Saturday, December 31, 2011

Suburkan Bunga-Bunga Hati demi mengecap Cinta Ilahi

Suburkan Bunga-Bunga Hati demi mengecap Cinta Ilahi
Penulis: Ustaz Muhammad Salih al-Munajjid
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM23.00

Buku ini memerihalkan amalan hati yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat Baginda. Sesungguhnya para tabi’in sentiasa beristiqamah tentang menjaga amalan hati dalam kehidupan mereka demi meraih keredhaan Allah SWT. Jadikanlah buku ini sebagai pedoman hidup demi mencapai kesempurnaan iman dan memperoleh keredhaan Allah SWT. Semoga dengan keteguhan amalan hati ini dapat memimpin kita menuju ke Syurga sepertimana setiap insan dambakan. Amin ya rabb Al ‘alamin.

Sesuci Murni

Sesuci Murni
Penulis: Isya Azwa Idris
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM23.00

Siti Nur Murni; anak gadis tunggal dalam keluarga korporat ternama bernama Datuk Khalid. Gadis ini mengikut jejak bapanya yang mempunyai pegangan agama yang ampuh, berbeza dengan budaya keluarganya yang kebaratan. Sebelum Datuk Khalid meninggal dunia, beliau mengamanahkan Murni agar membimbing ibu dan abangnya yang tersasar jauh daripada landasan Islam supaya kembali ke pangkal jalan. Murni berusaha untuk melaksanakan wasiat bapanya namun sia-sia. Kehadiran Julia yang wajahnya mirip Murni menimbulkan fitnah pula; kononnya Murni hidup dalam kepurapuraan. Pelbagai kata kesat dilemparkan oleh abangnya, Azman atas salah faham itu. Dugaan berat itu amat menguji kesabaran dan keimanan.

Namun di sebalik usaha Murni untuk menunaikan amanah arwah bapanya, dia sebenarnya sedang bergelut dengan penderitaan dalam dirinya sendiri. Ada rahsia yang disembunyikannya. Mampukah Murni meneruskan perjuangan tersebut? Siapakah gadis misteri bernama Julia yang dikatakan amat mirip dengan wajahnya itu? Mampukah Julia membantu Murni dalam usaha membawa nur dan hidayah dalam keluarga korporat tersebut? Segala-galanya akan terungkai dan dikupas dalam novel “Sesuci Murni” ini, sebuah novel yang sarat dengan konflik, persoalan, dan ideologi yang dapat mengajak pembaca berfikir tentang makna kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Thursday, December 22, 2011

Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis

Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis
Penulis: Syeikh Malik bin Abdullah
Penerbit: Jahabersa
Harga: RM65.00

Kitab inilah yang patut dipelajarinya. Umpama emas sudah diujinya. Dan juga umpama makanan yang terhidang. Dan yang lain itu tudung sajinya. Dan juga umpama buah-buahan. Isinya dan minyak dalam bijinya. Kerana ialah menyampaikan kepada Tuhan. Lagi besar pahala dan gajinya. Dan yang mendapat ilmunya dan mengamalkan. Orang itulah yang sebenar dipujinya. Syurga itulah kediaman yang kekal. Ilmu ini pintunya dan bajinya. Dan yang jahil tentangnya api neraka. Selar sengat tikaman gergajinya. Ya Rabb, kurniakanlah futuh-Mu. Bagi setiap hamba yang mengajinya.

Bulughul Maram

Bulughul Maram (Terjemahan Melayu)
Penulis: Ibnu Hajar Al-'Asqalani
Penerbit: Jahabersa
Harga: RM65.00

Minhaj Al-'Abidin


Minhaj Al-'Abidin (Petunjuk Jalan Bagi Orang-Orang Ahli Ibadah)
Penulis: Imam Ghazali
Penerbit: Jahabersa
Harga: RM45.00

Wednesday, December 21, 2011

Qosidah Al-Burdah

Qosidah Al-Burdah
Terbitan: Mawleed Publishing
Harga: RM30.00

Qosidah Al-Burdah ini telah dikarang oleh seorang ulama’ besar bernama Imam al-Busairi RA pada abad ke-7 Hijrah. Bacaan qosidah yang indah lagi mempesonakan ini masih dibaca dan meniti di bibir jutaan umat Islam yang mengungkapkan kecintaan mereka terhadap Rasulullah SAW. Keindahan dan keunikan Qosidah Al-Burdah ini adalah tanda mutiara syair cinta Imam al Busairi RA kepada Rasulullah SAW.

Amalan tradisi membaca Qosidah Al-Burdah ini telah pun diamalkan oleh ulama’-ulama’ yang ‘alim, faqih dan hebat ilmu mereka di negara Mesir, Yaman, Maghribi, Syria, Makkah dan Madinah. Puji-pujian ini disebarkan dalam usaha membuahkan rasa kasih terhadap kekasih kita Nabi yang mulia Sayyiduna Muhammad SAW.

Guru kami al Muhaddith Dr. Ahmad Umar Hasyim pernah berkata: “Qosidah Al-Burdah al Imam Busairi RA merupakan qosidah yang terbaik dan besar hikmah bagi sesiapa yang membacanya”.

Manakala Guru dan ayahanda kami wangi-wangian dari bumi Hijaz, Al Muhaddith al Musnid Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki RA pernah menyarankan kepada anak-anak muridnya supaya mempelajari bidang qosidah selepas belajar al Quran. Ini kerana qosidah atau syair adalah merupakan suatu ilmu yang seni dalam melontarkan ketenangan apabila kita menghayatinya, lebih-lebih lagi apabila mengingati Rasulullah SAW.

Tuesday, December 20, 2011

Solat Sunat: Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini

Solat Sunat: Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Penulis: Ustaz Abdul Rahman Mohamed
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM29.90

Islam ialah agama kesejahteraan, agama sumawi yang syumul dengan konsep peribadatan menyeluruh, unik dan tersendiri. Ibadah dalam Islam menjurus kepada ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan ang banyak menyelesaikan masalah umat. Setiap ibadah dalam Islam mengandungi hikmah atau fadilat yang tersendiri. jika digali dan dikaji maka akan terserlah kebaikan yang tersirat.

Buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam Islam. Dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarakat yang ada jalan penyelesaiannya dengan melaksanakan solat-solat sunat tertentu. Masalah anda juga mungkin disorot dalam buku ini.

Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar bagaimana melaksanakan solat sunat tertentu supaya lebih mudah difahami dan praktikal.

Monday, December 19, 2011

At-Tanwir: Syarah Sahih Muslim Jilid 1

At-Tanwir: Syarah Sahih Muslim Jilid 1
Terbitan: Jasmin
Harga: RM69.90

At-Tanwir: Syarah Sahih Muslim Jilid 2

At-Tanwir: Syarah Sahih Muslim Jilid 1
Terbitan: Jasmin
Harga: RM78.90

Sunday, December 18, 2011

Petua Menjadi Manusia Pintar-Cerdas

Petua Menjadi Manusia Pintar-Cerdas
Penulis: Dr Aidh Abdullah Al-Qarni
Terbitan: Jasmin
Harga: RM20.00

Sesungguhnya buku ini saya letakkan sebagai jaring yang menghimpunkan buah fikiran. Maka setiap kali muncul sesuatu dalam fikiran, saya bersegera menulisnya, adakalanya saya kagum dengan sesuatu fikiran dan ketika saya sedang berjalan maka saya berhenti dan menulis permulaannya. Adakalanya saya didatangi sesuatu masalah ketika hendak tidur maka saya menulisnya sebelum ia hilang, kitab ini tidak dihimpunkan dengan seni tertentu.

Belajarlah untuk berlumba, dan malam-malam saling berpelukan! Maka segeralah, kerana sesungguhnya anda dibinasakan malam dan siang. Jalan yang jauhnya satu batu ditempuh dengan satu langkah, dan kura-kura mengalahkan serigala, kerana ia sampai kelambatan perjalanannya, sedangkan serigala berpegang kepada kelajuan perjalanannya lalu berhenti mencari kambing.

Bangunlah kepada bidang amal, buanglah kekosongan, berlumbalah dengan roda zaman, saingilah orang-orang yang bersungguh-sungguh. Kefakiran mempunyai waktu sekalipun berpanjangan, kemudian ia hilang kerana Allah menjadikan kadar ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Tidak disatukan antara sudut- sudutnya dengan ilmu tertentu. Maka ia mempersembahkan seluruh yang berguna, baik dan berfaedah. Semoga Tuhan memberi manfaat dengan apa yang saya tulis, serta mendatangkan faedah bagi pembacanya. Cukuplah Allah bagiku, atasnya aku bertawakkal dan kepadanya aku kembali.

Aqidatun Najin

Aqidatun Najin
Penyusun: Syeikh Zainul Abidin Bin Muhammad Al-Fathani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM22.00

Aqidatun Najin merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam Jawi. Kitab ini digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok ini telah dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Seperti yang kita telah ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama.

Isu utama yang dibahaskan di dalam kitab ini berkisar berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Buku ini amat berguna bagi semua pencinta ilmu dalam mendalami ilmu agama. Bagi memudahkan semua pembaca buku ini telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Semoga segala usaha dan pergorbanan ilmuan Islam nusantara sebelum ini kita terus manfaatkan untuk kecemerlangan seluruh Islam khususnya di Malaysia ini.

Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan

Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan
Penulis: Zulnaidi Yaacob
Terbitan: Must Read
Harga: RM18.00

Buku ini memaparkan banyak kisah yang berlegar di sekitar penulis. Ambillah yang baik sebagai panduan dan hindari yang buruk sebagai teladan.Tiada manusia yang sempurna dan tiada pandangan manusia yang bebas dari cacat cela.

Saturday, December 17, 2011

Syekh Siti Jenar - Makrifat & Makna Kehidupan

Syekh Siti Jenar - Makrifat & Makna Kehidupan
Penulis: Achmad Chodjim
Terbitan: Serambi
Harga: RM45.00

Melanjutkan buku sebelumnya – Syekh Siti Jenar: Makna Kematian – buku ini bukanlah sejarah hidup Syekh Siti Jenar, melainkan ulasan ajarannya. Jika buku pertama lebih mengulas eksistensi manusia, buku ini mengupas tauhid, akhlak, dan makrifat Syekh Siti Jenar.

Syekh Siti Jenar - Makna Kematian

Syekh Siti Jenar - Makna Kematian
Penulis: Achmad Chodjim
Terbitan: Serambi
Harga: RM60.00

Friday, December 16, 2011

Psikologi Suami-Istri

Psikologi Suami-Istri (Memahami Perbedaan Tabiat dan Karakter Seksis Laki-Laki dan Perempuan Demi Membangun Keharmonisan Hidup Berkeluarga)
Penulis: Dr. Thariq Kamal An Nu’aimi
Terbitan: Mitra Pustaka
Harga: RM60.00

Kalau kehidupan rumah tangga itu ada “resepinya” tentu orang tinggal membelinya dan “berbahagia”. Sayangnya resepi itu tidak ada dan tak pernah ada.

“Perkahwinan adalah manajemen ketidakcocokan,” kata Sophan Sophiaan dalam mempertahankan keharmonisan dan romantisme kehidupan perkahwinannya dengan Widyawati. “Tugas kita adalah bagaimana membuat perbezaan itu menjadi menyenangkan. Kalau dibiarkan, perbezaan itu akan menjadi bola salju yang terus membesar.” (Kompas, 15-9-2004)

Nah, buku ini hakikatnya adalah “Manajemen Ketidakcocokan” dalam perkahwinan itu. Di dalamnya kita dapat menemukan tabiat khas laki-laki (suami) maupun perempuan (istri) yang memang berbeza baik secara psikologis maupun seksual. Sehingga dengan membaca mengerti dan memahaminya, kita akan mampu membangun kehidupan perkahwinan yang romantis, harmonis dan bahagia selamanya.

Fiqh Sakit Hati, Saat Air Susu Dibalas Dengan Air Tuba

Fiqh Sakit Hati, Saat Air Susu Dibalas Dengan Air Tuba
Penyusun: Muhammad Muhyiddin
Terbitan: Diva Press
Harga: RM23.00

Merasa dipukul, ditampar, disakiti tentu akan menyakitkan hati bahkan boleh mebuat hati hancur. Akankah kita membalas hal demikan juga? Membalas sakit hati dengan hal yang bererti merendahkan kita juga? Fiqh Sakit Hati, buku ini merangkum bagaimana seharusnya kita bersikap. Dengan bahasa yang ringan dan mengalir sederhana buku ini patut untuk dibaca, supaya kita lebih pandai untuk mengatur hati kita.

Thursday, December 15, 2011

Amalan Dijamin Ke Syurga Oleh Rasulullah

Amalan Dijamin Ke Syurga Oleh Rasulullah
Penulis: Hj. Ahmad Haris Suhaimi
Harga: RM36.00

Mudah-mudahan beberapa kekeliruan tentang makna sebenar hadis-hadis yang dijamin ke syurga (dan juga penyebab ke neraka) akan lebih difahami melalui pembacaan kajian yang dibuat ini. Pengumpulan hadis-hadis sebegini untuk dibuat kajian adalah amat perlu bagi memahami lebih mendalam akan maksudnya yang sebenar memandangkan ada di kalangan orang Islam yang merasa keliru kerana beranggapan hadis seperti ini agak bertentangan pula dengan hadis-hadis yang dimasukkan pula ke neraka. Tetapi setelah agak lama diteliti, penulis merasa amat takjub kerana kebanyakan hadis-hadis ini sebenarnya kembali kepada sifat hati seseorang.

Wednesday, December 14, 2011

Risalah At-Tauhid

Risalah At-Tauhid
Penyusun: Abdul Ghani Yahya, Umar Yusuf, Noraine Abu
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM10.00

Semua Rasul diturunkan Allah S.W.T untuk membawa agama tauhid, yakni membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia agar mengetahui dirinya dan Tuhannya.

Tauhid yang disusun dan digubal oleh ulama Ahlul-sunnah seperti lmran Hasan al-Asy'ari dan Imam Maturidi telah lama diikuti oleh umat Islam di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang lalu.

Bertolak dari sini, adalah sangat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang Tauhid Ahlul-Sunnah menerusi dalil-dalil Aqli dan NaqIi (Al-Quran & AI-Sunnah). Buku ini dapat membantu para pembaca dalam memahami Tauhid menerusi peranan akal, kewujudan alam dan sifat-sifat Allah S.W.T samada yang Wajib, Mustahil dan Jaiz.

Justeru itu, bagi menguatkan lagi akidah sehingga mampu menolak fahaman-fahaman tauhid yang sesat dan menyesatkan, para pembaca dinasihatkan menghayati teori dan methodologi tauhid menerusi fahaman Ahlul-Sunnah; di antaranya dengan membaca buku ini.

Tafsir Ibnu Abbas

Tafsir Ibnu Abbas
Pengarang: Abu Thahir Muhammad bin Ya'kub Al-Fairuzabadi
Penterjemah: Ubaidilllah Saiful Akhyar L.C.MA
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM299.00

Al-Quran dihidangkan dengan penuh hikmah oleh Allah S.W.T. Hikmah yang hanya akan dinikmati oleh mereka yang memahami pengisian, meyakini keimanan kepada Allah S.W.T serta mengamalkannya sebai panduan kehidupan seharian. Sesungguhnya diturunkan Al-Quran merupakan rahmat dan nikmat yang paling besar bagi seluruh umat manusia terutama umat Islam.

Dalam memahami dan menghalusi susur-susur ayat yang indah yang diwahyukan Allah itu, rujukan dan sumber yang paling lengkap serta dihasilkan oleh individu yang berkaliber amat ditagih dan diperlukan. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah S.A.W sendiri.

Seperti yang kita telah ketahui, Ibnu Abbas merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat dikagumi daripada segi ilmu Al-Quran dan Hadis. Beliau merupakan antara ahli tafsir yang terawal mentafsirkan Al-Quran. Hasil tafsirannya telah dibukukan dan menjadi rujukan serta panduan bagi generasi seterusnya sehingga kini. Ibnu Abbas ini yang nama sebenarnya Abdullah ibnu Abbas yang juga merupakan sepupu kepada Rasulullah S.A.W. Beliau telah didoakan oleh Rasulullah S.A.W agar dikurnikan Allah kefahaman tentang Al-Quran. Beliau merupakan seorang ulama serta penghafal Al Quran yang memiliki ilmu yang amat luas dalam penafsiran al-Quran dan perawi hadis.

Kehadiran Tafsir Ibnu Abbas yang terbahagi kepada 3 jilid ini merupakan kesinambungan yang amat diperlukan oleh seluruh umat Islam sekarang dalam memahami dan mendalami ilmu Al-Quran. Lebih-lebih saat-saat ini umat Islam semakin jauh daripada Al-Quran dek kesibukan dan kemajuan yang kian menghakis setiap saat dalam kehidupan seharian mereka. Semoga dengan kehadiran buku akan menjadi dengan asas dan panduan untuk setiap umat Islam dalam mendalami dan menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran. Sunnah Nabi dan Syariat Allah.

Sahabat Kanak-Kanak Rasulullah

Sahabat Kanak-Kanak Rasulullah
Penulis: Dr. Nizar Abazah
Terbitan: Mutiara Ilmu Selekta
Harga: RM15.00

Dengan menggambarkan kehidupan Naib bersama anak-anak, buku ini sejatinya menggambarkan bagaimana ibu bapa mesi bergaul dan memperlakukan anak-anak supaya nanti mereka menjadi peribadi-peribadi soleh dan cemerlang di dalam masyarakat.

Dilengkapi dengan hadis-hadis tentang anak-anak dan sikap Nabi terhadap mereka, serta seruan untuk ibu bapa masa kini.

Saturday, December 10, 2011

Jaringan Yahudi Internasional Di Nusantara

Jaringan Yahudi Internasional Di Nusantara - Dari Zaman Hindia Belanda Hingga Pasca Kemerdekaan RI
Penulis: Artawijaya
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM35.00

Freemasonry sebagai organisasi yahudi internasional, yang saat ini banyak ditulis dalam buku-buku kontemporari dunia sebagai organisasi rahasia dan berbahaya, sejak ratusan tahun lalu beroperasi dan menjalankan misinya di nusantara. Mereka datang ke nusantara dan memainkan pengaruhnya seiring dengan masuknya penjajahan Belanda yang bertopengkan misi perdagangan ala VOC.

Tahukah anda, para anggota Freemansonry yang tersebar dan menjalankan operasinya di Nusantara ketika itu adalah anggota-anggota dari Orde Persaudaraan Putih atau Orde Kabbalah Putih, sebuah orde rahasia yang menekankan misi politiknya dan menyebarkan ajaran Yahudi. Orde Persaudaraan Putih adalah organisasi rahasia penyembah Lucifer (Syaitan) yang menjaga garis-garis keturunan Yahudi. Mereka yang bergabung dalam organisasi ini adalah orang-orang yang mempunyai darah (gen) Yahudi asli, dan mempunyai misi menjalankan sebuah persekongkolan "Judeo-Masonic", sebuah persekongkolan penuh rahsia.

Kesultanan Islam Nusantara

Kesultanan Islam Nusantara
Penulis: Darmawijaya
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM25.00

Friday, December 9, 2011

Tawanan Benteng Lapis Tujuh - Novel Biografi Ibnu Sina

Tawanan Benteng Lapis Tujuh - Novel Biografi Ibnu Sina
Penulis: Husayn Fattahi
Terbitan: Zaman
Harga: RM27.00

Buku ini menghuraikan jejak perjalanan hidup doktor-filosof muslim terkemuka, Ibnu Sina (908–1037), sejak masa kecil di Bukhara hingga ia bersentuhan dengan penguasa, dan hidup dari istana ke istana sebagai doktor pribadi sultan. Sebagaimana harga yang mesti dibayar oleh cendekiawan yang menceburkan diri ke dalam kubangan kekuasaan, Ibnu Sina berhadapan dengan siasat jahat, tipu-daya, dendam kesumat akibat kedengkian para pembesar istana lantaran perhatian khusus yang diperolehnya dari sultan.

Bermusim-musim ia hidup dalam kejaran Mahmud Ghaznawi, penguasa Turki yang menjanjikan hadiah 5,000 keping emas bagi yang berhasil membekuk as-syaikh ar-rais itu hidup-hidup. Dari istana Ibnu al-Ma’mun (Gurganj) ia menentang terjangan badai di sahara Khawaran. Abu Sahl, sejawat karibnya tewas, hingga ia menggelandang seorang diri.

Lepas dari sebuah kesulitan, Ibnu Sina dihadapkan pada intrik-intrik politik yang jauh lebih menyakitkan. Saat menjabat sebagai perdana menteri di pemerintahan Syams ad-Daulah (Hamdan), ia nyaris terbunuh lantaran kebijakannya dianggap tidak berpihak pada angkatan bersenjata, dan pada masa kekuasaan Ala ad-Daulah, ia harus mendekam di penjara berlapis tujuh. Namun, dalam kekalutan dan ketidaknyamanan itulah Ibnu Sina melahirkan magnum opus Al-Qânûn fî at-Thibb dan As-Syifâ’ yang telah menggemparkan khazanah keilmuan—khususnya kedokteran—di seluruh belahan dunia.

Hafalan Shalat Delisa

Hafalan Shalat Delisa
Penulis: Tere Liye
Terbitan: Republika
Harga: RM40.00

Kisah inspirasi selepas tsunami di Acheh. Sebuah kisah kehidupan yang diceritakan daripada pandangan seorang anak perempuan yang berumur 6 tahun.

Delisa anak perempuan bermata hijau, bening, dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria. Dalam suasana keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.

Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatkan senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu, apakah Delisa mampu tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?

Thursday, December 8, 2011

Doa & Penawar Terpilih

Doa & Penawar Terpilih
Penulis : Ustaz Kazim Elias
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM15.00

Doa & Penawar Terpilih merupakan sebuah buku terbitan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang ditulis oleh Ustaz Mohd Kazim Elias al-Hafiz iaitu pengetuaPusat Pendidikan Al-Barakah yang berpusat di Kg. Manjoi, Ipoh, Perak. Buku ini dikarang bersama dengan panel pengarang pusat ini. Doa yang terdapat dalam buku ini adalah antara himpunan doa terbaik yang telah menjadi amalan kepada masyarakat Islam di seluruh dunia sejak turun temurun lagi. Kebanyakan doa yang diperkenalkan di dalam buku ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW, isteri-isteri baginda, sahabat-sahabat dan masyarakat Islam pada zaman baginda.

Terdapat juga cara-cara rawatan atau lebih tepat lagi ilmu perubatan Islam yang hampir luput ditelan zaman tetapi amat berkesan jika diamalkan. Antaranya adalah penggunaan bahan semulajadi seperti tumbuhan dan hasil galian. Tidak ketinggalan juga diselitkan beberapa cara perubatan homeopati dan Islam yang amat sesuai untuk mereka yang mencari alternatif lain dalam mencari penawar.Dengan harapan agar pembaca dapat memanfaatkan buku ini dan mempergunakannya mengikut kemampuan. Buku ini diterbitkan juga atas usaha untuk mengumpulkan DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH.

Berbahagialah Wahai Wanita

Berbahagialah Wahai Wanita
Penulis : Ustaz Kazim Elias & Nordin Jaafar
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM20.00

Soal jawab agama bersama Ustaz Kazim Elias.

Aku Budak Kampung

Aku Budak Kampung
Penulis: Abang Patthi Abang Samsudin
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM20.00

Antologi cerpen motivasi dan inspirasi.

Wednesday, December 7, 2011

Saat Berharga Untuk Anak Kita

Saat Berharga Untuk Anak Kita
Penulis: Muhammad Fauzil Adhim
Terbitan: Pro-U Media
Harga: RM27.00

Panduan ibubapa untuk mendidik anak dan bagaimana untuk mengendali emosi mereka.

Pelita Penuntut

Pelita Penuntut (Terjemahan Ta'lim Al-Muta'aalllim)
Terjemahan: Muhammad Syaflil bin Abdullah bin Muhammad Bin Ahmad Rangkul Langgih Fathani
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM15.00

Kitab Ta'lim Al-Muta'aalllim ini amat penting bagi para pelajar pondok. Ianya menjadi bacaan wajib, ketika penuntut yang baru masuk belajar di pondok. Kitab ini adalah kitab adab, bukan kitab hukum, iaitu adab dalam menuntut ilmu. Ianya adab-adab yang membawa kejayaan orang yang menuntut 'llmu. Dalam buku ini, ada disebutkan tidak kurang daripada 21 matan hadith. Semuanya hadith mu’allaq, jika dilihat sanadnya yang ada di situ. Kesemuanya dikemukakan dalam konteks keadaban, atau sebagai nasihat biasa bukan sebagai hujah dalam penentuan sesuatu hukum syari'at. Dan buku ini mengandungi 13 fasal, iaitu:

Fasal 1: Hakikat'ilmu dan feqah dan kelebihannya.
Fasal 2: Niat tatkala hendak belajar dan menuntut ilmu.
Fasal 3: Memilikan'ilmu dan guru dan tauladan dan menyatakan ketetapan atas'ilmu.
Fasal 4: Membesarkan'ilmu dan ahlinya.
Fasal 5: Bersungguh, berkekalan, hemah dan cita-cita.
Fasal 6: Permualaan memotongkan bacaan, kadarnya dan aturannya.
Fasal 7: Tawakal, yakni berserahkan kepada Tuhan 'Azza wa Jalla.
Fasal 8: Waktu menghasilkaan 'ilmu dan menuntutinya.
Fasal 9: Kasih-sayang dan nasihat.
Fasal 10: Kelakuan mengambil faedah, mencari faham dan penggunaannya.
Fasal 11: Warak' pada ketika belajar'ilmu.
Fasal 12: Barang yang membawa kepada banyak peringatan dan menyatakan barang yang membawa kepada pelupa.
Fasal 13: Barang yang membawa kepada mudah dapat rezeki dan barang yang menegahkan dapat rezeki; barang yang menambahkan dan memanjangkan dan barang yang mengurangkan umur.

Dan bahagian akhir buku ini membicarakan "Hukum Mengenai Suasa", "Pembicaraan Anggota Yang Tujuh" dan "Ma'siat-Ma'siat Hati".

Tuesday, December 6, 2011

Bahagianya Merayakan Cinta

Bahagianya Merayakan Cinta
Penulis: Salim A. Fillah
Terbitan: PTS
Harga: RM27.00

Cinta. Satu perkataan, sejuta maksudnya. Cinta itu bukan cubaan. Cinta yang lara pasti membawa duka. Tetapi, cinta yang suci, pasti menempa keberkatan daripada Ilahi. Keberkatan sejati itu yang perlu diburu. Meniti bahagia, membawa ke syurga.

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu:

- Bagaimana kita merayakan rasa cinta pada perkara yang kita sukai
- Bagaimana kita merayakan rasa cinta pada perkara yang kita tidak sukai
- Bagaimana kita merayakan rasa cinta yang sejati, cinta yang membawa kepada kebaikan

Terkandung juga tip-tip untuk:

- Mencari cinta yang berkat sehingga melangkah ke alam rumah tangga
- Meraih cinta melalui penjagaan kebersihan diri
- Bagaimana menjaga etika cinta dalam setiap detik, setiap ketika
- Memperkayakan ilmu bercinta demi menjaga hati pasangan
- Adab bercinta yang melibatkan keluarga mertua, jiran, mahupun tetamu
- Bagaimana menjaga keharmonian perhubungan dalam rumah tangga
- Mendapatkan cinta yang berkat di mana sahaja

Ternyata, tatkala keberkatan bercinta itu dinikmati, terpercik kegembiraan dalam hati, terungkai kelapangan dalam dada. Akal menjadi jernih, jasad menjadi nikmat.
Berkatnya cinta itu mencorakkan musim menjadi ceria, walaupun badai sedang melanda. Berkatnya cinta itu membawa senyuman bersama, walaupun diiringi titisan air mata. Berkatnya cinta itu menyapa rindu dalam kejengkelan dan membelai lembut jiwa yang resah bergelora.
Barakallahu laka, Bahagianya Merayakan Cinta!

Travelog Minda Tajdid: Catatan Dari Tanah Barat

Travelog Minda Tajdid: Catatan Dari Tanah Barat
Penulis: Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00

Antara masalah besar sesiapa sahaja yang berbicara tentang Islam sepanjang zaman adalah soal keikhlasan jiwa. Amat sukar menempatkan jiwa yang tulus ikhlas dalam mencari reda Allah dalam perasaan, meskipun mudah diucapkan di lidah.

Travelog Minda Tajdid ini adalah sebuah catatan daripada hati seorang tokoh yang menjadi rujukan masyarakat pada masa kini. Mengulas isu yang dikemukakan berpkasikan al-Quran dan Hadis, menjadikan pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini relevan sepanjang zaman.

"Wahai Allah yang Maha Hidup, wahai Allah yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan jangan serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata."

Monday, December 5, 2011

Jabbar Tea Bidadari

Jabbar Tea Bidadari 3 in 1 (Bidadari + Mas Cotek + Misai Kucing)
35 paket x 3 gram
Keluaran: Al-Jabbar
Harga: RM29.00

Teh adalah minuman yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita di Malaysia. Al-Jabbar telah pun mencipta formula tea yang ramuannya adalah 100% dari tumbuhan herba semulajadi, khusus untuk kaum wanita yang mempunyai pelbagai masalah dalaman dan luaran. Rasanya amat tersendiri dan baunya penuh dengan aroma herba, pasti sedap.

Cara Penyediaan:
Masukkan satu uncang Jabbar Tea ke dalam cawan dan tuangkan air panas, kacau dan hidangkan.

Sunday, December 4, 2011

Bisik-Bisik Perkahwinan

Bisik-Bisik Perkahwinan
Penulis: Ustaz Johari Yaman
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM20.00

Cinta dan ketentuan, kalau dah jodoh tidak ke mana. Ibarat kata, ikan di laut, asam di darat di dalam periuk bertemu jua. Begitulah gambaran betapa manusia itu diciptakan memerlukan kepada pasangan, lelaki berhajatkan kepada wanita dan perempuan perlukan lelaki. Ikatan perkahwinan suatu syariat yang sangat indah, memberi banyak manfaat dan faedah kepada pasangan. Perkahwinan sumber kedamaian, keharmonian, kesihatan, ketenangan, kesinambungan zuriat, pengembangan umat dan merupakan sunnah Nabi Muhammad.

Hari berlalu musim berganti, disangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengah hari. Manusia merancang tetapi Allah yang menentukan. Begitulah gambaran yang kadang-kadang berlaku kepada masjid yang dibina tetapi roboh dalam meniti hari depan. Bahtera yang dilayari dihentam gelombang dan hanya nahkhoda yang mahir dan bijak mampu melepasi gelora, jika tidak akan tenggelam dan karam di lautan.

Bisik-bisik Perkahwinan merupakan sebuah buku motivasi perkahwinan yang dipersembahkan dalam bentuk berlainan, menarik dan menghiburkan. Resipi kebahagiaan, keberkatan, kelangsungan rumah tangga dimuatkan, dibekalkan bersama nasihat dan petua menjauhi kekeruhan yang boleh membawa kepada keruntuhan. Diselitkan bersama kisah benar dan isu-isu semasa yang sering melanda rumahtangga masyarakat kita.

Saturday, December 3, 2011

Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia

Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia
Penulis: John Perkins
Terbitan: PTS
Harga: RM30.00

Mereka dapat menghancurkan kebahagiaan dan segala-galanya yang anda miliki. Bacaan wajib untuk sesiapa yang prihatin kepada diri sendiri, anak-anak, dan keluarga mereka. Anda mampu menghalangnya.

Economic Hit Man atau Penyangak Ekonomi adalah golongan profesional yang dibayar gaji lumayan bagi menipu dan menjatuhkan ekonomi sesebuah negara.

Mereka datang membawa duit dan dengan baik hatinya memberi pinjam kepada kita. Sebaik sahaja kita menerima duit itu, jadilah kita sebagai hamba abdinya. Segala-galanya dikawal oleh mereka. Dan kini, salah seorang daripada mereka mendedahkan konspirasi ini di dalam buku yang sedang dipegang oleh anda.

Banyak negara sudah ditipu hampir bertrilion-trilion ringgit dan kini menjadi boneka yang dikawal sepenuhnya oleh Amerika. Senjata para penyangak ekonomi ini adalah laporan kewangan palsu, manipulasi pilihan raya, ugutan, habuan seks, malah hingga ke peringkat sanggup membunuh.

Mereka meyakinkan negara-negara yang strategik dan ada kepentingan kepada Amerika supaya menerima pinjaman bagi membangunkan projek-projek negara. Mereka memastikan projek-projek mega yang mewah semuanya diberi kontrak kepada Amerika.

Pengakuan berani seorang penyangak ekonomi yang mendedahkan rancangan Amerika menguasai ekonomi dunia secara terperinci.

Membongkar rahsia bagaimana Amerika berubah daripada negara yang dihormati menjadi sebuah empayar yang digeruni.

Buku bestseller yang penuh kontroversi.

Tautan Hati

Tautan Hati
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM29.90

Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.

Friday, December 2, 2011

La Ya'tihil Bathil - Takkan Datang Kebatilan Terhadap Al-Quran

La Ya'tihil Bathil - Takkan Datang Kebatilan Terhadap Al-Quran
Penulis: Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthy
Terbitan: Hikmah
Harga: RM32.00

"(Yang) takkan datang kebatilan terhadap Al Quran (la ya'tihil bathil), baik di depan maupun di belakang (pada masa lalu dan yang akan datang), yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, Maha Terpuji.'' QS Fushhilat [41] : 42

Benarkah Al Quran itu kalam Illahi? Kalau menang benar, mengapa dalam Al Quran terdapat ayat yang kontradiktif satu dengan yang lainnya. Jangan-jangan Al Quran ini hanya rekaan Muhammad saja.

Pertanyaan seperti di atas yang meragukan kebenaran Al Quran boleh saja kita tanggapi dengan emosional dengan mengatakan, itu kan lontaran orang yang sisis terhadap Islam saja. Lalu kita mengabaikannya dan menganggapnya "angin lalu". Akan tetapi, tidak dengan Dr. Al Buthy. Pertanyaan di atas dan pertanyaan-pertanyaan lain yang memiliki semangat sama, meragukan kebenaran Al Quran, beliau cuba jawab dengan logis dan pertanyaan-pertanyaan lain yang memiliki semangat sama, meragukan kebenaran Al Quran, beliau jawab dengan logis dan empiris. Dengan buku ini, Dr. Al Buthy ingin mengatakan bahwa Al Quran adalah kalam Allah yang benar. Tidak ada kebathilan sedikit pun di dalamnya. Semua usaha dalam bentuk apa pun, untuk melemahkan Al Quran tidak akan berdaya. Al Quran akan terus tegar sepanjang masa. Kebatilan tidak akan sanggup mendatanginya.

Thursday, December 1, 2011

I Love You Mom

I Love You Mom
Penulis: Rizky Banjary
Terbitan: Must Read
Harga: RM16.90

Bilakah anda mesti membaca buku ini?

- Jika anda adalah seorang anak yang berbakti dan ingin mempersembahkan yang terbaik untuk ibu.
- Jika anda seorang anak yang baik dan ingin membalas perjuangan serta pengorbanan yang telah ibu berikan, namun tidak tahu bagaimana cara mengungkapkan perasaan anda itu.
- Jika anda seorang anak yang pandai dan mengerti bagaimana cara membahagiakan ibu.
- Jika anda seorang anak yang mengharapkan kepercayaan, perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada ibu.
- Jika anda adalah seorang anak yang belum pernah melakukan kesalahan kepada seorang yang telah mengandung, melahirkan dan membesarkan anda.
- Jika anda seorang anak yang lupa akan jasa-jasa ibu selama ini, buku ini untuk anda.
- Jika anda seseorang yang menyayangi saudara, keluarga dan sahabat anda, maka bacalah buku ini dan ajarkan pada mereka apa yang anda dapat.
- Jika anda seorang ibu yang ingin memberikan beberapa nasihat secara tidak langsungkepada putera-puteri anda, maka anda perlu menghadiahkan buku ini untuk mereka.
- Jika anda seorang pendidik, guru atau pendakwah yang ingin memberikan bimbingan kepada para anak agar membina hubungan baik dengan ibu, anda perlu membaca buku ini.

Ucaplah Alhamdulillah

Ucaplah Alhamdulillah
Penulis: Haliza Hj Aris
Terbitan: Must Read
Harga: RM16.90

Terlalu banyak nikmat berbanding ujian, namun tidak ramai yang mensyukurinya. Kalimah Alhamdulillah adalah kalimah yang mudah diungkapkan tetapi ramai yang tidak melafazkannya. Alhamdulillah adalah kalimah pujian dari seorang hamba kepada Tuhannya. Allah berfirman,

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

Buku ini menghuraikan tentang pengertian kalimah “Alhamdulillah”, hukum melafazkan dan kisah para nabi terdahulu yang mengungkapkannya untuk panduan kita dalam mensyukuri nikmat Allah.