Sunday, June 30, 2013

Celik Mata Reset Minda


Celik Mata Reset Minda 
 Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah
 Harga: RM25.00 

 Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang mahu memulihkan penglihatan. Namun bagi saya, selain kita berusaha untuk celik mata fizikal, kita juga perlu berusaha untuk celik mata hati. Bagi celik mata hati, tidak perlu mengeluarkan wang ringgit kerana kita boleh mer awatnya sendiri. Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak-tanduk manusia. Mengikut kajian, apabila berfikiran negatif, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif boleh menguatkan diri. Tetapkan (reset) minda dengan berprasangka baik kepada Allah. Berfikir dan bertindak secara positif. Kejayaan ada di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Itu janji Allah kepada hamba-Nya. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baru dalam hidup kita.

Diari CELIK Saya


Diari CELIK Saya 
 Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM12.00 

 CELIK merupakan akronim untuk (Creative, Efficient, Loving, Innovative, Knowledgeable) dan dalam bahasa Malaysia (Kreatif, Efisyen, Penyayang, Inovatif, Berilmu).  Diari ini menggalakkan pengguna/pembaca mensyukuri nikmat dari Allah SWT dengan menyatakan secara spesifik nikmat apa yang disyukuri pada setiap hari.  

Diari ini khusus bagi kanak-kanak muslim dan menitikberatkan kepentingan solat 5 waktu. Pengguna diari ini perlu mencatit solat setiap hari dan tandakan samaada solat berjemaah dan tepat pada waktunya. Pelbagai lagi ruangan mearik yang dapat diisi oleh kanak-kanak CELIK. Semoga pengguna diari ini dapat membina jiwa yang bertaqwa, bersyukur dan berfikiran positif serta berjaya di dunia dan akhirat

Jurnal Inspirasi Diri: Membina Anda yang Baru Dalam Masa 40 Hari


Jurnal Inspirasi Diri: Membina Anda yang Baru Dalam Masa 40 Hari 
Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM15.00 

 Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi terhadap 5 aspek penting dalam hidup anda.

Mengapa Harus Berserah: Panduan Menyenangi Setiap Kenyataan


Mengapa Harus Berserah: Panduan Menyenangi Setiap Kenyataan 
 Penulis: Ibn Atha'illah 
 Terbitan: Serambi 
 Harga: RM33.00 

 Pasrah kepada pengaturan Allah atau berserah diri kepada kehendak-Nya tidaklah sama dengan berhenti bekerja, berhenti mengais rezeki, ataupun berhenti berdoa lantaran menyerahkan semuanya kepada Allah. Bahkan, adab berharta, mencari rezeki, berusaha, dan berdoa merupakan tema penting dalam buku ini. 

Buku ini menawarkan cara tepat untuk memandang hidup. Kerananya, buku ini bak kaca mata, yang dengannya mata hati kita yang rabun dapat melihat lebih sempurna. Dengan penglihatan yang sempurna, tentulah hidup ini menjadi semakin jelas. Dan dengan jelasnya hidup, tentunya perjalanan kita menempuhnya menjadi lebih lurus dan lancar.

Friday, June 28, 2013

Peliharalah Matamu: Ke Arah Mata Yang Sihat


Peliharalah Matamu: Ke Arah Mata Yang Sihat 
Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM30.00 

 Mata adalah salah satu anugerah daripada Allah S.W.T Nikmat sepasang mata berupa penglihatan, adalah sesuatu yang tidak dapat diukur nilai dengan harta dan wang. Mari kita renungkan sejenak, kita tentunya tidak mampu untuk mencipta walau sehelai bulu mata, apa lagi sebiji bola mata yang pelbagai fungsi, dilengkapi dengan jutaan sel yang bukan sahaja membantu segala urusan kehidupan kita, malah membolehkan kita melihat dunia yang besar dan luas ini hanya melalui sebiji bola yang kecil daripada bola tenis! Subhanallah! Hebahkan? 

 Seharusnya kita sebagai manusia, mensyukuri dan berasa sangat bertuah kerana memiliki kehebatan sebuah penglihatan namun,mungkin kerana kelalaian atau kecuaian sendiri menyebabkan kita kehilangan anugerah yang berharga ini. Tidak dinafikan, kadangkala kita di uji oleh Allah dengan masalah kesihatan namun, dewasa ini, pelbagai penyakit timbul yang berakhir menjejaskan kesihatan mata terutamanya diabetes dan kanser dan ada juga akibat kecuaian penggunaaan alatan dan ubat-ubatan yang tidak sesuai, mengabaikan nasihat doktor dan bermacam-macam lagi. 

 Melihat kepada situasi ini, saya terpanggil untuk menerbitkan buku ini buat panduan berupa secebis pengetahuan mengenai kesihatan mata anda berdasarkan pengalaman yang saya lalui sebagai seorang doktor mata. Marilah sama-sama berdoa semoga Allah memberkati hasil usaha ini dan manfaatnya tersebar luas kepada di luar sana, InsyaAllah.

Thursday, June 27, 2013

Nenek Bercerita: Rasulku Ikutanku


Nenek Bercerita: Rasulku Ikutanku 
Penulis: Ummu Hani Abu Hassan 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM20.00 

 Buku ini merupakan himpunan cerita daripada siri Nenek Bercerita yang disiarkan dalam majalah ASUH. Kelainan buku ini terletak kepada penceritaan kisah sirah Nabi Muhammad oleh seorang nenek kepada cucunya, Amir. Setiap peristiwa atau situasi harian yang berlaku kepada Amir dikaitkan oleh neneknya dengan kisah sirah Nabi Muhammad. Gaya bahasa yang mudah, muka surat berwarna dan watak-watak ilustrasi yang comel amat sesuai dibacakan oleh ibu bapa kepada anak-anak dalam menyemai cinta mereka kepada Junjungan mulia Rasulullah.

Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah


Perkara Asas Dalam Agenda Kebangkitan Ummah 
Penulis: Prof. Dr. Abdul Hamid Al-Ghazali 
 Terbitan: Pustaka Salam 
 Harga: RM30.00 

 Kajian titik tolak untuk mendalami beberapa perkara asas yang menjadi landasan dalam agenda kebangkitan semula umat Islam (AKSU) berdasarkan gagasan Imam al-Syahid Hasan al-Banna.

101 Nama Nabi Muhammad SAW


101 Nama Nabi Muhammad SAW 
Penulis: Ahmad Adnan Fadzil 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM35.00 

 Sebahagian ulama silam menyatakan bahawa nama bagi Nabi Muhammad SAW amatlah banyak. Hal ini kerana setiap daripada sifat dan akhlak yang mahmudah, semuanya disandarkan kepada Baginda SAW yang paling baik menunjukkan contohnya. Maka setiap satu daripada sifat-sifat tersebut menjadi gelaran atau panggilan lain kepada Rasulullah SAW. Dalam usaha untuk kita menyemarakkan lagi perasaan kasih dan sayang kita kepada Baginda Nabi SAW melalui akhlak dan peribadi Baginda, pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. berbesar hati untuk menerbitkan buku “101 Nama Nabi Muhammad” yang disusun oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil. Buku ini amat berharga dan perlu dimiliki kerana ia menyenaraikan nama dan gelaran lain Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil. Memberi huraian ringkas nama dan gelaran yang membentuk akhlak Mulia. Menyingkap ketinggian peribadi agung Rasulullah SAW untuk diteladani dan mengetengahkan beberapa nama dan gelaran yang sesuai kepada cahaya mata.

Qasidah Rindu Zulaikha


Qasidah Rindu Zulaikha 
Penulis: Nur Sufi 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Zulaikha sanggup membelakangkan abinya sendiri demi sebuah cita-cita. Imbalan daripada sikap kontranya itu dia terpaksa menanggung rindu terhadap insan tersayang malah terjerumus dalam kancah penyelewengan daripada ajaran Islam. ~ Zulaikha. 

 Impian hatinya untuk memiliki Zulaikha tetap utuh walaupun dahulunya dipenuhi rasa benci. Namun sudah ditakdirkan yang mereka akan disatukan dalam satu ikatan kasih yang lestari sehingga qasidah Zulaikha rancak dilagukan di kemuncak rindu. ~ Yusuf.

Cara Cepat Untuk Menghafaz Al-Quran


Cara Cepat Untuk Menghafaz Al-Quran 
 Penulis: Wiwi Alawiyah Wahid 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM13.00 

 Menghafaz Al-Qur'an tidaklah mudah. Namun ia juga bukan suatu yang sukar untuk dilakukan. Perkara yang utama dalam mencapainya adalah sistem, disiplin dan keazaman kita untuk menghafaznya. Dengan kaedah yang mudah dan praktikal, pasti ia akan menjadi kenyataan. Buku ini akan membawa anda menjadi penghafaz Al-Qur'an dalam waktu singkat. Membuangkan segala keraguan anda selama ini yang beranggapan bahawa menghafaz Al-Qur'an adalah suatu mustahil, sukar dan hanya dapat dilakukan oleh orang tertentu sahaja. 

Terdapat di dalamnya kaedah penghafazan untuk ayat-ayat yang panjang, kaedah menambahkan hafazan baru, kaedah mengulang atau takrir, hinggalah kepada kaedah menggabung antara mengulang pada hafazan lama dan hafalan baru secara terperinci. Juga disertakan pelbagai pedoman praktikal dalam melakukannya.

Wednesday, June 26, 2013

Bahagia & Membahagiakan


Bahagia & Membahagiakan 
 Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM25.00 

 Menjadi impian setiap insan untuk mencapai kebahagiaan dan membahagiakan insan lain, lebih utama lagi kebahagiaan perlu dicapai dalam keluarga masing-masing.

Sunday, June 23, 2013

Usul Fiqh & Qawa'id Fiqhiyyah


Usul Fiqh & Qawa'id Fiqhiyyah 
 Penulis: Ustaz Dato' Hasan bin Hj Ahmad 
 Terbitan: Pustaka Haji Abdul Majid 
 Harga: RM35.00

Buku ini merupakan sebuah penulisan dalam bidang metodologi hukum dan prinsip-prinsip fiqh yang menjadi keperluan kepada pelajar-pelajar yang mengambil Kursus Pengajian Islam di pelbagai peringkat. Buku ini amat berguna kepada pelajar Sekolah Menengah Agama, Diploma Pengajian Syariah dan siswa-siswa pengajian Islam di pusat-pusat pengajian tinggi.

Dalam Pangkuan Sunnah


Dalam Pangkuan Sunnah 
Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: Pustaka Kautsar 
 Harga: RM40.00 

Penjelasan 32 hadis-hadis popular.

 Sunnah Nabawiyah adalah lentera hidup, panduan, dan petunjuk jalan menuju kebahagiaan di dunia dan keselamatan di akhirat. Mereka yang hidup dalam pangkuan sunnah laksana bermandikan cahaya yang terang benderang, yang dapat membawanya keluar dari pekat dan gelapnya dunia, menuju gemerlapnya cahaya Islam. Karenanya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memerintahkan umatnya untuk memegang teguh sunnah Nabawiyah, agar kita selamat dalam kehidupan dunia dan bahagia di akhirat kelak. 

 Buku "Dalam Pangkuan Sunnah" yang ditulis oleh Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah kajian tematik terhadap hadits-hadits popular yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari, baik terkait dengan akidah, ibadah, maupun muamalah. Dengan bahasa yang sangat mudah, lugas, dan mengalir, pembaca seolah-olah berada dalam majelis halaqah yang diajarkan langsung oleh penulis buku ini. Kita diajak untuk dengan mudah memahami makna hadits-hadits yang dikaji dalam buku ini, kemudian menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan sehari-hari. Berada dalam pangkuan sunnah adalah jalan menuju keselamatan dan kebahagian. Karenanya, buku ini layak menjadi panduan Anda!

Ada Syurga Di Rumahku


Ada Syurga Di Rumahku 
Penulis: Amru Khalid 
 Terbitan: Alam Raya 
 Harga: RM25.00

Dengan gaya bahasanya yang menarik, Amru Khalid meramu tip-tipnya yang praktikal untuk setiap muslim dapat membangun syurga di rumahtangga masing-masing. Di antaranya mencakup ibadah berjemaah, berbakti kepada orang tua, mendidik anak dengan kasih sayang, menjauhi pengkhianatan. Cinta dan kasih sayang memang kunci dari semua itu, tetapi Amru Khalid menghurainya dalam huraian yang praktikal.

Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik & Berjaya


Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik & Berjaya 
Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM20.00 

 Tips belajar yang berkesan

Krisis Syria dan Mauqif Ulama


Krisis Syria dan Mauqif Ulama
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM25.00

Thursday, June 20, 2013

Bercinta dengan Allah


Bercinta dengan Allah 
Penulis: Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah 
 Terbitan: Maghfirah Pustaka 
 Harga: RM50.00 

 Tanda cinta seorang hamba kepada Allah adalah ketika dia takut akan ancaman api neraka. Sedangkan tanda cinta yang setingkat di atasnya adalah ketika seorang hamba mengharap kenikmatan surga. 

 Akan tetapi, tahukah Anda bahwa puncak dari segala derajat cinta adalah keinginan yang demikian menggebu untuk dapat selalu menghadirkan Allah di hati. Tekad kuat untuk selalu bersama syari'at-Nya dalam segenap sisi kehidupan. Cinta yang melebihi segala cinta kepada sang kekasih, keluarga, dan sanak saudara. Memosisikan Allah layaknya Sang Kekasih hati yang selalu berharap berjumpa dengan-Nya, mendekatkan diri pada-Nya dengan berbagai cara, dan rindu untuk merajut tali kasih serta berjumpa dengan-Nya. 

 Akan tetapi, tahukah Anda bahwa puncak dari segala derajat cinta adalah keinginan yang demikian menggebu untuk dapat selalu menghadirkan Allah di hati. Tekad kuat untuk selalu bersama syari'at-Nya dalam segenap sisi kehidupan. 

Cinta yang melebihi segala cinta kepada sang kekasih, keluarga, dan sanak saudara. Memosisikan Allah layaknya Sang Kekasih hati yang selalu berharap berjumpa dengan-Nya, mendekatkan diri pada-Nya dengan berbagai cara, dan rindu untuk merajut tali kasih serta berjumpa dengan-Nya.

Refleksi Diri


Refleksi Diri 
Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM15.00 

 Buku ini merupakan cetusan fikiran berupa mutiara kata dengan harapan agar ianya mampu memberi makna yang berharga, mendorong dan membantu anda menguatkan fikiran dan jiwa di samping membuka jalan ke arah mencari kebijaksanaan dalam berfikir. Ini kerana, kata-kata yang baik akan membawa sejuta makna yang berharga berupa sebuah pengetahuan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan setiap insan. Ilmu pengetahuan yang benar akan menyinari sanubari, menjernihkan akal fikiran sekaligus menghasilkan seorang insan yang positif mindanya, kreatif dan inovatif, teguh jiwa dan akhlaknya. Kualiti seperti inilah yang kita harapkan sebagai sinar yang menerangi kegelapan kejahilan dan keegoan nafsu setiap insan.

Mata Akal, Mata Hati


Mata Akal, Mata Hati 
Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM25.00 

 Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang ingin memulihkan penglihatan, hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, demi mencapai kesempurnaan dan keselesaan hidup. Namun begitu, bagi saya, selain kita berusaha untuk "celik mata fizikal", kita juga perlu berusaha untuk "celikkan mata hati". Untuk mencelikkan "mata hati", tidak perlu mengeluarkan wang ringgit, kerana kita boleh merawat sendiri hati kita. Dalam diri kita ada seketul daging yang dinamakan hati - jika baik hatinya baiklah peribadinya dan begitulah sebaliknya. Hati bagai telaga, peribahasa Melayu mengatakan; "dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh" 

 Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak tanduk manusia. Banyak orang yang menyalahgunakan mindanya, dengan berfikir perkara-perkara yang negatif - cuak untk bertindak dan beralah sebelum berjuang. Mengikut kajian, apabila kita berfikiran negatif maka, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif menguatkan diri seseorang. Apabila kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, insya Allah perjalanan hidup kita akan jelas.

Wednesday, June 19, 2013

Harta yang Menyeret ke Neraka


Harta yang Menyeret ke Neraka 
 Penulis: Firdaus Shahidin 
 Terbitan: Must Read 
 Harga: RM18.00 

 Ketahuilah bahawa ramai yang sudah terjerat! Jerat ini bukan main-main, ia menatijahkan azab yang amat pedih. Jika anda lihat jerat tikus itu mampu memutuskan badannya kepada dua bahagian, kesan jerat ini lebih dahsyat lagi! Jerat ini mendatangkan murka dari Tuhan. 

Jerat yang kesannya mampu membuat kita menderita kesakitan. Puncak tertinggi kesan jerat ini adalah bakaran api neraka yang menjulang tinggi, membaham segala yang ada di dalamnya. 

 Perangkap ini sukar dikesan kerana ia tersembunyi di dalam timbunan kekayaan yang menggiurkan. Ibarat tikus yang diumpan keju mahal berwarna keemasan, begitulah kita apabila berhadapan dengan kekayaan. Hingga kita terlupa memerhati bahawa warna keemasan itu hanyalah umpan yang terletak pada jerat yang sangat membinasakan.

Tuesday, June 18, 2013

Halal & Haram Dalam Islam


Halal & Haram Dalam Islam 
Penulis: Dr Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terjemahan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM70.00

Antara keistimewaan buku ini ialah:

- Menjawab dan menghurai permasalahan ummah pada masa kini
- Memperkenalkan masyarakat kepada dalil-dalil, secara naqli dan aqli
- Memimpin pembaca untuk mengenali cara intinbat hukum
- Mengemukakan fatwa ulama dan pendapat mereka
- Mendahulukan maslahah dan menolak mafsadah dalam mengemukakan ijtihad
- Tidak terikat dengan hanya satu-satu mazhab

Konstantinopel: Kibaran Panji-Panji Al-Fateh


Konstantinopel: Kibaran Panji-Panji Al-Fateh 
Penulis: Web Sutera 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM29.00 

 Novel sejarah bertemakan tempat ini sarat dengan fakta tetapi diadun dengan beberapa watak fiksyen. Jika novel sejarah pertama beliau Macedonia menceritakan tokoh Raja Zulqarnain, melalui novel ini, Web Sutera memasukkan tokoh-tokoh Islam yang cuba membebaskan Konstantinopel termasuklah Sultan Muhammad Al-Fateh. 

 Konstantinople sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke -7 sebelum masihi. Nama asalnya ialah Bizantium. Dimasyurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Bizantin untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur. 

 Kemegahan kota mecemburui pelbagai pihak, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu. Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi.

Tuhan Lebih Saintifik


Tuhan Lebih Saintifik 
Penulis: Dr. Farhan Hadi 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM16.00 

 Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.

How To Become A Good & Successful Medical Student


How To Become A Good & Successful Medical Student 
Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM20.00

Friday, June 14, 2013

Rezim Nushairiyah


Rezim Nushairiyah 
Penulis: Syaikh Abu Mus'ab As-Suri 
 Terbitan: Jazera 
 Harga: RM33.00 

 Sejarah, aqidah & kekejaman terhadap Ahlu Sunnah di Syria Buku ini menjelaskan kepada kita bagaimana asal-usul dan ciri ideologi Nushairiyah berikut intrik politik yang mereka mainkan sehingga dapat menguasai wilayah Syam. Terutama, bagaimana mereka mendominasi kekuasaan di Syria yang majoritinya Sunni, sebuah paduan tragis dari kelicikan musuh-musuh Islam yang bertemu dengan kelemahan dan kelalaian kaum Muslimin saat itu. Persekongkolan mereka dengan Yahudi dan perlakuan kejam terhadap Sunni, dijelaskan oleh penulis yang berasal dari Syria. 

 Pemahaman penulis terhadap realiti juga dibuktikan dengan analisanya terhadap jatuh-bangun gerakan jihad Sunni melawan rezim Nushairiyah. Sebuah bekal yang sangat berharga bagi setiap gerakan jihad, di mana pun mereka berada. Tak lupa, buku ini juga menerangkan hukum mempertahankan setiap jengkal tanah kaum Muslimin dari tangan penjajah. Terlebih, menurut Ibnu Taimiyyah, kelompok Nushairiyah lebih sesat dan berbahaya dibandingkan dengan musuh Islam yang sudah banyak kita hafal, yaitu Yahudi dan Nashrani.

Monday, June 3, 2013

Fiqh Jihad (2 Jilid)


Fiqh Jihad (2 Jilid) 
Penulis: Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM260.00 

 Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan.

Hasan Al-Banna


Hasan Al-Banna 
Penulis: Abdul Latip Talib 
Terbitan: PTS 
Harga: RM26.00 

 Kisah pejuang Islam dari beliau kecil sehinggalah meninggal dunia. Beliau dididik dengan sebaik-baik didikan oleh orang tuanya, dan hasil didikan itu, beliau mempunyai cita-cita mengembalikan umat Islam kepada cara kehidupan Islam yang sebenar. 

 Beliau mendirikan pertubuhan Ikhwan Muslimin yang mana pertubuhan itu mempromosikan gaya hidup Islam. Tidak terhad pada ibadah tetapi meliputi muamalat harian. Beliau akhirnya dibunuh kerana cita-cita murninya itu, bertentangan dengan keinginan pemerintah yang dipengaruhi kuasa asing.

Nusaibah Srikandi Besi


Nusaibah Srikandi Besi 
 Penulis: Ezee Rahmani 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM14.00 

 Semangat juang dalam diri Nusaibah terus mengalir deras, sederas jantungnya yang berdegup kencang. Perisai pada tangan beliau bersedia bagi menepis setiap libasan pedang yang dihayun ke arahnya. Dalam situasi genting itu, kakinya pantas melangkah ke tempat Rasulullah berada. 

 Kata-kata Rasulullah pada ketika Perjanjian Aqabah Kedua terus segar dalam ingatan. Nusaibah mahu mengotakan ikrar yang dilafazkannya pada tempoh hari. Akhirnya, perjalanan menongkah arus tiba ke destinasi yang dituju. Nusaibah berjaya berdiri di hadapan Rasulullah, bersama beberapa orang tentera Muslimin yang masih teguh berdiri. Mereka membentuk barisan benteng dan perisai. Darah segar mengalir pada leher, lengan, dan sekujur tubuh setiap orang yang menjadi perisai, demi melindungi Rasulullah. 

 Sambil menjeritkan kesanggupannya, tanpa berbelah bahagi, Nusaibah turut menghunus pedang dengan genggaman yang semakin kemas. Kekasih Allah itu perlu dilindungi! Nusaibah lansung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri, sehingga beliau turut mendapat luka parah akibat tusukan, terjahan, dan serangan musuh daripada setiap sudut dan penjuru. i

Ini adalah kisah Nusaibah, Nusaibah Srikandi Besi.

Sunday, June 2, 2013

Al-Quran The Best First Aid; Penawar Segala Penyakit


Al-Quran The Best First Aid; Penawar Segala Penyakit 
Penulis: Ustaz Ashraf Suarin Al-Muqri 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM19.00 

 Rasulullah SAW melarang umatnya sekadar menyerah kepada nasib dan berputus asa tatkala menderita sakit. Baginda memerintahkan umatnya untuk berusaha mengubati dan mencari ubat penyembuh bagi sakit yang mereka alami. 

 “Suatu ketika, ada salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai utusan Allah, apa pendapat tuan tentang doa-doa (ayat-ayat al-Quran) yang kami baca, ubat-ubat yang kami minum dan usaha-usaha menjaga kesihatan yang kami lakukan. Adakah hal tersebut bererti melawan takdir Allah?” Rasulullah SAW menjawab, “Itu juga merupakan takdir Allah.” 

 Buku ini menampilkan kaedah rawatan berlandaskan ayat-ayat al-Quran yang bersesuaian dengan penyakit yang anda alami. Semoga bermanfaat dan mendapat kesembuhan daripada Allah SWT.

Saturday, June 1, 2013

Segitiga Tragedi: Tanah Palestina


Segitiga Tragedi: Tanah Palestina 
 Penulis: Dr. Ibnu Burdah 
 Terbitan: IRCiSod 
 Harga: RM19.90 

 Israel, sebuah negara yang didirikan melalui gerakan zionisme dengan menciptakan people without land, tak akan pernah ada habisnya untuk dibahas. Serasa terkuras habis seluruh emosi dan energi kita! Betapa tidak? Serentetan borok dan kejahatan Israel, terutama di wilayah Timur Tengah, sudah tak terperikan lagi, membuat bulu roma kita bergidik. 

 Namun, satu hal yang luput dari perhatian kita, yakni program senjata nuklir Israel. Dengan memiliki lebih dari 300 hulu ledak nuklir, Israel pantas menyandang julukan gudang senjata pemusnah massal. Inilah yang menjadi kekhawatiran dunia. Sebenarnya, apa yang membuat Israel begitu getol mengembangkan senjata nuklirnya? Apa kepentingan di balik program pengembangan senjata nuklir itu? Dan, strategi apa yang ditempuh Israel untuk memiliki senjata nuklir? 

Jawabannya bisa Anda temukan dalam buku ini. Segala hal yang berkaitan dengan Israel dan program nuklirnya dibahas detail sampai ke sudut-sudut paling dalam, sehingga membuat Anda terperangah akan kelicikan rezim zionis Israel. Membaca buku ini, Anda akan melihat sisi lain dari konflik sepanjang masa yang terjadi di Timur Tengah.

Munajat Cinta Imam Hasan Al-Banna


Munajat Cinta Imam Hasan Al-Banna 
 Penulis: Imam Hasan Al-Banna 
 Terbitan: Fitrah Rabbani 
 Harga: RM19.90 

 Buku ini mengajak seluruh muslim untuk kembali ke dalam rengkuhan proses 'pematangan internal'. Terutama melalui qiyamullail, zikir, doa, munajat, wirid qur'ani dan tazkiatun nafs dengan ikhlas dan benar sesuai dengan tuntutan sang junjungan. 

 Bila semua proses dilakukan secara berkesinambungan, niscaya akan lahir peribadi-peribadi yang memiliki sifat ruhbaanun billail wa fursaanun binnahar. Menjadi ahli ibadah di malam hari dan menjadi perajurit di siang hari yang siap meraih prestasi terbaik dalam hidup. 

 Sungguh, keindahan Islam akan terlihat dari praktik kehidupan sehari-hari. Tidak hanya indah di teks-teks suci atau slogan-slogan para da'i.