Sunday, July 31, 2011

Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif

Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
Penulis: Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Buku ini bertujuan berkongsi pengalaman dan memberikan panduan kepada ibu bapa, teknik memotivasikan dan membimbing anak-anak. Adalah mustahil menjadi ibu bapa yang sempurna tetapi tidak mustahil berusaha ke arah kesempurnaan itu. Ia sesuatu yang dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Sinergi dalam Pengurusan Sekolah

Sinergi dalam Pengurusan Sekolah
Penulis: Hamedah Wok Awang, Normah Teh
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00

Sekolah memainkan peranan sebagai institusi sosial yang penting pada negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa mahir dan staf biasa.

Sinergi dalam Pengurusan Sekolah membincangkan peranan pengetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokokngan, dan ibu bapa sebagai satu pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang.

Buku ini turut menyentuh:

- Pengetua sebagai Peneraju Kecemerlangan
- Pasukan Mengurus Kecemerlangan
- Guru Pendukung Kecemerlangan
- Pelajar sebagai Penunjuk Aras Kecemerlangan
- Ibu Bapa sebagai Rakan Kongsi

Panduan Pemakanan Sihat

Panduan Pemakanan Sihat
Penulis: Nor Hairul Palal, Rahimawati Abdul Rahim, Nor Hashina Bahrudin
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Makanan adalah pepejal dan cecair yang membekalkan tenaga kepada tubuh, dan mengandungi unsur-unsur nutrien serta mempunyai ciri-ciri dari segi rupabentuk, warna, tekstur, rasa dan bau.

Keperluan makanan bagi manusia penting dalam memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Melalui makanan berkualiti dan berkhasiat, mampu memberikan keperluan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.

Kesan kepada kesihatan dalam pengambilan sesuatu kumpulan makanan secara kurang atau berlebihan turut dikupas secara terperinci. Ia penting bagi merancang pemakanan yang seimbang.

Panduan Pemakanan Sihat membantu dalam menerangkan amalan pemakanan yang sihat. Pemakanan yang betul dan teratur akan mempengaruhi gaya hidup, kerjaya dan kesihatan kita.

Saturday, July 30, 2011

Seni Bahasa Badan

Seni Bahasa Badan
Penulis: Syahrul Nizam Junaini
Terbitan: PTS
Harga: RM26.00

Buku Seni Bahasa Badan mendedahkan rahsia komunikasi bukan lisan sebagai penggenap komunikasi lisan kita. Buku ini akan memberikan kita lebih pengaruh, keyakinan dan kuasa dalam komunikasi. Penulisnya juga membongkar rahsia bagaimana membaca niat yang terselindung di sebalik bahasa badan seseorang. Antara perkara yang wajib dibaca:

- Ketahui teknik memperbaiki cara senyuman
- Bagaimana memek muka memberi kesan pada mesej
- Ketahui ‘sihir’ menggunakan mata bagi mengawal proses komunikasi
- Bagaimana membocorkan rahsia rakan kita cuma dengan menganggukkan kepala
- Membina komunikasi mesra dengan teknik mirroring
- Tip mengetahui magnet sentuhan yang dapat menarik lebih ramai orang
- Meneka niat seseorang dengan melihat kakinya

Bertindak segera! Jadikan buku ini azimat bagi memperbaiki diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Jangan biarkan orang lain terlebih dahulu mengetahui rahsia membaca bahasa badan kita.

Ahmad al-Kebab

Ahmad al-Kebab
Penulis: Wan Azlan
Terbitan: PTS
Harga: RM17.00

Seorang lelaki kaya bernama Sheikh Majnun al-Jerunga mahu mengahwinkan tiga orang anak gadisnya. Dua orang anaknya, Sahuruhara dan Sakurakura bersetuju dan tidak sabar berkahwin. Manakala seorang lagi anaknya, Mergastura menolak dengan alasan berkahwin dengan orang kaya yang sombong seperti ayahnya itu tidak menjamin kebahagiaan. Sheikh Majnun al-Jerunga telah membuat tender terbuka dengan mengiklankan di surat khabar untuk mencari calon-calon suami yang sesuai untuk Sahuruhara dan Sakurakura. Setiap calon yang berminat dikehendaki menghantar borang tender bersama proposal projek-projek yang besar.

Akhirnya Murrahan dan Sifar berjaya berkahwin dengan Sahuruhara dan Sakurakura. Pada mulanya mereka hidup gembira dengan harta isteri masing-masing. Murrahan dan Sifar juga menggunakan harta isteri mereka untuk berhibur di luar. Mereka memperdaya Sahuruhara dan Sakurakura dengan alasan mereka sedang sibuk menguruskan projek masing-masing.

Mergastura pula dikahwinkan oleh Sheikh Majnun dengan Sediakawal, seorang penggembala burung unta yang miskin dan kebetulan tinggal di kampung yang sama dengan Murrahan dan Sifar. Satu hari Sediakawal melihat seekor burung untanya sudah memasuki gua. Ketakutan Sediakawal bertukar menjadi kegembiraan kerana dia mendapat dokumen penyerahan 100% saham syarikat al-Kebab International oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya. Tablit & Co, syarikat guaman yang menjalankan amanah sahaja.

Selepas menjadi kaya, Sediakawal memberi hadiah pada hari jadi Sheikh Majnun dengan anugerah pegangan saham al-Kebab International sebanyak 0.001%, dalam bentuk tajaan makanan. Pakej tajaan itu mengandungi hidangan makan 5 kali sehari dengan satu hidangan makan mempunyai 10 biji kebab, untuk seumur hidup Sheikh Majnun.

Yasin & Tahlil Edisi Pengurusan Jenazah

Yasin & Tahlil Edisi Pengurusan Jenazah
Terbitan: PTS
Harga: RM3.50

Buku Surah Yasin ini disertakan dengan beberapa tip mengurus jenazah sebagai kit dan panduan umum kepada orang awam yang menghadapi kematian ahli keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Beberapa panduan ringkas yang berguna bagi mereka yang menghadapi kematian ahli keluarga dan sebagainya. Contoh, sekiranya berlaku kematian dalam keluarga, apa yang perlu dilakukan, apakah bahan atau perkakasan yang perlu disediakan, bagaimanakah tatacara solat jenazah dan beberapa isu berkaitan situasi di kuburan.

Friday, July 29, 2011

Manzil Kumpulan Doa Pelindung Penawar dan Angin Ahmar

Manzil Kumpulan Doa Pelindung Penawar dan Angin Ahmar
Penulis: Muhammad Thoriq Akhyar Al-Medani
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM9.00

Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah

Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah
Penulis: Dr Muhammad Ali Hashimi
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM29.00

Pelbagai pertubuhan dan organisasi dengan gigih serta bersungguh-sungguh cuba 'membaratkan' wanita Islam. Alhamdulillah, semua usaha ini berakhir dengan kegagalan. Penyokong gerakan 'pembaratan' kini menyerah kalah dan mengakui keutuhan iman, kejernihan fikiran, psikologi dan perasaan wanita Mukmin.

Umat Islam meletakkan harapan yang besar kepada wanita Mukmin supaya sentiasa kuat dalam membuktikan identiti mereka sebagai wanita Islam, walau di mana dan apapun keadaan yang berlaku.

Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah mengungkap keagungan wanita dalam mempertahankan identiti Muslimah mereka, di mana mereka sentiasa meletakkan Allah dan Rasulullah di atas segala-segalanya.

Jangan Biarkan Ibu Menangis

Jangan Biarkan Ibu Menangis
Penulis: Zainuddin Ayip
Terbitan: MMP Communications
Harga: RM18.00

Buku Jangan Biarkan Ibu Menangis turut memaparkan beberapa kisah benar mengenai balasan terhadap anak yang menderhaka dan mengabaikan ibu bapa. Antaranya:

- Anak memukul dan menendang ibu hingga tersungkur kaku lalu meninggal dunia. Si anak mendapat balasan apabila matinya dalam keadaan mengerikan. Perutnya pecah dan terburai keluar darah, daging dan najis.
- Gara-gara ibu tidak memberi RM50, anak sanggup menolak dan menghentak ibunya yang sakit jantung hingga meninggal dunia. Akibatnya, kaki si anak terlekat dan terpasak dalam lumpur di kubur ibunya. Akhirnya dia turut meninggal dunia keesokan harinya dengan mata terbeliak dan mulut berbuih.
- Walaupun dilimpahi kemewahan hidup di kota, jiwa anak gelisah dan sentiasa tertekan kerana sudah lebih 10 tahun tidak menjenguk ibu di kampung sehingga orang tuanya meninggal dunia. Dia sangat menyesal kerana tidak menunaikan janji untuk membahagiakan ibunya.

Thursday, July 28, 2011

Kala Izrail Datang Bertamu

Kala Izrail Datang Bertamu
Penulis: Hasan Ayub
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM22.00

Sesungguhnya bila waktunya Izrail datang bertamu, tidak akan diketahui oleh manusia selain Allah. Akan tetapi Allah memberikan tanda-tanda atas dekatnya akhirat itu kepada manusia, melalui al-Quran dan sunnah. Buku ini akan memperincikan perkara itu.

Buku ini juga akan membincangkan lebih lanjut, apa yang perlu dilakukan pada ketika Izrail sudah berada di hadapan pintu, dan apa juga yang perlu di lakukan pada saat roh sudah lepas dari ubun-ubun.

Panduan yang diberikan dalam buku ini bukan sekadar menjadikan kita tahu, malah membuatkan hati kita bersedia bagi menghadapi hari, Izrail datang bertamu. Buku inilah yang perlu dimiliki untuk menjadi manusia yang bijak, iaitu manusia yang sentiasa mengingati mati.

Mudahnya Mendapat Rezeki

Mudahnya Mendapat Rezeki
Penulis: Mukhlas Asy-Syarkani
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM20.00

Kebanyakan orang menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk harta benda. Rezeki biasanya difahami dalam bentuk wang ringgit, makan minum, pakaian, barang-barang keperluan harian dan sebagainya. Perniagaan yang selalu untung dikatakan rezeki. Mendapat bonus pada hujung tahun dikatakan rezeki. Pokok-pokok di kebun berbuah lebat sehingga dapat dijual dikatakan rezeki. Ini sebenarnya rezeki lahiriah.

Jarang ada orang yang merasa dalam keadaan terbeban oleh hutang, pelupusan hutangnya sebagai satu rezeki. Lebih jarang orang menganggap penangguhan bayaran hutang itu juga sebagai rezeki. Begitu juga ramai yang beranggapan badan yang sihat - tidak perlu keluar kos perubatan - bukan rezeki. Malah banyak lagi kelebihan dan kenikmatan yang Allah SWT kurniakan tidak disedari sebagai rezeki yang berganda-ganda jika dibandingkan dengan orang lain. Inilah yang dikatakan rezeki batiniah.

Mudahnya Mendapat Rezeki memberikan tip dan kaedah "menjemput" rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah sejak ditiupkan roh ke jasad kita. Tidak kiralah apakah ia rezeki lahiriah atau rezeki batiniah, yang penting kita mendapat rezeki barokah. Rezeki yang barokah inilah yang akan mencetuskan ketenangan jiwa dan kebahgiaan dalam kehidupan di dunia dan berkekalan hingga ke akhirat.

Wednesday, July 27, 2011

Biografi Terpilih: Sasterawan Islam Abad 20

Biografi Terpilih: Sasterawan Islam Abad 20
Penulis: Muhammadul Bakri Haji Yaakop
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
Harga: RM55.00

Buku ini merupakan terjemahan Tarajum Mukhtarah lil-Ubaba' al-Islamiyan fi al-Qarn al-Isyrin nukilan pertama yang berjaya menghimpunkan biografi terpilih 103 orang sasterawan Islam daripada pelbagai bangsa dunia Islam. Buku ini memaparkan riwayat hidup, karya-karya dan analisis ciri-ciri kesenian dan keistimewaan yang diungkapkan dalam karya sasterawan tersebut. Para sasterawan yang berjiwa tinggi ini adalah penyuluh obor kebangkitan Islam dengan personaliti tersendiri dan berperanan dalam memberi sumbangan positif kepada umat Islam seluruh dunia.

Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang

Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang
Penulis: Mohamad Kamil Ab Majid, Norafifah Ab Hamid, Norhidayah Mohammad
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
Harga: RM35.00

Al-Syahid Hasan Al-Banna Pengasas Ikhwan Muslimin

Al-Syahid Hasan Al-Banna Pengasas Ikhwan Muslimin
Penulis: Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
Harga: RM35.00

Buku AL-SYAHID HASAN AL-BANNA: Pengasas Ikhwan Muslimin ini amat sesuai dijadikan buku rujukan utama dalam bidang Pengajian Dakwah, Pengurusan Dakwah dan bidang-bidang yang berkaitan dengan dakwah. Buku ini amat sesuai menjadi bahan bacaan umum umat Islam, lebih-lebih lagi bagi golongan pemuda. Bagi rakyat Malaysia yang banyak menggunakan buku Al-Ma'thurat susunan al-Banna, bukan sahaja akan dapat mengenali lebih dekat dengan pendakwah agung, mujaddid dan murabbi ini, tetapi dapat menghayati insan yang mengungkapkan dirinya sebagai "Saya ialah pengembara yang mencari kebenaran, manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan; seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni; seorang yang memahami rahsia hidup. 'Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT Tuhan sekelian alam, tiada yang mempersekutui-Nya.' Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri."

Tuesday, July 26, 2011

The Very Best of Sami Yusuf

Album: The Very Best of Sami Yusuf
Artis: Sami Yusuf
Terbitan: Inteam Records
Harga: 27.90

Mari Mengaji Dengan Che Am Raihan

Mari Mengaji Dengan Che Am Raihan
Terbitan: Raihan Records
Harga: 19.90

Ramadhan Satu Anugerah | Nadamurni Vol. 3

Album: Ramadhan Satu Anugerah
Artis: Nadamurni
Terbitan: Hijjaz Records
Harga: 25.90

Nazrey Johani: Permata Hati

Album: Permata Hati
Artis: Nazrey Johani
Terbitan: Inteam Records
Harga: 22.90

Monday, July 25, 2011

Pakej Jimat Cepat Baca

Pakej Jimat Cepat Baca
Penulis: Zairani A. Hamid, Che Mazlan Saad
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM34.90

"Cepat Baca" menarik dan berkesan kerana:
- Sesuai dengan perkembangan umur anak.
- Pendekatan pengajaran membaca yang terkini - kesedaran fonemik.
- Kemahiran asas membaca dikembangkan menurut sistem yang tersusun.
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bertahap-tahap.

Pakej Cepat Baca mengandungi:
1. Buku Teks Cepat Baca 1 - 2
2. Buku Aktiviti Cepat Tulis 1 - 2
3. CD Audio Nyanyikan Bunyinya
4. Kad Imbasan

Pakej Jimat I Can Read



Pakej Jimat I Can Read
Penulis: Zairani A. Hamid, Che Mazlan Saad
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM39.90

"I Can Read" is interesting and effective because:
- Appropriate to the psychological development off the child.
- Research has shown this approach of introducing basic sounds is the most effective method of teaching reading.
- Basic reading skills are taught using simple everyday words.
- "Sing the Sounds" VCD will guide the child and teacher on the basic sounds of English through songs and instructions.

Pakej Bacalah Jawi

Pakej Bacalah Jawi
Penulis: Zairani A. Hamid, Che Mazlan Saad
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM34.90

"Bacalah Jawi" penting untuk anak anda kerana:
- Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Menengah diajar dalam tulisan jawi.
- Belajar membaca Al-Quran dalam bahasa Arab menjadi lebih mudah.
- Tulisan Jawi merupakan kunci khazanah ilmu dan warisan bangsa Melayu.

Sunday, July 24, 2011

Kamus Adik (Jawi)

Kamus Adik (Jawi)
Terbitan: Pustaka Darul Iman
Harga: RM15.00

Kamus Adik (Rumi)

Kamus Adik (Rumi)
Terbitan: Pustaka Darul Iman
Harga: RM18.90

Saturday, July 23, 2011

Komitmen Da'i Sejati

Komitmen Da'i Sejati
Penulis: Muhammad Abduh
Terbitan: Al-I'tishom
Harga: RM30.00

Bagi seorang dai, saat menapaki jalan dakwah merupakan saat pembuktian janji kepada Allah dan Rasul-Nya. Ketika itu, perjalanan dakwah akan terasa sangat panjang. Dia menyadari bahwa tidak mungkin kembali ke garis start dengan alas an belum siap menghadapi tribulasi, tantangan dan ujian yang menghadang di fase berikutnya. Jika Rasulullah Saw. dan para sahabatnya berargumentasi dengan hal tersebut, tentu perang Badar tidak akan pernah terjadi dan kemenangan yang gemilang itupun tidak akan diraih. Padahal pada saat itu, beliau dan para sahabatnya hanya menyiapkan perlengkapan untuk menghadang kafilah dagang Abu Sufyan. Bukan untuk menghadapi pasukan perang Quraiys yang dipersenjatai dengan lengkap.

Inilah bukti sejarah bahwa jika janji dan komitmen seorang da'i tulus, maka ia tidak akan mundur ketika berada di mendan amal dan medan pertempuran, ia akan terus bertahan, lalu bergerak kembali untuk menyerang atau menghancurkan musuh dan konspirasi mereka. Dia akan menuanaikan seluruh amanah dakwah yang ada diseluruh pundaknya, untuk menyeru masyarakatnya kembali kepada Allah dan Rasulnya. Dia menyadari bahwa Allah lah penentu segalanya. Namun, diapun tidak takut ketika nyawanya harus lepas dari jasad untuk membuktikan janji kepada Tuhan yang menggenggam jiwanya.

Friday, July 22, 2011

Fatwa-Fatwa Jual Beli

Fatwa-Fatwa Jual Beli Oleh Ulama-Ulama Besar Terkemuka
Penulis: Ahmad bin 'Abdurrazzaq ad-Duwaisy
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Harga: RM86.00

Buku ini merupakan kumpulan fatwa para ulama terkemuka, seperti Syaikh ‘Abdullah bin Baz, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz, Syaikh Bakar Abu Zaid, Syaikh Shalih al-Fauzan, Syaikh ‘Abdurrazzaq ‘Afifi, Syaikh ‘Abdullah bin Ghudayan, dan Syaikh ‘Abdullah bin Qu’ud, di Komite Tetap Kajian Ilmiah dan Pemberian Fatwa (al-Lajnah ad-Daa-imah) terkait dengan per- soalan-persoalan yang terjadi dan muncul di dunia ekonomi, seperti jual beli (transaksi), tabungan, tukar-menukar mata uang, saham, kartu kredit, riba, dan lainnya, dewasa ini.

Yang menarik dari buku ini, selain para pemberi fatwa yang kompeten dan mengerti betul hukum syari’at, adalah tema-tema pentingnya yang saat ini menyedot perhatian banyak orang, dengan sistematika yang relevan, sehingga pembaca akan dengan mudah menemukan jawabannya. Selain itu, jawaban/fatwa yang dikeluarkan juga tidak bertele-tele, tetapi langsung ke inti persoalan yang diajukan; haram, halal, atau boleh, dengan tinjauan syari’at.

Buku ini tidak hanya layak dibaca, tetapi juga penting untuk dijadikan sebagai pedoman masyarakat yang tentu saja tidak lepas dari aktivitas ekonomi dalam kesehariannya, mulai dari yang sifatnya sederhana, sedang-sedang, hingga yang besar. Lebih daripada itu, buku ini bisa dijadikan sebagai barometer tentang praktik-praktik ekonomi masyarakat dewasa ini apakah sudah atau belum sesuai dengan syari’at. Ini perlu, agar praktik-praktik ekonomi yang dilakukan menjadi benar-benar bersih dan halal, sesuai dengan tuntunan syari’at.

Tasawuf Dalam Pandangan Ulama Salaf

Tasawuf Dalam Pandangan Ulama Salaf
Penulis: Syaikh Abdul Hafizh
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM35.00

Tafsir Al-Banna

Tafsir Al-Banna
Penulis: Hasan Al-Banna
Terbitan: Aulia Press
Harga: RM56.00

Hasan Al-Banna adalah peneraju dakwah di era moden ini. Pemikiran beliau yang moderat telah membaikpulih sistem tarbiyah menjadi lebih sistematik. Di bawah pimpinan beliau, ramai kader-kader dakwah yang memiliki dedikasi dan mentaliti yang tinggi dalam berdakwah.

Thursday, July 21, 2011

Destinasi Haji & Umrah - Travelog Haji Bergambar

Destinasi Haji & Umrah - Travelog Haji Bergambar
Penulis: Abu Hassan Morad
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Perjalanan Haji mungkin singkat namun maknanya cukup besar kepada perkembangan ummah.

Ia adalah permulaan seperti percikan cinta Hawa dan Adam setelah terpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah. Bayangkan rindu yang terpendam begitu lama,rindu dalam keinsafan dan taubat yang meruntun segala kekuatan untuk dipertemukan di Arafah. Sinar Arafah bermula ketika mentari terik dan mula condong, ketika nafsu sudah ditundukkan dan bermula episod baru; kesedaran, wawasan, kemerdekaan dan pengetahuan. Inilah detik untuk bersendirian dengan Khaliq, bermunajat, menceritakan segala isi hati, kemahuan dan kehendak. Kemudian diikuti dengan janji-janji untuk berhijrah ke alam baru yang lebih mencabar. Arafah perjuangan hari ini untuk kesejahteraan masa depan.

Mendidik Anak Lelaki

Mendidik Anak Lelaki
Penulis: Adnan Hasan Salleh
Terbitan: PTS
Harga: RM30.00

Buku Mendidik Anak Lelaki menitikberatkan kepada pentingnya peranan ibubapa, khususnya bapa dalam memberikan perhatian dan bimbingan yang islamik secara berterusan kepada anak, khasnya anak lelaki. Mengapa bapa dan mengapa anak lelaki? Buku ini tidak bermaksud memandang remeh peranan ibu dan anak perempuan, namun kerana seorang bapa dan suami cenderung meninggalkan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga, sekaligus sebagai pendidik anak-anaknya kerana sibuk bekerja...

Buku ini mesti dimiliki oleh para ibu bapa yang mengimpikan anak lelaki mereka menjadi pemimpin umat.

Wednesday, July 20, 2011

Hebatnya Ramadhan - Amalan Lengkap & Doa-doa

Hebatnya Ramadhan - Amalan Lengkap & Doa-doa
Penulis: Ustaz Sharhan Safie
Terbitan: Sri Saujana Marketing
Harga: RM18.00

Ramadhan Terakhir

Ramadhan Terakhir
Penulis: Hisham A R
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

Ramadhan Terakhir mengajak pembaca menghayati Ramadan dengan jiwa hamba yang total. Berpuasa bukan hanya pada lapar dan dahaga, tetapi berusaha sedaya upaya merebut pelbagai ganjaran hebat yang hanya ditawarkan pada bulan Ramadan sahaja.

Persediaan menghadapi Ramadan bermula sejak Rejab lagi diikuti dengan Syaaban yang merupakan bulan-bulan 'warming up' sebelum menempuh Ramadan. Seterusnya Syawal untuk menuai hasil Ramadan.

Setiap kali kita berjaya menjejak masuk ke gerbang Ramadan, anggaplah ia sebagai Ramadan yang terakhir kerana belum tentu usia kita sampai kepada Ramadan yang akan datang. Maka sewajarnya Ramadan yang kita tempuh dimanfaatkan sepenuhnya. Sewajarnya amal ibadah kita lebih baik dan cemerlang daripada tahun-tahun sudah.

Rejab, Syaaban, Ramadan dan Syawal merupakan bulan-bulan mega bagi umat Islam yang mesti hargai dengan keimanan dan ketakwaan.

Cukuplah kita bodoh dan diperbodohkan selama ini. Kita tidak mahu jadi bodoh dan rugi selama-lamanya. Marilah kita jadi cerdik pada Ramadan kali ini dan seterusnya.

Bodohnya kita apabila berpuasa pada siang hari, tetapi masih mampu menipu, mencuri, terlibat dengan rasuah, tidak menjaga aurat dan mengumpat. Bodohlah kita jika seronok bersolat tarawih ramai-ramai di masjid dan surau, namun solat fardhu masih kita tinggalkan. Pantang kita tinggal solat tarawih, tetapi kita tidak berpantang untuk meninggalkan solat Subuh dan Zuhur. Alangkah bodohnya manusia di hadapan Allah.

Tuesday, July 19, 2011

Dari Lubuk Hati Ibu

Dari Lubuk Hati Ibu
Penulis: Norhafizah Musa, Wan Nor Ainon Wan Abdullah
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM23.00

Buku Dari Lubuk Hati Ibu ini adalah luahan harapan dan nasihat daripada seorang ibu buat si buah hati yang tersayang. Para ibu dan ayah, bacalah buku ini terlebih dahulu sebelum menghadiahkannya kepada anak-anak. Kita ialah insan yang paling utama untuk menghayati segala kandungan yang terdapat di dalam buku ini. Hayatilah luahan ini. Semoga akan lahir aura dari diri kalian yang akan mengalir ke sanubari anak-anak kita.

Buat anak-anak yang menatap buku ini, anggaplah ia sebagai hadiah daripada ibu bapa kalian. Luahan yang barangkali tidak terluah dengan sempurna... tetapi inilah yang selalu terzahir pada leteran dan bebelan ibu dan ayah di rumah, bukan?

Menyingkap Kehebatan Nama-Nama Allah

Menyingkap Kehebatan Nama-Nama Allah
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM10.00

Buku Menyingkap Kehebatan Nama-Nama Allah Di Sebalik Kisah Hikmah ini memerihalkan tentang nama-nama bagi Allah SWT yang menjadi lambang sifat-sifat-Nya berlandaskan dalil al-Quran dan hadis-hadis sahih. Buku ini padat dengan kisah-kisah hikmah yang menarik untuk menguatkan lagi pemahaman pembaca tentang nama-nama Allah SWT. Buku ini juga bukan sahaja mampu menguatkan keimanan kita kepada Allah SWT bahkan menjadi pedoman hidup agar mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Nikmatnya Berpuasa - Tujuan Pensyariatan Puasa

Nikmatnya Berpuasa - Tujuan Pensyariatan Puasa
Penulis: Imam Izzuddin bin Abd. Aziz bin Abd. Salam As-Sulaimi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM10.00

Monday, July 18, 2011

Apakah Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup

Apakah Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup
Penulis: Hj. Ahmad Haris Suhaimi
Harga: RM36.00

Sebuah buku Motivasi Islam yang mengumpulkan panduan dan amalan bagi menjauhkan masalah yang berat dalam kehidupan serta membina kejayaan diri dan masyarakat Islam ke arah kecemerlangan. Panduan dan pandangannya ada mengambil kira pandangan pakar-pakar motivasi hari ini.

Sunday, July 17, 2011

40 Hadis Palsu Popular

40 Hadis Palsu Popular
Penulis: Abdul Razak Muthalib
Terbitan: PTS
Harga: RM9.00

Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini.

Buku 40 Hadis Palsu Popular ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.

Keluarga Bahagia Dengan Asmaul Husna

Keluarga Bahagia Dengan Asmaul Husna
Penulis: Profesor Madya Wan Maseri Wan Mohd
Terbitan: PTS
Harga: RM10.00

Ikatan kasih sayang dan kebahagiaan hidup berkeluarga dapat dinikmati dengan amalan zikir Asmaul Husna. Asmaul Husna Allah mampu mencipta keajaiban kepada yang ikhlas bergantung pada-Nya.

Keluarga bahagia dapat dibentuk dengan mengamalkan zikir Asmaul Husna setiap hari tanpa menunggu apabila ditimpa musibah mahupun kesedihan. Setiap 99 nama Allah itu membawa keajaiban tersendiri yang menjadi penawar kepada setiap pengamalnya. Justeru berzikir dengan Asmaul Husna perlu dijadikan rutin harian setiap ahli keluarga supaya ikatan ukhuwah sentiasa terjalin erat dan indah.

*Bertemankan Allah ya Wahhab menjadikan hidup mudah dan senang.
*Memeliharan diri dan keluarga dengan peraturan dan hukum Allah ya Hakam.
*Mengingati diri sebagai ciptaan Allah ya Kholiq membuat jiwa terpelihara.
*Menikmati ketenangan hidup dengan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah ya Baari'.
*Memelihara diri dan keluarga dengan penglihatan dan pengawasan Allah ya Bashir ya Roqib.
*Tundukkan nafsu dan kesombongan dengan bantuan Allah ya Qohhar.

Nikmati kemanisan hidup berkeluarga dengan mengamalkan zikir Asmaul Husna yang mengandungi pelbagai makna tersirat yang mampu memberikan jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang dihadapi.

Ketika Alam Bertasbih

Ketika Alam Bertasbih
Penulis: Mohd Fadzil Akhir
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Terungkainya Misteri Alam Melalui Petunjuk Al-Quran dan Sains

“Langit yang tujuh, bumi, dan semua yang ada dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan mereka bertasbih dengan memuji-Nya, namun kamu semua tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya, Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Israk, ayat 77)

Tentu Anda Ingin Tahu:
- Mengapa langit digelar 'atap' dunia?
- Kewujudan sungai dalam laut
- Air dan kunci ke syurga
- Di manakah 'paru-paru' dunia?
- Adakah sains membuktikan al-Quran?

Dalam surah al-Anbiyak, ayat 79, Allah menyatakan, “Dan sudah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud.”

Timbul pula persoalan dalam benak kita, 'Bagaimana gunung dan burung bertasbih?'

Gunung dan burung bertasbih dengan melaksanakan tanggungjawab mereka, supaya proses alam berjalan dengan lancar, tersusun, dan teratur. Alam pula bertasbih dengan terus mematuhi aturan yang ditetapkan oleh Allah.

Ketika Alam Bertasbih melihat perkaitan antara al-Quran, sains, dan alam. Betapa istimewanya anugerah kitab suci Tuhan, apabila digabungkan dengan pencerapan sains dan kesudian menghargai alam.

Ketika Alam Bertasbih membongkar dan membedah keistimewaan alam. Apabila kita berjaya menyebar keistimewaan alam, kita mendengar panggilan alam supaya supaya turut sama bertasbih. Bukan sekadar mengucapkan subhanallah, malah mengucapkan syukur, dan menikmati apa yang ada pada alam dengan penuh rasa tanggungjawab.

Membaca Ketika Alam Bertasbih, semoga alam tidak sendirian lagi.

Saturday, July 16, 2011

Fikah Perubatan

Fikah Perubatan
Penulis: Dr. Harmy Mohd Yusof, Ustaz Shamsul Kamal bin Abdullah, Dr. Rosediani binti Muhamad, Wan Nor Ainon Wan Abdullah
Terbitan: PTS
Harga: RM22.00

Tentu anda ingin tahu:

- Adakah setiap jenis rawatan diakui Islam? Apakah Jenis Rawatan yang Diharamkan Islam?
- Adakah Semua yang Keluar Daripada Badan Itu Najis? Apakah Hukum Berkaitan Bendalir Badan Seperti Haid dan Air Liur?
- Bagaimana Orang yang Melecur ataupun Bersimen Mahu Wuduk? Sebenarnya Ada Tip Mudah Berwuduk Untuk Pesakit
- Kemudahan yang Bagaimana Disediakan Untuk Mereka yang Sentiasa Dalam Keadaan Bernajis?
- Apakah Keringanan yang Dianugerahkan Allah Dalam Menunaikan Solat dan Puasa?

Fikah Perubatan tidak hanya mengupas setiap hal dengan terperinci, malahan contoh-contoh dan praktikalnya dinyatakan sama. Bukan sahaja amalan itu dapat dilakukan terus kerana penerangan yang mudah, malahan turut disediakan gambarajah dan gambar perlakuan. Selepas membaca buku ini, pasti tiada lagi keluh dan kesah kerana payahnya ibadah.

Suri Wanita Teladan Zaman Rasulullah

Suri Wanita Teladan Zaman Rasulullah
Penulis: Dr Talaat Muhammad Afifi
Terbitan: PTS
Harga: RM14.00

Mereka juga dikenali sebagai generasi yang banyak beramal denganIslam. Mereka adalah golongan yang mempunyai kelebihan dan keunikan berbanding individu lain yang memeluk Islam selepas mereka. Mereka berjihad bagi menyinari agama Allah ke seluruh alam. Hasil dakwah mereka yang signifikan, manusia memeluk agama Islam secara berkelompok. Tiada kemuliaan dan kehebatan seorang manusia selepas Nabi Muhammad kecuali para sahabat yang mulia ini. Mereka ini merupakan individu yang sampai ke tahap cemerlang. Seorang penyair pernah melagukan keperibadian para sahabat melalui syairnya yang berbunyi:“Maka tiada izzah untuk Islam melainkan para sahabat berjaya menunjukkan kehebatan itu. Tidak ada kebanggaan yang sudah dibina oleh mereka itu lalu merekalah yang membinanya”.

Friday, July 15, 2011

Gen Q: Generasi al-Quran Kreatif - Isu 1

Gen Q: Generasi al-Quran Kreatif - Isu 1
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM7.00

Terbitan majalah terkini dan berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd ini meletakkan seratus peratus jalan Islam di dalam majalah Gen-Q. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi baru ke arah keredaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

Fardu Ain - Edisi 1

Fardu Ain - Edisi 1
Terbitan: Kalimat Cinta
Harga: RM10.00

Fardu Ain - Edisi 2

Fardu Ain - Edisi 2
Terbitan: Kalimat Cinta
Harga: RM10.00

Thursday, July 14, 2011

Dari Puncak Baghdad - Sejarah Dunia Versi Islam

Dari Puncak Baghdad - Sejarah Dunia Versi Islam
Penulis: Tamim Ansary
Terbitan: Zaman
Harga: RM75.00

Bukalah buku pelajaran sejarah dunia mana pun, maka kerap kita temukan sejarah yang selalu diceritakan dari sudut pandang barat, dalam urutan yang sudah baku, mulai dari Lembah Nil dan Mesopotamia, melalui Yunani dan Roma lalu Revolusi Perancis, hingga bangkitnya negara sekular dan kejayaan demokrasi. Islam hanya merupakan sebuah bab pendek dalam kisah panjang sejarah dunia itu, digabungkan dengan cerita tentang beberapa peradaban lain yang dianggap pinggiran. Sejarah versi Barat menganggap kecil sebuah peradaban yang pernah menjadi pusat sejarah dunia dan yang memiliki narasi berbeza selama ribuan tahun.

Bagaimana jika sejarah dunia itu ditampilkan dari sudut pandang Islam, seperti apakah panorama yang akan terlihat? Itulah yang diupayakan Tamim Ansary dalam buku ini. Dia menguraikan sejarah dunia sejak dari masa Muhammad hingga kejatuhan Kekaisaran Utsmani dan seterusnya. Dia menjelaskan mengapa peradaban Barat dan Islam seperti saling tidak kenal, dan apa yang terjadi ketika keduanya bersimpang jalan. Ditulis dalam gaya bercerita yang menghibur, buku ini juga menawarkan sebuah perspektif penting tentang konflik dunia dewasa ini.

Wednesday, July 13, 2011

7 Cara Agar Rezeki Semakin Bertambah Dan Diberkati

7 Cara Agar Rezeki Semakin Bertambah Dan Diberkati
Penulis: Akhmad Muhaimin Azzet
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM14.00

Buku ini dikarang bermula dari sebuah kenyataan, bahawa hampir semua orang yang bekerja pada siang hari dan malam tujuannya adalah untuk mencari rezeki. Namun apakah rezeki itu hanya boleh diperolehi dengan cara "BEKERJA"?

Sebagai ikhtiar yang lumrah, bekerja memang dijadikan sebagai jalan untuk mencari atau menjemput rezeki. Tetapi bekerja bukanlah satu-satunya jalan agar rezeki bertambah. Di dalam buku ini, penulis menyajikan kepada pembaca 7 cara agar rezeki semakin bertambah dan diberkati ; yang penulis huraikan berdasarkan Al-Qur'an dan hadis Nabi S.A.W.

Sejujurnya semua orang berharap agar rezeki mereka semakin hari kian bertambah. Tetapi, adakah dengan rezeki yang bertambah saja sudah cukup? Belum! Satu perkara yang sangat penting dalam hal rezeki adalah nilai keberkatannya. Sesungguhnya keberkatan ini penting agar seiring dengan bertambahnya rezeki, mampu membawa ketenteraman dalam keluarga. Semakin bertambah rezeki, bukan membuatkan kita semakin jauh daripada Allah S.W.T. tetapi semakin hampir kita kepada-Nya.

Buku ini dilengkapi panduan yang praktikal. Contohnya, langkah-langkah yang mesti ditempuh oleh seseorang untuk menguatkan keyakinan. Bahkan, termasuk bagaimana langkah praktikal agar boleh menjadi hamba yang bertakwa : terdapat 3 cara yang ditawarkan kepada pembaca sebagai langkah segera untuk meraih ketakwaan. Keyakinan dan takwa adalah termasuk cara yang diangkat di dalam buku ini agar rezeki semakin bertambah dan berkat.

Di samping panduan praktikal, buku ini juga dilengkapi dengan contoh atau kisah sebenar Yang pernah berlaku. Contohnya, kejayaan seseorang ketika melakukan Solat Dhuha dua belas rakaat atau beberapa kisah benar orang yang mendapat rezeki berkali-kali ganda setelah bersedekah. Bukan itu saja, buku ini juga dikuatkan lagi dengan contoh teladan Nabi S.A.W Yang dipraktikkan oleh para sahabat. Seperti kisah beberapa sahabat yang begitu bersemangat terhadap ayat "Lan tanaalul birra hattaa tunfiquu mimmaa tuhibbuun". Begitulah. semoga buku ini berguna tidak hanya bagi penulis dan keluarga. tetapi juga bagi pembaca tercinta.

Munyatul Musalli Idaman Orang Yang Solat


Munyatul Musalli Idaman Orang Yang Solat
Penulis: Syeikh Daud bin Abdullha al-Fathani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM10.00

Perisai Bagi Sekalian Mukallaf

Perisai Bagi Sekalian Mukallaf atau Simpulan Iman Atas Mazhab Salaf
Penulis: Syeikh Abdul Qadir b. Abdul Muthalib
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM22.00

Tuesday, July 12, 2011

Islamic Parenting - Pendidikan Anak Metode Nabi

Islamic Parenting - Pendidikan Anak Metode Nabi
Penulis: Syaikh Jamal Abdurrahman
Terbitan: Aqwam
Harga: RM56.00

Monday, July 11, 2011

25 Cendekiawan Islam

25 Cendekiawan Islam
Penulis: Shafie Abdul Rahman
Terbitan: Must Read
Harga: RM20.00

"Segala jenis macam ilmu tersebut umpama permata yang tercicir daripada khazanah Islam. Maka rebutlah, ambillah dan kuasailah ia kerana ia memang milik kita!"

Ramuan dan resipi daripada al-Quran telah diadunkan dan akhirnya melahirkan cendekiawan-cendekiawan Islam yang terkemuka ini, sehingga kejayaan dan kecemerlangan mereka begitu terserlah menyebabkan ia sukar dinafikan oleh cerdik pandai Barat, lalu diakui dan diiktiraf akan sumbangan mereka.

Anda kenal siapa Al-Biruni?
Anda ingin tahu apa yang telah Ibnu Khaldun sumbangkan dalam dunia Islam?
Anda ingin tahu siapa ahli kaji bumi yang terulung?
Anda tahu siapa antara ahli astronomi Islam yang terawal?

Kelahiran cendekiawan-cendekiawan Islam ini adalah hasil daripada 'generasi al-Quran' yang bukan setakat menghafal ayat-ayat al-Quran sehingga khatam tetapi juga mengkaji tentang kandungan al-Quran, lalu berusaha menjelmakan 'mukjizatnya' dalam kehidupan harian masing-masing. Semoga kisah insan-insan yang istimewa ini dapat menyedarkan kita semua umat Islam khususnya generasi muda, tentang perlunya bagi umat Islam menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan sepatutnya menjuarai serta mendahului dalam semua usaha bagi menjana kecemerlangan minda dan penguasaan terhadap pelbagai jenis kemahiran.