. Terdapat beberapa pelajar yang gagal termasuk pelajar Malaysia. Pelajar-pelajar Malaysia ini akhirnya tidak berjaya menamatkan pengajian, tinggallah saya pelajar Malaysia dan Asia yang tunggal di Fakulti Syariah universiti Al-Yarmouk di peringkat Sarjana. 

“Wah, nama kamu sudah dicatat dalam akhbar universiti ini! Tidak pernah ada pelajar bukan Arab meraih markah tertinggi dalam apa jua subjek Sarjana Fiqh sebelum ini,” kata seorang lagi pelajar Jordan yang bertubuh kerdil ... .

MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG

MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG
Penulis: Web Sutera
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM20.00

Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Sebaik sahaja berjaya meredakan pemberontakan di beberapa wilayah Greek pada usia dua puluh tahun, Raja Zulqarnain menjadi raja pemerintah Macedonia dan Greek. Walaupun demikian, beliau tidak menabalkan dirinya sebagai ‘Raja Macedonia dan Greek’, tetapi hanya Raja Zulqarnain. Kaum Yahudi pula cuba menyembunyikan kebenaran Raja Zulqarnain dengan mengaitkan beliau dengan nama lain, iaitu Alexander yang dikatakan barbarik dan tidak beriman dengan agama Allah.

Tuesday, May 15, 2012

Keajaiban Bulan-bulan Islam

Keajaiban Bulan-bulan Islam
Penulis: Sochimin
Penerbit: Qultum Media
Harga: RM30.00

Stop Syurga!

Stop Syurga!
Penulis: Misbah Em Majidy
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Rasulullah juga bersabda, “Terdapat tiga golongan orang yang tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat. 
1.) Anak yang derhaka kepada kedua orang tuanya. 
2.) Perempuan yang menyerupai laki-laki. 
3.) Dayus iaitu ketua rumah tangga membiarkan kemungkaran dalam rumah tangga dan keluarganya.” 

Serta banyak lagi penjelasan al-Quran dan sabda Rasulullah saw berkenaan dengan neraka yang akan dihuraikan dalam karya ini. 

Sungguhpun demikian, perlu diingat bahawa neraka adalah azab Allah yang tidak hanya berlaku di negeri akhirat sahaja, tetapi juga berlaku dalam kehidupan dunia ini. Antara siksa Allah itu termasuklah terputusnya rahmat Allah. Manusia yang jauh dari kasih sayang dan rahmat Allah, adalah manusia yang rugi baik dalam kehidupan dunia mahupun di akhirat. Sebaliknya manusia yang beroleh rahmat Allah, adalah manusia yang beruntung dalam erti yang sesungguhnya. Firman Allah, “Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga.Penghuni-penghuni syurga itulah orang-orang yang beruntung.” (Qs al Hasyr 59 : 20) 

Oleh sebab itu, muslim dan muslimat perlulah memerhatikan sabda Rasulullah, “Demi Allah yang tiada Ilah selainNya, ada seseorang di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta saja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka dan dia masuk neraka. Ada di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. Kemudian dia ditakdirkan oleh ketetapan Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga dan dia masuk syurga.”

Bunga Kebahagiaan

Bunga Kebahagiaan
Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah fitrah manusia. Suami isteri, anak-anak dan siapa sahaja hatta haiwan sekalipun menginginkannya. Tetapi adakah ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita?. Runtuhnya moral masyarakat bermula dari keluarga. Sekiranya tiada kasih sayang, maka masyarakat akan menjadi kucar-kacir. 

Oleh itu sifat kasih sayang perlu ditekan setiap hari, setiap masa berterusan agar menjadi perkara yang melekat di hati kita. Itulah fitrah manusia yang inginkan kebahagiaan, ketenangan, kerehatan dan segala macam kesempurnaan mengiringi kehidupan. Marilah kita menilik karya Tuan Guru ini, agar berbisik di hati kita untuk maju beramal kekal dalam nikmat kebahagiaan.

Monday, May 14, 2012

Kebangkitan Gerakan Islam Dalam Fenomena Arab Spring

Kebangkitan Gerakan Islam Dalam Fenomena Arab Spring
Penulis: Haris Zalkapli
Penerbit: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Arab Spring telah mengubah dunia Arab, juga Afrika Utara dengan tumbangnya satu persatu regim tirani yang memerintah puluhan dekad umat Islam di kaki anak muda pemberani. Perubahan politik yang meruak pintu ruang demokratik akhirnya memberikan impak yang besar terhadap gerakan Islam yang menjadi tenaga penggerak seruan pembebasan. Gerakan Islam amat penting mewarnai sejarah Islam abad moden dan daripada beberapa sudut, dapat dilihat sebagai sebahagian daripada pusingan gerakan kebangkitan yang berulang dalam sejarah dunia. 

Tunisia memulakan wisel, larian pantas di medan Tahrir Kaherah, melaju ke Libya, terus menerjah gawang Syria. Sorakan hangat di Bahrain, Yaman, Algeria juga tangisan kegembiraan di Gaza yang menunggu saat kepungan akan terbarai dengan kebangkitan Arab yang melanda Asia Barat. Dunia sedang memerhati dengan penuh debaran, bagaimanakah rantau konflik ini selepas pintu demokrasi dibuka, berdayakah gerakan Islam atau hanya menjadi pemain simpanan untuk panggung politik yang semakin meriah. 

Buku ini cuba merencahi gambaran dan cabaran rantau itu dan gerakan Islam sebagai pemainnya. Buku ini akan membedah dan mengartikulasi perjalanan serta caaran gerakan Islam di rantau Asia Barat dan Afrika Utara selepas meranumnya cuaca demokrasi di rantau berdarah itu. Persoalannya, mampukah Islam dipraktiskan dan menjadi rujukan utama dalam polisi awam?

Aku masuk Islam kerana Nabi Isa

Aku masuk Islam kerana Nabi Isa
Penulis: Siti Rahmah (Kris Rona Yunita)
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Siti Rahmah dilahirkan dengan nama Kris Rona Yunita. Dulunya beragama Kristian Protestan. Dulunya ia sangat membenci Islam kerana menurutnya Islam adalah agama yan suka peperangan, beristeri banyak, ibadah yang susah dan larangannya adalah hal-hal yang nikmat. 

Masa lalunya sangat kelam (gelap). Ia berkahwin kerana hamil (married by accident), lalu bercerai, ketagihan dadah, menjadi GRO di tempat hiburan malam. Bahkan pernah membunuh bayinya sendiri. Kemudian Ia masuk Islam. Namun Ibu dan keluarga besarnya menentangnya bahkan menganggapnya sudah GILA. Dan memaksanya agar kembali keagamanya yang lama.!

Sunday, May 13, 2012

PERSONALITY +PLUS

PERSONALITY +PLUS
Penulis: Florance Littauer
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM26.90

Kebanyakan masalah hubungan kita sesama manusia berpunca daripada tidak memahami dan mengenali sikap masing-masing. Allah Maha Adil. Setiap manusia dijadikan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Asasnya ialah kita perlu mengenali karakter dan sikap kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita cuba 'mengintai' sikap dan karakter orang lain. InsyaAllah, semoga Personality Plus dapat membantu anda.

UMNO PAS PKR SEMUA TAK BETUL? SIAPA BETUL?

UMNO PAS PKR SEMUA TAK BETUL? SIAPA BETUL?
Penulis: Amalina Arshad
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM26.90

Masing-masing tuduh menuduh. Masing-masing tuding menuding. Sudahnya rakyat yang bertelingkah. Kuasa mengundi di tangan rakyat. Jadi rakyat juga ada hak meluahkan kekecewaan dan kekeliruan. Dari Pandangan Si Buta - Buta hanya di mata, bukan di hati.

Friday, May 11, 2012

303 Soal Jawab Fikah Kematian

303 Soal Jawab Fikah Kematian
Penulis: Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud, Mohd Kamel Haji Mat Salleh
Terbitan: PTS
Harga: RM10.00

Apabila bercakap perihal kematian, persoalan-persoalan ini muncul dalam fikiran kita: 
- Apakah tanda mati yang baik dan mati yang buruk? 
- Apakah kegunaan air mawar, kapur, dan setanggi benar-benar wujud dalam ajaran Islam ataupun sekadar budaya orang Melayu? 
- Mengapa kepala mayat perlu dililit dengan kain? 
- Benarkah mayat akan bangun apabila dilangkah kucing hitam? 
- Bagaimana mahu mensolatkan jenazah yang bercampur antar Muslim dan bukan Muslim? 
- Apakah hukum membina bangunan di atas kubur? 

Itu hanya enam soalan sahaja daripada 303 soalan yang terjawab dalam buku ini. 303 Soal Jawab Fikah Kematian menyediakan jawapan-jawapan itu daripada pelbagai sumber yang sahih. Jawapannya juga bukan sahaja jelas, bahkan ringkas dan mudah. Memahami fikah kematian adalah memahami hukum-hakam pada bahagian terakhir hidup di dunia ini. Moga kita membuka langkah kanan memasuki pintu alam yang abadi. Insya Allah kekal aman di syurga nanti.

Badiuzzaman Said Nursi

Badiuzzaman Said Nursi
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM27.00

Badiuzzaman Said Nursi - Pejuang & pemikir Islam Turki.

Wednesday, May 9, 2012

Art of Deception

Art of Deception
Penulis: Jerry D. Gray
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order. Membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku. Juga bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas. Bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat. 

Tuesday, May 8, 2012

Cerita dari Syurga

Cerita dari Syurga
Penulis: Zamri Mohamad, Yusry Yusopp
Terbitan: PTS
Harga: RM11.00

Cerita dari Syurga adalah himpunan 30 cerita yang penuh inspirasi, memberi motivasi, dan menggugah emosi. Cerita-ceritanya segar dan hidup. Saat membacanya sungguh mengasyikkan, seolah-olah kita ditarik masuk ke dalam setiap babak yang dipaparkan. Ceritanya merangsang kita menjadi lebih bersemangat untuk menikmati kehidupan dan menjadikan setiap saat dalam hidup ini lebih bermakna.

Saturday, May 5, 2012

Renungan Sufi

Renungan Sufi
Penulis: Syaikh Abdul Qadir al-Jailani
Terbitan: Pustaka Al-Furqan
Harga: RM60.00

Buku ini berisi 62 petua ruhaniah Syekh Abd al-Qadir al-Jilani yang menyajikan tema-tema sentral dan konsep-konsep spiritualitas. Secara garis besar, ceramah-ceramahnya terfokus pada dua hal; Pertama, makrifat kepada Allah. Kedua, syariat sebagai jalan utama. Untuk mencapai makrifat kepada Allah, seseorang harus menempuh jalan syariat, yaitu melaksanakan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.

Menyingkap Rahasia-rahasia Ilahi (Futuhul Ghaib)

Menyingkap Rahasia-rahasia Ilahi (Futuhul Ghaib)
Penulis: Syaikh Abdul Qadir al-Jailani
Terbitan: Citra Risalah
Harga: RM40.00

Syaikh Abdul Qadir al-Jailani dengan penuh kerendahan hati mengajari kita akan nilai-nilai cinta kepada Yang Maha Suci. Dialah yang dengan kelembutan jiwa mampu menyentuh akal fikiran kita untuk selalu ingat akan keagungan-Nya. Buku ini, "Futuh al-Ghaib", hanyalah satu di antara ribuan kata-kata yang pernah dia lantunkan untuk menjelaskan beragam jalan menuju Tuhan. Membaca buku ini, bererti kita telah melakukan satu perjalanan menuju kebenaran dari Yang Maha Suci.

Hakekat Tasawuf

Hakekat Tasawuf
Penulis: Syaikh Abdul Qadir Isa
Terbitan: Qisthi Press
Harga: RM70.00
 
Penulis buku ini mengulas secara detail serangan para orientalis tentang metode memahami tasawuf. Juga, menjelaskan bagaimana tasawuf yang seiring dengan tuntutan syariat; bagaimana menjadi soleh secara batin tapi juga tidak menyimpang dari tauhid.

Friday, May 4, 2012

Al-Quran untuk Hidupmu (Menyemak Ayat Suci Untuk Perubahan Diri)

Al-Quran untuk Hidupmu (Menyemak Ayat Suci Untuk Perubahan Diri)
Penulis: Dr. Sultan Abdulhameed
Terbitan: Zaman
Harga: RM46.00

Buku ini menyajikan sejumlah ayat Al-Quran yang mengajarkan langkah-langkah perubahan diri. Setiap ayat disertai dengan saranan yang memandu kita menerapkan kearifan Qurani itu dalam kehidupan sehari-hari. Dengan gaya tutur sederhana tapi mengena, kita dibimbing untuk menyedari segala potensi yang diberikan Tuhan dan mewujudkannya menjadi prestasi nyata. Agar hidup lebih unggul, lebih berkualiti, lebih berbahagia.

17 Jalan Menggapai Mahkota Sufi Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani

17 Jalan Menggapai Mahkota Sufi Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani
Penulis: Muhammad Sholikhin
Terbitan: Mutiara Media Yogyakarta
Harga: RM56.00

Dalam buku ini, penulis cuba mengeksplorasi perjalanan spiritual Syaikh 'Abdul Qadir al-Jailani dan ajaran-ajaran makrifatnya, yang bersumber dari empat kitab mo­numental karya beliau, yakni Sirr al-Asrar fi ma Yahtaju llayhi al-Arbar (the Secret of Secrets) sebagai induk pengajaran sufi Syaikh al-Jailani; disusul dua karya master­piece yang berjudul al-Fath al-Rabbany [the Endowment of Divine Grace), dan karya berjudul Futuh al-Ghayb (Revelations of the Unseen). Selain itu ada satu karya fiqih-sufistik legendaris berjudul al-Ghunyah li Thalibi Thariqi al-Haqq (Sufficient Provision for Seekers of the Path of Truth).

Thursday, May 3, 2012

Ensiklopedia Bidaah

Ensiklopedia Bidaah
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM100.00

Wednesday, May 2, 2012

Permata Yang Bernilai Dalam Membicarakan Ilmu Akidah

Permata Yang Bernilai Dalam Membicarakan Ilmu Akidah
(Faridah Al-Fara'id Fi'Ilmi Al-Aqa'id)
Penulis: Ibnu Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al-Fathani
Terbitan:Al-Hidayah
Harga: RM6.00
 
Kitab ini membicarakan ilmu Tauhid iaitu ilmu Usuliddin atas mazhab Imam Asy'ari yang terhimpun padanya beberapa banyak akidah dan beberapa banyak masalah karangan Ahmad Ibnu Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al-Fathani.
 
Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok dan ia merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi. Bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Walaupun kitab ini kecil dan ringkas tetapi isinya amat padat dan bermanfaat bagi pencinta ilmu.
Semoga segala usaha dan pengorbanan ilmuan Islam nusantara dapat kita terns manfaatkan untuk kecemerlangan umat Islam khususnya di Malaysia ini.