Thursday, June 30, 2016

Mudahnya Berbahasa Arab Di Dua Tanah Suci


Mudahnya Berbahasa Arab Di Dua Tanah Suci 
 Penulis: Dr. Hj. Mohd Puzhi Usop, Dr. Hj. Azlan Shaiful Baharum, Dr. Nurkhamimi Zanuddin 
Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM25.00 

 Buku ini memberikan kita panduan berkenaan cara berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Ini penting untuk bakal tetamu Allah kerana dengan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab memberikan kita lebih keyakinan semasa berada di Tanah Suci kelak. Malah mungkin dengan kemahiran itu kita dapat membantu mereka yang memerlukan atau kita mendapatkan bantuan sekiranya berhadapan dengan kesukaran semasa di Tanah Suci kelak.

Monday, June 27, 2016

Pesona Ahli Syurga (Kisah Orang Soleh Siri 1)


Pesona Ahli Syurga (Kisah Orang Soleh Siri 1) 
 Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM20.00 

 Koleksi 170 kisah orang-orang soleh daripada zaman Rasulullah saw sehingga abad ke-20 yang dihimpunkan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll di dalam buku Pesona Ahli Syurga ini sebagai suatu bentuk hiburan jiwa yang bukan sekadar menghiburkan, malah mampu memberi motivasi dan momentum untuk anda.  

Kisah-kisah benar ini berkisarkan mukjizat Baginda saw, karamah orang-orang soleh, kehebatan mereka dalam beribadah dan mencintai Rasulullah saw. Antara kisah yang dimuatkan dalam siri pertama Pesona Ahli Syurga ini: 
● Makanan bertasbih dan air memancar daripada jari-jemari Nabi 
● Harimah Makkah 
● Solat malamnya 300 rakaat 
● Ulama yang dipanggil Habib Neon 
● Ibu kepada syuhada’ 
● Meninggal dengan membaca hadis tentang kalimah la ilaha illallah

Legasi Cinta Murabbi (Kisah Orang Soleh Siri 2)


Legasi Cinta Murabbi (Kisah Orang Soleh Siri 2) 
 Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM20.00 

 Siri kedua daripada Kisah Orang Soleh tulisan Ustaz Muhadir Haji Joll ini menghimpunkan lebih 200 kisah-kisah benar tentang ulama daripada zaman awal Islam sehingga zaman moden. 

Kesungguhan mereka menuntut ilmu, menyebarkan ilmu melalui pengajian dan penulisan serta akhlak-akhlak mulia mereka mampu memberi inspirasi kepada umat Islam akhir zaman kini agar lebih bersemangat dan kuat berusaha untuk menuntut ilmu serta menyebarkan agama Islam sama ada dengan ilmu mahupun akhlak yang mulia. 

 Buku Legasi Cinta Murabbi ini memuatkan pelbagai kisah seperti: 
● Imam Abu Hanifah tidak pernah melunjur kaki ke arah rumah gurunya 
● Masruq bermusafir hanya untuk mendapatkan satu huruf 
● Hafalannya sebanyak 13 buah almari kitab 
● Membaca kitab untuk menghilangkan letih 
● Menulis 110 buah kitab sepanjang umur 39 tahun 
● Imam al-Alusi mengajar 24 pelajaran sehari 
● Hatim mengalahkan seorang Yahudi 
● Memulangkan keuntungan kerana riba 
● Tiang itu adalah Manshur 
● Pengsan kerana takutkan Allah 
● Gabenor yang miskin

SYARAH AL-KABAIR – PENJELASAN KITAB DOSA-DOSA BESAR


SYARAH AL-KABAIR – PENJELASAN KITAB DOSA-DOSA BESAR 
 Penulis: Imam Az-Zahabi 
 Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir 
 Harga: RM25.00 

 Buku ini berisi kumpulan 76 jenis dosa besar yang bersumber dan keterangan dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Buku ini juga diperkayakan oleh kitab-kitab ataupun fatwa-fatwa Syeikh Utsaimin. Untuk takhrij hadisnya, buku ini menggunakan dasar syarat hadis Syeikh Al-Albani kemudian ditahkik oleh Abu Abdirrahman Adil bin Sa’ad. Pentahkik juga memperkaya isi buku ini dengan memasukkan syarah Riyadhiis Shalihin karya Imam Nawawi. 

Al-Kabair adalah kitab monumental karya Imam Az-Zahabi yang telah lama hilang. Namun demikian, faktanya di kalangan masyarakat kitab tersebut banyak beredar. Hal ini menimbulkan kesimpang siuran dan perdebatan di kalangan ulama mengenai kesahihan kitab Al-Kabair. Sebabnya, buku yang beredar banyak memuat hadis dhaif yang dalam kitab Imam Az-Zahabi yang lain, hadis tersebut ditentang keras.

Sunday, June 26, 2016

Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam


Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam 
 Penulis: Dr Faszly Rahim, Dr Wan Nasyruddin Wan Abdullah, Prof Dr Aminah Abdullah 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM70.00 

 Buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam ini mengupas keajaiban penyembuhan dengan memanfaatkan farmakologi alam. Segala ciptaan Allah SWT mempunyai manfaat yang banyak kepada manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Bagi mencapai natijah optimum daripada sumber makanan yang diambil, Islam mengajar umatnya tentang pemakanan yang baik. Hal ini boleh diertikan sebagai gizi yang halal dan mendatangkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia. 

Dengan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan yang berada disekeliling kita, bukan sahaja dapat kita pelajari tentang kaedah penyembuhan penyakit malah pembaca diharap dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan makanan. 

Mengapakah anda perlu memiliki buku ini: 
- Dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat Al Quran dah hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan makanan 
- Memperkenalkan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan di sekeliling kita 
- Boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian bidang berkaitan 
- Menyediakan panduan kepada pengamal perubatan alternatif 
- Perkongsian maklumat bersama seisi keluarga dan rakan-rakan


Semoga ilmu di dalam buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam ini dapat dikongsi bersama seisi keluarga dan rakan-rakan untuk manfaat bersama. Ia juga boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian dalam bidang berkaitan serta menyediakan panduan kepada para pengamal perubatan alternatif. 

Tuesday, June 21, 2016

Biografi Agung Abu Al-Hassan Ali Al-Nadwi


Biografi Agung Abu Al-Hassan Ali Al-Nadwi 
 Penulis: Prof Madya Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM25.00 

 Al-Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan Muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideology dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam. Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naïf di hadapan Barat. Malah al-Nadwi sering melaungkan bahawa Barat perlu belajar lebih banyak dari pada umat Islam. 

Beliau menggambarkan Barat sebagai: “kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia.” 

 Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasa sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa yang sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya. Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan-rintihan lain yang lebih hebat lagi.

Monday, June 20, 2016

Kitab Al-I’tishom (Arab)


Kitab Al-I’tishom (Arab) 
 Penulis: Imam Abu Ishaq, Ibrohim bin Musa bin Muhammad Asy-Syathibi 
 Terbitan: Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 
 Harga: RM56.00

Saturday, June 18, 2016

Misteri Alam Melayu Nusantara Emas : Khazanah Yang Hilang


Misteri Alam Melayu Nusantara Emas : Khazanah Yang Hilang 
 Penulis: Nurani Maarif & Brado Kapak 
 Terbitan: AKAR 
 Harga: RM35.90 

 Atas keyakinan bahawa kisah Alam Melayu-Nusantara tidak dikhabarkan sepenuhnya – terpendam dalam lipatan sejarah silam, dipintas melalui penulisan dan olahan para Orientalis maka projek penulisan dan karya semacam ini adalah penting, relevan dan kritikal. 

 Sebuah karya sejarah alternatif yang ‘menggiurkan’ berbicara melalui ‘jendela silam’ – berpatah kembali pada dimensi masa lalu dan mengungkap pandangan Alam Melayu dari sisi yang diabaikan. 

Menelusuri sejarah khazanah Alam Melayu – Nusantara yang hilang sambil sempat menyingkap epistemologi dan pemikiran Alam Melayu pada saat mereka berada di puncak.

Fiqah Kecantikan Hukum-hakam Berhias dan Bersolek


Fiqah Kecantikan Hukum-hakam Berhias dan Bersolek 
 Penulis: Dr Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kassim & Dr Ahmad Dahlan Bin Salleh 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 “Fiqah Kecantikan” adalah sebuah buku mengenai hukum–hakam berhias dan bersolek mengikut panduan Islam. Buku ini bertujuan menyuntik kefahaman dan keyakinan pembaca dalam menentukan imej wanita solehah yang benar-benar mendamaikan hati. “Fiqah Kecantikan” ini juga mampu menarik wanita bagi memilih prinsip imej dan penampilan Muslimah yang bertepatan dengan syariat Islam.

Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa


Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa 
 Penulis: Ustaz Fauwaz Fadzil Noor 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini menghimpunkan kompilasi beberapa aspek kehidupan penting yang perlu diambil tahu oleh wanita, malah menjadi persoalan sejak sekian lama. Risalah ini turut menjawab pelbagai topik penting tentang masalah- masalah hukum yang berkaitan dengan wanita. Banyak daripada permasalahan tersebut terbiar tanpa penjelasan disebabkan oleh ketiadaan waktu yang sesuai untuk bertanya atau merupakan perkara yang malu untuk ditanya oleh kaum hawa. Apatah lagi, pada zaman ini, kemungkinan orang yang bertanya tentang masalah tersebut dipandang tidak baik oleh orang lain. Oleh itu, buku ini mampu memandu para wanita Muslimah moden hari ini dan golongan lelaki yang ingin membimbing ahli keluarga ke jalan Islam yang benar.

Friday, June 17, 2016

Terjemahan Bidayatul Hidayah


Terjemahan Bidayatul Hidayah 
 Penulis: Imam Al-Ghazali 
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
Harga: RM10.00 

 Ketahuilah wahai orang yang bersemangat dalam menimba ilmu agama, yang terlihat dari dirinya kesungguhan cinta dan tingginya dahaga kepada pengetahuan agama, bahawa jika engkau di dalam mencari ilmu memiliki tujuan untuk menyombong, merasa diri lebih dari orang lain, mencari pujian di hadapan manusia dan mengumpulkan harta dunia dengan memperalat ilmu agama untuk kepentingan nafsu belaka, maka sesungguhnya engkau telah melangkah dalam menghancurkan agama, merosak jati dirimu dan menjual akhirat demi duniamu.

Thursday, June 16, 2016

Seindah Mawar Berduri


Seindah Mawar Berduri 
 Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin 
 Terbitan: Sebarkan Bahagia 
 Harga: RM32.00 

 Khazinatul Asrar...khazanah kerahsiaan. Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.

Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar? Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki? Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai.... Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. 

Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah? Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur, "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun..." Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri...

Wednesday, June 15, 2016

Fathul Qarib Al-Mujib Fi Syarhi Alfaz Al-Taqrib (Kitab Feqah Lengkap)


Fathul Qarib Al-Mujib Fi Syarhi Alfaz Al-Taqrib (Kitab Feqah Lengkap) 
 Penulis: Ibnu Qasim Al-Ghazi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM29.00

Kitab Fathul Qarib Al-Mujib ini adalah hasil karya Qadi Abu Syuja’ atau Syeikh al-‘Alim al-Allamah al-Imam Syihab al-Dunya wa al-Din, Ahmad bin Husain bin Ahmad al-Asfahani al-Syafie rahimahullah. Beliau merupakan seorang ulama besar Mazhab Syafie. Kitab ini telah disyarah dan diberikan penjelasan oleh Imam Muhammad bin Qasim al-Ghazzi. 

 Sebuah kitab klasik yang menghimpunkan perbicaraaan feqah lengkap Mazhab Syafie. Perbahasan bab feqah berkisar tentang : - Kitab Taharah, Kitab Solat, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab Haji - Kitab Jual Beli Dan Beberapa Akad Mu’amalah Selainnya - Kitab Pembahagian Warisan Dan Wasiat - Kitab Nikah Dan Hukum-Hakam Yang Berkaitan Dengannya - Kitab Jinayat, Kitab Hudud, Kitab Jihad - Kitab Haiwan Buruan Dan Sembelihan - Kitab Hukum-Hakam Perlumbaan Dan Memanah - Kitab Hukum-Hakan Pengadilan Persaksian - Kitab Pembebasan Hamba.

Kitab ini amat popular dan dijadikan sebagai bacaan dan rujukan di pengajian sekolah pondok tradisional atau pesantren klasik di rantau Nusantara sehingga hari ini. Semoga pencerahan dan perkongsian ilmu yang terdapat di dalam kitab ini dapat kita manfaatkan untuk memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan orang lain. Insya Allah.

Tuesday, June 14, 2016

Usul Fiqh & Kaedah Fiqh (Modular STPM)


Usul Fiqh & Kaedah Fiqh (Modular STPM) 
Penulis: Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali 
 Terbitan: Pustaka Salam 
 Harga: RM22.00

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah - Edisi Kemas Kini


Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah - Edisi Kemas Kini 
 Penulis: Zamri Mohamad, Imran Yusuf 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM26.00 

 Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. 

 Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

MAKRIFAT CINTA RABIAH AL-ADAWIYAH: JALAN SPIRITUAL SANG PECINTA SEJATI


MAKRIFAT CINTA RABIAH AL-ADAWIYAH: JALAN SPIRITUAL SANG PECINTA SEJATI 
Penulis: Mohamad Fathollah 
 Terbitan: Araska 
 Harga: RM27.00 

 Rabiah Al-Adawiyah seorang mistis yang termasuk kelompok sufi periode awal. Kisah dan pengalaman mistis serta sajak-sajaknya yang berkualitas tinggi telah memperkaya literatur Islam. Kendati Rabiah Al-Adawiyah dikenal sebagai seorang sufi besar, tetapi perjalanan hidupnya diwarnai dengan situasi yang penuh keterbatasan. Apa yang dilakukan Rabiah dalam hidupnya sebetulnya adalah ikhtiar untuk membiasakan diri 'bertemu' dengan pencipta-Nya.

Asy-Syamail Muhammadiyah wal Khasail al-Musthafawiyah


Asy-Syamail Muhammadiyah wal Khasail al-Musthafawiyah 
 Penulis: Imam At-Tirmidzi 
 Terbitan: Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 
 Harga: RM34.00

Monday, June 13, 2016

Sejarah Hidup Rasulullah


Sejarah Hidup Rasulullah 
 Penulis: Amru Khalid 
 Terbitan: Istanbul 
 Harga: RM35.00 

 Terjalnya jalan perjuangan dan penderitaan tak membuat Rasulullah surut menyebarkan risalah Islam. Siksaan, hinaan, rayuan bahkan usaha pembunuhan justru semakin menambah keyakinan baginda dan para sahabatnya untuk menapaki amanah ilahiyah dengan kesabaran dan semangat pantang menyerah. 

 Dialah, Rasulullah Sang Junjungan. Seorang suami penyayang, ayah yang ramah, sekaligus pemimpin tiada tanding. Bahkan para musuhnya pun mengakui keluhuran budi pekertinya, dengan gelar Al-Amin. 

 Dengan kepiawaiannya mengungkap banyak hikmah tersembunyi, Penulis mampu meracik seluruh episode mengagumkan dalam kehidupan Rasulullah menjadi sebentuk narasi bertutur. Sebuah metode penyajian Sirah Nabawiyah yang agak berbeza dari buku-buku sejenis.

Tuesday, June 7, 2016

Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Usulnya


Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Usulnya 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM11.00 

 Penemuan banyak artifak Islam seperti Batu Bersurat di Terengganu, wang syiling yang ada lambang Islam dan kesan-kesan yang terdapat di Kelantan, Pahang, Kedah, Acheh dan Palembang dan banyak lagi jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam sudah lama bertapak di Nusantara ini.

Meraih Cinta Ilahi


Meraih Cinta Ilahi 
 Penulis: Syekh Abdul Qadir al-Jailani 
 Terbitan:Khatulistiwa Press 
 Harga: RM74.00

Monday, June 6, 2016

Ayyuhal Walad: Wahai Anakku Yang Tercinta


Ayyuhal Walad: Wahai Anakku Yang Tercinta 
 Penulis: Imam Al-Ghazali 
 Terbitan: Khazanah Banjariah 
 Harga: RM7.00 

 Kitab Ayyuhal Walad ini ditulis oleh Imam al-Ghazali r.h sebagai jawapan kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliau yang sangat mencintainya. Dalam surat tersebut murid beliau meminta agar Imam al-Ghazali r.h sudi menulis sepucuk surat yang merupakan suatu wasiat yang ditujukan kepadanya secara khusus, walaupun ia yakin bahawa isi kandungan surat tersebut telah termaktub dalam kitab-kitab karya Imam al-Ghazali r.h. Lalu Imam al-Ghazali dengan murah hati menjawab surat muridnya dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya.

Maka telah berhimpunlah dalam nasihat Imam al-Ghazali ini keindahan keikhlasan dan keindahan bahasa. Lalu kalimah yang keluar daripada hati yang ikhlas tadi akan masuk ke dalam lubuk hati pula. Dan benar-benar memeberikan kesan yang ketara sekali dan inilah nilai kebenaran dan nilai keindahan yang sebenar dan inilah nilai sastera yang sebenar iaitu ikhlas, indah, benar dan berkesan.

Sunday, June 5, 2016

MALAM BAGAIKAN MALAIKAT, SIANG BAGAIKAN SINGA


MALAM BAGAIKAN MALAIKAT, SIANG BAGAIKAN SINGA 
 Penulis: Abdul Rahim Muhammad Syakrawi 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM28.00 

 Solat, bagi kaum muslimin, adalah perkara yang tidak asing lagi. Ianya merupakan ibadah yang paling utama. Sebahagian kita menyebut solat dengan kata sembahyang. Menyamakan solat dengan sembahyang sama ertinya dengan menyatakan bahawa setiap agama memilikinya, tidak terkecuali agama kita. lanya menyatakan hal yang demikian ini sesungguhnya tidak terlalu tepat. Ketika kata solat diganti dengan kata sembahyang, maka ianya mengandaikan bahawa setiap agama memiliki cara sendiri-sendiri dalam bersembahyang, akan tetapi pada hakikatnya cara tersebut memiliki maksud dan matlamat yang sama. Maksud dan matlamat yang sama, hanya cara dan waktu-waktunya saja yang berbeza. Persoalannya, apakah memang sedemikian? Apakah solat itu tidak ubahnya sembahyang yang dilakukan oleh seorang Kristian, atau seorang Hindu, atau seorang Buddha? Apakah benar bahawa maksud dan matlamatnya itu sama dan hanya berbeza dalam cara dan waktu-waktunya saja? Tidak adakah hakikat yang dapat ditarik dan perbezaan cara-cara dan waktu bersembahyang antara agama tersebut, sehingga perbezaan ini membawa perbezaan pula dalam maksud dan matlamatnya? 

Tampaknya dari segi inilah upaya bagi memahami hakikat solat dan rahsia-rahsia yang dapat kita petik dan ibadah solat Tahajjud dalam pengertian agama kita. Satu hal yang pasti, anda tidak akan menemukan satu konsep ibadah yang disebut dengan sembahyang, yang dilakukan oleh umat-umat lain selain Islam seperti ibadah solat Tahajjud ini. Dengan kata lain, hanyalah dalam Islam saja dikenali dengan sembahyang Tahajjud. Bagi memahami pembahasan yang demikian ini, saya ingin menunjukkan terlebih dahulu kepada anda adanya pemikiran yang membingungkan, yang justeru keluar dari akal sebahagian muslim dalam membaca, memandang dan memaknai hakikat solat.

Robohnya Dakwah di Tangan Dai


Robohnya Dakwah di Tangan Dai 
 Penulis: Fathi Yakan 
 Terbitan: Era Intermedia 
 Harga: RM20.00 

 Tatkala kita berfikir tentang sebuah gerakan dakwah maka yang muncul dalam benak kita adalah suatu kegiatan yang membawa maslahah, konstruktif dan membimbing manusia menuju kesucian nilai-nilai Islam. Demikian dicontohkan oleh dakwah pertama yang lahir di masa Rasulullah saw. 

Namun kini kita mendapati fenomena ganjil, iaitu adanya gerakan dakwah bervisi penegakan Islam yang ternyata dicemari oleh sikap-sikap yang acap kali menjauhkan orang dari Islam itu sendiri. 

Antara lain adanya fanatisme kelompok dakwah, fatwa-fatwa yang negatif kepada sesama aktivis dakwah, orientasi dakwah yang tidak bersih, ghibah, hasad di tubuh dakwah dan hal-hal semacamnya. Semua itu justru bertentangan dengan Islam sendiri, sebuah nilai yang hendak diperjuangkan. Dengan kata lain, bangunan dakwah justru dirobohkan oleh aktivisnya sendiri. 

 Ustaz Fathi Yakan yang sarat dengan pelbagai pengalaman dakwah, membedah fenomena tersebut dalam buku ini. Di akhir tulisan, beliau memberikan konsep solusi, agar bangunan dakwah tetap kukuh berdiri dan dapat memainkan peranannya secara benar.