Monday, April 30, 2012

Agar Cinta Menghiasi Rumah Tangga Kita

Agar Cinta Menghiasi Rumah Tangga Kita
Penulis: Cahyadi Takariawan
Harga: RM18.00

Apakah yang akan terjadi bila kehidupan rumah tangga berdiri di atas rutin seharian yang menjemukan? Apa yang bakal terjadi, jika kehidupan rumah tangga hanyalah merupakan ekspresi dari tuntutan kewajiban dan penunaian hak? Pastinya yang muncul adalah perasaan bosan dan jemu. Keadaan seperti itu persis seperti hidangan yang lazat lagi mahal harganya. Namun kerana disantap setiap hari, maka makanan itu pun terasa hambar, tiada lagi yang istimewa. 

 Rumah tangga itu harus sejuk dan damai kerana di dalam naungannyalah suami istri meniti jalan bersama menuju Allah. Rumah tangga harus kukuh kerana di bawah atapnyalah Allah menitipkan amanah pendidikan generasi penerus untuk memegang kepemimpinan dunia. 

 Oleh kerana itu, untuk mewujudkan rumah tangga yang demikian maka cinta dan kasih sayang harus menjadi landasan, kekuatan, ruh, dan spiritnya. Lalu bagaimana agar cinta dan kasih sayang boleh menjadi hidup dan berdaya guna? Buku kecil ini menuturkannya kepada Anda dengan bahasa yang bersahaja, tetapi sarat makna, sebagaimana cinta yang menjadi bahasannya. Bersama buku ini, insya Allah, Anda akan menemukan cinta dalam diri dan pasangan Anda.

Cinta Kerana Allah

Cinta Kerana Allah
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM30.00

Cinta bukan hanya kata-kata bermadah, tetapi cinta adalah amanah dari Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurnia daripada Allah Yang Maha Indah. Justeru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu dengan berkata kepada kekasih hatimu, "aku cinta kepadamu kerana Allah!".

Sunday, April 29, 2012

Mudahkan Jangan Susahkan

Mudahkan Jangan Susahkan
Penulis: Syed Alwi Alatas
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM21.00

Manusia! Mereka menyukai kemudahan. Jika ada dua pilihan dihadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu masa pilihan yang mereka akan mencari jalan, mencipta sesuatu agar aktiviti mereka menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Mereka tidak menyukai kesusahan dan berusaha menghindarinya. 

Saturday, April 28, 2012

Ensiklopedi Mini Muslimah

Ensiklopedi Mini Muslimah
Penulis: Khalid Al-Husainann
Harga: RM20.00

Ensikpoledi Muslimah ini menghimpun berbagai permasalahan dan fatwa penting yang ditanyakan oleh wanita dalam setiap aspek kehidupan; baik itu masalah berkaitan dengan syariat, sosial, maupun psikologi. Dalam kitab ini setiap perenggan dianggap sebagai jawaban terhadap pertanyaan. Pada akhir setiap perenggan disebutkan siapa ulama yang menfatwakannya sebagai penguat sumber fatwa secara umum. Dibahas dengan menggunakan metode ringkas, agar wanita dapat mengambil manfaat dan menukil darinya seperti yang dia kehendaki. Meskipun berjudul Ensiklopedi Mini Muslimah, namun kitab ini tidak dikhususkan hanya untuk kaum wanita, akan tetapi khusus untuk perkara-perkara yang ditanyakan oleh kaum wanita.

Menjadi Istri Penuh Pesona

Menjadi Istri Penuh Pesona
Penulis: Imad Al-Hakim
Penerbit: Aqwam
Harga: RM28.00

Melalui buku ini, Imad Al-Hakim mengajak anda untuk menjadi istri penuh pesona lahir-batin. Disajikan dengan bahasa yang mengalir, buku ini menghuraikan sifat dan karakter istri idaman suami. Tak lupa, disertai berbagai tips dan kiat memikat hati suami yang dilengkapi dengan hikayat, kisah dan perkataan para ulama.

Thursday, April 12, 2012

Nahu Mudah

Nahu Mudah
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM14.00

Buku Nahu Mudah ini merupakan sebuah buku nahu bahasa arab yang diinovasikan oleh penulis untuk memenuhi permintaan masyarakat hari ini yang mula sedar tentang kepentingan bahasa arab dalam kehidupan mereka.Khususnya sebagai umat Islam yang memerlukan kefahaman bahasa Arab untuk memahami bacaan-bacaan dalam solat,zikir-zikir serta doa-doa.

KELEBIHAN NAHU MUDAH

- buku ini mengandungi kaedah-kaedah asa nahu bahasa Arab
- dipaparkan dalam bentuk mudah difahami
- kaedah-kaedah nahu bahasa Arab yang diterangkan dalam bahasa Melayu
- latihan-latihan yang disediakan pada tiap-tiap tajuk
- skema jawapan pula disertakan sebagai alat bantuan kepada pelajar-pelajar

Album Terbaru Maher Zain, Forgive Me

Artis: Maher Zain
Album: Forgive Me
Harga: RM29.90

Senarai Lagu :
  1. I Love You So (4:35)
  2. Number One For Me ( 4:19)
  3. Mawlaya (4:52)
  4. My Little Girl (4:33)
  5. Forgive Me (3:52)
  6. One Big Family (4:06)
  7. Assalamu Alayka (4:13)
  8. Paradise (4:06)
  9. Masha Allah (3:59)
  10. Radhitu Billahi Rabba (4:56)
  11. Freedom (3:42)
  12. So Soon (5:09)
  13. Muhammad (pbuh) (4:37)
  14. Guide Me All The Way (5:02)

Wednesday, April 11, 2012

Kamus Al-Farid Junior

Kamus Al-Farid Junior
Penulis: Dr. Puzhi Usop, M. Azrul Azlen, Marzidah, Norasmazura, Raja Munirah
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Kelebihan kamus ini ialah:

- Membantu pelajar belajar bahasa Arab dengan mudah.
- Membantu ibu bapa mengajar bahasa Arab kepada anak-anak.
- Merangkumi sukatan pelajaran Bahasa Arab terkini.
- Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di dalam dan di luar kelas.
- Susunan entri yang memudahkan carian perkataan.
- Penampilan dan persembahan yang menarik serta “mesra pembaca”.
- Setiap entri berdasarkan buku teks pelajar untuk memudahkan carian serta mengelakkan kekeliruan.

Bayu Dingin Mediterranean

Bayu Dingin Mediterranean
Penulis: Zaid Akhtar
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM17.00

Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean menghimpunkan 15 buad cerpen yang rata-ratanya berlatarbelakangkan suasana Timur Tengah.Himpunan cerpen ini digarap dengan berhemah oleh penulis yang berbakat besar,Zaid Akhtar sebagai usaha melaksanakan tanggugjawab dakwahnya.Penginterprestasian mesej yang rinkas dan menarik dapat mendidik pembaca menggunakan kebijaksanaan menyelongkar makna tersirat.

Bayu Dingin Mediterranean mengungkap erti-erti perjuangan.Perjuangan hadir dalam diri setiap manusia.Perjuangan secara literasinya menampakkan ciri-ciri semangat juang berbekalkan senjata ditangan.Namun,perjuangan bukan pertempuran di medan perang semata-mata .Sebaliknya ,Zaid Akhtar menginterprestasikan perjuangan dalam segenap aspek kehidupan manusia.Perjuangan mempertahankan hak kemanusiaan yang dirampas sewenangnya, perjuangan memperteguh nafsu kendiri,perjuangan meraih cinta dan kasih sesama manusia,perjuangan mendedahkan dan menegakkan sebuah kebenaran dan perjuangan abadi mengharap cinta Allah dan Rasul-Nya.

Friday, April 6, 2012

Khalifah Zuhud Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Zuhud Umar bin Abdul Aziz
Penulis : Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Terjemahan : Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM18.00

Buku ini mendiskusikan sejarah dan rantaian perjalanan hidup Khalifah Umar selain memaparkan corak pemerintahan beliau pada zamannya. Selain itu, buku ini turut merungkai kepekaan serta sensitiviti beliau terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Dapatkan buku ini bagi usaha memahami dan mempelajari ciri-ciri kepimpinan terpuji yang sewajarnya ada bagi seorang pemimpin terbaik di dunia dan di Akhirat.

Amalan Zikir & Doa Harian Rasulullah SAW

Amalan Zikir & Doa Harian Rasulullah SAW
Penulis: Ahmad Hasan Mohd Naza
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM16.00

Mengamalkan sunnah Rasulullah saw adalah dituntut oleh Islam kerana ia merupakan amalan yang memudahkan lagi memberi manfaat kepada kita. Pelbagai sunnah Rasulullah saw yang masih tidak diamalkan oleh kebanyakan Muslim. Dengan ini PSN Publications menerbitkan sebuah lagi buku yang berkongsi zikir dan doa-doa harian Rasulullah SAW. Antara doa yang terdapat dalam buku ini ialah Doa Sebelum Minum Susu yang berbunyi, “Ya Allah! Berilah kami keberkatan padanya dan berilah tambahan kepada kami daripadanya.”

Memburu Hidayah

Memburu Hidayah
Penulis: Rusnah Abu Samah
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM20.00

Seperti yang diceritakan Eh Jun Guang kepada Rusnah Abu Samah

Thursday, April 5, 2012

33 Amalan Mendidik Anak Soleh

33 Amalan Mendidik Anak Soleh
Penulis: Ustaz Mohammad Subki Abd. Rahman al-Hafiz & Mohd Rifqi Myiddin
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM30.00

33 AMALAN MENDIDIK ANAK SOLEH sebuah panduan khususnya untuk golongan yang bakal mendirikan rumah tangga juga kepada mereka yang bergelar ibu atau bapa dan seluruh umat Islam amnya. Dapatkan tips dan petua-petua cara Islam untuk membentuk dan menggilap cahaya mata keluarga yang bermuka daripada aspek pemilihan pasangan lagi menerusi buku ini.

Usaha tersebut wajar bermula daripada aspek pemilihan pasangan dan berterusan sehingga soal adab-adab dengan pasangan termasuk ketika melakukan hubungan intim agar hubungan yang suci itu tidak diganggu-gugat oleh makhluk-makhluk ghaib seperti jin dan syaitan. Hal yang demikian sangat penting demi membentuk benih keturunan yang murni dan terpelihara.

Rahasia Hati dan Pikiran Syekh Siti Jenar

Rahasia Hati dan Pikiran Syekh Siti Jenar
Penulis: Purwadi
Terbitan: Gara Ilmu
Harga: RM27.00

Wednesday, April 4, 2012

Sebelas Patriot

Sebelas Patriot
Penulis: Andrea Hirata
Terbitan: PTS
Harga: RM10.00

Sebelas Patriot adalah kisah yang menggetarkan hati dan menyuntik inspirasi, berkisar perihal cinta seorang anak, pengorbanan seorang ayah, dan kegigihan menggapai impian. Cinta seorang anak bukan sekadar patuh kepada permintaan orang tua, tetapi menunaikan mimpi-mimpi lama yang terkubur di tengah jalan. Pengorbanan seorang ayah bukan sekadar zahir kasih sayang, tetapi jauh melangkau sekatan dunia demi kesenangan generasi masa hadapan. Gigihnya Ikal menggapai impian sang ayah berbekalkan cinta dan pengorbanan yang mengalir dalam diri sejak azali. Mampukah sang ayah tersenyum kembali?

Tasik Syahdu & Cerpen-Cerpen Lain

Tasik Syahdu & Cerpen-Cerpen Lain
Penulis: A. Samad Said
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

Kumpulan cerpen karya Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said, yang dipilih dan disusun sendiri oleh beliau, berserta anekdot-anekdot segar mengiringi setiap cerpen.

Fail Sulit Presiden Amerika

Fail Sulit Presiden Amerika
Penulis: Muhd Nur Iman Ramli
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Sudah lama diperkatakan pelbagai perkara perihal Presiden Amerika Syarikat. Ada yang mengaitkan mereka dengan Yahudi. Lebih daripada iitu, ada yang mengaitkan mereka dengan gerakan rahsia seperti Freemason dan Illuminati. Presiden Obama juga dikatakan tidak terkecuali. Ini lebih jelas apabila Obama memilih membunuh Osama.

Fail ini mengandungi maklumat-maklumat unik dan penting perihal presiden.

Antaranya:

- Pembunuhan Presiden Kennedy
- Sumpahan Tecumseh
- Hantu Presiden Lincoln
- Beg sulit Nuclear Football
- Mengapa penting untuk Amerika berkawan dengan Israel?
- Kumpulan sulit di belakang presiden

Dengan maklumat-maklumat ini, banyak perkara dapat difahami. Kita perlu mengambil kira data yang diberikan bagi membuat keputusan. Data dan maklumat tidak boleh dibocorkan, sama ada dengan sengaja ataupun tidak.

Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab

Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab
Penulis: Muhaya Mohamad
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Dalam era serba moden ini, bergelar pelajar menuntut kekuatan dari pelbagai sudut.
Bukan sekadar mental, spiritual, dan emosi, malah fizikal juga perlu kuat. Tiada individu yang terkecuali, tidak kira siapa pun dia.

Pelajar Bertanya Profesor Doktor Muhaya Menjawab diilhamkan daripada persoalan dan pengalaman yang diajukan kepada Profesor Doktor Muhaya, selama beliau berkhidmat sebagai doktor sehingga sekarang.

Tuesday, April 3, 2012

Jumaat bersama Tok Guru

Jumaat bersama Tok Guru
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

“Saya telah mengikuti kuliah Tok Guru sejak lebih dua puluh tahun yang lalu. Jadi, saya merasa sentiasa merasa teruja untuk terus mengikuti kuliah-kuliah beliau lebih-lebih mendapat peluang untuk merakamkannya dalam bentuk buku. Buku ini mengandungi lima belas kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru dalam majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari Jumaat di Kota Baharu, Kelantan.

Dalam buku ini juga, saya merakamkan pandangan dan perasaan saya terhadap kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau. Semoga dengan rakaman dan huraian tersebut, ia akan membawa kita lebih dekat dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Tok Guru. Lebih penting lagi ialah memahami, menghayati dan seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan. Ilmu yang diperolehi itu kemudian boleh disampaikan kepada orang lain.

Begitulah cara ilmu itu berkembang dan ia merupakan satu proses yang berterusan untuk mewariskan ilmu kepada kepada generasi yang akan datang.” - Ann Wan Seng

Monday, April 2, 2012

Pengantin al-Quran

Pengantin al-Quran
Penulis: M. Quraish Shihab
Terbitan: PTS
Harga: RM22.00

Buku Pengantin al-Quran ini sarat dengan nasihat-nasihat berguna yang dapat dijadikan rujukan dan panduan oleh setiap pasangan suami isteri bagi meraih sakinah dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Buku ini bermanfaat bagi mereka yang ingin mendapat pencerahan mengenai tatacara bermuamalah dengan baik dalam melayari bahtera rumah tangga. Ia bukan sahaja sesuai untuk bakal pengantin, bahkan mereka yang sudah berumah tangga juga akan mendapat banyak manfaat daripadanya.

Bekalan Untuk Musafir

Bekalan Untuk Musafir
Penulis: Md. Amirol Ibrahim
Terbitan: PTS
Harga: RM3.50

Buku ini membincangkan beberapa aspek penting dalam kehidupan seseorang individu Muslim terutama sepanjang bermusafir. Antara topik penting yang dikupas adalah ibadat, adab, amalan doa serta ayat-ayat al-Quran pilihan.

Sunday, April 1, 2012

Agar Hati Tak Mati Berkali-kali

Agar Hati Tak Mati Berkali-kali
Penulis: Muhammad Al-Bani
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM15.00

Kematian hati adalah petaka terbesar dalam hidup seseorang, karena hati yg mati tidak dapat menerima cahaya Ilahi. Padahal, cahaya Ilahi merupakan satu-satunya pelita dalam hidup ini. Jadi jangan sampai hati kita mati, apalagi mati berkali-kali.