Friday, May 30, 2014

Aku Sakit, Dia Penyembuh


Aku Sakit, Dia Penyembuh 
 Penulis: Ustaz Sharhan Safie 
 Terbitan: Vesselmas 
 Harga: RM28.00 

 Antara kandungan: Klasifikasi Penyakit, Penyembuhan Al-Quran, Dalil Penyembuhan Al-Quran, Doa Penyembuhan.

Engkaulah Hassan al-Banna


Engkaulah Hassan al-Banna 
 Penulis: Zainudin Hashim 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM18.00 

 Buku ini adalah riwayat Hassan al-Banna dan Ikhwan Muslimin. Semoga naskhah ini bermanfaat dan meningkatkan semangat perjuangan seperti Hassan al-Banna.

Pengubatan Al-Quran: Penawar Segala Penyakit


Pengubatan Al-Quran: Penawar Segala Penyakit 
 Penulis: Ustaz Raflis Sabirin 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM45.00 

 Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat dalam Al-Quran untuk pelbagai jenis penyakit. Buku ini dapat memberi panduan, pedoman dan iktibar kepada pembaca dalam penjagaan kesihatan jasmani dan rohani.

Monday, May 26, 2014

Cinta: Aspirasi Cinta Dunia Glamor


Cinta: Aspirasi Cinta Dunia Glamor 
 Penulis: Bahruddin Bekri, Shahrizan Daud At-Turabi, Heliza Helmi, Diana Amir, Siti Nordiana, Farah Asyikin 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00 

 CINTA: Aspirasi Cinta Dunia Glamor yang dalamnya mempunyai 25 kisah kasih. Kisah-kisah ini diinspirasikan daripada perbualan bersama Heliza Helmi, Diana Amir, Siti Nordiana, dan Farah Asyikin.

Chicken Soup for the Soul: Cipta Kebahagiaan Kita


Chicken Soup for the Soul: Cipta Kebahagiaan Kita 
 Penulis: Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini adalah susulan kepada buku terlaris, Chicken Soup for the Soul: Berfikir Positif. Kita dapat membaca cerita sebenar yang penuh inspirasi tentang bagaimana orang menggunakan fikiran positif, sifat bersyukur, dan akal mereka bagi menemukan jalan mencipta kebahagiaan, menyuburkan semangat, mencari tujuan, dan mencapai kegembiraan dalam hidup.

Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif


Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif 
 Penulis: Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM27.00 

 101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup ini dihimpun daripada pelbagai individu berlainan. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama, iaitu menceriakan hidup kita.

Friday, May 23, 2014

Buku Petunjuk Bagi Orang-orang yang Menginginkan Pertolongan dan Rahmat Allah


Buku Petunjuk Bagi Orang-orang yang Menginginkan Pertolongan dan Rahmat Allah 
 Penulis: Syekh Abdul Qadir al-Jaelani 
 Terbitan: Sahara Publishers 
 Harga: RM64.00 

 Al Fathur Rabbani ini adalah laksana panggilan bagi hati yang sakit, jasad yang rapuh, jiwa yang telah dirasuki oleh ketamakan. Ia adalah petunjuk bagi siapa saja yang menginginkan pertolongan dan rahmat dari Allah.

Thursday, May 22, 2014

Al-Bidayah Wan Nihayah: Zaman Khulafa'ur Rasyidin

Al-Bidayah Wan Nihayah: Zaman Khulafa'ur Rasyidin 
 Penulis: Al-Hafiz Ibnu Kathir 
 Terbitan: Crescent Books 
 Harga: RM60.00 

 Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat: 

• Saidina Abu Bakar, 632-634M 
• Saidina Umar al-Khattab, (Umar I) 634-644M 
• Saidina Uthman Affan, 644-656M 
• Saidina Ali Abi Talib, 656-661M

Siri Berjuang Di Jalan Allah: Sahabat Dijanjikan Syurga


Siri Berjuang Di Jalan Allah: Sahabat Dijanjikan Syurga 
 Penulis: Alieff Mukhlis 
 Terbitan: Darul Mughni 
 Harga: RM12.90 

 Sahabat Dijanjikan Syurga ialah buku yang menghimpunkan fakta, peribadi dan ketokohan enam orang sahabat Nabi Muhammad SAW. Gaya bahasa dan garapan yang padat memboleh membantu anak-anak memahami sejarah ketamadunan orang Islam. 

Fokus utama adalah pemahaman dan penghayatan agar anak-anak dapat mencontohi kebijaksanaan tokoh-tokoh ini dalam kehidupan seharian. Penerbit mengharapkan buku ini dapat membantu dalam pembentukan pemikiran anak-anak. Seterusnya, menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti. Dapatkan bacaan bermutu untuk anak-anak anda.

Subhanallah (CD)


Album "Subhanallah" oleh Habib Syech Assegaf 
 Harga: RM19.90

Qasidah & Selawat Sufi 2 (CD)


Album "Qasidah & Selawat Sufi 2" oleh Habib Syech Assegaf 
 Harga: RM19.90

50 Tokoh Islam Liberal Indonesia


50 Tokoh Islam Liberal Indonesia 
 Penulis: Budi Handrianto 
 Terbitan: Hujjah Press 
 Harga: RM40.00 

 Mereka yang sudah dikenal luas di tanah air sebagai tokoh Islam Liberal berikut sejumlah pendapat dan tulisannya yang meresahkan umat ini, dirangkum oleh penulis dalam sebuah buku. Ya, buku berjudul “50 Tokoh Islam Liberal Indonesia” yang ada di hadapan anda ini mengungkap biografi singkat mereka secara obyektif dan tidak menghakimi. Buku ini cukup lengkap dan penting sebagai referensi bagi anda pemerhati dunia pergelutan pemikiran, baik yang pro maupun kontra liberalisme.

Wednesday, May 21, 2014

Membentuk Peribadi Muslimah Ideal Menurut Al-Qur'an & As-Sunnah


Membentuk Peribadi Muslimah Ideal Menurut Al-Qur'an & As-Sunnah 
 Penulis: Dr Muhamad 'Ali Hasyimi 
Terbitan: Al-I'tishom 
 Harga: RM60.00 

 Tidak berlebihan jika dikatakan bahawa karya ini lengkap pada bidangnya ditinjau dari tiga aspek: 

Pertama, referensi yang dijadikan acuan dalam pembahasan kepribadian muslim dan muslimah karya ini adalah Al-Qur'an dan As-Sunnah sehingga akan menghadirkan peribadi yang qur'ani dan nabawi. 

Kedua, karya ini hadir berdasarkan fenomena sebenar di lapangan yang diamati oleh penulis lebih dari sepuluh tahun. Kegelisahan beliau untuk mencari solusi atas problem kepribadian umat dewasa ini. 

Ketiga, contoh-contoh yang dipaparkan merupakan kejadian dan peristiwa sehari-hari, bukan rekayasa yang digubah dalam bentuk sandiwara atau sinetron.

Dasar-dasar Islam


Dasar-dasar Islam 
 Penulis: Abul A'la Al-Maududi 
 Harga: RM39.00

Monday, May 19, 2014

Wasiat Terbesar Sang Guru Besar


Wasiat Terbesar Sang Guru Besar 
 Penulis: Syekh 'Abdul Qadir Jaelani 
 Terbitan: Sahara Publishers 
 Harga: RM35.00

Terjemahan kitab Mukhtashar al-Ghunyah

Saturday, May 17, 2014

Tajul Arus: Pelatihan Lengkap Mendidik Jiwa


Tajul Arus: Pelatihan Lengkap Mendidik Jiwa 
 Penulis: Ibnu 'Athaillah 
 Terbitan: Zaman 
 Harga: RM60.00

Kunci Memahami Ilmu Tasawuf


Kunci Memahami Ilmu Tasawuf 
 Penulis: Dr. Mustafa Zahri 
 Terbitan: Bina Ilmu 
 Harga: RM17.00 

 DALAM gelombang perjalanan pemikiran Islam, keberadaan ilmu tasawuf telah lama dikenal. Polemik tentang apakah tasawuf itu sebagai ilmu atau respek batin pupuslah sudah. Seperti yang kita ketahui, banyak buku yang membahas perihal tasawuf. Tapi, tulisan Dr. Mustafa Zahri ini lebih menukik ke dalam alam metafisika – mencakup persoalan-persoalan batiniah – dan bersifat praktis. 

Beberapa ritual batin, misalnya zikir, dikupas dalam rangka membuka hijab yang membatasi manusia dengan Tuhan. Salah satu syarata agar manusia dapat mengenal Tuhannya, menurut penulis buku ini, kenalilah diri sendiri. Pengenalan terhadap diri sendiri yang sebagai kunci, dapat dilakukan dengan berbagai cara. Semua cara itu secara tuntas dikupas dalam dua puluh bab buku ini.

Tafsir Manhaji Juz 30


Tafsir Manhaji Juz 30 
 Penulis: Ali Laban, Husam Humaidah, Hasan Jaudah, Mahmud Abu Rayyah 
Terbitan: Pustaka Salam 
 Harga: RM33.50

Friday, May 16, 2014

Warisan Pedang Rasulullah S.A.W. & Para Sahabat


Warisan Pedang Rasulullah S.A.W. & Para Sahabat 
 Penulis: Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab Al-Linggi 
Terbitan: Mawleed 
 Harga: RM60.00 

 Pedang-pedang inilah sebagai saksi dan bukti sejarah yang mengandungi makna yang besar bagi kita selaku umat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Walaupun Orientalis cuba memalsukan fakta-fakta sejarah dengan mengatakan bahawa Islam tertegak dengan melalui mata pedang. Ini merupakan satu pembohongan yang besar kerana pedang di zaman itu adalah sebagai satu senjata untuk mempertahankan diri di dalam peperangan dalam penyebaran Islam.

Sirah Peperangan Rasulullah


Sirah Peperangan Rasulullah 
 Penulis: Zul Aimran Omar 
Terbitan: Must Read 
 Harga: RM32.00 

 Buku yang berada di tangan anda ini menyingkap kembali 27 sirah peperangan Nabi Muhammad SAW dalam usaha mempertahankan Islam apabila digugat oleh pihak musuh. Tiap-tiap satu peperangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dirancang dengan teratur. Bagindalah sebenarnya yang terlebih dahulu menggunakan strategi-strategi terbaru dan terkini, sebelum ianya dicetak rompak oleh musuh-musuh Islam dengan menggunakan nama yang berbeza untuk mengalih perhatian umat Islam. Secara langsung, ia menjadi satu bukti bahawa umat Islam mampu menggegarkan dunia! Bersama-sama kita hayati nilai-nilai murni di celah-celah 27 sirah peperangan Nabi Muhammad SAW!

Di Sebalik Israk Mikraj


Di Sebalik Israk Mikraj 
 Penulis: Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff 
Terbitan: Must Read 
 Harga: RM18.00 

 Peristiwa Israk dan Mikraj mengajar kita erti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti ibadah solat, menunaikan zakat, bersedekah dan melakukan muamalat sesama manusia dengan baik kerana setiap manusia akan menerima balasan mengikut amalan dan pekerjaan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia. Ia juga memberi peringatan kepada manusia suapaya menjauhkan diri daripada pelbagai perkara yang dilarang Allah SWT seperti makan riba, menabur fitnah, tidak menunaikan amanah, tidak mengeluarkan zakat dan perkara mungkar yang lain. 

 Mengupas dengan lebih jelas hikmah-hikmah di sebalik berlaku peristiwa Israk dan Mikraj ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Ketika baginda maish lagi bersedih atas pemergian dua orang insan yang amat disayanginya. Bacalah dengan mata dan fahamilah dengan hati kisah Di Sebalik Israk Mikraj.

Formula Merawat Hati


Formula Merawat Hati 
 Penulis: Ahmad Adnan Fadzil, Amly Asenar 
Terbitan: Must Read 
 Harga: RM19.90 

 Ramai orang membicarakan dan memberi nasihat soal hati, namun tidak ramai yang memahami hakikat hati, serta tidak menjaga hatinya sendiri. Hanya orang yang benar-benar memahami dan konsisten menjaga hati akan dapat memberi nasihat yang benar dan tepat tentangnya. Oleh sebab itu, kami memilih ungkapan dan mutiara kata daripada para ulama, aulia dan arifin untuk dipersembahkan kepada pembaca dalam buku ini.

Thursday, May 15, 2014

Doa-doa Nabi SAW dan Para Sahabat ra


Doa-doa Nabi SAW dan Para Sahabat ra 
 Penulis: Syekh Muhammad Yusuf Al Kandahlawi 
 Terbitan: Pustaka Thariqul Izzah
 Harga: RM16.00 

 Buku ini menampilkan doa-doa Nabi SAW dan para sahabatnya, yang menggambarkan kuatnya keyakinan mereka kepada Allah swt, dan dekatnya hubungan persaudaraan sesama Muslim. Doa adalah senjata orang mukmin. Itulah yang mereka hunus menghadapi kehidupan.

Wednesday, May 14, 2014

Isu-isu Semasa, Syiah Musuh Tersembunyi


Isu-isu Semasa, Syiah Musuh Tersembunyi 
 Penulis: Muhammad Erfan Aziz 
 Harga: RM21.90 

 Buku ini merupakan suatu pendedahan kepada dunia Islam siapa sebenarnya Syiah yang dahulunya terkenal juga sebagai golongan Rafidhah di segi akidah, syariah, akhlak dan motif perjuangan mereka sejak dahulu hingga sekarang ini selepas Syiah menguasai negara Iran yang sekarang ini dijadikan base bagi melancarkan sasaran serangan mereka ke seluruh dunia, khususnya ke atas negara-negara dan umat Islam bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, bagi mengembangkan fahaman dan akidah Syiah sekaligus menghapus Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

 Syiah membohongi dunia bahawa mereka ada kaitan dengan Ahli Bait, keturunan Rasulullah SAW melalui Saidina Ali dan Siti Fatimah binti Rasulullah SAW padahal itu suatu rekaan. Terdapat bukti sejarah juga bahawa pembunuh Saidina Husin adalah konspirasi oleh orang dan pengikut Syiah Iran atas nama Syiah sekarang ini telah melatih dan mengirim wakil-wakilnya ke seluruh dunia bagi mensyiahkan umat Islam di seluruh dunia dan selanjutnya menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Bekam Sinergi


Bekam Sinergi 
 Penulis: Dr. Ahmad Ali Ridho 
 Terbitan: Aqwam
 Harga: RM45.00 

 Buku bekam sinergi ini memadukan ketiga metode pengobatan baik medis modern, thibbun nabawi maupun pengobatan tradisional Cina dalam melakukan terapi bekam. Buku ini menekankan pentingnya analisa dan diagnosa, karena di lapangan masih sering dijumpai kasus mal praktik bekam yang disebabkan ketidaktahuan terapis tentang hal itu. Buku ini terbit untuk menjadi referensi untuk menambah pengetahuan dan keahlian Anda sebagai terapis bekam. Tak salah, bila buku ini Anda jadikan salah satu buku pedoman dalam melakukan terapi bekam.

Monday, May 12, 2014

Syekh Abdul Qadir al-Jailani: Kisah Hidup Sultan Para Wali dan Rampai Pesan yang Menghidupkan Hati


Syekh Abdul Qadir al-Jailani: Kisah Hidup Sultan Para Wali dan Rampai Pesan yang Menghidupkan Hati 
Penulis: Shalih Ahmad al-Syami 
 Terbitan: Penerbit Zaman 
 Harga: RM24.00 

 Setelah menyuguhkan biografi singkat tapi memikat sang sultan aulia, buku ini menguntai petikan nasihat-nasihat beliau yang terakam dalam karya beliau: al-Fath al-Rabbânî dan Futûh al-Ghayb. Isinya menyapa langsung sanubari kita. Laksana taman hikmah, buku ini boleh anda kunjungi bila-bila saja dan di halaman mana saja.

Thursday, May 8, 2014

Cukup Hanya Allah


Cukup Hanya Allah 
 Penulis: Ustaz Kazim Elias 
Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM19.90 

 Kita bukanlah insan istimewa. Namun, adakala kita berasa kitalah yang paling baik dan kitalah paling sempurna, sehingga ada yang terdetik kita mampu sendirian mengharungi liku-liku kehidupan. Rasa itu terus menjalar ke benak hati paling dalam. Ya! Lupakah kita bahawa hanya ALLAH tempat sandaran? Andai ALLAH diabai, ke mana harapan harus dituju? ALLAH itu dekat. Tidak pernah menjauh. Kita pula sering melupakan-NYA dan mengingati saat kesusahan bertamu. Lalu, munajatlah tanpa henti. DIA akan membantu kita dalam mendidik hati dan jiwa. Pasti kita menjadi sebaik-baik insan. Yakinlah! Cukup hanya DIA di hati.

Remaja Idaman Syurga


Remaja Idaman Syurga 
 Penulis: Abd Rahman Rohaily 
Terbitan: Must Read 
 Harga: RM18.50 

 Bagaimana Membentuk: Remaja Hebat | Remaja Bersyariat | Remaja Akhirat

Wednesday, May 7, 2014

Pesan Hati Untuk Hati


Duhai Yang Tersayang 
 Penulis: Pahrol Mohd Juoi 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM39.00 

 Buku ini merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Huraiannya bermula dengan persoalan asas yang berkaitan iman, Islam dan ibadah kemudian menjangkau aspek hubungan sesama makhluk agar pembaca akan sentiasa faham, ingat dan beramal selaras dengan prinsip pengajian yang dinamik. Buku ini wajar dimiliki kerana ia mendidik hati agar tidak terus alpa namun sentiasa bertakwa kepada Allah dengan memberi penekanan kepada pesan takwa. Menyingkap masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan umat dan cara mengatasinya. Membawa mesej agar memurnikan kembali kehidupan beragama. Menekankan soal keberkesanan ibadah-ibadah lahiriah dalam proses pembentukan hati nurani yang baik dengan menyingkap aspek-aspek yang lebih maknawi. Buku ini sesuai dijadikan sebagai teman dalam menelusuri jalan takwa dan panduan dalam bermujahadah.

Duhai Yang Tersayang


Duhai Yang Tersayang 
 Penulis: Pahrol Mohd Juoi 
Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM8.00 

 Khas untukmu, suami/isteri tersayang. Kesudianmu menjadi teman hidupku, amat aku syukuri. Buat isteri, terima kasih kerana menerimaku sebagai perwiramu. Buat suami, terima kasih kerana memilihku antara sejuta. Apatah lagi kaulah yang paling sempurna di hatiku. Kesatuan hati mudah dibina dengan sama-sama meletakkan Allah sebagai kuasa Pencatur dan Pengatur dalam apa jua program, aktiviti dan perancangan dalam rumah tangga. Mungkin jarang sekali kututurkan kata cinta, mengucap kasih. Sayangku, aku sebutkan seluruh isi hatiku, tersirat di bait-bait puisi “Duhai yang Tersayang”. Inilah hadiah daripada insan yang paling kau sayangi. Bertemu kita di Syurga Ilahi. Insya-Allah.

Membongkar Di Sebalik Misteri MH370


Membongkar Di Sebalik Misteri MH370 
 Penulis: Mejar Qayyum 
Terbitan: Casamas 
 Harga: RM25.00 

 Dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang awal pagi 8 Mac 2014. Penerbangan itu yang membawa 227 penumpang dari 15 buah negara termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal menjadi tumpuan dunia. Pesawat itu terputus hubungan daripada pusat kawalan udara Subang sekitar pukul 2.40 pagi iaitu hanya 2 jam setelah berlepas. Usaha pencarian dan penyelamatan bersama meliputi luas 30,000 km2 (12,000 batu²) di Teluk Thailand. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac pada 00:41 waktu tempatan (16:41 UTC, 7 Mac) dan dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (06:30 waktu tempatan, 8 Mac). 

 Operasi besar-besaran mencari pesawat MH370 melibatkan lebih 30 pesawat dan 40 kapal dari berbagai masih tidak memberi sebarang petunjuk. Penggeledahan dilaut terbuka secara massa masih diteruskan. Berbagai-bagai kemungkinan dan teori ditonjolkn oleh berbagai-bagai pihak termasuk untuk memberi indikasi pencarian pesawat tersebut. Namun nasib pesawat MH370 kekal menjadi misteri. 

 Adakah ini merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi dari negara-negara atau pihak tertentu? Atau satu tragedi yang sungguh mistik? Adakah kelonggaran sistem pemeriksaan telah menyebabkan penumpang dapat menaiki pesawat dengan passport curi? Mungkinkah ini merupakan satu permainan perang teknologi yang menjadikan pesawat MH 370 sebagai mangsa keadaan? 

 Buku ini mengkaji kronologi dan sebaik mungkin membongkar satu teori dan kemungkinan di sebalik tragedi MH370. Buku wajib baca oleh semua golongan dan sesuai untuk dijadikan rujukan bagi menghadapi kemungkinan tragedi akan datang.

Nikmatnya Rezeki yang Berkat


Nikmatnya Rezeki yang Berkat 
Penulis: Mohamad Razif Mohamad Fuad 
Terbitan: Must Read 
 Harga: RM16.00 

 Persoalan berkenaan rezeki dibicarakan secara meluas di dalam al-Quran. Lebih daripada 100 ayat dalam pelbagai surah yang membahaskan topik rezeki. Hal ini menunjukkan soal rezeki bukan perkara remeh dan wajar dititikberatkan oleh umat Islam. Rezeki membawa pelbagai maksud menurut al-Quran. 

Antaranya ialah: 
 1. Pemberian - Surah al-Baqarah ayat 254 
 2. Makanan - Surah al-Baqarah ayat 25 
 3. Hujan - Surah az-Zariyat ayat 22 
 4. Ganjaran - Surah Ali Imran ayat 169 
 5. Syurga - Surah al-Ahzab ayat 31 
 6. Buah-Buahan - Surah Ali Imran ayat 37

Manual Kehamilan


Manual Kehamilan 
 Penulis: Kak Engku @ Tengku Azmanira Raja Husin
Terbitan: Must Read 
 Harga: RM75.00 

 Panduan penjagaan ibu dan bayi 

 Hadiah khas kami buat pasangan suami isteri sebagai persediaan awal merancang dan mengharuingi fasa kehamilan. Pengetahuan berkaitan kepentingan merancang keluarga, masalah kesuburan, penjagaan ibu mengandung dan menghadapi kelahiran perlu untuk panduan semua pasangan di dunia. Anak adalah anugerah Allah yang paling besar buat pasangan suami isteri. Hargai anak itu dengan medapatkan panduan penjagaan ibu dan bayi melalui buku Manual Kehamilan. 

 Yang menarik: 
 20 Senaman Semasa Hamil 
 5 Tip Penyusuan Bayi 
 11 Tip Penjagaan Bayi 
 12 Senaman Kembali Langsing

Celoteh Murabbi


Celoteh Murabbi 
 Penulis: Noor Laila Aniza Zakaria 
 Terbitan: Must Read 
 Harga: RM16.00 

 Naskhah ringkas yang penuh bermakna daripada Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria. Segala celoteh dan nasihat beliau di televisyen, radio dan akhbar kini dibukukan dengan judul Celoteh Murabbi. Celoteh Murabbi - bukan kosong tetapi berisi. Isilah hidup kita dengan mencari ilmu Allah dan mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad Saw.

Tuesday, May 6, 2014

Untaian Kisah Para Wali Allah


Untaian Kisah Para Wali Allah 
Penyusun: Syed Ahmad Semait 
Penerbit: Pustaka Nasional 
Harga: RM55.00 

 Kumpulan cerita para Wali Allah yang suatu masa dulu menjadi bacaan popular oleh masyarakat ahli agama dan para pelajarnya kini diolah semula ceritanya sesuai dengan keadaan masakini. Buku ini juga bertujuan untuk menyampaikan faedah, tauladan dan nasihat bagi pembaca.

Saturday, May 3, 2014

Islam, Songkok & Bahasa


Islam, Songkok & Bahasa 
 Penulis: Maarof Salleh 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM23.00 

 Buku Islam, Songkok dan Bahasa adalah gabungan rencana yang pernah ditulis oleh Maarof Salleh dalam Berita Harian Singapura. Ia juga adalah luahan umum masyarakat Islam Melayu di Singapura terhadap isu agama, negara dan bangsa. 3 isu ini tidak dipenjara dalam kotak masyarakat Singapura sahaja, bahkan penulis melintasi garisan sempadan Malaysia apabila beliau membuat analisis isu dengan mengaitkan dua negara ini secara serentak. 

 Penulis melontarkan kritikan terhadap idea politik Singapura, perkembangan politik Malaysia, pandangan kepada para pemimpin negara, cadangan untuk guru, ustaz dan ustazah, bagi membentuk masa depan yang lebih gemilang. Beliau sentiasa mahu menegaskan bahawa setiap rakyat merupakan agen perubahan buat agama, negara dan bangsa.

Dahsyatnya Energi Syukur, Istighfar, Muhasabah


Dahsyatnya Energi Syukur, Istighfar, Muhasabah 
 Penulis: Muhammad Azhar 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM15.00 

 Kita dituntut untuk bijak demi memperolehi kejayaan dan keuntungan. Adakah usaha kita selama ini kurang berhasil? Adakah kita bimbang kejayaan akan hilang? Bila kita sudah tahu jalan kejayaan dengan syukur, istighfar dan muhasabah, maka kita perlu risau dan cemas dengan ‘hantu kecemasan dan hantu kegagalan’. 

Syukur, istighfar dan muhasabah adalah 3 pintu kebijaksanaan yang membuka lorong-lorongnya dengan menggiurkan. Kala kita tidak mahu menuju 3 pintu itu, entahlah bencana apa yang akan terus menghantui. Maka, wajib kita mengusirnya sekarang juga hantu kegagalan itu.

Friday, May 2, 2014

Wonderful Husband: Menjadi Suami Disayang Istri


Wonderful Husband: Menjadi Suami Disayang Istri 
 Penulis: Cahyadi Takariawan 
 Terbitan: Era Intermedia 
 Harga: RM36.00 

 Setiap istri pasti mendambakan suami yang ideal. Ideal bukan berarti sempurna. Ideal adalah proses dan usaha "menjadi", bukan "hasil jadi". Buku ini mengajak para suami untuk senantiasa memperbarui makna janji, ikrar, ikatan, dan akad saat prosesi pernikahan, agar menjadi suami ideal, suami yang sayang istri, suami yang disayangi istri.

Indahnya Solat Berjemaah


Indahnya Solat Berjemaah 
 Penulis: Ustaz Mohamad Haidir Hussin 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM60.00 

 Buku "Indahnya Solat Berjemaah " Membincangkan tentang persoalan hukum-hakam solat berjemaah menurut mazhab Syafii yang muktabar berdasarkan rujukan-rujukan yang muktamad dan masyhur mengikut mazhab Syafii dengan kolaborasi kitabkitab Arab dan Jawi. Buku ini membahaskan permasalahan secara ilmiah mengikut pendapat ulama daripada mazhab Syafii serta diselitkan juga pendapat ulama daripada mazhab-mazhab yang lain. Ini akan memberikan maklumat yang lebih luas dan terperinci. Menerangkan disiplin ilmu dalam mengistinbat sesuatu hukum dengan cara yang betul. Menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan santai akan memudahkan pembaca memahami sesuatu dengan cepat dan lebih berkesan. Setiap maklumat disertakan gambar, ilustrasi atau gambar rajah bagi membantu pemahaman pembaca. Kolaborasi kitab Arab dan Jawi dapat mevariasikan sumber rujukan bagi sesuatu isu di samping mempelbagaikan pendapat ulama terdahulu dan kontemporari.

Ah! Jangan Derhaka


Ah! Jangan Derhaka 
 Penulis: Mohammad Nidzam Abd Kadir 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Penulis mengajak kita menghayati dan memahami tanggungjawab dan pengorbanan seorang anak terhadap kedua-dua ibu dan bapa. Didiklah dirimu dan keluargamu menjadi anak yang soleh dan solehah kerana redha Allah ialah redha ibu bapa. Buku ini melihat permasalahan interaksi dan pergaulan dari perspektif seorang anak. Kupasan menarik dan menyeluruh mampu memberi nafas baharu dalam menjana keluarga Islam yang sebenar. Janganlah kita terus jahil sehingga bergelar “Si Tanggang Moden”! Buku ini menerangkan konsep sebenar layanan yang sewajibnya terhadap ibu bapa. Mengutarakan contoh perlakuan anak yang membawa kepada penderhakaan. Panduan dan tip melayani ibu bapa. Pandangan dan kaedah penyelesaian konflik dengan ibu bapa. Gaya persembahan buku yang menarik bersama ilustrasi sisipan yang menjentik minda.

Thursday, May 1, 2014

Hani


Hani 
Penulis: NurulSham Saidin & Zabidi Mohamed 
Terbitan: Galeri Ilmu 
Harga: RM19.00