Monday, April 25, 2016

Kaedah Usul Fiqah


Kaedah Usul Fiqah 
 Penulis: Prof. Dr Wahbah Zuhaily 
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM26.00 

 Ilmu usul fikah adalah yang sangat digemari oleh para ulama yang cenderung kepada syari'at Islam. Ini kerana ilmu tersebut sebagai mana yang telah dituliskan oleh para mujtahid sebagai dasar melakukan ijtihad dan istimbat hukum dari sumber dalil-dalil syari'yah ijtihad. Dan sebenarnya itulah yang tepat dan lengkap bagi mewujudkan ijtihad dengan manhaj dalam memahami syari'at.Selari dengan itu ilmu usul fikah tentu menghasilkan alasan-alasan dalam berfikir yang benar dan mengenali segala aspek hukum, samada hukum hakam yang didapati dalam nas-nas, mahupun hukum hakam yang dihasilkan oleh ijtihad, sehingga membantu pula dalam mengetahui masalah-masalah hukum tersebut, baik yang sudah ada atau masalah-masalah yang terkini.

Kitab Bustanul Arifin


Kitab Bustanul Arifin  
Penulis: Imam An-Nawawi 
Penterjemah: Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam 
 Terbitan: Khazanah Banjariah 
 Harga: RM15.00 

 Kitab "Bustanul 'Arifin" karangan Imam An-Nawawi Rahimahullahu Taala ini telah mendapat perhatian dan sambutan dari kalangan para ulama, kerana kandungannya sesuai dengan namanya, iaitu "Bustanul 'Arifin" yang bermakna "Taman Orang-orang Yang 'Arif Dengan Allah Taala". Ia sangat banyak mengandungi nasihat dan pelajaran yang berharga, terutama bagi mereka yang berusaha menuju ke arah ma'rifatullah yang sebenar. 

 Apa yang diharapkan, semoga terjemahan ini dapat memudahkan sahabat-sahabat kita dalam mengambil faedah daripada kandungannya yang sangat berharga itu, untuk menerangi jalan yang mereka tempuh ke arah ma'rifatullah, yang sangat memerlukan kepada ilmu, mujahadah dan kesabaran, dan semoga Allah Taala memberikan pahala kepada penterjemahnya. Amin.

Cinta‬ - Ustaz Kyrel Al-Gayauwi


Cinta‬ - Ustaz Kyrel Al-Gayauwi 
 Harga: RM21.90 

 Tracklist: 
 1 - Selawat 
2 - Qad Kafani 'Ilmu Rabbi 
3 - Ya Rabbi Bil Musthoffa
 4 - AnNabi Shollu'alayh 
5 - Inqiladzurtum 
6 - Sholatun Bisalamil Mubin 
7 - Sholatullahi Malahat Kawakib 
8 - Ya Rasulullah Salmun'alaik 
9 - Ya Badrotim 
10 - Ya Rasulullah 
11 - Mahalul Qiyam Maulid Dhiya'ul Lami'

Sunday, April 24, 2016

Khulasoh Madad Nabawiy


Khulasoh Madad Nabawiy (Dilengkap dengan terjemahannya)
 Penulis: al-Habib Umar bin Hafidz 
 Harga: RM20.00 

 Buku ini berisi wirid-wirid harian yang disusun oleh al-'Allamah al-Imam al-Habib Umar bin Hafidz yang dinukil dari wirid-wirid yang disusun oleh para tokoh ulama dan auliya', yang mana semuanya berdasarkan dengan al-Quran dan al-Hadits.

Kitabul Arba’in Fi Ushuliddin; Empat Puluh Pokok Dasar-Dasar Keagamaan


Kitabul Arba’in Fi Ushuliddin; Empat Puluh Pokok Dasar-Dasar Keagamaan 
 Penulis: Imam Al-Ghazali
 Terbitan: Risalah Gusti 
 Harga: RM50.00 

 Untuk mengenal inti ajaran al-Qur’an diperlukan penguasaan piranti keilmuan dan dasar-dasar pemahaman yang representatif, termasuk di dalamnya pemahaman dan penguasaan kunci-kunci ilmu kalbu sebagai inti dalam penafsirannya. 

 Terkait dengan hal itu, Hujjatul-Islam Abu Hamid al-Ghazali dalam salah satu karya besarnya, Kitabul Arba’in fi Ushuliddin; Empat Puluh Pokok Dasar-dasar Keagamaan ini, menjelaskan skema prinsip-prinsip keagamaan yang tertera dalam al-qur’an yang harus dipegang teguh oleh umat Islam sebagai pengantar menghayati Kitabullah menuju puncak esensinya. 

 Tidak berlebihan apabila buku ini disebut sebagai “gerbang bagi kontemplasi Qur’ani” yang memberi pencerahan akidah dalam bingkai kearifan menuju spiritualitas al-Qur’an lebih dalam.

Saturday, April 23, 2016

Biografi Agung Nuruddin Zanki - Perintis Gerakan Jihad Menentang Tentera Salib


Biografi Agung Nuruddin Zanki 
 Penulis: Syed Alwi Alatas
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM28.00 

 Setiap kejayaan gemilang seorang tokoh, pasti terdapat seorang tokoh lain yang hebat dan menjadi pencetus kecemerlangan itu... Dialah SULTAN NURUDDN ZANKI, mentor yang melahirkan seorang SALAHUDDIN AL-AYYUBI, Pembebas Jerusalem. 

 Nuruddin Mahmud Zanki adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh ini secara mendalam. Berbeza halnya dengan Salahuddin al-Ayyubi, yang begitu akrab di telinga kaum Muslimin pada hari ini. Sedangkan, Nuruddin Zanki adalah pendahulu Salahuddin. Dia juga adalah orang yang memulakan penyatuan serta Islamisasi Syria dan Palestin dalam menghadapi kekuatan tentera Salib. 

 Menurut Carole Hillenbrand dalam bukunya, Perang Salib, menyatakan bahawa, selama berabad-abad sejak masa Perang Salib “adalah Nuruddin, dan bukannya Saladin, yang memiliki reputasi paling gemilang sebagai sosok mujahid sejati. Saladin ‘ditemukan kembali’ oleh umat Islam pada abad kesembilan belas dan kedua puluh.” Rupanya, bersamaan dengan ‘ditemukannya’ Salahuddin pada masa-masa yang belakangan, peranan Nuruddin Zanki menjadi pudar dari ingatan kaum Muslimin kontemporer. 

 Tulisan ini tidak bermaksud mengembalikan keadaan seperti sebelum abad kesembilan belas, iaitu agar Nuruddin Zanki menjadi tokoh mujahidin yang lebih terkenal dan lebih menonjol daripada Salahuddin. Walaupun buku ini secara khusus menulis tentang Nuruddin Zanki, dan tidak banyak membahas tentang Salahuddin, tapi saya berharap kedua-dua tokoh ini dikenali oleh kaum Muslimin serta diberi penghargaan secara seimbang dan semestinya.

Malayonesia: Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu


Malayonesia: Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu
 Penulis: Dr Mat Rofa Ismail 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM54.00 

 Malayonesia merujuk kepada keseluruhan alam kepulauan Melayu. Buku ini membawa pembaca menghayati masa lampau Alam Melayu menerusi aspek geografi, penduduk, iklim, pembukaan, pentadbiran, penjajahan dan pembebasannya, perjuangan dan sukla duka umatnya yang berkongsi latar belakang sejarah tabii yang sama. Isi kandungan diolah pengarangnya menerusi pelbagai sumber klasik nadir, yang dibedah, diolah dan dipersembahkan dalam bentuk yang menginsafkan bagi para pembaca yang mempunyai jiwa yang hidup. Sumber klasik diadun pula dengan sumber mutakhir agar menyediakan hidangan minda yang segar dan bertenaga dalam pembinaan peradaban umat yang diidamkan pada masa hadapan.

Tuesday, April 19, 2016

Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam


Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam 
 Penulis: Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani 
 Terbitan: Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 
 Harga: RM45.00

Tuesday, April 12, 2016

Hidayatus Salikin (Jawi)


Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin (Jawi) 
Penulis: Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani 
Terbitan: Khazanah Banjariah 
Harga: RM40.00

Ringkasan Kitab Al Umm (3 Jilid)


Ringkasan Kitab Al Umm (3 Jilid) 
 Penulis: Imam Syafi'i 
 Terbitan: Pustaka Azzam 
 Harga: RM270.00 

 Imam Syafi'i merupakan orang pertama yang memiliki gagasan dan idea cemerlang mengenai hukum Islam, yang dituangkan secara sistematik ke dalam sebuah karya yang diberi judul al-Umm. Usaha pembukuan ini sejalan dengan perkembangan ilmu pengetahuan keislaman saat itu. Perkembangan ilmu pengetahuan ini mulai berlangsung pada masa Harun al-Rasyid (145 H -193 H), dan puncaknya pada masa Al Ma'mun(170H 218 H). 

Kitab Al-Umm merupakan fasa awal perkembangan ilmu hadis menjadi ushul Fikih sebagai suatu disiplin ilmu. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi kalangan ahli fikh Syafiiyah dalam menyusun karya-karya mereka hingga saat ini. Buku ini dirangkum agar memudahkan para pembaca awam gambaran fikih metodologi Imam Syafi'i.

Dalam kitab ini, Imam Syafi'I memaparkan apa saja yang difahaminya dari para sahabat Nabi Muhammad SAW. baik dalam bidang aqidah, akhlaq, muamalah, siyasah, dll. Buku ini adalah salah satu buku induk yang seharusnya dibaca terlebih dahulu. Al Umm diringkas hanya menjadi 3 jilid sehingga mudah dan praktis untuk dibaca dalam ringkasan Al Umm.

Syekh Siti Jenar: Makrifat Kasunyatan 2


Syekh Siti Jenar: Makrifat Kasunyatan 2 
 Penulis: Achmad Chodjim 
 Terbitan: Serambi 
 Harga: RM56.00 

 Buku ini adalah serial tentang ajaran Syekh Siti Jenar. Inilah ajaran Makrifat Kasunyatan Jilid Dua! Jilid dua ini fokus membahas ajaran Sasahidan, atau kesaksian tentang hakikat realitas. Jika kita bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah, maka siapakah yang sebenarnya kita saksikan dabn siapakah sebenarnya yang menyaksikan? Ya, inilah yang dibahas dalam buku ini

Hakikat Amal


Hakikat Amal
Penulis: Imam Al-Ghazali
Terbitan: Penerbit Karya Agung   
Harga: RM16.00

Monday, April 11, 2016

8 Langkah Mencapai Ma'rifatullah


8 Langkah Mencapai Ma'rifatullah 
 Penulis: Choirul Anam Al-Kadiri 
 Terbitan: Bumi Aksara 
 Harga: RM30.00 

Pergeseran ajaran agama dewasa ini semakin jauh, semangat dan kemurnian lslam mulai tercemar oleh nilai-nilai keduniaan yang sedikit demi sedikit mulai mendominasi pola pikir manusia, ketentuan- ketentuan syariat hanyalah dipahami sebagai ilmu, dan berpengaruh pada tingkat kualitas ibadah kepada Allah swt. 

 Kenyataan ini mendorong penulis untuk kembali membahas kajian hakikat dan syariat dengan kalimat yang jelas serta bahasa yang mudah dicerna sehingga buku 8 Langkah Mencapai Ma’rifatullah ini akan mampu menggugah dan mengembalikan kesadaran hakikat dan syariat seorang muslim untuk mencapai kesempurnaan dalam beragama dan beribadah kepada Allah sehingga sampai pada tingkat ma'rifatulloh. 

 Sebenarnyalah, hakikat dan syariat adalah saru kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Seorang yang telah memahami hakikat “tidak dibenarkan” kemudian meninggalkan syariat, demikian pula sebaliknya. “Ma’rifarullah” akan dapat tercapai apabila hakikat dan syariat dapat dijalankan bersama-sama dengan baik, karena mereka saling mendukung dan melengkapi.

Cinta Suci Zahrana


Cinta Suci Zahrana 
Penulis: Habiburrahman el-Shirazy 
Terbitan: Al-Hidayah 
Harga: RM16.00 

Zahrana seorang wanita yang cantik dan berprestasi. Dia memperoleh penghargaan internasional dan ditawari biasiswa untuk melanjutkan kuliah di luar negeri. Tetapi hal itu ternyata tidak membuat bangga orang tuanya, kerana dalam benak orang tuanya masih ada yang mengganjal tentang dia iaitu dia belum juga menikah padahal sudah berumur lebih tiga puluh tahun. Akhirnya dengan bersusah payah dan penuh perjuangan Zahrana berhasil mengatasi hal itu. Bagaimana perjuangan Zahrana dalam mengatasinya? Bacalah novelnya kerana ceritanya cukup seru dan mendebarkan.

Humood AlKhuder - Kun Anta


Humood AlKhuder - Kun Anta 
 Harga: RM27.90

Tuesday, April 5, 2016

Semesta Cinta (Pengantar Kepada Pemikiran Ibn Arabi)


Semesta Cinta (Pengantar Kepada Pemikiran Ibn Arabi) 
 Penulis: Haidar Bagir 
 Terbitan: Mizan 
 Harga: RM38.00 

 Buku ini adalah pengantar kepada pemikiran-pemikiran yang mendalam dan luas bak samudera dari ’Ârif yang satu ini. Selain mendapatkan gambaran umum dan relatif lebih mudah difahami, lengkap, mendalam, dan akurat, pembaca tetap dapat menikmati menu “Ibn ‘Arabi sehari-hari” yang dihidangkan di dalamnya. Di sana-sini bertebaran ceceran hikmah yang mencerahkan jiwa dan pemikiran, serta menuntun kepada pemahaman tentang berbagai misteri kehidupan kita. Judul Semesta Cinta merujuk pada titik pusat pemikiran Ibn ‘Arabi mengenai cinta sebagai sumber pemahaman tentang Islam, dalam segenap aspeknya, sekaligus menjadi konteks seluruh pembahasan dalam buku ini. 

Madarij al-Shu'ud Ila Iktisa' al-Burud


Madarij al-Shu'ud Ila Iktisa' al-Burud 
 Penulis: Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani 
 Terbitan: Al-Haramain 
 Harga: RM6.00

Monday, April 4, 2016

Biografi Imam Al-Ghazali Dan Syekh Abdul Qadir Jailani


Biografi Imam Al-Ghazali Dan Syekh Abdul Qadir Jailani 
 Penulis: Dr. Ali Muhammad Ash Shallabi 
 Terbitan: Beirut Publishing 
 Harga: RM42.00 

 Imam Al-Ghazali dan Syekh Abdul Qadir Al-Jailani adalah dua orang yang sering dianggap sebagai tokoh besar tasawuf. Keduannya dikenal lewat karya-karya yang monumental dan masih dipelajari hingga kini. Suluk atau tuntunan perilaku yang dipraktikan oleh para sufi banyak didasarkan sebagai ajaran keduannya. 

 Tasawuf sendiri sering dipandang sebagai ajaran yang kontroversial. Kontroversial ini berimbas pula kepada dua guru besar ini. Namun, dengan kecermatannya, penulis buku ini berhasil mendudukan dengan baik mana ajaran tasawuf yang sejalan dengan Sunnah dan mana pula praktiknya yang menyimpang. 

 Dengan piawai pula, penulsi berhasil menunjukan bahwa kedua syekh dan iman merupakn tokoh pelopor dalam usaha perbaikan umat. Sekaligus mengklarifikasi dugaan sebagian kalangan mengenai “penyimpangan” jalan hidup, ilmu, dan dakwahnya. Buku ini mencoba menghadirkan informasi yang objektif tentang perjalan hidup, sepak terjang beliau dalam dakwah, tantangan dan hambatan, serta hasil karyanya. 

Lewat buku ini pula, pembaca akan mengetahui keunggulan Al-Ghazali dan Al-Jailani sebagai tokoh besar dibidang ushul dan fikih dari mazhab syafi’i dan hanbali; sisi lain yang selama ini jarang ditampilkan. Yang jelas, buku ini bukan buku biografi biasa. 

Ditulis oleh seorang penulis yang dikenal objektif dan memiliki kredibilits yang diakui dunia lewat puluhan karyanya. Di samping ini bukan hanya menawarkan cerita nostalgia, namun juga merangkum pokok-pokok ajaran kedua iman yang otentik, yang bisa diamalkan.

Soal Jawab Pak Engku: Membongkar Misteri Alam Jin


Soal Jawab Pak Engku: Membongkar Misteri Alam Jin 
 Penulis: Prof. Dato' Dr. Hj Engku Ansaruddin Agus, Zuryati Isa 
 Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Dunia mereka wujud dan mereka itu wujud. Pasti. Dalam Al-Quran sendiri Allah s.w.t. ada menyebut mengenai kewujudan mereka. Para malaikat taat beribadah dan mematuhi apa saja perintah Allah. Golongan jin turut diberi petunjuk dan panduan seperti manusia. Manakala iblis yang angkuh dan syaitan yang dilaknat pula akan sentiasa mencari jalan bagi mengheret manusia agar kekal berada di dalam neraka bersama-samanya. Sebagai manusia, kita terlalu sering terpedaya dan tidak mengambil tahu mengenai mereka. Akibatnya, kita hanya memikirkan mereka sebagai makhluk yang seram. Padahal mereka lebih jahat dan laknat daripada itu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, syaitan akan mudah mengganggu manusia yang lemah mental, lemah fizikal dan lemah imannya. Jadi, jangan ambil mudah. Buku soal jawab ringkas ini adalah permulaan kepada siri-siri soal jawab lain mengenai gangguan-gangguan mereka. Hanya satu saja cara melindungi diri kita daripada mereka - TAUHID PRAKTIKAL.

162 Masalah Sufistik


162 Masalah Sufistik 
 Penulis: Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad 
 Terbitan: Cahaya Ilmu 
 Harga: RM36.00 
 Judul Asal : Nafaais Al-Uluwiyyah Fi Masaail Ash-Shufiyyah 

 Buku ini adalah kumpulan fatwa dari al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad yang berjudul 'an-Nafaais al-'Uluwiyyah Fi al-Masaail Ash-Shuufiyah'. Buku ini berisi berbagai pertanyaan yang berhubungan dengan hal ihwal kaum sufi, kewalian, karamah, serta berbagai pertanyaan lainnya. Semua pertanyaan yang diajukan kepada beliau dalam buku ini dijawab dengan jawaban yang memuaskan sehingga penanya dapat dengan mudah mengerti dan memahaminya.

Percikan Kesufian: Dialog Ajaran Tasawuf


Percikan Kesufian: Dialog Ajaran Tasawuf 
 Penulis: Drs. Achmad Suyuti 
 Terbitan: Thinkers Library 
 Harga: RM20.00 

 Apakah ajaran Sufisme bersumber dari ajaran Islam? Untuk apa bertasawuf? Dan berbagai persoalan lagi. Untuk menjawab persoalan tersebut maka buku ini dengan secara sistematik mampu menghurai, memperjelas serta menerangkan beberapa masalah yang berhubung kait dengan ajaran tasawuf dan yang dianuti oleh kaum Sufi. 

 Penulis juga telah mampu memberikan hujah-hujah yang ringan dan mudah difahami atas berbagai kekeliruan serta yang samar-samar tentang KESUFIAN.

Saturday, April 2, 2016

Kitab Terjemahan Hadis Shahih Bukhari


Kitab Terjemahan Hadis Shahih Bukhari 
 Terbitan: Victory Agencie 
 Harga: RM90.00