Sunday, October 30, 2011

Seri Materi Tarbiyah Keakhwatan

Seri Materi Tarbiyah Keakhwatan
Penulis: Cahyadi Takariawan, Wahid Ahmadi, Abdullah Sunono
Terbitan: Intermedia

Keakhwatan 1 - Bersama Tarbiyah Ukhti Muslimah Tunaikan Amanah (RM26.00)
Keakhwatan 2 - Bersama Tarbiyah Mempersiapkan Akhawat Menjadi Daiyah (RM26.00)
Keakhwatan 3 - Bersama Tarbiyah Mempersiapkan Tegaknya Rumah Tangga Islami (RM17.00)
Keakhwatan 4 - Tarbiyah Ruhiyah (RM21.00)

Saturday, October 29, 2011

Barzanji & Terjemahan

Barzanji & Terjemahan
Penulis: Sheikh Ja'afar Al Barzanji
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM6.00

Rasulullah SAW merupakan pelita kehidupan segenap makhluk di seluruh alam, memancarkan bahang kehangatan kesejahteraan dan ketulusan. Peribadi Baginda menghiasi relung jiwa dan minda ummah. Wajah Baginda SAW memancarkan nur kemurnian bagaikan bulan purnama menghiasi kepekatan malam.

Kisah kehidupan baginda Baginda SAW untaian mutiara menghiasi tabir-tabir perjuangan yang meneguhkan rasa cinta yang membara dalam diri setiap insan. Setiap ungkapan yang keluar dari bibir yang mulia itu umpama kilauan permata memancarkan cahaya kedamaian, bagaikan sumber mata air syurgawi yang tidak kunjung kering.

Kitab Barzanji ini mengandungi sirah perjuangan dan kehidupan Baginda, semoga memperoleh berkat dan pahala bagi yang membacanya, insya Allah.

Friday, October 28, 2011

Hayatus Sahabah - Kehidupan Para Sahabat

Hayatus Sahabah - Kehidupan Para Sahabat (6 Jilid)
Penulis: As Sheikh Mohd Yusof
Terbitan: Darul Nu'man

Harga:
Jilid 1 - RM15.00
Jilid 2 - RM15.00
Jilid 3 - RM15.00
Jilid 4 - RM15.00
Jilid 5 - RM15.00
Jilid 6 - RM18.00

Kehidupan para sahabat mengisi pentas sejarah bagaikan kilauan bintang di langit yang menghiasi tabir malam. Perjuangannya meninggalkan kemurnian tamadun yang sukar terhakis hingga di penghujung usia dunia. Persaudaraannya menyuburkan benih ketulusan dan ketinggian budi yang dapat direguk bagaikan madu oleh generasi sesudahnya. Pengorbanannya dalam menegakkan kalimah Allah tidak dibatasi oleh sempadan dan geografi.

Kisah para sahabat memantulkan gema dan bahang pengajaran dalam ruang-ruang nadi umat, sehingga membangkitkan semangat membara terhadap insan yang ingin kecemerlangan hidup. Kesabaran, kewarakan dan rasa tawadhuk menghiasi keperibadiannya dalam menjalin hubungan dengan Ilahi, begitu juga rasa kasih sayang tersulam indah dalam menjalin silaturrahim dengan sesama insan. Segenap aspek kehidupannya memiliki memori cemerlang dijadikan sebagai pedoman bagi ummah.

Buku "Kehidupan Para Sahabat" jilid 1-6 ini mengungkapkan perjalanan hidup para sahabat Rasulullah SAW ditinjau dari berbagai aspek kehidupan mereka. Perjalalanan kehidupannya merangkumi latar belakang keluarga, tempat kelahiran, pembelajaran, perjuangan, berbagai lembaran suka duka, pengorbanan, keteguhan iman dan kezuhudan. Kemudian mengungkapkan kesetiaan mereka dalam mempertahan dan meneruskan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Semoga buku ini dapat menyumbang motivasi dalam membangun semangat dan minda mukmin dalam mencari suri teladan dalam kehidupan, insya Allah.

Thursday, October 27, 2011

Kekeliruan dalam Memahami Buku Petunjuk Sepanjang Jalan

Kekeliruan dalam Memahami Buku Petunjuk Sepanjang Jalan
Penulis: As Syeikh Salim Al Bahnashawey
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM25.00

Sayyid Qutub adalah antara penyumbang besar dalam khazanah penulisan ilmiah kepada umat Islam. Segala jiwa dan raganya dikorbankan demi agama ketika dunia semakin ghairah menekan dan menindas arus kebangkitan Islam. Kehidupannya dibayangi jeriji besi dan seksaan yang terus menerus sehingga terpisah dari dunia di tali gantung. Kemantapan iman dan ketulusan hati menjadi bekalan demi menghadapi segala rintangan dan cubaan.

Namun ada juga pihak yang telah terkeliru dengan pemikiran dan karya beliau sehingga menuduh dan memfitnahnya dengan berbagai tohmahan yang tidak benar. Ini lantaran silap pemahaman dan tidak mendalami isu yang beliau lontarkan di dalam karyanya “Petunjuk Sepanjang Jalan”. Banyak perkara yang terpesong dari matlamat dan tujuan, kesan dari perasaan taksub, kekurangan pengetahuan dan sikap tergesa-gesa mengambil tindakan.

Buku ini menjelaskan tentang perselisihan dan silap tafsiran yang terdapat pada buku “Petunjuk Sepanjang Jalan”. Pengarang telah mengemukakan perbagai dalil dan hujjah untuk membetulkan kembali kekhilafan yang berlaku agar kita semua dapat memahami maksud sebenar Sayyid Qutub dalam penulisannya, insya Allah.

Monday, October 17, 2011

Set CD Baby Khalifah Series

Set CD Baby Khalifah Series
Harga: RM90.00 termasuk caj pos

This CD set is best used as an educational aid for your 2-4 years old kids. The cute and interactive characters makes learning about Islam and FUN adventure for the Baby Khalifah!

Baby Khalifah Learning Series (6 sets of books & CD-roms)

The set consists of these six series:

1. My First Arabic
2. My First Kalimah
3. My First Iqra'
4. My First Adab
5. My First Solat
6. My Family

This set also includes flashcards for Wudu', a bookmark, a set of colour pencils and a car sticker, all packed in a nice box.

My First Al-Qur'an For Kids

My First Al-Qur'an For Kids
Harga: RM170.00 termasuk caj pos

INFO PRODUK
Berat 1.5 kg / 24cm x 16.5cm / 1,258 Halaman / Full Colour
Datang dengan 2 set (Juzuk 1-15) (Juzuk 16-30)
(2 Jilid Ayat Al-Qur’an dan 2 Jilid Terjemahan)
1 beg tangan untuk membawa Al-Qur’an
Percuma bekas pensel & penunjuk Al-Qur'an

Terdapat 12 keunggulan di dalam 1 Al-Quran yang memudahkan pembelajaran & bacaan anak-anak tersayang.

1. Khat Tajwid Yang Besar
2. Terjemahan Kementerian Agama
3. Adab membaca Al Quran bersama ilustrasi
4. Sirah Nabawiyah "Jejak Rasul"
5. Peta Penjelasan "Jejak Rasul"
6. System Tematik Ayat (Kini Ku Tahu)
7. Doa-Doa Harian
8. Tempat-Tempat Sejarah Umat Islam Di Dunia
9. Tokoh-Tokoh Islam Di Dunia
10. Kamus 3 Bahasa Arab-Melayu-Inggeris
11. User Guide
12. Design & Illustrasi Yang Menarik, Moden & Penuh Berwarna.

Saturday, October 15, 2011

VCD Ikan Nun dan Nabi Yunus A.S.

VCD Kisah Teladan: Ikan Nun dan Nabi Yunus
Harga: RM18.90

VCD ini menceritakaN kisah Nabi Yunus AS dalam perut ikan Nun. Kisah ini diambil daripada kitab suci Al-Quran, menceritakan perjuangan pahit baginda ketika menghadapi ummatnya Kaum Ninawa yang tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh baginda. Kemudian baginda beruzlah mengembara meninggalkan ummatnya itu. Tetapi apa yang berlaku baginda malah mendapat ujian yang lebih getir yakni terjun ke lautan yang bergelora hingga ditelan ikan Nun, dan berada dalam perut ikan Nun itu selama 40 hari 40 malam.

Untuk mengetahui bagaimana baginda boleh ditelan ikan Nun dan apa yang berlaku kepada kaum Ninawa yang ingkar selepas ditinggalkan oleh baginda Nabi Yunus A.S., dapatkan VCD ini untuk mengikuti kisah menarik ini.

Mari Mengingat Allah: Adab dan Doa

Mari Mengingat Allah: Adab dan Doa
Harga: RM18.90

VCD Mari Mengingat Allah: Adab dan Doa mengandungi video animasi kegiatan sehari-hari anak soleh dengan mengamalkan sunnah nabi daripada mula bangun tidur di waktu subuh hingga ke tidur semula di waktu malam. Belajar menghafal doa-doa harian beserta adab-adabnya diselangi nasyid-nasyid pilihan yang digemari kanak-kanak.

Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 2

Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 2
Mengenal Baris Huruf
Harga: RM18.90

Siri ini adalah lanjutan dari Siri 1: Mengenal Huruf Hijaiyah, maka Siri 2 ini akan membawa anda mengenal dan mempelajari cara membaca baris huruf Al-Quran.

Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 1

Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 1
Mengenal Huruf Hijaiyah
Harga: RM18.90

VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 1 ini adalah langkah awal yang paling sesuai bagi sesiapa yang baru memulakan pembelajaran membaca Al-Quran. Di sini kanak-kanak akan belajar cara membaca dan menulis huruf hijaiyah, penghafalan huruf hijaiyah diselangi dengan menggunakan kaedah bernasyid agar kanak-kanak tidak mudah bosan dalam menyemak. 

Thursday, October 13, 2011

Fiqh Keutamaan

Fiqh Keutamaan
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Blue-T Publication
Harga: RM28.00

Fiqh Ekonomi Islam

Fiqh Ekonomi Islam
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Blue-T Publication
Harga: RM35.00

Fiqh Kenegaraan

Fiqh Kenegaraan
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Blue-T Publication
Harga: RM25.00

12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman

12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Blue-T Publication
Harga: RM20.00

IBADURRAHMAN ini dinisbahkan kepada Dzat Allah Yang suci (Ar-Rahman), yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak mendapat rahmat Allah dan mereka selalu berada dalam naungan rahmat ini. Rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah. 

 Apakah kamu semua ingin termasuk golongan Ibadurrahman? Apakah kamu ingin menisbahkan diri kepada Allah? Apakah kamu ingin menjadi anggota bagi jemaah ini? Jika kamu menginginkan, maka ketahuilah sifat dan ciri-ciri mereka. Kenalilah siapa Ibadurrahman itu, dengan itu kamu terdorong untuk menjadi anggota mereka. Berapa ramai orang yang mengaku, "Aku termasuk Ibadurrahman", tetapi perilakunya menunjukkan, "Engkau adalah Ibadussyaitan dan bukan Ibadurrahman." 

Ibadurrahman mempunyai sifat dan tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan Allah dalam surah al-Furqaan. Maka alangkah baiknya kita hidup dalam rengkuhan ayat-ayat ini.

Wednesday, October 12, 2011

SMS Daripada Rasulullah

SMS Daripada Rasulullah
Penulis: Anuwar Ismail
Terbitan: Blue-T Publication
Harga: RM8.00

Ajarkan Buah Hati Mencintai Nabi

Ajarkan Buah Hati Mencintai Nabi
Penulis: Arsil Ibrahim
Terbitan: Blue-T Publication
Harga: RM25.00

Tuesday, October 11, 2011

Peribadi Muslim

Peribadi Muslim
Penulis: Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM19.00

Buku ini mengulas tentang bagaimana ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang Muslim bagi membentuk peribadi yang mulia seindah akhlak para nabi, sebagaimana junjungan mulia kita iaitu Rasulullah SAW di mana Baginda sentiasa sabar dan istiqamah dalam menyampaikan ajaran Islam. Walaupun teruk dikecam oleh kaum kafir Quraisy namun Baginda tetap patuh dalam menyebarkan agama Allah.

‘Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa “Akhlak Rasulullah SAW itu ialah al-Quran.” Ia bermaksud segala isi kandungan yang terdapat dalam al-Quran mempunyai ajaran yang lengkap meliputi seluruh kehidupan kita iaitu dari awal kewujudan kita hingga kita dikembalikan kepada-Nya. Oleh itu, sebagai seorang Muslim kita hendaklah menjalani kehidupan harian dengan berpandukan al-Quran iaitu mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti sabar, merendah diri, bersifat qanaah, dan sebagainya. Kesannya, kita akan sentiasa mempunyai jiwa yang tenang serta hidup dalam keredaan-Nya.

Berlainan pula dengan mereka yang hidup dengan tidak berpandukan al-Quran, mereka sentiasa mengamalkan sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, berdusta, sombong dan sebagainya. Kesannya, kehidupan mereka menjadi serba tidak kena serta jauh dari nikmat Allah. Dalam buku ini setiap bab diselitkan dengan huraian yang lengkap iaitu beserta hadis dan ayat al-Quran bagi memberi lebih pemahaman kepada pembaca dalam usaha menerokai ilmu untuk menjadi manusia yang berakhlak mulia untuk bekalan di dunia dan akhirat.

Muhammad The Messenger

Muhammad The Messenger
Penulis: Abdurrahman Asy Syarqawi
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM12.00

Nabi Muhammad SAW Rasul teragung dalam menyampaikan seruan agama, dilahirkan dengan sifat2 terpuji agar dapat memimpin umatnya menjadi manusia bertakwa. Kisah yang dipaparkan dlm buku ini bermula daripada kisah kelahiran beliau hinggalah beliau wafat, dapat dijadikan panduan oleh setiap orang dlm menjalani kehidupan...

Syarah Akidah Mursyidah

Syarah Akidah Mursyidah
Penulis: Ahmad Faidzurrahim
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM10.00

Risalah akidah ini asalnya ditulis oleh Imam Ibn Tumart, meninggal pada akhir tahun 542 Hijrah. Matan yang ringkas ini menjelaskan akidah Ahli Sunah Waljamaah, sekali gus menyanggah pendapat mereka yang cuba mengelirukan umat daripada pegangan tersebut.

Manakala Imam Fakhruddin ibn Asakir pula ialah penyebar dan pembaca risalah ini di bumi Syam dan beliau juga yang sering mengulangi bacaan risalah ini kepada para penuntut ilmu dan orang Islam di sana, lalu risalah tersebut dikenali dengan nama Risalah Ibn Asakir.

Ramai ulama Ahli Sunah Waljamaah yang memuji risalah ini dan menyatakan bahawa risalah ini sering diulang bacaannya selama empat kurun (400 tahun). Antara mereka ialah al-Hafiz Salahuddin Khalil bin Kaikaladi al-Alla’i Rahimahullah yang meninggal pada tahun 761 Hijrah. Beliau memberi judul risalah ini sebagai al-Akidah al-Mursyidah dan berkata:

“Pengarang al-Akidah al-Mursyidah ini berada di atas jalan dan akidah yang lurus dan beliau adalah benar dalam mentanzihkan Allah”

Al-Imam Tajuddin al-Subki dalam kitab Tabaqatnya berkata:

“Ini adalah akhir kitab akidah, dan tidak ada seorang sunni pun yang mengingkarinya.”

Akidah Muslimin

Akidah Muslimin
Penerjemah: Ustaz Haji Ahmad Hafiz Haji Mohd Alwi
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM10.00

Monday, October 10, 2011

Mukmin Sukses Pemantapan Jati Diri

Mukmin Sukses Pemantapan Jati Diri
Penulis: Mohd Ridzuan Rizal Bin Ab. Rahman & Ahmad Hasan Mohd Nazam
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM23.00

Untuk menjadi manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang lengkap merangkumi ibadat khusus dan fardu kifayah, dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal soleh.Bagi seorang mukmin, kejayaan yang disertakan dengan keimanan akan lebih bermakna kerana akan memperoleh dua kejayaan iaitu kejayaan di dunia dan kejayan di akhirat. Sedangkan kejayaan di akhirat ialah kejayaan yang kekal abadi berbanding kejayaan di dunia yang hanya bersifat sementara.

Doa-Doa Eksklusif

Doa-Doa Eksklusif
Penulis: Datuk Hj. Rashid Redza Hj. Mohd Salleh
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM20.00

Memuatkan doa-doa penting yang penting untuk kegunaan harian, antaranya adalah Doa Majlis, Doa Dalam Perjalanan, Doa Menghadapi Musuh, Doa Setelah Solat-solat Sunat dan Wajib serta bermacam doa lainnya. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya!

Sunday, October 9, 2011

Halal Living

Halal Living
Penulis: M. Harith Mahmud
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM14.00

Cabaran dalam kehidupan pada abad globalisasi amat mencemaskan. Nilai-nilai kehidupan sudah menjadi kabur dari segi batasan antara baik dan buruk. Terlalu banyak suara-suara menawan yang mengelirukan cuba memujuk umat Islam ke jalan yang dimurkai Allah. Kesan buruk maksiat pada masyarakat turut dipandang remeh. Bagi orang yang tidak berfikir panjang, hujah-hujah golongan humanisme ini memang nampak rasional tetapi sebenarnya mereka hanya menjadi alat pada golongan yang mementingkan hawa nafsu yang tidak suka perbuatan mereka disekat oleh sesiapa.

Ayuh, kita mereformasi diri! Jika selama ini kita hanya menjaga perut agar diisi dengan makanan yang halal, kini sudah tiba masanya kita menjalani kehidupan yang serba-serbi ‘Halal’. Buku ini digarap khusus bagi mengingatkan kita bahawa secara tidak sedar, kehidupan ini banyak dipengaruhi oleh aliran sekular yang cuba memencilkan agama Islam.

Poin penting yang perlu anda ketahui:
1. Bagaimana menukar aktiviti harian menjadi ibadah.
2. Bagaimana konsep pengurusan masa yang berhemah.
3. Bagaimana menganalisa dan membuat keputusan dalam memilih aktiviti yang diredai Allah.
4. Panduan mencari rezeki yang diredai Allah.
5. Kaedah merancang aktiviti harian.

Surat untuk Carolynn

Surat untuk Carolynn
Penulis: Zahiruddin Zabidi
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM13.00

Cik Carolynn,

Seterusnya saudari mempersoalkan kenapa Islam mengharamkan arak sebaliknya ia amat bermanfaat terutama kepada kesihatan. Islam, Kristian dan Yahudi adalah agama samawi membawa maksud agama langit yang diturunkan oleh tuhan. Agama-agama ini telah tuhan kurniakan sebuah kitab sebagai panduan. Orang Yahudi dianugerahkan Taurat, orang Kristian pula Injil atau dikenali sebagai Bible pada hari ini, manakala orang Islam pula dirahmati Allah dengan al-Quran.

Dalam Islam kami diajarkan untuk patuh dan taat sepenuhnya kepada Allah dan meninggalkan larangannya. Semua suruhan dan larangan mesti ditunaikan dan jika ingkar kami akan berdosa. Setelah mati, akan dimasukkan ke dalam api neraka. Bukankah dalam ajaran Kristian juga sama? Orang yang melakukan perbuatan jahat akan berdosa dan jika mati dia akan dimasukkan ke dalam neraka. Salah satu larangan Allah dalam al-Quran ialah minum arak.

Pasti saudari mempersoalkan lagi, mengapa Allah menyuruh demikian? Ya, memang ada sebabnya, akan saya jelaskan dengan lebih mendalam...

Saturday, October 8, 2011

Indahnya Hidup dan Tasawuf Sufi

Indahnya Hidup dan Tasawuf Sufi
Penulis: Ustaz Yusri Abd. Karim
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM25.00

Benarkah tiada tasawuf pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat? Tidak layaklah para sahabat, tabiin dan salafussoleh itu digolongkan sebagai ahli-ahli sufi yang hebat? Benarkah ahli sufi sejati yang menghayati kehidupan berlandaskan tasawuf merupakan ahli bidaah; yang setiap bidaah itu sessat dan masuk neraka?

Mengapa pula sesetengah ahli sufi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah? Mengapa ada sesetengah ahli sufi yang tidak berpegang dengan hukum syariat lantaran telah mencapai maqam yang tinggi dalam kehidupan sufinya? Benarkah mereka ini ahli sufi sejati atau hanya ahli sufi palsu? Dan persoalan yang tidak kurang pentingnya adakah mereka sudah memenuhi prasyarat-prasyarat tertentu sebelum melangkah ke alam sufi?

Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi menjawab semua persoalan ini dengan gerapan yang cukup menarik. Berdasarkan fakta al-Quran, hadis dan sirah, segala kekeruhan yang menyelubungi alam tasawuf dan sufi ini dapat dijernihkan. Segala kesamaran dapat dijelaskan. Segala kekhilafan dapat dibetulkan sehingga menjazamkan satu keyakinan yang jitu bahawa kehidupan sufi yang berlandaskan tasawuf sungguh indah dan hebat.

Jejawi Tua

Jejawi Tua
Penulis: Rosli Mohd Sah
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM20.00

"Tak perlulah sesiapa pun mengaku di hadapan orang ramai. Simpan aib masing-masing selagi Allah Taala tak membukanya. Dan jangan sampai Allah Taala membuka aib kita di khalayak ramai. Daripada menyembah jejawi tua dan memohon bantuan Tok Tom, bukanlah lebih baik imarahkan surau dan masjid Bukankah jauh lebih baik kalau kita memohon pertolongan langsung kepada Allah Taala sebarang wasilah dan tanpa perlu bertawassul secara bidaah"

Antara Jejawi Tua dengan Tok Tom, Barangkali Ada Pertalian Besar yang Kurang Dicermati...

Antara Tok Tom dan Angah Soyah, Barangkali Ada Dendam yang Belum Terurai...

Gementar melihat Jejawi Tua, memunculkan sebuah masalah yang sekali imbas bersifat kecil, manum sebenarnya ketakutan itu telah membawa penduduk Kampung Sungai Teja melalui pelbagai masalah. Apabila perkara utama dalam kehidupan, tidak lagi dititikberatkan, bahkan disekutukan dengan mudah atas alasan bagi memudahkan urusan, yang menanti adalah masalah yang lebih rumit.

Jejawi Tua menguak sikap manusia yang mudah bertawassul dengan zahir dan perasaan kagum tanpa menyedari perbuatan tersebut mengheret ke jurang penderitaan yang tidak berkesudahan.

Wednesday, October 5, 2011

Minuman Susu Kambing Asli Super Goat

Minuman Susu Kambing Asli Super Goat
15 paket x 21 gram
Keluaran: Musafir Hijrah
Harga: RM35.00

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu yang lain. Antara kebaikan susu kambing adalah seperti berikut :

1) Mudah hadam. Sangat sesuai untuk diet bayi dan orang dewasa yang mengalami masalah penghadaman. Sesuai digunakan untuk merawat gastrik dan ulser.
2) Mengandungi 7 % laktosa lebih rendah berbanding susu lembu. Sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit-birit dan alahan kepada susu lembu.
3) Mengandungi pH beralkali, tidak menjana asid dalam darah atau usus. Bertindak meneutralkan asid dalam badan.
4) Tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu.
5) Kaya dengan Mineral Selenium yang bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida.
6) Kaya dengan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan.

Tuesday, October 4, 2011

Losyen Mustajab Extra Hot

Losyen Mustajab Extra Hot (With Extract Ginger)
Mengandungi 130 ml
Harga: RM24.00

1. Losyen Mustajab sesuai untuk urutan seluruh badan.
2. Membakar lemak dan melangsingkan badan.
3. Sakit otot dan sendi. Kembung perut dan sakit belakang
4. Mengurangkan selulit. Melegakan sakit akibat senggugut.
5. Sesuai untuk wanita lepas bersalin.
6. Kegunaan seisi keluarga.

Losyen Mustajab Pati Limau Nipis & Halia

Losyen Mustajab Pati Limau Nipis & Halia
Mengandungi 130 ml
Harga: RM24.00

1. Losyen Mustajab sesuai untuk urutan seluruh badan.
2. Membakar lemak dan melangsingkan badan.
3. Sakit otot dan sendi. Kembung perut dan sakit belakang
4. Mengurangkan selulit. Melegakan sakit akibat senggugut.
5. Sesuai untuk wanita lepas bersalin.
6. Kegunaan seisi keluarga.

Losyen Mustajab Pati Halia

Losyen Mustajab Pati Halia (Extract Ginger)
Mengandungi 130 ml
Harga: RM22.00

1. Losyen Mustajab sesuai untuk urutan seluruh badan.
2. Membakar lemak dan melangsingkan badan.
3. Sakit otot dan sendi. Kembung perut dan sakit belakang
4. Mengurangkan selulit. Melegakan sakit akibat senggugut.
5. Sesuai untuk wanita lepas bersalin.
6. Kegunaan seisi keluarga.

Monday, October 3, 2011

Memoar Cinta Di Medan Dakwah - Catatan Harian Seorang Aktivis

Memoar Cinta Di Medan Dakwah - Catatan Harian Seorang Aktivis
Penulis: Cahyadi Takariawan
Terbitan: Intermedia
Harga: RM24.00

Adakah manfaat mengadakan perjalanan? Pertanyaan ini tentu sangat bervariasi jawabannya, tergantung tujuan dari perjalanan itu sendiri dan bagaimana agenda kegiatan yang dilakukan. Bagi Cahyadi Takariawan, penulis buku ini, ia tidak memaknai perjalanan semata-mata sebagai "kewajiban dinas" yang harus dilakukan sebagai pengurus Wilayah Dakwah di DPP Partai Keadilan Sejahtera. Akan tetapi ia memaknai lebih dari itu, sebagai bagian dari proses perenungan, pembelajaran dan evaluasi bagi upaya perbaikan kinerja di masa yang akan datang.

Membaca buku ini anda akan diajak berkeliling wilayah Indonesia bagian Timur, bukan sebagai cerita pengantar tidur, akan tetapi sebagai bagian dari upaya menata dakwah menuju hasil yang lebih optimal. Ada hikmah, pembelajaran, kontemplasi yang sangat unik dalam setiap perjalanan dakwah yang dilakukannya. "Melalui buku ini saya tidak ingin mengabadikan sebuah kenangan, akan tetapi saya ingin mengajak melihat ke depan, bahwa ada banyak hal yang belum kita lakukan, bahwa ada banyak peluang yang bisa kita optimalkan, bahwa ada banyak tantangan yang harus kita selesaikan", demikian tulis Cahyadi Takariawan. Selamat mengikuti perjalanan ini.

5 Slogan Pemuda Muslim Impian

5 Slogan Pemuda Muslim Impian
Penulis: Abdullah Nashih Ulwan
Terbitan: An-Nadwah
Harga: RM20.00

Di sepanjang sejarah Islam, pemuda punya peranan besar. Para pelukis sejarah manis Islam, perubah wajah dunia, peruntuh kebatilan, penakluk negeri dan pengokoh eksistensi kebenaran ialah kumpulan anak-anak muda briliant.

Ini tidak aneh sebab pemuda punya kekuatan ampuh. Iman mantap, keikhlasan jujur, semangat membara, stamina prima dan jiwa pengorbanan tak kenal henti. Kerananya, perlu kerja keras untuk mengembalikan pemuda Islam kepada jati dirinya agar sejarah emas pemuda masa silam dapat dilanjutkan pemuda masa kini. Dengan begitu, era kejayaan tidak terputus di tengah jalan.

Dan buku ini berusaha menghadirkan sosok pemuda Muslim impian seperti generasi pemuda terdahulu dengan mengingatkannya tentang warna aslinya, slogan yang menjaga identitasnya dan peran yang harus ia ambil dengan bahasa lugas dan membimbing. Apa saja slogan yang mesti dimiliki pemuda Muslim dan bagaimana realisasinya? Selamat membaca buku ini dengan penuh kesedaran!

Sunday, October 2, 2011

Perang-Perang Yang Benar

Perang-Perang Yang Benar
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM55.00

Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu menunjukkan kegagahan, tidak dimulakan hanya kerana mahu mengaut keuntungan dan tidak dimulakan kerana mahu membalas dendam.

Perang adalah suci, dan perang bermula pada ketika mahu mempertahankan akidah, kerana mahu menegakkan kalimah Allah, dan kerana mahu memenangkan yang benar.Inilah novel yang menghimpunkan antara kisah-kisah perang terawal dalam sejarah Islam. Perang yang tidak dimulakan atas sebab palsu dunia, tetapi dimulakan atas sebab-sebab yang benar.

Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar adalah Perang-Perang yang Benar.

Dahsyatnya Taubat Nasuha

Dahsyatnya Taubat Nasuha
Penulis: Ibnu Qudamah
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Mereka hanya insan biasa. Mereka sebelum ini pernah melakukan perbuatan keji dan mungkar. Mereka menyembah berhala, melakukan zina, membunuh, meminum arak, bongkak serta berani mencabar perintah Allah.

Akhirnya muncul kesedaran dalam hati, terus mereka cepat-cepat sujud bertaubat menyesali perbuatan lalu. Air mata yang mengalir menjadi saksi keinsafan. Namun, penyesalan yang menggugah kesedaran jiwa dirasakan tidak berguna lagi, lantas hidayah Allah menjadi pengubat duka.

Ingin mengetahui bagaimana dahsyatnya taubat mereka? Ikuti kisah mereka yang mungkin berjaya menjentik hati kita supaya bertaubat dan menghindari daripada perbuatan terlarang.

Buku ini merupakan karya Ibnu Qudamah al-Maqdisi. Beliau adalah ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka. Istimewanya, buku ini mengandungi keunikan kisah mereka yang ‘kembali’ kepada Allah, termasuk taubat para malaikat, nabi-nabi, raja-raja, sahabat nabi, ulama dan orang biasa.

Saturday, October 1, 2011

Mutiara Ilmu Aqidah

Mutiara Ilmu Aqidah (Rumi & Jawi)
Penulis: Syeikh Ahmad Al-Fathani
Penerbit: Jabal Maraqy
Harga: RM7.50

Kitab Faridatul Faraid Fi Ilmil Aqaid merupakan sebuah kitab daripada Syeikh Ahmad Al-Fathani yang membicarakan tentang ilmu akidah asas. Ia juga mengandungi taarif ilmu tauhid dan agama,akidah yang wajib diketahui, sifat-sifat yang wajib diketahui secara tafsil, sifat-sifat Allah dan Rasul, beriman kepada Nabi dan Rasul, nabi-nabi lain yang wajib diketahui, wajib memelihara diri daripada riddah, dan tuntutan bertaubat.

Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah


Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah (Rumi & Jawi)
Penulis: Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Pathani
Penerbit: Jabal Maraqy
Harga: RM13.00

Kitab ini menjelaskan:
- Rukun-rukun Iman dan Islam serta beberapa hadis yang menakuti orang yang meninggalkan sembahyang
- Hukum bersuci, istinjak, mengambil wuduk, mandi junub, mandi haid dan nifas serta segala mandi sunat dan hukum tayammum
- Hukum-hukum haid , nifas, istihadah
- Menghilangkan najis
- Syarat-syarat sembahyang, rukun-rukun dan perkara yang membatalkan sembahyang dan sujud sahwi
- Sembahyang sunat dan berjemaah
- Sembahyang qasar, jamak dan jumaat
- Sembahyang hari raya, sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan
- Sembahyang jenazah
- Doa-doa selepas sembahyang
- Wirid-wirid daripada Rasulullah, para sahabat dan orang-orang salih yang terdahulu
- Doa pelihara iman