Tuesday, December 31, 2013

Kisah Hidup & Mukjizat Nabi Muhammad SAW Untuk Adik-Adik


Kisah Hidup & Mukjizat Nabi Muhammad SAW Untuk Adik-Adik 
 Penulis: Nur Ashiqa & Mohd Najib 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM28.00

Kisah Teladan Sahabat Nabi Untuk Adik-Adik


Kisah Teladan Sahabat Nabi Untuk Adik-Adik 
 Penulis: Nur Ashiqa & Mohd Najib 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM35.00

Kisah Hidup 25 Nabi & Rasul Untuk Adik-Adik


Kisah Hidup 25 Nabi & Rasul Untuk Adik-Adik 
 Penulis: Nur Ashiqa & Mohd Najib 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM35.00

Sunday, December 29, 2013

Bijak Solat - Panduan Lengkap Rukun Islam Kedua & Tiang Agama


Bijak Solat - Panduan Lengkap Rukun Islam Kedua & Tiang Agama 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM36.00 

 Sebuah buku yang mengandungi panduan lengkap mengenai ibadah Solat bermula dari mengambil wudhuk, cara mendirikan solat, hinggalah kepada zikir dan doa selepas Solat. Dilengkapi dengan panduan bergambar, tulisan yang mudah dibaca dan ayat yang senang faham, buku ini dijangka dapat membantu mereka yang ingin mempelajari dan memperbaiki ibadah Solat. 

 Lebih istimewa, setiap pembelian buku ini, anda akan menerima sekeping DVD Bijak Solat.

Friday, December 27, 2013

Amalan Penyelamat Dari Azab Neraka


Amalan Penyelamat Dari Azab Neraka 
 Penulis: Haji Ahmad Haris Suhaimi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM38.00 

 Kajian buku ini membuktikan bahawa AKHLAK dan IBADAH perlu bersama dan tidak boleh dipisahkan, begitu juga HATI perlu disucikan. Dari pengumpulan HADIS-HADIS DI SINI menunjukkan RAMAI yang bakal diazab di hari akhirat kerana AKHLAKNYA yang buruk, walaupun ibadahnya hebat!

Untaian Hikmah Penyuci Rohani


Untaian Hikmah Penyuci Rohani 
 Penulis: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM40.00 

 Tanpa jiwa yang bersih sukar amok mencapai ketenangan dalam hidup. Kecukupan dari sudut kehendaan dan zahir sahaja tidak mampu menyediakan ketenangan kepada jiwa. Ketenangan hanya mampu diraih apabila had terdidik dengan sifat sabar, redha dan syukur. Hubungan dengan Allah dijaga dengan baik maka hubungan dengan manusia akan pasti menjadi lebih mesra dan menenangkan. 

 Kitab Jala' al-Khatir merupakan himpunan kajian yang disampaikan oleh Syeikh Abdul Qadir untuk khalayak umum dan khusus. Ini merupakan kajian yang membahaskan bahaya jiwa dan akhlak yang menghalang hubungan balk antara manusia dengan Tuhannya. Di dalam kitab ini dijelaskan tentang bahaya-bahaya tersebut clengan huraian yang mampu menembus celah-celah had dan membuatkan anda mampu melihat segala sesuatu, kecuali Allah S.W.T. Selain itu, kitab ini juga menggambarkan "terapi Ilahi" yang dijelaskan di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Dengki, kemunafikan, pertikaian, lemahnya keimanan, akhlak yang buruk, kezaliman, serta masih banyak lagi perbuatan yang buruk dihuraikan dalam kitab ini berserta cara-cara mengubati penyakit hati tersebut.

Jerat-Jerat di Jalan Akhwat


Jerat-Jerat di Jalan Akhwat 
 Penulis: Isham bin Muhammad Assyarif 
 Terbitan: Wafa Press 
 Harga: RM20.00 

 Ketika kebaikan tak lagi menjadi nilai yang dibiasakan. Tatkala kemungkaran dan selera syahwat justru makin dilestarikan. Saat itulah, kita sering dihadapkan pada pilihan antara memegang teguh nilai-nilai keimanan, atau kehilangan dunia yang diinginkan. 

 Sebagai muslimah, pasti Anda ingin menjadi wanita shalihah. Namun, keshalihan bukan gelar yang bisa didapat dengan cara instan. Ada proses yang harus dilalui. Banyak ujian menghadang sepanjang jalan. Bertebaran pula ranjau dan jebakan setan. Apalagi, bagi akhwat yang aktif berkiprah memperjuangkan Islam. Tak heran, jika kemudian ada yang langsung jatuh di awal perjalanan. Ada yang tergelincir saat berada di pertengahan. Bahkan tidak sedikit yang tumbang ketika perjuangan hampir mencapai finish yang diharapkan. 

 Buku ini layak menjadi panduan. Dengannya Anda akan tahu, di mana ranjau dipasang, bagaimana pula menjinakkannya. Di titik mana jerat-jerat setan diletakkan, bagaimana pula menghindarinya. Juga umpan yang kelihatan manis dirasakan, padahal ia adalah perangkap yang mematikan. Anda juga tak hanya berjalan sendirian. Di buku ini, Anda banyak mendapatkan teman yang istiqamah menempuh perjalanan. Setia di atas jalan kebenaran. Hingga mencapai jannah yang dijanjikan. Nah, buku ini pantas menjadi bekal perjalanan.

Wednesday, December 25, 2013

80 Pesan Rasul Penghias Diri Muslimah


80 Pesan Rasul Penghias Diri Muslimah 
 Penulis: Muhammad Khalil 'Itani 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM20.00 

 Rasulullah s.a.w., selaku penutup para Nabi, telah memberi sejumlah wasiat berharga kepada umatnya, baik dari hal akidah, muamalah, moral dan etika, hingga tidak ada sedikit pun bahagian dari semua aspek kehidupan kecuali sudah tersentuh oleh wasiat baginda. Di antara semua wasiat Rasulullah s.a.w., ada yang bersifat umum untuk seluruh kaum lelaki dan juga perempuan. Ertinya, teruntuk kepada kaum muslimin dari kaum lelaki dan juga perempuan. 

Selain itu, ada juga yang teruntuk khusus kepada kaum lelaki sahaja, begitu juga khusus kepada kaum wanita. Adalah hal yang pasti bahawa manfaat wasiat dan nasihat ini mencakupi sisi kemanusiaan secara utuh jika diterapkan dengan tuntutannya. Apa pun wasiat yang disampaikan Rasulullah s.a.w. kepada umatnya, sudah pasti mencakupi seluruh nilai kebaikan, kesolehan dan petunjuk. 

Dan semua wasiat yang tertuang di dalam buku ini meliputi berbagai sisi kehidupan yang bermanfaat buat perempuan muslimah. Dengan kata lain, semua wasiat ini mendorong perempuan muslimin ke arah yang lebih baik, menumbuhkan rasa malu, kesucian diri, ketakwaan di dalam relung hati mereka sehingga mampu mendidik generasi Islam sesuai dengan pesanpesan Al-Quran dan hadis Nabawi.

Tuesday, December 24, 2013

The Very Best Of Sami Yusuf


The Very Best Of Sami Yusuf 
 Artis: Sami Yusuf 
 Harga: RM27.90 

 Track List 

 01. Asma Allah 
 02. Al-Mu'allim 
 03. Eid Song 
 04. Allahu 
 05. Forever Palestine 
 06. Try Not To Cry feat. Outlandish 
 07. Supplication 
 08. My Ummah 
 09. Anything For You 
 10. Hasbi Rabbee 
 11. Ya Rasulallah 
12. A Thousand Times 
13. Mother 
 14. Hasbi Rabbee (Live) 
15. Al-Mu'allim (Live)

Monday, December 23, 2013

The Best Of Islamic Music Volume 2 (CD)


The Best Of Islamic Music Volume 2 (CD) 
 Harga: RM27.90 

Track List 

 1. Maher Zain - Ramadan (Malay Version) 
2. Sami Yusuf - Asma Allah 
3. Yahya Hawwa - Hayati Kulluha Lillah
4. Raihan - Thank You Allah
5. Inteam - Zikrullah
6. Mesut Kurtis feat. Maher Zain - Never Forget
7. Rabbani - Solla Allah Ala Yasin
8. Irfan Makki - So Sorry
9. Mesut Kurtis - Tala’al Badru ‘Alayna
10. Maher Zain - Love Will Prevail
11. Muhammad Al-Haddad - Al-Fajr
12. Native Deen - M-U-S-L-I-M
13. Haddad Alwi - I’tiraf
14. Raef - With You
15. Nazeel Azami - Light
16. Maher Zain - Ramadan (English Version)
17. Hamza Namira - Ya Rabb

Saturday, December 21, 2013

Al-Quran Al-Karim Karya Bestari Amazing


Al-Quran Al-Karim Karya Bestari Amazing 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM135.00 

 Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing menawarkan kepada masyarakat klasifikasi-klasifikasi utama al-Quran dengan lebih ringkas, mudah dan sahih. Ia merujuk kepada kaedah penafsiran para ulama yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga boleh diharapkan sandaran dalam memahami al-Quran.

Antara ciri-ciri istimewa:

- 7 klasifikasi utama Al-Quran
- Terjemahan Bahasa Malaysia
- Terjemahan per kata Bahasa Arab
- Panduan hukum tajwid berwarna
- Hukum kaedah tartil
- Syama'il Muhammadiyyah: Penjelasan atau gambaran diri Rasulullah
- Tibbun Nabawi: Penjelasan mengenai rawatan fizikal melalui Al-Quran & Sunnah
- Asbabun Nuzul
- Kisah nabi & rasul, pengajaran & nasihat
- Sirah Nabawi
- Kompilasi doa harian berasaskan hadis sahih
- Perbahasan ayat berdasarkan kitab muktabar

Mengetuk Pintu Langit (Semi Novel ‘Israk Mikraj')


Mengetuk Pintu Langit (Semi Novel ‘Israk Mikraj') 
 Penulis: Miftahul Asror Malik 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM12.00 

 Sesungguhnya perjalanan itu bukan hanya perjalanan untuk menghiburkan hati baginda setelah terperuk dalam liang kesedihan kerana pemergian bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya yang tercinta, Khadijah, yang menghadap Allah. Perjalanan itu ialah perjalanan mulia yang menjadi tonggak dasar kekuatan dakwah baginda dan sebagai syariat penting agama Islam. Sesungguhnya ini adalah salah satu perjalanan terpenting baginda dalam menyebarkan dakwah Islam di alam semesta. 

Model semi novelette ini ditulis agar pembaca dapat mengambil kisah perjalanan ini secara sempurna, tanpa perlu berpolemik dengan pelbagai pendapat pro-kontra. Perjalanan mulia baginda ini sudah pasti benar dan masuk akal. Sedangkan berkaitan siapakah yang melakukan perjalanan itu sama ada ruh atau jasad Nabi sahaja, atau mungkin kedua-duanya. Semua itu perlu kembali kepada Allah dan pastinya semua itu berlaku kerana sesungguhnya Dia Yang Berkuasa atas segala sesuatu. 

Anda wajib membaca buku ini, kerana inilah novel pertama yang menceritakan tentang perjalanan paling penting selama kehidupan baginda baginda.

Kurikulum Dari Langit


Kurikulum Dari Langit 
 Penulis: Dr. Hamdan Muhammad, Muhammad Najmuddin 'Ulwan 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM16.00 

 Dunia hari ini menghadapi pelbagai masalah yang belum dapat diselesaikan dengan berkesan. Semakin banyak teori yang dikemukakan untuk menyelesaikan masalah, semakin bertambah pula masalah baru. Di mana-mana sahaja kehidupan manusia terancam yang berpunca daripada tangan manusia sendiri. Sistem ciptaan manusia yang mencakupi politik, ekonomi, sosial, undang-undang dan sebagainya GAGAL menyelesaikan masalah manusia dengan berkesan. 

 Keruntuhan akhlak dan gejala sosial berlaku dengan parah. Penindasan, kemelaratan dan kemiskinan tidak pernah selesai. Permusuhan, perpecahan dan pertumpahan darah tidak putus-putus berlaku. Semuanya itu adalah gambaran kegagalan sistem ciptaan manusia.Ramai generasi muda Barat yang kecewa dengan kegagalan tersebut menolak ajaran Kristian dan mereka mencipta falsafah hidup baru yang berasaskan kebendaan. 

 Penyelesaian yang mereka cuba itu menemui kegagalan kerana mereka mengubah fitrah manusia. Orang Islam yang terpengaruh dengan penyelesaian Barat itu menjadi lebih teruk daripada mereka. Orang Islam itu bukan sahaja gagal mencapai hakikat kebendaan yang mereka buru, tetapi juga hilang jati diri. Maka, penyelesaian secara fitri merupakan kaedah penyelesaian yang berkesan kerana serasi dengan fitrah semula jadi manusia. Buku “Kurikulum Dari Langit” ini cuba membawa anda menyemak sistem fitrah yang sempurna.

Friday, December 20, 2013

WTF? Wa Tak Faham: 23 Hartanah Sebelum 30


WTF? Wa Tak Faham: 23 Hartanah Sebelum 30 
 Penulis: Faizul Ridzuan 
 Terbitan: Penerbit Wawasan Nusa 
 Harga: RM34.90 

 Buku karangan Faizul Ridzuan ini mengisahkan seorang pemuda biasa yang mempunyai kepakaran dalam bidang pelaburan hartanah. Menariknya, beliau bukanlah berasal dari keluarga kaya. Malahan ketika beliau memasuki bidang pelaburan hartanah ini, beliau sebenarnya adalah seorang pekerja biasa namun berjaya mengumpul aset hartanah sehingga 23 buah unit hartanah ketika umur beliau belum mencecah 30 tahun. Ia memang merupakan pencapaian yang menakjubkan kerana bukan mudah untuk membeli hartanah dan mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda melaluinya.

Thursday, December 19, 2013

Koleksi Doa & Zikir Serta Adab Seharian Untuk Adik-Adik


Koleksi Doa & Zikir Serta Adab Seharian Untuk Adik-Adik 
 Penulis: Nur Ashiqa & Mohd Najib 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM28.00 

 Dilengkapi: 
 Doa-doa penting 
Akhlak dan adab 
Nama-nama 25 Nabi & Rasul 
Sifat dua puluh 
Solat Sunat Hajat 
Rukun Iman 
Rukun Islam 
Nama-nama Malaikat Dan Tugasnya 
Dan banyak lagi doa & amalan yang berguna

Wednesday, December 18, 2013

66 Ilmuwan Islam


66 Ilmuwan Islam 
 Penulis: Ustaz Muhammad Hatta Selamat 
 Terbitan: Pustaka Azhar 
 Harga: RM47.00 

 Buku 66 Ilmuwan Muslim Terkenal menghimpunkan tokoh Muslim di sepanjang zaman dalam pelbagai bidang. Antara mereka adalah: 
-  ABDUL RAHMAN AL-SUFI (Penulis Buku Astronomi Bergambar Paling Awal) 
- ABU MANSYUR AL-BAGHDADI (Raja Arimatik Dan Matematik) 
- ABU MA'SHAR AL-BALKHI (Pakar dalam Astronomi, Sains Pertama yang Menafikan Aristotle)
- ULUGH BEG (Astronomi Terkenal dan Guru Matematik) 
- TIMUR LENG (Pahlawan Perang Terbilang) 
- QAYYUM NASIRI (Menguasai Ilmu Arimatik dan Beberapa Bahasa, Pencetus Kemodenan Negara "Beruang Merah") 
- RAHMAN AL-FASI (Poligraf yang Serba Boleh, Mewariskan Ratusan Karya Astronomi dan Kedoktoran)

Peranan Encik Suami Hari Ini: Antara Kewajipan Dan Realiti


Peranan Encik Suami Hari Ini: Antara Kewajipan Dan Realiti 
 Penulis: Dr. Husain Syahatah 
 Terbitan: Pustaka Azhar 
 Harga: RM14.00 

 Allah mensyariatkan sebuah rumah tangga sebagai asas sebuah masyarakat yang mulia. Seorang ketua rumah tangga adalah penguasa, sekaligus pemimpin dalam rumah tangganya. Melalui rumah tangga ini, lahir sebuah masyarakat yang melahirkan pemerintahan yang sesuai dengan tuntutan Islam. Di bahunya terpikul tanggungjawab yang berat dan tuntutan yang pelbagai.

Edisi Istimewa Haji dan Umrah


Edisi Istimewa Haji dan Umrah 
 Penulis: Dato' Haji Md. Daud Che Ngah 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM30.00 

 Buku eksklusif berkenaan perlaksaan ibadah haji dan umrah dengan kupasan yang terperinci berserta dengan dalil yang sahih dan diyakini. Turut dimuatkan gambar-gambar, ilustrasi, rajah, dan lakaran peta yang menarik, menceritakan tentang perjalanan ibadah haji. Buku yang sangat sesuai untuk semua pembaca yang ingin menambah ilmu berkenaan ibadah ini dan juga yang ingin melaksanakannya di mana ianya sesuai untuk dijadikan rujukan agar lebih yakin dalam melakukannya. Insya-Allah.

Tuesday, December 17, 2013

Indahnya Sabar: Bekal Sabar Agar Tidak Pernah Habis


Indahnya Sabar: Bekal Sabar Agar Tidak Pernah Habis 
 Penulis: Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah 
 Terbitan: Maghfirah Pustaka 
 Harga: RM60.00 

 Buku ini mengajarkan Anda untuk memahami sabar bukan berarti menyerah tanpa usaha. Tetapi, sabar bukan pula perjuangan tanpa hasil. Sabar adalah maksimal dan tawakal total. Sabar adalah perwujudan keyakinan kuat akan janji Allah. Dengan sabar, hati begitu percaya, bahwa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba. 

 Apa jadinya jika hati dipenuhi oleh sergapan ambisi dan pemaksaan kehendak? Tenaga habis dan niat suci pun hangus oleh obsesi dan prasangka buruk kepada Allah. Tiada kondisi yang paling indah, kecuali menyelipkan sabar, baik di kala senang maupun susah, kaya maupun miskin, senggang maupun sempit.

Monday, December 16, 2013

Hidayatus Salikin


Hidayatus Salikin 
Susunan: Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani 
Terbitan: Galeri Ilmu   
Harga: RM50.00 

 Hidayatus Salikin adalah kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk nusantara. Kitab ini dikemaskini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca. Terjemahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah.

Thursday, December 12, 2013

Agar Kubur Menjadi Taman Syurga (Hukum dan Permasalahan)


Agar Kubur Menjadi Taman Syurga (Hukum dan Permasalahan) 
 Penulis: Fauwaz Fadzil Noor 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM10.00 

 Bolehkah kita berdoa di kubur? Adakah kita dibenarkan mengambil berkat di kubur? Benarkah amalan kita membaca talkin di kubur? Semua persoalan ini seperti kita sudah ketahui jawapannya tetapi adakah kita pasti dengan jawapan tersebut? Maka setiap inti pati dalam buku “Agar Kubur Menjadi Taman Syurga” dapat memberi jawapan kepada setiap persoalan di atas. Buku ini dapat menyelesaikan masalah-masalah berkaitan hukum-hukum kubur yang mungkin dihadapi oleh umat Islam kini. Setiap hujah dinukilkan berdasarkan persepakatan para ulama terhadap perkara tersebut dengan bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah yang sedikit pun tidak meninggalkan sebarang keraguan dan syak kepada para pembaca yang peka. Insya-Allah.

Jurnal Haji Pengubat Rindu


Jurnal Haji Pengubat Rindu 
 Penulis: Intan Yaacob 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00

“Jurnal Haji Pengubat Rindu” ini mengisahkan pengembaraan tetamu Allah mengerjakan haji di tanah suci. Pengembaraan haji ini bermula pada hari pertama bergerak ke tanah suci dan berakhir sebaik sahaja tiba di tanah air. Pelbagai pengalaman suka duka dan pahit manis diceritakan agar menjadi panduan kepada bakal jemaah haji sekali gus menjadi pengubat rindu bagi mereka yang telah bergelar haji dan hajah. Penyampaian jurnal berbentuk catatan harian diharapkan dapat menimbulkan perasaan seolah-olah pembaca sendiri yang melalui pengalaman haji tersebut.

Wahai Muslimah Jauhilah 60 Larangan


Wahai Muslimah Jauhilah 60 Larangan 
 Penulis: Solah Fathi Hilal 
 Terbitan: Jasmin
 Harga: RM14.00 

 Buku ini mencakupu tentang beragam kekeliruan, larangan dan kesalahan yang kerap kali dilakukan oleh kaum wanita baik kerana ketidaktahuan mereka (terhadap syariat Allah) atau juga kerana terikat dengan golongan bukan Islam yang di sekeliling mereka.

42 Majlis Bersama Rasulullah S.A.W.


42 Majlis Bersama Rasulullah S.A.W. 
 Penulis: Dr. Adil Bin Ali Asy-Syafi 
 Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM12.00 

 Amma ba'du: sudah jelas bahawa tidak ada majlis yang lebih mulia daripada majlis Nabi s.a.w, dan sungguh para sahabat telah pergi dengan kemuliaan, duduk dalam satu majlis bersama Rasulullah s.a.w. di dunia, dan mengambil ta'lim, pengarahan dan tarbiyah Nabi s.a.w, maka sesungguhnya Allah s.w.t dengan rahmat dan kemurahan-Nya telah memberikan kemudahan kepada kita untuk mempelajari sirah, sunnah, petunjuk dan ciri-ciri keperibadian baginda yang memiliki watak kesempurnaan rahmat, toleransi, kecerdasan, kemurahan dan akhlak mulia.

Wednesday, December 11, 2013

Solat Emergency: Rukhsah Solat & Wuduk Ketika Musibah


Solat Emergency: Rukhsah Solat & Wuduk Ketika Musibah 
 Penulis: Fauzi Abdul Hamid 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Wajib bagi kita memelihara ibadat solat dan menjaganya dengan sempurna. Islam telah menunjukkan cara dan kaedah untuk menunaikan solat ketika musafir, peperangan, ketika sakit, tatkala belayar, di dalam kapal terbang, di atas tunggangan dan sebagainya. Tetapi kerap kali yang berlaku adalah pengabaian solat apabila ditimpa sakit. Pesakit merasakan mereka tidak perlu bersolat kerana sakit dan pelbagai lagi tanggapan yang ternyata salah dan perlu diperbetulkan. Buku “Solat Emergency” sesuai sebagai bahan rujukan masyarakat. Buku ini wajib dimiliki kerana ia menyuntik kesedaran kepada pesakit agar mendirikan solat. Menjelaskan secara teori dan praktikal panduan ibadah pesakit. Dilengkapi dengan gambar kaedah pelaksanaan ibadah pesakit serta menjelaskan tatacara wuduk dan tayamum mengikut pelbagai situasi dan keadaan pesakit.

Amanat Cinta Seorang Hamba


Amanat Cinta Seorang Hamba 
 Penulis: Thoyba Mursyidah 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 "Aku tidak mahu jatuh lagi. Perjuanganku masih belum selesai. Biarlah Allah SWT menentukan segalanya.” Fidae’i Al Humaidi 

“Perhatian yang awak berikan telah meyakinkan saya bahawa wujud satu perasaan lain antara kita.” Iffah Amani 

 “Kerja Islam masih banyak menunggu. Aku tidak mahu perkara lain membantutkan semuanya.” Yusof Bahij 

Perjuangan anak-anak muda. Iman diduga, persahabatan diuji, amanah dicabar. Mampukah mereka mendepani setiap badai yang melanda? Berjayakah mereka menyempurnakan amanah yang terpikul?

Tuesday, December 10, 2013

Kenapa Umat Islam Tertinggal


Kenapa Umat Islam Tertinggal 
 Penulis: Syaikh Syakib Arslan 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM25.00 

 Buku yang pada tahun 1940 diterbitkan oleh Al-Manar Press ini menjawab pertanyaan terpenting bagi Dunia Islam: Kenapa umat Islam tertinggal? Dan kenapa umat lain maju? Jawaban atas pertanyaan kritis tersebut begitu gamblang disajikan dalam buku ini. Isinya menyentak kesadaran kaum Muslimin, menggerakkan tekad kita menuju perbaikan, dan secara jujur menunjukkan letak kelemahan dan kemerosotan kita. 

 Sejak awal penerbitannya, para musuh Islam berupaya keras agar jangan sampai buku ini tersebar di dunia Islam, khawatir jika kaum Muslimin bangkit. Tokoh kebangkitan pemikiran dan politik Islam, Syaikh Rasyid Ridha, berkomentar: “Beberapa negara kolonial dibuat gelisah dan sangat terguncang oleh buku ini. Negara-negara kolonial itu membujuk pemerintah Suriah untuk melarang peredarannya di sana, padahal negara itu beserta penduduknya paling berhak atas buku ini. Prancis pun melarangnya masuk ke Aljazair. Prancis mewanti-wanti agar masyarakat tidak membacanya, seolaholah buku ini wabah penyakit, dengan ancaman hukuman bagi pelanggar larangan tersebut.” 

 Sebaliknya, dunia Islam beserta para tokohnya justru menyambut hangat buah pena Syakib Arslan ini. Ia menjadi pusat perhatian yang tiada hentinya dipublikasikan dan disebarluaskan dari waktu ke waktu. Pustaka Al-Kautsar menghadirkan buku fenomenal ini kepada kaum Muslimin Indonesia. Semoga menjadi renungan dan instropeksi bagi terwujudnya kebangkitan Islam.

Bangau Oh Bangau!


Bangau Oh Bangau! 
 Penulis: Mohd Fakhruddin 
 Terbitan: Must Read 
 Harga: RM20.00 

 Nikmat kehidupan yang dikecapi perlu dihargai dan disyukuri. Bukannya sekadar untuk dinikmati kerana nikmat ini bukan kekal abadi. Suatu hari nanti ia akan pergi bersama jasad yang dikandung tanah. Nikmat yang kekal abadi akan menyusuli berdasarkan amal yang dibekali. Buat mereka yang sering lupa dan lalai, hargailah hidup ini! 

 Garapan santai himpunan kisah kehidupan yang penuh teladan.

Agar Hati Tidak Mati


Agar Hati Tidak Mati 
 Penulis: Tengku Nurhusni Tengku Ab Razak 
 Terbitan: Must Read 
 Harga: RM19.90 

 Apabila mata dipejamkan, kedua-dua bibir terkatup rapat, telinga dikunci erat, tapi hati masih mendengar, hati masih melihat, hati masih berkata-kata. Berbicara, melihat, mendengar untuk mencari erti. Kerana itu, pandangan hati lebih bermakna, mata hati lebih berharga. Walau si buta bertongkat, si bisu tiada suara, si pekak tiada pendengaran, namun mereka punya hati yang cerah melihat, peka mendengar dan petah berkata-kata. 

 Mengapa hati menjadi persoalan? Mengapa hati yang kita bicarakan? Mengapa hati yang kita mahu dendangkan? Kerana hati adalah diri kita, diri kita adalah hamba.

Wednesday, December 4, 2013

SYIAH Komplot Tawan DUNIA


SYIAH Komplot Tawan DUNIA 
 Penulis: Syeikh Abu Muhammad Musanna 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM25.00 

 Buku ini mendedahkan komplot Syiah yang berpegang kepada asas akidah Syiah yang disambung oleh Khomeini, Ali Khomeini, Hasan Rouhani, presiden Iran sekarang ini, daripada pengasas Syiah asal, iaitu Ibnu Saba' seorang YAHUDI yang amat memusuhi Saidina Umar. 

 Buku ini juga memperincikan kesesatan fahaman Khomeini yang terdapat dalam bukunya Wilayah Faqih, al-Hukuma' al-Islamiyah dan Kasyful Asrar yang kandungannya mempertikaikan kesahihan al-Quran sekarang. Malah menuduh para sahabat mengkhianati amanat Rasulullah SAW, serta yang paling merbahaya sekali adalah keyakinan terhadap kemunculan Imam Mahdi (Syiah) yang merancang untuk menawan Makkah dan Madinah serta memindahkan kiblat umat Islam ke Najad, Iraq. 

 Dapatkan buku ini untuk memahami konspirasi Syiah yang sanggup berkomplot dengan Yahudi, Amerika dan segala musuh Islam untuk mencapai cita cita mereka.

Zainab Al-Ghazali: Srikandi Islam Mesir


Zainab Al-Ghazali: Srikandi Islam Mesir 
 Penulis: Shafie Abd. Rahman 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM23.00 

"Sekarang bilik penjara 24 itu tidak gelap lagi. Barulah Zainab al-Ghazali nampak semua yang ada di dalam bilik itu. Dia mengucap dan beristighfar panjang. Rupa-rupanya tujuan Zainab dimasukkan ke dalam bilik itu adalah untuk menyeksanya. Di dalam bilik kurungan itu terdapat beberapa ekor anjing garang yang dikurung sekali bersama-samanya. Jelas sekali anjing-anjing itu sengaja dibiarkan untuk menggigit Zainab." 

Itulah natijah yang terpaksa Zainab hadapi demi perjuangannya. Namun itu sedikit pun tidak menumbuhkan rasa kesal dalam jiwanya. Keberanian, kecekalan dan ketabahan serta semangat juang Nusaibah binti Kaab menjadi inspirasinya ketika menghadapi cubaan dalam kehidupan dan perjuangannya bagi mendaulatkan kembali syariat Islam di bumi Mesir. Sahabiah yang tidak pernah pudar semangat juang untuk berjihad di jalan Allah itu menjadi idola perjuangannya.

Maryam Jameelah, Tokoh Wanita Islam Berbangsa Yahudi


Maryam Jameelah, Tokoh Wanita Islam Berbangsa Yahudi 
 Penulis: Shafie Abd. Rahman 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM23.00 

 Margaret ingin segera membuang identiti Yahudi yang ada pada dirinya. Dia tidak mahu dirinya sekali-kali dikaitkan dengan bangsa Yahudi. Apatah lagi dia sudah mengetahui bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang dimurkai oleh Tuhan. Dia juga tahu bahawa bangsa Yahudi bertanggungjawab membunuh nabi-nabi serta utusan Tuhan yang diutus kepada mereka. Bahkan orang Yahudilah yang bertanggungjawab merancang dan mengatur usaha untuk membunuh Nabi Isa a.s. 

Pergolakan dalam diri itu akhirnya membawa kepada bertukarnya Margaret Marcus kepada Maryam Jameelah. Daripada seorang penganut Judais kepada penganut Islam yang komited dalam penghayatan Islam secara syumul. Hidayah dan taufik daripada Allah itu mendorongnya berhijrah dari Amerika Syarikat ke Pakistan untuk memelihara dan mempertingkatkan imannya. Demi melengkapkan kesempurnaan Islamnya, beliau terjun berdakwah dan berjihad melalui mata pena. Beliau tampil daripada kalangan bangsa Yahudi yang menjadi jurubicara wanita Islam. Maryam Jameelah sebutir mutiara di tengah jutaan kaca.

Sunday, December 1, 2013

Undang-Undang Syariah Di Malaysia


Undang-Undang Syariah Di Malaysia 
Penulis: Abdul Karim Ali, PhD & Mohd Roslan Mohd Nor, PhD 
Terbitan: Persatuan Ulama' Malaysia 
 Harga: RM23.00 

 Buku ini merupakan himpunan kertas kerja Seminar Kebangsaan Undang-Undang Syariah di Malaysia (2012) yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama' Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. 

Fokus buku ini secara amnya tertumpu kepada: 
- Menghuraikan Islam sebagai sebuah cara hidup yang komprehensif. 
- Menghuraikan falsafah undang-undang jenayah Islam. 
- Menjelaskan kategori-kategori jenayah mengikut Islam. 
- Menjelaskan senario kesalahan dan jenayah yang berlaku di Malaysia.

Revolusi Mesir: Seruan Dan Rayuan Yusuf Al-Qaradawi


Revolusi Mesir: Seruan Dan Rayuan Yusuf Al-Qaradawi 
 Penulis: Farhan Hidayatullah 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM20.00 

 "Tegarlah wahai pemuda! Sesungguhnya kamu sedang melaksanakan fardhu kifayah yang mewakili seluruh bangsa Mesir. Sudah sepatutnya antara rakyat Mesir, ada orang yang tergerak untuk memperjuangkan kebenaran dan menumpaskan kebatilan."