Thursday, October 30, 2014

The Wit & Wisdom of Dr Mahathir Mohamad


The Wit & Wisdom of Dr Mahathir Mohamad 
 Terbitan: Editions Didier Millet 
 Harga: RM49.90 

 Malaysia's longest-serving and most outspoken prime minister, Dr Mahathir Mohamad has been politically active for more than 60 years. As a young doctor, he agitated for independence from the British and promoted the rights of the Malays, and his long political career culminated in his 22-year term as prime minister during which Malaysia's rapid development, together with his forthright words and singular policies, thrust the country into the eyes of the world. Throughout his career, Dr Mahathir has spoken and written in a frank and uncompromising manner and he has continued to do so since returning from the premiership in 2003; he remains a controversial figure to this day. 

 The Wit & Wisdom of Dr Mahathir Mohamad is a collection of more than 500 quotations spanning his time in government and beyond. The quotations are arranged by topic, including those as varied as leadership, race relations, the media, economics and development, colonialism, international relations including Israel and Palestine, and Malaysia itself.

Tuesday, October 28, 2014

Tuhan... Ajari Aku


Tuhan... Ajari Aku 
 Penulis: Anwar Nursi 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM17.00 

 Hidup ini indah andai kita memandangnya dengan keindahan. Juga boleh jadi derita jika dilihat dengan kesakitan. Kita ini insan lemah. Jauh sekali untuk berasa sempurna. Lantas, kita perlukan panduan agar tidak tersesat dalam kegelapan. ALLAH itu sebenarnya dekat walaupun terasa jauh. Dan DIA tidak sekali-kali membiarkan hamba-NYA lemas dalam lautan dosa. Yakinlah, DIA akan ajari kita… segalanya demi menyapa hati daripada alpa.

Memahami Maqasid Syariah


Memahami Maqasid Syariah 
 Penulis: Jasser Auda 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM23.00 

 Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda ini adalah satu daripada usaha bagi memperkenalkan asas memahami maqasid syariah, supaya masyarakat Islam lebih berupaya berinteraksi dengan kerencaman persoalan yang dilontarkan oleh pihak musuh Islam.

Izrail a.s. Malaikat Maut: Pemisah Kelazatan Dunia


Izrail a.s. Malaikat Maut: Pemisah Kelazatan Dunia 
 Penulis: Mansur Abdul Hakim 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM19.90 

 Izrail adalah malaikat yang ditugaskan oleh ALLAH SWT untuk mencabut nyawa setiap makhluk yang hidup. Kematian yang pastinya tidak ditangguh atau dipecepat akan dirasai apabila ajal menjelma. Sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi malaikat maut ini? 

 Buku ini akan merungkaikan segala persoalan berkenaan malaikat pencabut nyawa dan peristiwa kematian bersumberkan Al-Quran dan hadith Nabi SAW. Di samping menceritakan mengenai kisah-kisah para nabi, orang-orang soleh dan para sahabat menjelang kematian mereka. 

 Sebagai pegetahuan tambahan, naskhah ini juga menerangkan dalam perspektif Taurat, Injil dan Syi'ah Imamiyyah mengenai kematian dan sakaratul maut. Ia sebagai satu bentuk ilmu perbandingan (komparatif) terhadap perbezaan pendapat, kepercayaan dan agama.

Sedekah Luar Biasa


Sedekah Luar Biasa 
 Penulis: Dr Zaharud­din Abdul Rahman 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Sedekah bukan sahaja berben­tuk kewan­gan dan harta benda. Bahkan sedekah men­cakupi aspek tenaga, usaha, tin­dakan, ketelu­san dan ketu­lu­san dalam usaha mele­barkan man­faat buat diri, masyarakat serta umat manusia. 

Sabda Rasu­l­ul­lah SAW yang bermak­sud, “Setiap kebaikan dan keba­jikan itu adalah sedekah.” Ini­lah prin­sip yang mesti dipegang oleh setiap Mus­lim agar setiap detik kehidu­pan itu terus-​menerus diberi gan­jaran pahala yang besar di sisi Allah. Ingat­lah, derma dari­pada seo­rang yang sedikit har­tanya lebih besar gan­jaran­nya dari­padaderma indi­vidu yang banyak har­tanya. Lalu, apa lagi alasan kita seba­gai Mus­lim? Bersedekahlah sebelum sam­pai nyawa di kerongkong.…Adakah si kaya ini gila ker­ana men­der­makan wang yang begitu banyak? Ataupun kita yang mabuk den­gan pen­car­ian wang secara mement­ingkan diri tanpa sebarang pemberian?

Wednesday, October 22, 2014

Virus Syiah - Menjawab Persoalan Kesesatan Syiah


Virus Syiah - Menjawab Persoalan Kesesatan Syiah 
 Penulis: Ku Muhamad Asmadi 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM21.00 

 Syiah menyimpan sejarah dendam yang begitu lama terhadap umat Islam yang di kenali sebagai sunni. Terpencil dan merosotnya pengaruh menyebabkan mereka tidak menonjolkan diri, jauh sekali mahu melunaskan dendam tersebut. Namun itu tidak bererti mereka sudah lupa dan mengabaikan dendam tersebut. Bagi mereka, sunni tetap di pihak yang salah kerana telah menyelewengkan Islam menyebabkan darah dan harta orang sunni "halal". 

 Syiah dilihat tidak bahaya kerana mereka kelompok yang kecil dan terpencil. Ia ibarat api, tidak bahaya ketika kecil tetapi cukup menggerunkan ketika besar. Itulah wajah syiah yang sebenar. Oleh itu, wajar syiah di bendung agar tidak membesar dan melebarkan pengaruhnya. Pendedahan dan pencerahan hakikat sebenar syiah yang di ketengahkan dalam buku ini menyerlahkan siapa sebenarnya Syiah ada terselamat akidah dan terhindar bahaya dendam kesumatnya.

Krisis Syria - Petanda Dunia Di Ambang Kiamat


Krisis Syria - Petanda Dunia Di Ambang Kiamat 
 Penulis: Shafie Abd Rahman 
 Terbitan: Darul Taklim 
 Harga: RM20.00 

 Krisis di Syria berlanjutan beberapa tahun dan tidak nampak penhujungnya. Krisis bermula apabila kemarahan rakyat terhadap kerajaan Bashar Al-Assad yang zalim dan korup tidak dapat dibendung lagi. Namun senario krisis telah berubah kepada beberapa tanggapan apabila krisis tersebut telah melibatkan beberapa pihak luar. Apakah krisis di Syria merupakan perang antara penganut Mazhab Sunni dengan syiah apabila Hezbollah dan Iran turut membantu Bashar Al-Assad? Apakah benar krisis ini hanyalah agenda atau muslihat kuasa-kuasa besar untuk menjatuhkan Bashar Al-Assad sekali gus menekan Iran apabila Amerika Syarikat, Russia, Britain dan Perancis begitu aktif memainkan peranan di sebalik tabir? Atau adakah logik krisis ini menepati peristiwa tanda-tanda akhir zaman di mana nnti akan muncul Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s untuk melaksanakan tugas mereka sebelum berlakunya Kiamat?

Ramalan-ramalan Rasulullah s.a.w. Yang Kini Terbukti Menurut Sains


Ramalan-ramalan Rasulullah s.a.w. Yang Kini Terbukti Menurut Sains 
 Penulis: Yanuar Arifin 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM15.00 

 Lebih 1400 tahun yang lalu, tanpa peralatan moden dan makmal yang lengkap dan canggih, Rasulullah S.A.W telah meramalkan pelbagai perkara yang akan dilalui dan terjadi kepada umat manusia yang akan datang. Kesemua ramalan ini dicatatkan dalam hadis-hadis baginda S.A.W. Lebih-lebih lagi kini dengan kelengkapan penyelidikan yang serba canggih dan moden telah membuktikan setiap ramalan dan kenyataan Rasulullah S.A.W itu benar. Ini disahkan sendiri untuk pakar sains sama ada Islam dan bukan Islam. 

 Apa yang dihuraikan di dalam buku ini disertakan dengan data-data yang tepat dan sandaran nas-nas yang benar, membentangkan fakta-fakta yang menakjubkan yang disahkan dan terbukti oleh sains dan para pakar di dalam bidang tersebut. Ramalan dan kenyataan baginda S.A.W tentang manfaat berbekam, bahayanya air liur anjing, bahayanya seks bebas, bahayanya minuman beralkohol, hinggalah kepada ramalan berkenaan akan datangnya kaum yang gemar melakukan bidaah dan berpecahnya umat Islam kepada 73 golongan ternyata terbukti secara ilmiah dan kajian sains.

Sunday, October 19, 2014

Masa Depan Ikhwanul Muslimin


Masa Depan Ikhwanul Muslimin 
Masihkah relevan selepas tergulingnya MURSI 
 Penulis: Shafie Abd Rahman 
 Terbitan: Darul Taklim 
Harga: RM24.00

Saturday, October 18, 2014

Mudahnya Mendapat Rezeki


Mudahnya Mendapat Rezeki 
 Penulis: Ustaz Yusri Abd Karim 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM20.00 

 Mudahnya Mendapat Rezeki memberikan tip dan kaedah 'menjemput' rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah sejak ditiupkan roh ke jasad kita. Tidak kiralah apalah ia rezeki lahiriah atau rezeki batiniah, yang penting kita mendapat rezeki yang barokah. Rezeki yang barokah inilah yang akan mencetuskan ketenangan jiwa dan kebahagian dalam kehidupan di dunia dan berkekalan hingga ke akhirat.

Thursday, October 16, 2014

Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara


Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara 
Penulis: Hasanuddin Yusof 
 Terbitan: Al-Hijrah Production 
 Harga: RM24.00 

 Masyarakat Islam di dunia lain begitu berbangga dengan sejarah pemimpin-pemimpin mereka yang soleh. Jika ditanya pada orang-orang Syiria tentang Sultan Nuriddin Al Zanki, pasti mereka akan mengenalinya dan mengetahui sejarah tentangnya. Begitu juga sejarah Sultan Muhammad Al Fateh bagi orang Turki, Maharaja Aurangzeb bagi orang India dan Sultan (Mansa) Musa bagi orang Mali. 

Masyarakat Islam di dunia yang lain amat memelihara sejarah sultan-sultan mereka yang soleh. Namun, perkara sedemikian tidak berlaku dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia khususnya. Ramai di kalangan orang-orang Melayu tidak mengetahui bahawa telah lahir ramai sultan yang soleh di wilayah-wilayah Nusantara ini. Malah nama-nama mereka juga tidak pernah didengar oleh kita. 

Karya ini merungkai sejarah tentang 24 orang sultan-sultan soleh yang pernah berkuasa memerintah kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara. Mereka telah menyumbangkan jasa yang tidak ternilai pada masyarakat Nusantara. Sebahagian daripada mereka menjadi pemangkin bagi penyebaran dakwah Islam. Sebahagian daripada mereka yang lain pula menjadi tonggak kekuatan dalam menangkis usaha jahat penjajah barat. Atas jasa-jasa mereka yang amat bernilai ini, akidah masyarakat Islam di Nusantara dapat dijaga sehingga ke hari ini walaupun wilayah Nusantara ini terjajah lebih 500 tahun.

Wednesday, October 15, 2014

Pengaruh & Agenda Kristian: Jawapan Kepada Yang Menghina Islam


Pengaruh & Agenda Kristian: Jawapan Kepada Yang Menghina Islam 
Penulis: Raffar Mat 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM28.90 

 Buku ini menceritakan pelbagai usaha musuh Islam mempunyai agenda yang sangat tersusun sehinggakan sebuah negara yang majoritinya beragama Islam masih boleh goyah dengan usaha-usaha tanpa jemu mereka. Peningkatan kes murtad adalah satu kejayaan besar dalam sejarah perkembangan KRISTIAN di negara ini sejak kemasukan agama ini beratus tahun lampau, akibat daripada kelemahan kita sendiri. 

 Terus-terang, umat Islam terlalu rapuh dengan pelbagai pengaruh yang menular, dakyah itu pula terus menerus melebar dan menguasai semua bidang dan aspek hidup. Kalam ini sedikit sebanyak menonjolkan kesesatan sebenar KRISTIAN, di samping itu akan membuatkan kita yang selama ini tidak sedar akan terus tersentak dan terjaga dengan apa-apa yang sedang terjadi kini. Sebenarnya Islam itu ternyata benar lagi lurus agamanya. Namun inilah yang tidak langsung disedari oleh kumpulan murtad yang memendang rendah kepada Islam. Mereka sebenarnya masih belum menemui jawapan dan kebenaran. Jadi tujuan utama penulisan KRISTIAN, adalah sebagai JAWAPAN KEPADA YANG MENGHINA ISLAM.

Ringkasan Sahih Muslim


Ringkasan Sahih Muslim 
 Penulis: Imam Al-Munziri 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM50.00

Saturday, October 11, 2014

Indahnya Ibadah Muslim Kosmopolitan


Indahnya Ibadah Muslim Kosmopolitan 
 Penulis: Prof. Dr. K.H. Miftah Faridi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM35.00 

 Buku Indahnya Ibadah Muslim Kosmopilitan ini mengupas hukum dan merungkai permasalahan fiqh secara menyeluruh. 

 Antara isu yang dibincangkan adalah: 
 Bagaimana Tatacara Solat ketika Sakit dan Diatas Kapal Terbang? 
Bolehkah menunda Ibadah Haji dan Umrah dengan alasan Sibuk Bekerja? 
Bolehkah Berhutang Bagi Menunaikan Ibadah Haji? 
Bolehkan Makan Makanan yang Tidak ada Logo Halal? 
Apakah Hukum Mengucapkan Selamat Hari Krismas/Natal? 
Haramkah Nikah Mut'ah? 
Bolehkah Membawa Telefon yang Mempunyai Aplikasi Al-Quran ke Tandas? 
Apakah Hukum Kaedah Bayi Tabung Uji? 
Bolehkan Menamatkan Penggunaan Alat Bantuan Ke Atas Pesakit yang Koma (Euthanasia)?

Adakah Kawanku Syiah?


Adakah Kawanku Syiah? 
 Penulis: Kamaluddin Nurdin Marjuni 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM25.00 

Adakah Kawanku Syiah? 

 Dia kutuk Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidatina Aisyah.. Dia puji Saidina Ali melambung-lambung. Macam Saidina Ali lagi besar daripada Nabi Muhammad s.a.w... Dia kata imam-imam tahu benda ghaib.Semua benda yang ada di langit dan di bumi dalam ilmu imam-imam... Dia menolak hadith-hadith Bukhari dan Muslim. Katanya itu bukan hadith sahih pun... Dia sungguh-sungguh cerita pasal Al-Mahdi. Sampai bila kita dengar,ada benda bunyi macam pelik sahaja.. Dia ini nampaknya sembahyang tiga waktu sahaja.. 

 Dia jadi begini sebab dia ini syiah?

HAMAS dan Briged Al-Qassam


HAMAS dan Briged Al-Qassam 
 Penulis: Maszlee Malik, Syarafuddin Sulaiman 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Ketahui: 
 Benakah Iraq di sebalik HAMAS? 
Kenapa perlu boikot? 
Sampai bila perlu boikot? 
Hubungan Malaysia dengan Israel? 
ISIS sama dengan HAMAS? 
Bolehkah setiap rakyat Palestin menjadi komando Briged Al-Qassam? 
Berjayakah gencatan senjata? 
Yahudi itu Zionis? 

Dan banyak lagi maklumat berkaitan HAMAS, Briged Al-Qassam, dan Palestin dalam buku ini.

Big Fat Lies Women Tell Themselves


Big Fat Lies Women Tell Themselves
 Penulis: Amy Ahlers
 Terbitan: PTS
 Harga: RM29.90

Hubungan paling penting dalam hidup ini adalah hubungan kita dengan diri sendiri. Sayangnya, hubungan ini biasanya tidak begitu memberangsangkan. Kita melayan diri dengan begitu menekan dan keras. Sayangnya lagi, cara begitu sebenarnya tidak elok. Dalam fikiran kita, sekiranya kita betul-betul berjaya, betul-betul kurus, betul-betul cantik, betul-betul kaya, betul-betul itu, dan betul-betul ini, tiba-tiba semua monolog dalaman yang penuh rasa tidak puas hati itu akan bertukar. Semuanya tiba-tiba jadi postif. Betulkah? 

 Selepas lebih 10 tahun melatih ramai wanita, saya percaya saya jelas akan jawapannya. Perempuan sebenarnya sangat keras dengan diri sendiri. Tidak kiralah siapa dan di mana pun mereka. Semua daripada kita berjuang melawan diri sendiri dalam sebesar-besar dan sekecil-kecil perkara. Perjuangan ini pula tidaklah membantu kita menjadi lebih berjaya, ataupun berasa lebih puas, mahupun menghasilkan lebih banyak pencapaian. Tetapi siapakah yang layak mempersoalkan sikap kita ini? Tentulah kita sangat tegas dengan diri sendiri apabila ada begitu banyak perkara yang perlu difikirkan. Di sana ada kerjaya, cinta, anak-anak, kesihatan… senarainya terlalu panjang. 

 Kita ini, wanita, kelihatannya perlu membawa pulang ke rumah bahan-bahan masakan dan memasaknya menjadi begitu sedap. Kemudian waktu itu juga, kita mempunyai hubungan yang tiada celanya dengan pasangan, mampu menyiapkan semua kerja rumah, kelihatan cantik, ada anak yang bijak pandai, dan juga, kekal sihat. Kita berasa adalah logik untuk seorang wanita itu ditarik-tarik ke 1001 arah yang berlainan pada satu masa. Bahkan kita wajar menikmati situasi ditarik-tarik ini. Kita berasa seolah-olah kita perlu sefleksibel yang mungkin. Sefleksibel getah, mungkin. Pun begitu, hakikatnya kita hanyalah manusia. Apa kata kita berikan diri sendiri sedikit ruang?

Friday, October 10, 2014

Keistimewaan Rasulullah S.A.W


Keistimewaan Rasulullah S.A.W 
 Penulis: Imam al-Hafiz Muhammad al-Qasthalani 
 Terbitan: Jahabersa 
 Harga: RM40.00 

 Mengenali, mengkaji dan memperhatikan peribadi Rasululah s.a.w adalah perkara yang dituntut; kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, begitu juga menjelaskan tentang kemuliaan nabi s.a.w dan kedudukannya yang tinggi di hadapan Allah s.w.t. 

 Allah s.w.t mengharuskan baginya sesuatu yang diharamkan bagi orang lain dan mengharamkan baginya sesuatu yang di haruskan bagi orang lain. Allah s.w.t memuliakan Rasulullah s.a.w dengan setinggi-tinggi perghormatan, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia." (Al-Qalam:4) 

 Allah s.w.t yang mencipta Rasulullah s.a.w kemudian memuji dan mengagungkannya dengan pelbagai keistimewaan yang tidak terkira. Maka yang wajib bagi kita adalah melihat keperibadian Rasulullah s.a.w dengan pandangan kemuliaan dan penghormatan. Beliau adalah daripada kalangan manusia biasa tetapi berbeza dengan mereka, kerana tidak seorang pun yang setanding dengan beliau, sebagaimana sabda beliau dalam hadis sohih: "Saya tidaklah sama dengan keadaan kmau sekalian, saya bermalam di sisi Tuhanmu. Dialah yang memberiku makan dan minum."

Thursday, October 9, 2014

Hebatnya Bangun Awal Pagi


Hebatnya Bangun Awal Pagi 
 Penulis: Muhammad Suhadi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM12.00 

 Hikmah berpagi-pagian cukup banyak kepada siapa yang melaziminya. Apabila kita memulakan hari pada awal pagi, bermula dengan qiamullail, solat subuh, kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti harian yang lain, kehidupan kita lebih tersusun dan tenang. Berbanding dengan orang yang bangun lambat, bukan sahaja meninggalkan solat subuh, malah turut terlepas melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan. Alangkah rugi.

Wednesday, October 8, 2014

Menunggumu di Pintu Syurga


Menunggumu di Pintu Syurga 
 Penulis: Linda Rafar, Bahruddin Bekri 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00 

 Selama ini saya hanya dikenali sebagai seorang anak seni. Saya menyanyi dan saya berlakon. Lalu apabila disebutkan nama Linda Rafar, perkara pertama yang datang dalam fikiran orang lain, adalah seorang artis. Tidak lebih daripada itu. 

 Namun, sejujurnya, gelaran yang paling saya sukai, paling saya gemari bukanlah artis ataupun selebriti, tetapi saya paling suka adalah gelaran sebagai seorang ibu. Saya adalah ibu, dan saya berbangga dengan gelaran itu. 

 Lalu saya menuliskan kisah ini, bukan atas kapasiti saya sebagai seorang selebriti, tetapi sebagai seorang ibu yang kehilangan seorang anak. Memang bukan saya sahaja yang pernah merasai kehilangan anak, bukan sahaja seorang yang pernah melalui jalan pedih perih ini, tetapi tidak ramai yang berkongsi tentang 'rasa' itu, dan saya beranikan diri untuk berkongsi 'rasa', kerana dalam 'rasa' itu ada banyak perkara yang dapat dijadikan panduan, yang dapat dijadikan teladan, khasnya kepada ibu-ibu dan para bakal ibu. Ini kerana anak kita walaupun umurnya lebih muda daripada kita, belum tentu akan hidup jauh lebih lama daripada kita. Pedihnya pengalaman itu, saya fikir tidak akan hilang.  
Tujuan kedua saya menuliskan buku ini untuk penghargaan kepada arwah Memen. Penghargaan bukan kerana dia anak saya, tetapi kisah-kisah selama dia masih hidup, sebenarnya menyentuh hati ramai manusia, yang sayangnya saya tidak sedar. Lalu pada ketika dia sudah tiada, barulah kisah demi kisah datang kepada saya. Kisah-kisah yang memberi hikmah kepada yang mahu mengambilkan hikmahnya. Semoga, dengan buku ini, kita semua akan mendapatkan rahmat daripada Allah s.w.t.

Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab: Tip-Tip Permasalahan Wanita Untuk Wanita


Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab: Tip-Tip Permasalahan Wanita Untuk Wanita 
 Penulis: Hamizul Abdul Hamid 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM22.00 

 Realiti kehidupan zaman Nabi saw menggambarkan Rasulullah saw sangat prihatin terhadap kehidupan wanita, terutamanya dalam bertafaqquh fid Din (pendidikan nilai-nilai agama). Rasulullah saw membentuk Halaqah (forum kajian) keagamaan yang khusus diperuntukkan bagi wanita. Serta menyediakan waktu-waktu khusus bagi wanita yang ingin belajar dan bertanya mengenai nilai-nilai agama, mahupun bercurah hati (perkongsian) perihal ragam permasalahan hidup yang mereka hadapi.  
Di dalam buku ini banyak ditampilkan pertanyaan-pertanyaan kaum wanita yang disampaikan kepada Rasulullah saw. Terutamanya berkaitan permasalahan suami isteri, kekeluargaan, sosial, muamalat, pendidikan anak-anak, taharah, ibadah dan pengurusan jenazah. Semoga naskah ini dapat memberikan sumbangan positif serta pengetahuan bagi para Muslimah agar menjalani kehidupan senafas dengan nilai-nilai agama.

Aku Budak Lenggong


Aku Budak Lenggong 
 Penulis: Hamizul Abdul Hamid 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM20.00 

 'Masa kecil' adalah 'masa lalu' semua orang. Aku Budak Lenggong (ABL) adalah catatan 'masa lalu' yang mewakili 'masa kecil' ramai orang yang mungkin tidak terungkap. Zaman ketika elektrik adalah asing, pelita minyak tanah dan kabaid menjadi sumber cahaya, TV adalah peti ajaib, sungai dan lata menjadi mainan, bendang dan kubang, bukit dan hutan, memasak dengan kayu api, mendaki bukit ke dusun, menangkap ikan dan udang di celahan batu sungai yang jernih, mengapuk di pokok petai dan jering, lastik dan senapang kayu, gasing, congkak dan batu seremban, serta banyak lagi.

Saturday, October 4, 2014

Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat


Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat 
 Penulis: Imam Al-Qurtubi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM98.00 

 Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Kematian adalah jalan menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Dunia ini hanya sementara, oleh itu jangan terpedaya dengan nikmatnya yang fana. Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang berjudul "RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT DAN KIAMAT" telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, al-mizan, as-sirat, syurga, neraka dan seterusnya. 

Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar. Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam kitab ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi kematian. Semoga usaha kecil kami menerbitkan buku yang amat bermakna ini mendapat memberi manfaat buat umat Islam demi meraih keredaan Allah S.W.T. serta mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Lapis-Lapis Keberkahan


Lapis-Lapis Keberkahan 
 Penulis: Salim A. Fillah 
 Terbitan: Pro U Media 
 Harga: RM65.00 

 Memburu berkah amatlah berat. Tapi justru di dalamnyalah ada banyak rasa nikmat. Bahagia adalah kata paling menyihir dalam hidup manusia. Semua jiwa merinduinya. Semua akal mengharapinya. Semua raga mengejarnya. Tapi kebahagiaan adalah goda yang tega. Ia bayangan yang melipir jika difikir, lari jika dicari, tak tentu jika diburu, melesat jika ditangkap, menghilang jika dihadang. 

 Dalam nanar mata yang tak menjumpa bahagia; insan lain tampak lebih cerah. Dalam denging telinga yang tak menyimak bahagia; insan lain terdengar lebih ceria. Dalam gerisik hati yang tak merasa bahagia; insan lain berkilau bercahaya. 

Buku ini disusun dengan keinsyafan kecil, bahwa jika bahagia dijadikan tujuan, kita akan luput menikmatinya di sepanjang perjalanan. Bahwa jika bahagia dijadikan cita, kita akan kehilangan ia sebagai rasa. Bahwa jika bahagia djadikan tugas jiwa, kita akan melalaikan kewajiban sebagai hamba. Bahwa jika bahagia dijadikan tema besar kehidupan, kita bisa kehilangan ia setelah kematian.

Thursday, October 2, 2014

101 Kehebatan Rahsia Sedekah


101 Kehebatan Rahsia Sedekah 
Penulis: Zahidan Abd Aziz, Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz 
Terbitan: PSN Publishers 
Harga: RM32.00 

 Antara kandungan buku ini ialah: 
- Bersedekah ialah dinding api neraka. 
- Tujuh Golongan Manusia yang dinaungi pada hari akhirat. 
- Sedekah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. 
- Setiap sedekah dibalas 10 hingga 700 kali ganda. 
- Ubati penyakit dengan sedekah

Wednesday, October 1, 2014

Hakikat Tawassul & Wasilah Menurut Al-Quran & As-Sunnah


Hakikat Tawassul & Wasilah Menurut Al-Quran & As-Sunnah 
 Penulis: Musa Muhammad Ali
 Terbitan: Thinker's Library 
 Harga: RM58.00

Kitab Hakikat Tawassul & Wasilah merupakan terjemahan dari kitab asal berbahasa Arab yang judulnya bersamaan dengan Melayunya. Kitab ini sukar didapati di mana-mana toko buku dan terjemahan ini adalah suatu usaha bagi memberikan penjelasan yang berhubungkait dengan  hal-hal yang bersangkutan dengan Tawassul mahupun Wasilah.

Jom Kenali Hudud


Jom Kenali Hudud 
Penulis: Dato' Dr Haron Din 
Terbitan: PSN Publications 
Harga: RM25.00 

 Hukum hudud ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah SWT yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya, diubah suai atau dipinda oleh sesiapa pun didunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Jinayah Murtad Dari Sudut Hukum Syara' Dan Perundangan Islam


Jinayah Murtad Dari Sudut Hukum Syara' Dan Perundangan Islam 
 Penulis: Haji Said Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah) 
 Terbitan: Darul Ma’rifah
 Harga: RM40.00