Sunday, September 29, 2013

Masa Dalam Kehidupan


Masa Dalam Kehidupan 
 Penulis: Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00 

 "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itu adalah orang yang rugi. Dan belanjakanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya. (Surah Al-Munafiqun, ayat 9 hingga ayat 10)

Mukjizat Sabar dalam Al-Quran


Mukjizat Sabar dalam Al-Quran 
 Penulis: Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM17.00 

 Sabar adalah bukti ilmu yang dalam dan keyakinan yang kuat kepada Allah s.w.t. Mukmin yang sabar, tegar menggenggam semangat yang kuat bagi meraih kejayaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya, Allah s.w.t. menjanjikan pahala yang tidak terbatas dan darjat yang tinggi kepada orang-orang yang bersabar. Melalui buku ini, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengupas berkenaan topik sabar seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Wira Kemerdekaan


Wira Kemerdekaan 
 Penulis: Abdul Latip Talib, Norazlinawati Yaakob 
 Terbitan: PTS
 Harga: RM20.00 

 Cerita ini mengisahkan seorang warga emas bernama Pak Rahman, seorang pejuang kemerdekaan yang pernah hidup pada zaman pemerintahan Komunis di Tanah Melayu, pulang ke tanah air setelah 50 tahun merantau ke luar negara (England). Setelah begitu lama menghilangkan diri, kepulangannya tidak dikenali lagi oleh penduduk kampungnya sendiri. Tambahan pula Pak Rahman sengaja merahsiakan identitinya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi sedikit demi sedikit akhirnya orang kampung tahu siapa orang tua yang mereka anggap pendatang asing itu. 

 Selama berada di kampung itu, kesunyian menyelubungi hati Pak Rahman. Pun begitu, dia mengubatinya dengan mendekatkan hatinya kepada Tuhan. Kehadiran beberapa orang kampung yang tidak keberatan untuk berbual dengannya mengisi kekosongan hidupnya. Pak Rahman juga sempat berbakti kepada penduduk kampung. Dia membantu keluarga miskin yang memerlukan bantuan. Dia juga membantu seorang pemuda yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Akhirnya penduduk kampung tahu siapa sebenarnya Pak Rahman. Dia disanjung dan dianggap sebagai seorang wira kemerdekaan.

Moyang Salleh


Moyang Salleh 
 Penulis: Abdul Latip Talib 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

Kisah Moyang Salleh dan para pengikutnya yang menuntut adat di Empayar Johor. Keempat-empat pengikutnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tok Gagah Lela Perkasa mempunyai kekuatan yang luar biasa dan dapat mengalahkan 10 orang dalam pertandingan tarik tali. Tok Beruang Hitam mempunyai cakar yang kuat, Tok Laut Api dapat mengeluarkan api daripada mulutnya, dan Tok Bauk yang dapat melompat setinggi pokok kelapa. Berjayakah mereka dalam misi mereka menuntut adat di Johor?

10 Tokoh Usahawan Muslimah


10 Tokoh Usahawan Muslimah 
 Penulis: Sakinah Salleh 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

 10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan rahsia dan resipi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka. Namun, pada masa yang sama, tetap meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Tokoh yang diketengahkan adalah: 

Puan Zawati Ibrahim (Jatimas Asia Sdn. Bhd.) 
Puan Ramlah Hamad (AnsarComp Sdn. Bhd.) 
Puan Qutreen Nada (Children Islamic Centre - CIC) 
Chef Hanieliza (Penulis bestseller buku 1 Hari 1 Resipi) 
Puan Wan Khadijah (Tanjung Cindai Sdn. Bhd.) 
Puan Zainon Salleh (Zai's Food ZS Maju Product) 
Puan Famiza Zulkifli (Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd.) 
Dr. Norhanis (Klinik Pergigian Famili) 
Puan Rusni (Al-Hikmah Sdn. Bhd.) 
Puan Norasyikin (Sumayya Design Sdn. Bhd.)

Saturday, September 28, 2013

Indahnya Kenegaraan Islam


Indahnya Kenegaraan Islam 
 Penulis: Mohammad Nidzam Abdul Kadir 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM22.00 

 Buku “INDAHNYA kenegaraan Islam” ini adalah berkenaan dengan hukum dan akhlak. Buku ini mengupas beberapa perkara berkaitan isu politik, pentadbiran dan sistem negara. Maka penulis cuba mengolah semula pendapat dan pemikiran ulama dalam buku ini. Buku ini menjadi kemestian kepada masyarakat untuk memilikinya kerana mengupas secara ilmiah berkaitan tunjang asas dalam sesebuah negara. Menyingkap pendekatan Islam dalam pemerintahan dan kenegaraan. Memberikan garis panduan kepada rakyat dan pemerintah dalam etika bernegara dan mengharmonikan sistem yang sedia ada agar selari dengan panduan Islam. Diharapkan dengan memiliki buku ini, masyarakat bijak berpolitik dengan matang tanpa meruntuhkan asas keharmonian, persaudaraan dan kenegaraan.

Melukis Syurga


Melukis Syurga 
 Penulis: A. Ubaidillah Alias 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Abdul Khair telah dididik oleh Puan Kalthom dengan kehidupan beragama semenjak bapanya meninggal dunia. Dia seorang yang taat dan warak. Namun sebagai anak muda, Khair juga menyemai harapan untuk menikahi gadis idamannya. Gadis yang dimaksudkan ialah Raihan, seorang kawan karib semenjak kecil dan juga merupakan anak kepada Ustaz Solahuddin. Hampir sahaja Khair dan Raihan ditunangkan, namun kerana Raihan perlu melanjutkan pengajian ke Timur Tengah maka pertunangan mereka ditangguhkan. Tanpa diduga, sebaik Raihan ke Timur Tengah Khair terpaksa menerima sepupunya Sabariah sebagai isteri atas perintah ibunya. Khair akur dengan takdir dan berusaha menjadi seorang suami yang baik. Sejurus Raihan pulang, dia tidak mengerti kenapa Khair menolak cintanya? Dia berusaha mencari jawapan. Dia masih berharap cintanya akan kembali bertaut. Ketika itu, Daniel seorang anak orang kaya cuba melamarnya. Raihan semakin keliru. Wajarkah dia melepaskan Khair dan menerima Daniel, sedangkan hatinya masih kuat berharap kepada Khair?

Jika Engkau Qanaah Pasti Bahagia - Dari Kitab Klasik Minhajul Abidin

Jika Engkau Qanaah Pasti Bahagia - Dari Kitab Klasik Minhajul Abidin
Penulis: Imam Al-Ghazali
 Terbitan: Mitra Press
 Harga: RM15.00

Buku ini membahas tentang bagaimana kita berqanaah sesuai dengan ajaran Rasulullah. Yakni tetap bekerja keras untuk menjadi kaya tetapi tidak rakus terhadap pemberian Allah. Melalui buku ini, kita akan dibimbing untuk mencapai kebahagiaan hidup yang hakiki.

Thursday, September 19, 2013

Titisan Mahabbah


Titisan Mahabbah 
 Penulis: Diana Amir, Ibnu Rijal 
 Terbitan: Must Read 
 Harga: RM16.90

Naskhah ini adalah himpunan kisah peribadi Diana Amir yang mempunyai hikmah yang begitu mendalam apabila diteliti. Kisah-kisah yang disampaikan dalam bentuk bicara santai ini diintegrasikan melalui kupasan ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi agar ia bukan sekadar dibaca di minda, tetapi juga di hati.

Wednesday, September 18, 2013

Sekolah sebagai Pembangun Modal Insan


Sekolah sebagai Pembangun Modal Insan 
 Penulis: Hamedah Wok Awang, Normah Teh 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM21.00 

 Membangunkan modal insan adalah agenda utama negara seperti terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi merealisasikan matlamat murni ini, tanggungjawab tergalas di bahu guru dan pihak sekolah. Buku ini mengupas peranan sekolah sebagai institusi pembangun modal insan.

Para Penakluk Muslim Yang Tak Terlupakan


Para Penakluk Muslim Yang Tak Terlupakan 
 Penulis: Tamir Badar 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM40.00 

 Buku ini adalah cermin dari sebuah keberanian para panglima penakluk (fatih) atau pejuang Islam. Mereka adalah para hero yang terekam sejarah dengan kisah-kisah heroik mereka dalam membela dan mempertahankan kehormatan Islam. Mereka adalah para pemberani yang lahir dari rahim sejarah emas kaum muslimin, yang mampu melawan hegemoni kekuasaan Barat-Kristen, sehingga cahaya Islam terpendar luas dari Afrika sampai Eropa, dari Timur sampai Barat.

Rahsia Penyelamat Milik Harta


Rahsia Penyelamat Milik Harta 
 Penulis: Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM14.00 

 Bagaimana mendapat kembali barang yang dicuri dan hilang?

Rahsia Aneka Pahala Sekitar Sembahyang

Rahsia Aneka Pahala Sekitar Sembahyang 
Penulis: Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh 
Terbitan: Al-Hidayah 
Harga: RM14.00

Tuesday, September 17, 2013

Detik-Detik Terakhirku


Detik-Detik Terakhirku 
 Penulis: Sayyid Quthb 
 Terbitan: Uswah 
 Harga: RM20.00

Sebuah memoar menjelang akhir hayat Sayyid Quthb

Monday, September 16, 2013

Ayatur Rahman fi Jihadil Afghan

Ayatur Rahman fi Jihadil Afghan 
 Penulis: Dr Abdullah Azzam 
 Terbitan: Al-Fajr Media 
 Harga: RM25.00

Kisah nyata tentang berbagai karamah jihad di Afghanistan

Thursday, September 12, 2013

Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama


Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama (Ad-Da'wah At-Tammah) 
 Penulis: Imam Habib Abdullah Hadad 
Penterjemah: Syed Ahmad Semait 
 Terbitan: Pustaka Nasional 
 Harga: RM52.00 

 Menghuraikan pandangan Islam dalam segala pancaroba hidup dan dikuatkan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi serta pendapat para ulama salihin. Juga sesuai untuk mereka yang berminat dengan polisi pentadbiran Islam.

Magnet Insan - Menjemput Jodoh, Memikat Sahabat


Magnet Insan - Menjemput Jodoh, Memikat Sahabat 
 Penulis: Muhammad Muhyidin 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM23.00 

 Siapa sesungguhnya jodoh saya? Bagaimana saya boleh menarik perhatian si dia? Atas faktor apa saya menerima dia? Bagaimana supaya saya segera mendapat jodoh? Apakah itu persahabatan sejati? Bagaimana menarik orang untuk bersahabat dengan saya? Prinsip-prinsip dan alasan bersahabat? Banyak lagi persoalan berkenaan jodoh dan persahabatan. Semua persoalan berikut dapat ditemui jawapannya di dalam naskhah kecil ini yang diberi judul Magnet Insan: Menjemput Jodoh & Memikat Sahabat. Semoga menjadi panduan berguna kepada kita semua dalam menjalani kehidupan sosial yang tenang dan gembira, serta menjadi individu yang disenangi ramai orang. Selamat membaca

Tokoh Islam Banyak Berjasa Pada Dunia


Tokoh Islam Banyak Berjasa Pada Dunia 
 Penulis: Imam Ahmad Ibnu Nizar 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM28.00

Wednesday, September 11, 2013

Comparative Religion Series - Sheikh Ahmad Deedat


Comparative Religion Series - Sheikh Ahmad Deedat 
Set of 40 DVDs 
Price: RM800

Di Sebalik Ikhwan Muslimin


Di Sebalik Ikhwan Muslimin
 Penulis: Douglas Thompson, Youssef Nada 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM29.90

Agenda Politik Syiah


Agenda Politik Syiah 
 Penulis: Kamaluddin Nurdin Marjuni 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Sejak zaman berzaman, dendam kumpulan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah seperti tidak berkesudahan. Bermula daripada dendam terhadap Muawiyah bin Abu Sufian yang dituduh merampas kuasa khalifah daripada Ali bin Abu Talib pada tahun 661 Masihi, kumpulan pro Ali terus menyimpan dendam terhadap Muawiyah dan keturunannya daripada Kerajaan Bani Umayyah sehingga dendam terhadap Ahli Sunnah Waljamaah yang mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman yang mendahului Ali bin Abu Talib. 

 Buku ini membahas berkenaan kelompok Syiah terbesar yang menjadi tunjang utama dalam politik dunia, Zaidiyah, Itsna Asyariah (Imam 12), dan Ismailiyah Batiniyah dan konflik mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Waljamaah yang mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih pemimpin.

Sunday, September 1, 2013

Mengintip Alam Ghaib


Mengintip Alam Ghaib 
Penulis: Kesuma Dewi 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Alam ghaib seperti yang difahami oleh masyarakat umum adalah alam yang tidak dapat dilihat secara kasar oleh mata manusia. Tetapi ia tidak bermakna alam ini tidak wujud. Alam ghaib itu sangat luas, salah satu daripadanya ialah alam Jin. Ada hikmah besar mengapa Allah menghijab pandangan manusia daripada alam ini. 

 Walaubagaimanapun, ada segelintir manusia yang dipilih oleh Allah dan diberi kelebihan melihat dan menerokai alam itu. Mereka orang biasa yang di beri keistimewaan oleh Allah untuk berhubung dan melawan makhluk-makhluk halus yang jahat dan mahu menyesatkan kita. 

 "Berlindunglah dengan Allah dari kejahatan makhluk-makhlukNya dan dari kejahatan diri kita sendiri.."

Kitab Muhimmah


Kitab Muhimmah 
 Penulis: Ustaz Wan Ji b. Wan Hussin 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM16.90 

 Kitab karangan Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur rahim Fathani ini menghuraikan peranan suami dan isteri terhadap peranan masing-masing. Ia sering menjadi bahan rujukan para penceramah ketika memberi kuliah dalam bidang perkahwinan. Malah kitab ini juga amat sesuai dijadi sebagai bahan rujukan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga bagi mewujudkan persefahaman, toleransi dan keharmonian dalam perkahwinan.