Wednesday, January 25, 2012

Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi'e

Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi'e
Penulis: Ustaz Muhadir bin Haji Joll
Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM35.00

Panduan yang paling sempurna dalam sembahyang ialah sembahyang yang didirikan seperti yang ditunjukkan oleh Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW bersabda, “Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku (Rasulullah SAW) sembahyang.”

Buku Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi’e ini hadir dihadapan para pembaca untuk menerangkan bahawa solat yang kita dirikan selama ini hakikatnya datang daripada bentuk solat Rasulullah SAW yang telah diterangkan dengan lebih jelas oleh ulama’-ulama’ yang alim dalam empat mazhab terutama imam kita yakni Imam Syafi’e.

Justeru, hendaklah kita yakin bahawa sembahyang cara mazhab Syafi’e adalah mengikut sembahyang cara Nabi SAW. Cara inilah yang telah dipelajari dan ditekuni oleh masyarakat Islam di negara ini yang bermazhab Syafi’e sejak zaman berzaman. Cara inilah yang telah dan sedang diajar, malah menjadi sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah (KAFA dan PAFA) di seluruh Malaysia, di pondok-pondok dan institusi pengajian, malah ia diajar dan dikupas dalam majlis-majlis ilmu di seluruh dunia yang bermazhab Syafi’e.

Sunday, January 22, 2012

Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna

Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna
Penulis: Mohammad Lili Nur Aulia
Terbitan: Alam Raya Enterprise
Harga: RM13.00

Persoalan mendidik (mentarbiyah) anak-anak, adalah isu asas dalam kehidupan keluarga / rumah tangga dan bermasyarakat. Kerana ianya amat penting dalam menjaga kesinambungan generasi manusia sepanjang kehidupan manusia itu sendiri, sampai hayat dunia ini berakhir. Baik buruknya generasi baru, bahkan juga generasi tua amat bergantung kepada sistem dan falsafah pendidikan yang dilaluinya, termasuk persekitaran di mana dia berada.

As-Syahid Hasan Al-Banna, sebagai pewaris Nabi dan ulama mujtahid penyambung tugas penyampai Risalah Islamiyah ini, telah mengamalkan semaksima mungkin bagaimana praktikal dan amalan mendidik anak-anak yang beliau telah lakukan sendiri.

Justeru keteladanan yang telah ditunjukkan dengan nyata di dalam kehidupan keluarganya, terutama dalam pendidikan iman, ilmu dan akhlak, memberikan inspirasi hebat dalam kehidupan jemaah, terutama pelapis-pelapis besar yang mewarisinya, para ulama, pemikir, da'ie dan cendikiawan dalam medan dan rangkaian dakwah, sepetutnya terus menjadi pengajaran dan iktibar berharga bagi generasi kini, ulama, pendakwah dan aktivis gerakan Islam, khasnya pendidik dan orang tua dalam menghadapi cabaran dan tribulasi mewariskan perjuangan Risalah yang mulia ini kepada generasi akan datang.

Saturday, January 21, 2012

Fardu Ain - Edisi 8

Fardu Ain - Edisi 8
Terbitan: Kalimat Cinta
Harga: RM10.00

Solusi Isu 40

Solusi - Isu 40
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM10.00

Majalah Q&A Bilangan 2

Majalah Q&A Bilangan 2
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM10.00

Monday, January 16, 2012

Dahsyatnya Penyakit: Dalam Ujian Ada Nikmat

Dahsyatnya Penyakit: Dalam Ujian Ada Nikmat
Penulis : Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM20.00

Manusia akan diuji dengan berbagai-bagai ragam bentuk ujian sama ada dalam perkara yang disenangi dan disukainya, mahupun dalam hal yang dibenci atau tidak disukainya. Cubaan dan ujian ini ada yang berupa syahwat, kemiskinan, penyakit, ketakutan, kekurangan dalam harta, jiwa dan buah-buahan, begitu juga harta yang melimpah, ramai anak, sihat, senang dan gembira. Buku ini banyak mengupas tentang sakit dan sabar, sebab-sebab mengapa kita bersabar dengan ujian yang diberi, peringatan dari Allah agar tidak berputus asa serta penawar bagi kesakitan dan ujian yang sedang dihadapi. Selain berubat secara moden, perubatan alternatif iaitu menggunakan ayat-ayat al-Quran juga sangat digalakkan. Antaranya dengan bacaan al-Fatihah, rangkaian bacaan ruqyah, istighfar dan doa-doa khusus yang diajarkan oleh Rasulullah dan para ulama muktabar.

BIOGRAFI SYAITAN

BIOGRAFI SYAITAN
Penulis : Dr. Ahmad H. Sakr
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM18.00

Perkara yang paling sukar ditulis oleh seorang penulis adalah hal yangberkaitan dengan jin. Apakah mereka itu arwah, hantu, syaitan, iblis atau apakaha mereka itu makhluk seperti manusia? Apakah mereka menakutkan dan menghantui manusia, dapat masuk ke dalam tubuh manusia dan ada di rumah manusia? Apakah mereka dapat membantu mencari maklumat mahupun barang yang diperlukan? Apakah mereka berbahaya bagi manusia? Seperti apa mereka itu dan dapatkah kita melihatnya? Dapatkah kita menjauhkan mereka dari kita, keluarga kita dan rumah kita. Bagaimana mereka makan, tidur, berkahwin dan lain-lain aktiviti? Pertanyaan-pertanyaan seperti inilah yang cuba dijawab oleh penulis di dalam buku ini. Penulis mengemukakan sudut pandang Islam tentang jin dengan bersandarkan pada al-Quran dan sunah. Buku ini juga ada mengupas beberapa tema lain yang bermanfaat bagi kaum Muslim dan bukan Muslim. Informasi ini dapat menghapus anggapan yang salah yang selama ini berleluasa di kalangan Muslim dan bukan Muslim. Perkara yang paling sukar ditulis oleh seorang penulis adalah hal yang berkaitan dengan jin. Apakah mereka itu arwah, hantu, syaitan, iblis atau apakaha mereka itu makhluk seperti manusia? Apakah mereka menakutkan dan menghantui manusia, dapat masuk ke dalam tubuh manusia dan ada di rumah manusia? Apakah mereka dapat membantu mencari maklumat mahupun barang yang diperlukan? Apakah mereka berbahaya bagi manusia? Seperti apa mereka itu dan dapatkah kita melihatnya? Dapatkah kita menjauhkan mereka dari kita, keluarga kita dan rumah kita. Bagaimana mereka makan, tidur, berkahwin dan lain-lain aktiviti?

Pertanyaan-pertanyaan seperti inilah yang cuba dijawab oleh penulis di dalam buku ini. Penulis mengemukakan sudut pandang Islam tentang jin dengan bersandarkan pada al-Quran dan sunah. Buku ini juga ada mengupas beberapa tema lain yang bermanfaat bagi kaum Muslim dan bukan Muslim. Informasi ini dapat menghapus anggapan yang salah yang selama ini berleluasa di kalangan Muslim dan bukan Muslim.

Sunday, January 15, 2012

Hebatnya Aura Masjid : Pemakmurnya Teman Para Malaikat

Hebatnya Aura Masjid : Pemakmurnya Teman Para Malaikat
Penulis : Ustaz Mohd Gunawan
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM16.00

Saturday, January 14, 2012

Syamail Muhammad S.A.W Keperibadian Rasullah

Syamail Muhammad S.A.W Keperibadian Rasullah
Penulis: Imam Al-Tirmizi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM45.00

Buku ini ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu;

Fizikal: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, dan tempat tidur.
Perilaku: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
Ibadah: Whuduk, doa, wangi-wangian, solat dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al-Quran.
Perhubungan & Akhlak: Berbicara ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
Penghidupan: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.

Friday, January 13, 2012

Cocoacino Za'faran

Cocoacino Za'faran
Keluaran: Naqia
Harga: RM20.00

Minuman yang mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Ianya boleh diminum oleh semua peringkat umur walaupun anda pesakit kencing manis dan darah tinggi kerana ia tidak menggunakan pemanis tiruan atau gula putih. Rasanya yang tersendiri menjadikan ia minuman yang berbeza daripada minuman lain. Ia senang dihidang dengan pelbagai cara sama ada sejuk, panas mahupun suam.

Kandungan : Serbuk koko bermutu tinggi, ekstrak zafaran, krimer bukan tenusu, krimer buih sayuran, gula perang, ubi bit merah, buah tin dan kismis

KELEBIHAN

- Mengenyangkan
- Mengelakkan kanser
- Melambatkan penuaan wajah
- Membuang angin dalam badan
- Mengembalikan kecergasan tubuh badan dan minda
- Selamat untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi
- Boleh dijadikan sebagai bahan diet tanpa kesan sampingan

Kopi Barli Za'faran

Kopi Barli Za'faran
Keluaran: Naqia
Harga: RM20.00

Kopi Barli Za'faran adalah minimum berkhasiat istimewa dari serbuk kopi bermutu tinggi bersama-sama dengan barli yang dibakar sbelumnya. Ia diperkayakan lagi dengan ekstrak za’faran yang berkhasiat tinggi bagi meningkatkan tahap kesihatan badan. Tiada sebarang gula putih digunakan. Ia diadun bersama dengan gula perang bermutu dan juga gula tenaga glukos dan dextrose bagi menjadikan ia minuman harian istimewa anda.

Khasiat:

- Membersihkan dan menjaga buah pinggan.
- Menghindar dari kencing tidak lawas dan darah kotor.
- Menyejukkan badan.
- Melancarkan proses pencernaan dan penghadaman makanan.
- Sesuai untuk minum diet, anti kanser dan menguatkan minda.
- Memulih tenaga zahir dan batin.
- Melegakan sakit kerongkong.
- Membantu untuk meredakan masalah perut meragam dan lain-lain.

Thursday, January 12, 2012

ART OF DECEPTION (Mereka Menipu Dunia)

ART OF DECEPTION (Mereka Menipu Dunia)
Penulis: Jerry D. Gray
Harga: RM44.00

Membaca buku ini, anda akan menemukan dan membongkar kepalsuan-kepalsuan dalam tatanan New World Order (NWO). Misteri 9/11 bukanlah satu tindakan terorisme seperti yang selama ini dituduhkan tetapi menurut penulis, peristiwa itu adalah sebuah rangkaian kejadian dari skema dalam rencana mewujudkan tatanan dunia baru.

Dalam buku ini anda juga akan mendapatkan informasi: Organisasi-organisasi Rahsia yang berafiliasi pada "Dajjal" dan tentunya Paman Sam yang menyusun strategi bagaimana dunia ini akan diarahkan, menurut versi mereka.

Apa saja organisasi rahsia itu? Apa hubungannya dengan Dajjal dan sistem sekarang ini? Buku ini akan memberi gambaran ke arah itu. Bacalah buku ini yang dikarang oleh orang yang pernah bergabung dengan Angkatan Udara Amerika, yang telah sedar dan menjadi Mualaf. Selamat menikmati.

Wednesday, January 11, 2012

Jom! Tanya Ustaz 2

Jom! Tanya Ustaz 2
Penulis: Dr Nik Yusri Muda
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM15.00

Jom Tanya Ustaz 2 adalah sambungan buku Jom Tanya Ustaz. Buku ini menjawab banyak persoalan yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka. Sering berlaku apabila ada ibu bapa berdepan kebuntuan untuk menjawab kemusykilan agama yang ditanyakan oleh anak-anak. Selain daripada guru atau ustaz di sekolah, ibu dan bapa adalah pilihan utama anak-anak untuk menanyakan masalah yang mereka hadapi. Mereka mahu tahu kerana mereka perlu tahu. Buku Jom! Tanya Ustaz 2 menghimpunkan hampir 200 kemusykilan yang biasa dihadapi oleh anak-anak berkaitan masalah fikah, akhlak dan motivasi. Segala masalah dijawab dengan jelas, bersandarkan nas-nas al-Quran dan hadis serta diselitkan juga tip-tip atau fakta sisipan yang menjadi sokongan terhadap jawapan tersebut.

Bertemu Puteri Melaka

Bertemu Puteri Melaka
Penulis: HARLIS KURNIAWAN
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM16.00

BERTEMU PUTERI MELAKA mengisahkan pengembaraan si Bujang. Isinya penuh humor ala Abu Nawas yang banyak memberi pengajaran kepada pembaca. Dalam kelananya banyak peristiwa menarik berlaku dan menggelikan hati. Setiap kisah dikaitkan dengan al-Quran, kebesaran Allah dan alam. Terdapat 30 kisah yang padat dengan nilai-nilai moral yang disampaikan melalui telatah si Bujang ... sebuah bacaan santai tetapi berisi!

Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba

Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba
Penulis: Hisham Ahmad
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM22.00

Riba, salah satu dosa besar yang nyata namun sering dipandang enteng oleh kebanyakan orang. Justeru, riba hidup subur dalam banyak urusan seharian kita. Riba paling tegar dalam sistem guaman, perbankan dan kewangan. Amalan riba membuka ruang untuk kita meniti jalan pintas ke neraka. Pun demikian, kita sebenarnya mampu untuk melangkah lebih hampir ke syurga andainya riba kita tinggalkan. Syurga Lebih Hampir Tanpa riba membincangkan isu dan permasalahan riba dari perspektif pengamal undang-undang dengan bersandarkan dalil dan nas al-Quran, hadis dan fatwa-fatwa ulama. Wajib dimiliki, dibaca dan dihayati oleh setiap pengamal undang-undang terutamanya pada para peguam Muslim yang bercita-cita mahu meletakkan syariat Allah itu sebagai tunggak dalam karier mereka.

Buku ini juga mengajak umat Islam untuk meninggalkan riba dan memilih instrumen kewangan yang patuh syariah untuk mendapat keberkatan dalam hidup. Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba, boleh dijadikan rujukan oleh pengamal undang-undang, mereka yang berminat menjadi peguam, dan amat sesuai juga dibaca oleh mereka yang terlibat dalam bidang kewangan dan perbankan. Bagi anda yang sedang menimbang-nimbang untuk membuat sebarang pinjaman bank atau membuat pilihan instrumen kewangan, bacalah dahulu buku ini, insya-Allah anda tentu tidak salah membuat pilihan selepas membacanya!

Tuesday, January 10, 2012

Secubit Halwa Penawar Jiwa: Labbaikallah

Secubit Halwa Penawar Jiwa: Labbaikallah
Penulis: Hj Zainal Hj Bujang
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

Buku ini mengandungi 40 artikel corat-coret jemaah haji dan umrah, suka duka, dan ganjil serta lucu semasa di Tanah Suci. Setiap kisah disisipkan pengajaran bagi pembaca. Juga terdapat 14 halaman yang mengandungi foto-foto hiasan di Tanah Suci.

Pulang Bersama Haji Yang Mabrur

Pulang Bersama Haji Yang Mabrur
Penulis: Mohamad Zaki Abdul Halim
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00

Mengerjakan ibadah haji memerlukan kita berfikir dan bertindak mengikut arahan. Bagi orang yang berfikir dan berusaha menghayati ibadah ini sepenuh hati dan perasaan, mereka pasti melalui demensi kehidupan yang berbeza. Apabila kita menyelami segala aturannya dengan bersungguh-sungguh, kita bertemu dengan mutiara-mutiara yang indah dan mahal harganya. Oleh sebab rahsia yang tersirat ini tidak diteroka, akhirnya mutiara-mutiara itu tetap tersimpan dan terus menjadi misteri. Buku ini memberi jawapannya dalam pencarian haji yang mabrur.

Monday, January 9, 2012

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH S.A.W.

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH S.A.W.
Penulis: Rusydi Ramli Al-Jauhari
Terbitan: Must Read
Harga: RM65.00

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

Sunday, January 8, 2012

Stop Neraka: Kisah Orang-Orang Baik Yang Dijamin Syurga Allah

Stop Neraka: Kisah Orang-Orang Baik Yang Dijamin Syurga Allah
Penulis: Misbah Em Majidy
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM20.00

Setiap manusia pasti berharap dan ingin beroleh kebahagiaan hakiki, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Allah menjanjikan syurga bagi para hamba-Nya yang istiqamah menjalankan ketaatan beribadah dan beramal soleh yang diniatkan semata-mata demi meraih reda-Nya. “Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan, akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya.”(At Taubah: 72)

Allah berfirman, “Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam benak manusia. Oleh itu, bacalah kalau kamu suka ayat al-Quran: seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu; bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajadah: 17)”

Sesungguhnya jalan meraih syurga Allah adalah ditentukan oleh atas keimanan dan niat amalan sepanjang hidup di dunia ini. Manusia yang utuh beriman kepada Allah, banyak beramal soleh semasa hidupnya dan tiada yang dituju ibadah dan amalnya hanya mencari reda Allah, nescaya dadanya dipenuhi dengan rasa tenteram dan bahagia. Sebaliknya, manusia yang kufur dan banyak berbuat jahat (zalim), nescaya dadanya sempit dan dihinggapi kegelisahan tidak berhujung.

Jalan menuju syurga Allah sangat banyak. Salah satunya ialah dengan membaca serta menghayati kisah para soleh dan solehah yang dijamin masuk syurga. Kita juga boleh meneladani amal-amal kebaikan yang mereka lakukan agar beroleh barakah agung daripada Allah berupa syurga-Nya.

Semoga pertolongan dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan kita yang dengan itu kita dapat memahami bentuk amal soleh yang menuntun kita kepada syurga Allah serta mengenali muslimin dan muslimah agung yang beroleh jaminan syurga.

Selamat membaca!

Wanita Juga Boleh Berbisnes

Wanita Juga Boleh Berbisnes
Penulis: Muhammad Abu Syauqi Banna
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM16.00

Wanita sering dihadapkan pada dua sudut ekstrem yang dilihat menjerumuskan mereka pada keadaan yang wajib untuk memilih. Di satu sudut, ia patut berada di rumah untuk mengurus anak-anak, mengelap lantai, mencuci pakaian dan tidak boleh keluar rumah. Akibatnya, hak-hak mereka sebagai hamba Allah ada yang tidak sempurna. Mereka tidak mendapatkan pendidikan yang baik, pergaulan yang semestinya serta potensi diri yang terbatas.

Di sudut lain, kita menyaksikan para wanita berkeliaran bebas tanpa ikatan. Waktu kerja dari pagi hingga malam, membuat mereka tidak pernah mempedulikan anak-anak. Bila gaji mereka jauh lebih besar daripada lelaki, membuat mereka -kadang-kadang ego dan kehilangan rasa hormat terhadap suami.

Islam memberikan begitu banyak petunjuk tentang orbit wanita dalam sistem hidup ini. Menurut tuntunan Rasulullah, Islam sebagai agama yang amat memerhatikan masalah keseimbangan, menegaskan bahawa wanita adalah pendamping lelaki dalam usaha menegakkan kalimat Allah. Jika hendak diumpamakan, wanita dan lelaki laksana dua bintang yang berada pada orbit yang berbeza. Namun keduanya memiliki peranan yang sama dalam menentukan kesimbangan bagi jagat ini.

Buku ini menukilkan gambaran cara berbisnes seperti yang ditunjukkan wanita solehah sesuai sepanjang zaman. Selamat membaca!

Thursday, January 5, 2012

Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah

Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah
Penulis: Ustaz Abdul Azib Hussain
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM30.00

Ilmu dan hukum-hukum fiqah lahir bersama kelahiran Islam kerana Islam merupakan himpunan akidah, akhlak, dan hukum-hakam amali (fiqah). Himpunan hukum fiqah ini terdiri daripada hukum-hukum Allah dan rasul-Nya, yang mana sumbernya ialah al-Quran dan as-Sunnah, iaitu fatwa-fatwa semasa Rasulullah SAW terhadap peristiwa, hukuman dalam perbalahan, dan jawapan terhadap pertanyaan.

Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah ini diharapkan mampu melatih generasi hari ini agar dapat berfikir dengan lebih kritis dan tepat dalam menyelesaikan tuntutan umat Islam dalam setiap lapangan kehidupan seterusnya berkekalan merentasi zaman pada masa hadapan. Sesungguhnya ilmu fiqah dan usul fiqah umpama neraca yang memandu akal, menuntun fizikal, dan spiritual masyarakat kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat.

Keindahan Islam

Keindahan Islam
Penulis: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM36.00

Kitab Mahasin Al-Islam (Keindahan Islam) ini adalah hasil koleksi tulisan daripada beberapa orang pensyarah Universiti Islam Madinah (UIM). Ia kemudiannya diterjemahkan kepada pelbagai bahasa di bawah projek yang dikelolakan oleh Jabatan Kajian Ilmiah UIM. Saya diberi tanggungjawab untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, serta beberapa buah buku lain sepanjang menjadi mahasiswa di UIM.

Setelah melalui beberapa halangan dari segi masa dan teknikal, akhirnya alhamdulillah dengan taufik, hidayah, dan inayat Allah SWT, kitab yang indah dan penuh manfaat ini berjaya juga disiapkan. Kitab ini menerangkan tentang keindahan syariat Islam dalam seluruh perintah dan larangannya:

• Keimanan
• Ibadat
• Kekeluargaan
• Muamalat
• Jenayah
• Hubungan antara rakyat dengan pemerintah
• Akhlak yang mulia

Selain menjelaskan perintah dan larangan tersebut, ia juga menceritakan faedah-faedah, hikmah-hikmah, maslahat-maslahat, dan terdapat pelbagai manfaat kepada manusia di sebalik pensyariatan-Nya.

Monday, January 2, 2012

Amalan 24 Jam Wanita Haid

Amalan 24 Jam Wanita Haid
Penulis: Fahrur Muis
Terbitan: PTS
Harga: RM6.50

Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah ke atas setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering mengalami penurunan iman. Mereka dilarang mengerjakan solat, berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah tertutup rapat untuk mereka.

Oleh kerana persepsi yang mengelirukan ini, akhirnya aktiviti mereka hanya berkisar kepada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Padahal, haid bukan masa 'bercuti daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh wanita haid.

Buku ini memberi panduan amalan pilihan yang dapat dilakukan oleh kaum wanita dalam keadaan haid. Sekiranya kaum wanita melakukan semua amalan yang ada dalam buku ini, nescaya mereka tetap mendapat pahala, meskipun sedang ‘bercuti’ daripada melakukan solat dan puasa. Bahkan, keadaan haid tidak menutup kemungkinan iman mereka tetap terpelihara dan beransur naik.

Apabila membaca buku ini anda akan mengetahui :

. Haid pada Pandangan Islam
. Haid dari Sudut Perubatan
. Larangan untuk Wanita Haid
. Mengapa berlaku Penurunan Iman ketika Haid
. Persediaan Menghadapi Haid
. Amalan Pilihan ketika Haid

Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf

Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf
Penulis: Aizuddinur Hj Zakaria
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.

Sunday, January 1, 2012

Singa Podium: Biografi Habib Umar Bin Hafiz

Singa Podium: Biografi Habib Umar Bin Hafiz
Penulis: Abdul Qadir Umar Mauladdawilah & Abdul Qadir Ahmad Mauladdawilah
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM17.00

"Buku ini mengisahkan tentang Adda'i ilALLah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Syeikh Abi Bakar bin Salim serta koleksi ceramah-ceramah beliau ketika berada di Indonesia.

Beliau memiliki kelebihan yang diberikan ALlah dalam menyampaikan nasihat-nasihat sehingga dapat menyentuh hati orang yang mendengarnya. Dalam setiap ceramah yang disampaikan, beliau banyak mengingatkan kita agar selalu memegang teguh dan meneladani ajaran yang disampaikan oleh RasuluLlah SAW dan para salfussoleh".

Marah Tapi Sayang

Marah Tapi Sayang
Penulis: Hilmi Bin Isa
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Buku Marah Tapi Sayang menyediakan panduan dan tip-tip untuk menangani isu-isu remaja yang dihadapi oleh ibu bapa kini. Berbekalkan pengalaman sebagai pendidik yang sentiasa bersama remaja, penulis menggariskan strategi menangani konflik, mengurangkan kekecewaan, dan meningkatkan komunikasi bertoleransi. Kaedah komunikasi berilustrasi ini, memberi panduan yang berinovasi untuk menyelesaikan masalah remaja.

Selepas anda membaca buku ini, anda dapat mempelajari bagaimana:

• Mendidik anak gaya Rasulullah SAW berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.
• Memahami perasaan negatif anak remaja iaitu kekecewaan, marah, kurang keyakinan diri, dan sebagainya.
• Meluahkan rasa marah atau memberi teguran tanpa menyakiti hati remaja.
• Kerjasama daripada anak anda tanpa paksaan.
• Mewujudkan hukuman alternatif daripada memukul atau menengking kepada yang lebih berhikmah.
• Menyelesaikan konflik keluarga secara baik.