Tuesday, September 30, 2014

Zikir-Zikir Cinta: Bimbingan dan Cara Menjadi Suami Isteri Mithali


Zikir-Zikir Cinta: Bimbingan dan Cara Menjadi Suami Isteri Mithali 
Penulis: Ustaz Abdul Wafi 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM65.00 

 Tahniah kerana memiliki buku ini. Sebabnya? Anda mementingkan kebahagiaan rumahtangga, dan disitulah merupakan asas kecemerlangan bagi seseorang individu yang bergelar suami atau isteri. 

Buku Zikir-Zikir Cinta ini membahas sejak dari malam pertama sehingga malam-malam berikutnya serta cara memelihara romantisme bersama pasangan tercinta. Kami berharap dengan membaca buku ini, ia dapat memberi kepuasan tersendiri kepada anda dan membangkitkan semangat anda untuk membahagiakan pasangan hidup anda sehingga tercipta kenikmatan dan kebahagiaan yang berkekalan ke akhir hayat InsyaAllah. 

Kekalkan cinta selama nafas anda masih tersisa dan selama benih cinta masih ada. Jadikanlah buku zikir-zikir cinta ini bacaan semasa anda.

Malfuzat: Nasihat-Nasihat As-Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani


Malfuzat: Nasihat-Nasihat As-Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani 
Penulis: As-Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani 
 Terbitan: Thinker's Library 
 Harga: RM17.00

Monday, September 29, 2014

Wahai Wanita Bimbinglah Dirimu


Wahai Wanita Bimbinglah Dirimu 
Penulis: Ustaz Pauzi Hj. Awang 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
Harga: RM15.00 

 Persoalan-persoalan agama yang wajib ke atas kaum wanita, sebuah karya tulisan Sayed Muhammad bin Salim bin Hafiis al-'Alawiy al-Husainiy al-Hadzramiy al-Syafi'iy yang telah ditashihkan oleh seorang ulama Azhar. Kini telah diterjemahkan demi kepentingan ilmunya yang khusus untuk kaum wanita. Mengandungi panduan-panduan fikah dan tazkirah istimewa untuk kaum Hawa. WAJIB dipelajari oleh setiap perempuan Islam yang bergelar isteri, ibu dan anak. Malah amat sesuai untuk rujukan kaum Adam bagi membimbing kaum wanita yang di bawah naungannya.

Sunday, September 28, 2014

Debat Islam Kristian: Jesus Christ (Nabi Isa A.S) Bukan Tuhan


Debat Islam Kristian 
Sheikh Ahmad Deedat vs Dr. Anis Shorrosh 
Jesus Christ (Nabi Isa A.S) Bukan Tuhan 
 Terbitan: Sinar Media Services 
 Harga: RM12.50 

 Di Bandar Birmingham, pada 7 Julai 1985, Sheikh Ahmad Deedat sedang menyertai satu perdebatan dengan salah seorang ulama teologi Kristian di Britain iaitu Dr. Floid Eclark. Semasa sesi soal jawab, Dr. Anis Shorrosh telah muncul di hadapan Sheikh Deedat lalu mengemukakan soalan beliau. Beliau bukan datang untuk mengemukakan soalan sahaja malah sebenarnya beliau bercadang untuk mencabar Sheikh Ahmad Deedat untuk berdebat dengannya. Cabaran beliau telah disampaikan dalam sesi soal jawab tersebut dan dengan segera Sheikh Deedat terus menyahutnya.

Memadai Bagi Orang Yang Berhajat


Memadai Bagi Orang Yang Berhajat 
Penulis: Al-Syeikh Daud bin Ibnu Abdullah Al-Fathani 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM9.00 

 Kitab ini adalah salah sebuah kitab turath yang sangat popular dalam kalangan pelajar yang mendalami ilmu agama khususnya di pondok-pondok, surau, masjid dan juga di dalam majlis pengajian ilmu di pejabat-pejabat. Teks asalnya adalah dalam tulisan Jawi, namun bagi mengimarahkan lagi yang disampaikan oleh para ulama terdahulu, ia telah dialih tulisan kepada Rumi. Usaha ini adalah bagi memudahkan pencinta ilmu yang kurang mahir dalam tulisan jawi dapat mengikuti pengajian ilmu berkenaan. Pengalihan tulisannya dilakukan tanpa membuat sebarang pindaan daripada teks asalnya. 

 Kitab ini membicarakan persoalan berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. Terkandung banyak pengajaran daripada peristiwa di dalam lsrak dan Mikraj yang dapat kita ikhtibar dan teladan daripadanya.

Bersamamu Di Firdaus


Bersamamu Di Firdaus 
 Penulis: Muhd Kamil Ibrahim 
Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM24.00 

 BERSAMAMU DI FIRDAUS (BDF) karya terbaharu Prof Muhd Kamil Ibrahim (MKI). BDF mengajak pembaca untuk menghayati masa hidup yang berbaki. Tua beruban, adalah salah satu tanda seseorang itu sedang menuju ke garis penamat kehidupan. Sebelum tiba ke garis penamat itu, banyak yang perlu dilakukan sebagai bekal ke alam kekal abadi. Sasaran di alam kekal abadi ialah SYURGA FIRDAUS. Namun, untuk ke Firdaus tidak sepatutnya bersendirian. Kita perlu mengajak seluruh orang-orang yang kita sayangi semasa hidup untuk sama-sama menunju Firdaus yang serba indah. Itulah bahagia yang hakiki apabila kaki sama-sama berjaya melangkah ke Firdaus sambil berpimpinan tangan.

Kekeliruan Umat: Inilah Jawapannya


Kekeliruan Umat: Inilah Jawapannya 
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini adalah himpunan 65 persoalan dan jawapan popular tentang perkara khilafiah yang sering diperdebatkan oleh masyarakat sehingga menimbulkan kekeliruan dalam memahaminya. Dihurai dalam bentuk soal jawab ringkas dan padat untuk lebih mudah difahami dan dihafal berserta dalil-dalil al-Quran, hadis dan juga pendapat ulama yang muktabar. Sesuai dibaca oleh para penuntut ilmu dan masyarakat awam.

Nota dari Madinah


Nota dari Madinah 
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim & Roza Roslan 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM30.00 

 Haji dan umrah, ramai melihat ibadat ini sebagai anugerah Allah melalui jemputan istimewa. Ia merupakan suatu nikmat yang luar biasa. Secara hakikatnya, nikmat menunaikan umrah atau ziarah serta berada di Makkah dan Madinah tidak semestinya diikuti dengan nikmat beramal ibadat yang sepatutnya. Kesempurnaan dalam melaksanakan ibadat ini bukanlah satu perkara mudah. Ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Malah ilmu memainkan peranan besar. Nota dari Madinah merupakan satu sumber rujukan terbaik agar khalayak dapat melihat ibadat ini dalam kerangka besar mengatasi rukun dan wajib semata-mata. Ia melibatkan roh dan perasaan. 

 Buku ini secara telus mengajak khalayak berfikir dan merenung lalu membuat keputusan sama ada untuk memperkemaskan tekad untuk umrah dan haji atau membanding semula semua amalan yang dilakukan.

Saturday, September 27, 2014

101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok: Penyembuh & Perisai


101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok: Penyembuh & Perisai 
 Penulis: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari 
 Terbitan: PSN Publishers 
 Harga: RM32.00 

 Buku 101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok : Penyembuh & Perisai mengajak pembaca untuk membaca amalan dan khasiat daripada ayat-ayat tertentu dalam al-quran yang telah teruji keberkesanannya oleh orang soleh pada zaman dahulu dan sangat bermanfaat untuk Mukmin pada masa sekarang. 

 Antara kandungan himpunan buku ini ialah Ruqyah Syar'iyyah ( Jampi Secara Syarii). Ayat Ruqyah ialah himpunan ayat al-quran yang digunakan dalam tujuan perubatan yang dibacakan kepada orang yang terkena sihir atau gangguan jin dan merupakan salah satu daripada himpunan ayat suci al-quran untuk penawar dan menghalau jin.

Doa Pengasih: Doa & Amalan Kebahagiaan Suami Isteri


Doa Pengasih: Doa & Amalan Kebahagiaan Suami Isteri 
Penulis: Dr. Hj. Zahazan Mohamed 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM12.00 

 Buku ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap masa hubungan sesama suami isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan. 

 Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, tempat kediaman dilindungi, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. 

 Bagi setiap doa, diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.

Thursday, September 25, 2014

Tinta 2 Asyraf


Tinta 2 Asyraf 
 Penulis: Hilal Asyraf, Imam Muda Asyraf 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00

Wednesday, September 24, 2014

Puncak Kebahagiaan Dan Keberuntungan yang Cemerlang


Puncak Kebahagiaan Dan Keberuntungan yang Cemerlang 
Penulis: Al-Abdu Al-Fani Muhammad Bin Isma’il Daud Al-Fathani 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM16.00 

 Kitab hasil karangan Al-Abdu Al-Fani Muhammad Bin Isma’il Daud Al-Fathani mengulas tentang rukun Iman dan Islam. Juga menghuraikan beberapa hadith yang memberi amaran kepada mereka yang meninggalkan sembahyang dan melalaikan segala hukum bersuci, istinjak, berwudu', mandi junub, mandi haid dan nifas. Menerangkan tentang mandi yang sunat dan hukum tayammum dan menyatakan haid dan nifas dan istihadah. Dan menjelaskan berkenaan menghilangkan najis. 

Menyatakan juga segala syarat sembahyang dan segala rukunnya dan segala perkara yang membatalkan sembahyang dan sujud sahwi dan menyatakan segala sembahyang sunat dan sembahyang berjemaah dan sembahyang qasar dan jama' dan sembahyang Jumaat dan segala sahnya dan sembahyang hari raya dan sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan dan sembahyang mayat dan menyatakan segala doa kemudian daripada sembahyang dan lainnya yang warid daripada Nabi Sallallahu `alaihi wasallam dan sahabatnya dan orang yang soleh-soleh yang dahulu-dahulu dan doa Hifzi Al-Iman dan beberapa faedah yang amat besar kelebihannya.

Tuesday, September 16, 2014

70 Selawat Terbaik: Khasiat & Cara Mengamalkannya


70 Selawat Terbaik: Khasiat & Cara Mengamalkannya 
Terbitan: PSN Publishers 
 Harga: RM35.00 

 Berselawat kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW dalam pengertian lebih luas ialah membesarkan, mengagungkan dan mendukung perjuangannya yang mulia; di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakina beramal dengan sunahnya yang diredai Allah SWT. Para malaikat memberi jaminan maising-masing untuk sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah SAW. Semoga dengan ini kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kita menjadi orang kesayangan Allah SWT, Rasulullah SAW dan para malaikat.

Tuesday, September 2, 2014

Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser


Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser 
Penulis: Imam Musbikin 
Terbitan: Alam Raya 
Harga: RM29.00 

 Kepedihan kanser menyentuh banyak orang dengan berbagai cara. Kanser menimpa tua dan muda; yang kaya dan yang miskin; kanser tidak pilih bulu. Kanser bukan sahaja merampas harga diri orang yang menderitanya, menghancurkan tubuh manusia, dan merobek-robek keluarga. Tetapi juga membuat orang yang menderitanya menghargai peristiwa sehari-hari yang kelihatan tidak penting; tenggelamnya matahari, makan malam dengan orang tersayang, berubahnya daun-daun musim gugur. Bagi orang yang hidup dengan kanser, setiap saat itu berharga, setiap nafas kehidupan. 

 Harapan baru muncul bagi orang-orang yang selama ini menderita kanser. Satu kajian menunjukkan bahawa solat tahajud ternyata dapat digunakan sebagai alternatif meningkatkan dan memperbaiki daya tahan tubuh imunisasi dan menghilangkan penyakit kanser. Apabila kita melakukan solat tahajud dengan tepat, maksima dan khusyuk, maka kadar kortisol dan berbagai hormon lain dalam tubuh akan normal. Normalnya sekresi berbagai hormon tubuh melalui jalur hiphotalamic-pituatery-adrenal dapat memperbaiki daya tahan tubuh. Baiknya sistem daya tahan tubuh tidak hanya dapat menghindarkan serangan penyakit, tetapi juga menyembuhkan berbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser.