Wednesday, April 10, 2013

Dedah Fahaman Syiah


Dedah Fahaman Syiah 
Penulis: Dr Musa Al-Musawi 
 Terbitan: JAKIM 
Harga: RM12.00

Dalam keadaan dan suasana yang penuh kontroversi di antara puak Syiah dan puak Sunnah yang berpanjangan beberapa abad, saya hidup dengan penuh kepahitan. Saya sedar dan terus berfikir hendak mencari jalan untuk memperbetulkan sesetengah kepercayaan dan amalan puak Syiah, khasnya perkara-perkara yang menimbulkan kontroversi dengan puak Sunnah, iaitu perkara yang sebenarnya bertentangan  dengan roh Islam dan akal fikiran yang waras. Akhirnya, dengan izin Allah dapatlah saya keluarkan buku ini yang ditujukan kepada semua pengikut Syiah di mana sahaja mereka berada.

Ini adalah seruan untuk menyedarkan para pengikut Syiah agar dapat bangun dari tidur yang berterusan selama seribu dua ratus tahun. Ini adalah seruan akal dan iman kepada para pengikut Syiah supaya mereka menghapuskan sikap taksub kepada mazhab dan fahaman yang membawa kepada kemunduran dalam pemikiran, kemasyarakatan dan pegangan agama. Ini adalah dorongan dari kepercayaan dan kewajipan saya  untuk menyampaikan kepada berjuta-juta orang pengikut Syiah, dengan penuh harapan, agar mereka dapat membaca buku ini.

Tuesday, April 9, 2013

The Best of Islamic Music Vol.1 (CD)


The Best of Islamic Music Vol.1 (CD)
Terbitan: Awakening Records
Harga: RM27.90 

 Album yang menghimpunkan 16 lagu-lagu nasyid dan Islamik terbaik dari artis nasyid tersohor seluruh dunia. Turut menampilkan lagu LAW KANA BAINANA dendangan penyanyi asal ABDULRAHMAN MOHAMMED. 

1) Abdulrahman Mohammed – Law Kana Bainana 
2) Maher Zain – Ohibbuka Rabbee 
3) Raihan – Solatuwasalam 
4) Irfan Makki – Waiting For The Call 
5) Mesut Kurtis – Al-Burdah 
6) Zain Bhikha – Mountains of Makkah 
7) Sami Yusuf – Al-Muallim 
8) Inteam – Dia Muhammad 
9) Humood Al-Khudher – Keep Me True 
10) Nazeel Azami – Rahmanur Rahim 
11) Mohammad Al-Haddad - Malak Ghair Allah 
12) Hamza Robertson – He Is One 
13) Rabbani – Ahmad Ya Habibi 
14) Hamza Namira – Sehr El-Dunya 
15) Raef – Jumu'ah 
16) Maher Zain – Ya Nabi Salam Alayka (Arabic Version)

Kursus Haji, Umrah & Ziarah (DVD)


Kursus Haji, Umrah & Ziarah (DVD) 
Dato' Hj Kamal bin Hj Muhammad (Mantan Pengurus Besar di Tabung Haji) 
 Harga: RM88.00 

 Percuma 1 DVD Umrah & Ziarah 

 DVD ini menerangkan persoalan ibadat haji, umrah dan ziarah serta ibadat-ibadat lain dalam perjalanan haji secara menyeluruh, lengkap dan terperinci. Ditambah dengan beberapa sketsa untuk lebih mudah memahami beberapa isu dan permasalahan yang sering ditanya oleh bakal jemaah haji seperti orang yang berhutang pergi haji, permasalahan wanita, haji kanak-kanak, ibadat haji bagi orang yang sentiasa berhadas, dam dan solat dalam perjalanan.

Monday, April 8, 2013

Mujahadah Cinta


Mujahadah Cinta 
Penulis: Siti Aimuni 
 Terbitan: Syeikh Publisher 
Harga: RM21.00 

 Pusat Tarbiyah KIAS menemukan Al-Abrar Zaim dan Duratul Insyirah. Abrar, namanya sering meniti di bibir siswi menjadikan dia seorang yang terkenal dengan ketegasan dan sifat kepimpinannya. Thuraiya Widad pula antara gadis yang mengharap cintanya. Tanpa kata, tiada suara, dia menyimpan perasaannya jauh di sudut hati. Biarlah hanya dia dan Allah SWT yang mengetahui. 

Aisy Mikael pula sahabat sejati yang sentiasa bersama walau dalam seribu kepayahan. Perahsia dan terlalu sukar untuk menebak perasaannya. Mencintai Thuraiya Widad setulusnya tetapi kerana bicara Thuraiya Widad membuat dia terluka, maka dia bernekad untuk melupakan cinta yang tersimpan di lubuk hati. Duratul Insyirah, adik kepada Dhabit Izzul yang tegas pendirian dan seorang niqabiah. Tanpa sedar, nama Al-Abrar Zaim sudah terukir di relung hatinya. 

Mujahadahnya untuk memiliki cinta yang dianugerahkan Tuhan sehingga ada yang sanggup berkorban perasaan. Demi kebahagiaan orang tua, pernikahan berlangsung tanpa berkenalan dan bertaaruf. Adakah dengan doa dan pengharapan, cinta mereka bakal disatukan? Apakah cinta Thuraiya Widad pada Al-Abrar Zaim punya titik noktah? Apakah pula pengakhirannya cinta Aisy Mikael kepada Thuraiya Widad? 

Dapatkah mereka bersama dalam aliran cintaNYA? Cinta berpaksi syariat Ilahi, akan kekal di Negeri Abadi

Malam Ini Cintaku Bersujud


Malam Ini Cintaku Bersujud 
Penulis: Aamar Aziz 
 Terbitan: Inteam Publishing 
 Harga: RM18.00 

 Kisah silam Dalina Fatihah yang pernah diceroboh kehormatannya membawa kebencian keluarga Razeez terhadapnya. Bagi mereka, Dalina Fatihah bukan seorang ‘gadis’ lagi dan tidak layak untuk Razeez. Dalam mengharungi semua cabaran ini, ia membawa konflik dalaman kepada Dalina Fatihah sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan dan trauma. 

 Razeen menyambung pelajarannya di Jordan. Di Jordan, Razeez berkenalan dengan seorang gadis Jerman yang bernama Yohanes Shaycelles. Razeez yang kecewa dengan sikap Dalina Fatihah, akhirnya secara diam-diam jatuh cinta kepada gadis itu. Ternyata gadis itu juga dalam diam turut menaruh hati kepada Razeez. Namun dalam masa yang sama, Razeez belum mampu melupakan cintanya terhadap Dalina Fatihah. 

Dapatkah Dalina Fatihah menuntut cintanya kembali? Bagaimana pula dengan Razeez, siapakah yang harus dipilih untuk menjadi pasangan hidupnya. Ikutilah kisah cinta tiga insan ini dalam Malam Ini Cintaku Bersujud.

Sunday, April 7, 2013

Rinduku Pada Baitullah


Rinduku Pada Baitullah 
Penulis: DR. RIDZUAN BAKAR 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM16.00 

 Rindu akan Baitullah bukanlah gemersik rindu yang dicipta. Ia lahir dari hati yang ikhlas dan diri yang kerdil. Pengakuan bahawa manusia itu hamba, pengakuan bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa dan kita bakal dihimpunkan tanpa apa-apa. Sesungguhnya, setiap mereka yang pernah menjadi tetamu-NYA pasti memahami runtunan jiwa untuk kembali ke sana. Rasa redha, syukur dan bahagia menyelinap – perasaan yang tiada galang ganti, tidak mungkin dapat dibeli atau diberi. 

 HAJI dan umrah adalah proses kompleks yang amat indah untuk dilalui. Seluruh ruang lingkup diri diserlahkan melalui perjalanan fizikal, kekuatan roh, emosi dan jasad. Ikatan kasih sayang hamba dengan TUHAN nampak jelas di hadapan Kaabah. Manusia menangis dan meratap bukan hanya kerana dosa tapi mendambakan kasih sayang dan rahmat-NYA. 

 RINDUKU PADA BAITULLAH memberi kita keyakinan bahawa ALLAH tidak pernah lupakan kita. Maka, ayuhlah… kuatkan tekad dan kesungguhan untuk ke rumahnya, Baitullah alharam. Rasailah keseronokan, kedamaian dan ketenangan berada di bumi Raudah ini. Moga perkongsian ini dapat membantu tetamu ALLAH memperolehi ibadat terbaik dengan izin-NYA. Insya-ALLAH.

101 Rahsia Penguat Nurani


101 Rahsia Penguat Nurani 
Penulis: DR. HM Tuah Iskandar al-Haj 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM19.90 

 Pernahkah dalam hidup ini kita begitu bersemangat untuk meneruskan kehidupan tetapi ada waktunya semangat itu menjadi malap dan hilang entah ke mana. Ketika itu nurani menjadi lemah dan akhirnya mati. Hanya kembali kepada Pencipta, ia akan bangkit semula. Namun, bagaimana untuk bangun andai tiada pencetus semangat kebangkitan? 

 Hakikatnya, kehidupan yang dilalui bukanlah sebuah pelarian. Nurani yang sihat berjaya melalui rencah kesulitan, kepahitan, kesusahan dan cabaran di samping menikmati pelbagai kemanisan dan keindahan. Biarpun banyak cubaan mendatang namun berjaya ditepis dengan cekalnya hati dan perasaan. Manakala yang lemah pula akan layu andai tidak dirawat dengan keyakinan. 

 101 RAHSIA PENGUAT NURANI menelusuri warna-warni ranjau kehidupan yang tidak akan berubah melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Baik atau buruk, terang atau suram, pilihan ada di tangan masing-masing. Justeru, kuat-kuatkanlah jiwa, belai-belailah rasa, mudah-mudahan kehidupan bahagia dan tenang itu milik kita jua hendaknya.

100 Pesanan Terakhir Rasulullah


100 Pesanan Terakhir Rasulullah 
Penulis: Muhd Nasruddin Dasuki 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM18.00 

 Kehidupan ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang tidak diminta, kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat ILAHI dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan. 

 Teruskanlah memohon di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah ALLAH limpahkan kepada kita. Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak mencukupi. Ini menggambarkan betapa tidak terhitung nikmat-NYA. 

 Maka, untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah s.a.w agar tidak lalai dengan tipu daya nikmat dunia. Meskipun Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita namun titipannya iaitu al-Quran dan sunah tetap dijadikan panduan. 

 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH ini bisa menggetarkan setangkai hati kita andai ada pesanan ini jauh daripada jangkauan apa yang dilaksanakan. Jadikanlah peringatan ini sebagai kayu ukur amalan kita. Moga ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama. Insya-ALLAH.

Penawar Duka Pengubat Sengsara


Penawar Duka Pengubat Sengsara 
Penulis: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin 
Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM17.00

 Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan ALLAH daripada semuanya. Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaaan yang dialami… 

 Ujian bagaikan bicara atau sapaan ALLAH agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada ALLAH dan mohon ampun kepada-NYA dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-NYA…

Taubat Pasport Ke Syurga


Taubat Pasport Ke Syurga 
Penulis: Drs Hj Hanafi Mohamed 
Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM11.00 

 Wahai insan yang tidak sempurna, bersihkanlah noda yang ada. Mohon hanya pada Yang Berkuasa. Titiskan air mata penyesalan sepenuh jiwa. Menginsafi khilaf diri seikhlas rela. Dunia sekadar pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal melainkan DIA. Moga husnul khatimah sebagai pengakhiran hidup kita. 

Astaghfirullahalazim… pastikan lisan kita sentiasa dibasahi dengan kalimah ringkas ini. Hikmahnya berupaya menggugurkan sekecil-kecil dosa sehinggalah yang besar, andai bertepatan dengan syarat di samping keinsafan berterusan. Biarpun dosa menggunung, godaan nafsu sukar terbendung, namun rahmat dan kasih sayang Yang Maha Agung… tiada siapa dapat menghitung. Taubat Pasport ke Syurga menjadi panduan buat kita yang sering alpa. Tuntutan taubat nasuha menyucikan karat-karat dosa yang meliputi diri kita. Hanya dengan bertaubat, hati akan menjadi tenang dan jiwa kembali ke jalan kebenaran. Moga seikhlas amalan memberi jaminan kita menempah tiket sebagai penghuni syurga yang abadi. Insya-ALLAH…

The Power Of Ummi


The Power Of Ummi 
Penulis: Misbah Em Majidy 
 Terbitan: Jundi Resources 
 Harga: RM30.00 

 Mengisahkan betapa hebat & mulia kedudukan kaum ibu dalam Islam.

Mukminkah Aku?


Mukminkah Aku? 
Penulis: Halim Hafidz 
 Terbitan: Must Read 
 Harga: RM19.90 

 Mukminkah Aku? Persoalan yang telah sekian lama dicari jawapannya. Sejarah juga telah memaparkan pelbagai kisah berkenaan pencarian iman. Buku ini pasti menjawab persoalan yang membelenggu setiap insan yang tercari-cari erti mukmin yang sejati di sisi Yang Esa. Buku ini juga turut membicarakan perbezaan di antara Muslim dan Mukmin. Selain itu itu turut mendedahkan cara untuk meningkatkan diri dari Islam kepada Iman. Bacalah buku ini untuk mencari jawapan bagi persoalan ‘Mukminkah Aku?’

Buat Bakal Isteriku


Buat Bakal Isteriku 
Penulis: Ibnu Rijal 
 Terbitan: Must Read 
 Harga: RM19.90 

 Buku ini ibarat coretan rahsia hati seorang lelaki buat bakal isteri. Ia mengisahkan percintaan sebelum dan selepas nikah. Antaranya ialah apa yang sepatutnya ada di dalam sesuatu hubungan hinggalah kepada isu semasa berkaitan perkahwinan serta kekeluargaan yang dianjur Islam... 

Coretan ini turut disulami dengan kisah-kisah percintaan yang indah, puisi, analogi, madah, ungkapan hadis dan Quran, umpama nasihat seorang bakal suami BUAT BAKAL ISTERI... Ini coretan hatiku, dan dedikasi ini ditujukan khas buat bakal isteriku...

Saturday, April 6, 2013

Ibnu Arabi Menyingkap Tabir Fitnah


Ibnu Arabi Menyingkap Tabir Fitnah 
Penulis: Ahmad Faidzurrahim 
 Terbitan: Yamani Angle 
Harga: RM35.00 

 Gelaran al-Syeikah al-Akbar yang disematkan kepada Ibn Arabi tidak lain kerana keahlian atau kepakaran beliau dalam berbagai-bagai disiplin ilmu. Selain telah mencapai darjat yang lebih tinggi dalam tasawuf, beliau juga menguasai hampir semua bidang ilmu dalam islam seperti fiqah, usul fiqh, tafsir, hadis, teologi dan lainnya. Semua itu dicurahkan dalam kitab-kitab hasil karya beliau yang bilangannya mencapai ratusan judul. 

Namun ramai umat islam yang keliru dalam menilai keyakinan Ibn Arabi. Merujuk kepada beberapa kitab beliau, Ibn Arabi dikatakan mempunyai keyakinan hulul (adanya kesatuan antara Allah dengan manusia) dan ittihad (setiap kompenan alam ini adalah bahagian daripada Zat Allah). Keyakinan sebegini jelas bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah dan tergolong dalam keyakinan yang sesat. 

Anehnya dalam kitab-kitab Ibn Arabi yang didakwa mengandungi ungkapan-ungkapan hulul dan ittihad, terdapat banyak ungkapan-ungkapan tanzih yang menyerlahkan keyakinan Ibn Arabi selari dengan keyakinan Ahli Sunah Waljamaah. Persoalannya, bagaimana dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang pengarang mengandungi dua keyakianan yang bertentangan. Buku Ibn Arabi: Menyingkap Tabir Fitnah memberi jawapan terhadap persoalan yang aneh ini.

Menyelami Samudera Tasawuf


Menyelami Samudera Tasawuf 
 Penulis: Ustaz Shamsul Mohd Nor 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM35.00 

 Ramai yang bercakap menegenai Tasawuf tetapi amat sedikit mereka yang benar-benar bertasawuf. Walaupun pembangunan hidup dan kebendaan telah sampai ke kemuncaknya namun pembangunan hati dan jiwa semakin hari semakin runtuh. Dunia semakin dipenuhi oleh insan yang miskin ilmu dan akhlak. Untuk menyelesaikan permasalahan ini, manusia wajib kembali kepada fitrah bertuhan dan belajar cara menyucikan hati dari segala penyakit-penyakitnya yang menjadi punca terhijabnya manusia dengan Tuhan. 

 Kembali menanam Iman dalam dirinya, mengenal nafsu dan segala permasalahannya serta mempelajari asas perbaikan hati dan akhlak. Memahami persoalan ihsan iaitu kehampiran manusia dengan khaliqnya. Baru lah manusia akan aman dan tenteram. Hidup bahagia didunia dan tenteram di akhirat.

WONG FEI HUNG: LEGENDA KUNG FU CHINA


WONG FEI HUNG: LEGENDA KUNG FU CHINA 
 Penulis: Shafie Abd. Rahman 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM24.00

Satu nama besar dalam dunia seni bela diri di China. Memiliki bakat semula jadi dan mula menunjjukan minat yang mendalam terhadap seni bela diri sejak kecil lagi. Bermula daripada menguasai dasar-dasar Hung Gar, Wong Fei diakui “genius” kung fu apabila mencipta jurus-jurusnya sendiri yang diberi nama Jurus Harimau Terbang, Jurus Sembilan Pukulan Khusus dan Jurus Tendangan Tak Berbayang. 

Kehebatannya menumpaskan musuh, hatta kadang-kadang dalam pertarungan satu lawan dua puluh, tidak sekali-kali menyebabkan beliau lemas dalam kemashyuran. Wong Fei Hung sentiasa merendah diri dan mengekalkan sikap-sikap murni membantu yang susah, membela yang teraniaya, Sabar, Redha, Syukur, Qanaah, Tawakal dan lain-lain sebagai pakaian dirinya. Ini adalah hasil didikan dan tarbiah yang diberikan oleh kedua-dua Ibu Bapanya. 

 Watak dan peribadi Wong Fei Hung serta zaman kehidupannya mengundang polemik yang mengatakan beliau seorang Muslim. Polemik ini masih tiada kesudahan lantaran sikap pihak tertentu yang mungkin mengaburkan jati diri Wong Fei Hung demi menjaga imej kekuasaan mereka. Buku ini mengorak langkah lebih setapak ke hadapan dengan menggambarkan Wong Fei Hung Sebagai pahlawan Muslim. Mungkin suatu masa nanti kenyataan akan terserlah sepertimana yang pernah berlaku kepada Laksmana Cheng Ho.

Khairuddin Barbarossa: Admiral Islam Yang Digeruni Angkatan Laut Eropah


Khairuddin Barbarossa: Admiral Islam Yang Digeruni Angkatan Laut Eropah 
Penulis: Shafie Abd. Rahman 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM25.00 

 Sesetengah pengkaji sejarah cenderung mengatakan bahawa filem “Pirates of Carribean” ada kaitannya dengan seorang pahlawan islam abad ke-16 bernama Khairuddin Barbarossa. Walau bagaimanapun filem tersebut telah di ubah suai daripada kisah sebenar Khairuddin Barbossa yang menjadi igauan ngeri kepada tentera laut Kristian pada ketika itu. 

Khairuddin Barbarossa di gelar sebagai “Lanun berjanggut Merah” oleh tentera laut Kristian untuk menenggelamkan watak sebenar beliau sebagai pahlawan islam yang tiada tolok bandingnya. Usaha ini dapat dikesan hanyalah untuk mengelakkan generasi umat islam mengetahui jasa dan keperwiraan beliau dengan berhadapan dengan angkatan laut beberapa negara kristian Eropah. Namun hakikat sejarah tidak boleh menipu. 

Nama Khairuddin Barbarossa begitu harum sebagai “Hero” yang telah menyelamatkan berpuluh-puluh ribu umat islam di Andalusia (sepanyol) yang terpaksa melarikan diri untuk meyelamatkan iman akibat kejatuhan kerajaan islam terakhir di Andalusia ke tangan Raja-raja Kristian yang zalim. Khairuddin Barbarossa telah mengukir kejayaan manis dalam perjuangannya di laut apabila telah menewaskan Armada tentera Laut Salib yang digerakkan oleh Pope Paul III pada tahun 1538. 

 Buku ini merakamkan rantaian perjalanan hidup Khairuddin Barbarossa yang telah mengorbankan seluruh jiwa raganya demi islam dan meraih kedudukan yang tertinggi di sisi Allah di akhirat.

Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin: Pencetus Intifada Palestin


Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin: Pencetus Intifada Palestin
Penulis: Shafie Abd. Rahman 
Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM24.00 

Friday, April 5, 2013

Who Moved My Cheese? (Edisi Bahasa Melayu)


Who Moved My Cheese? (Edisi Bahasa Melayu) 
Penulis: Dr Spencer Johnson 
Terbitan: PTS 
 Harga: RM29.90 

Kisah yang ditulis untuk semua peringkat umur ini dapat dibaca dalam masa kurang daripada satu jam. Namun, keunikan wawasan yang terdapat pada kisah ini kekal sepanjang hayat.

 Who Moved My Cheese? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.

 Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan, ataupun ketenangan fikiran. Manakala kawasan berliku yang dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahu, sama ada organisasi tempat kerja, keluarga, ataupun komuniti tempat tinggal.

Bimbingan Lengkap Solat Sunat


Bimbingan Lengkap Solat Sunat
Penulis: Rohidzir Rais, Dato' Dr Mahmood Zuhdi
Terbitan: PTS
 Harga: RM40.00

Buku Bimbingan Lengkap Solat Sunat disusun menggunakan segala teknologi dan kemajuan dunia penerbitan yang ada. Buku ini tampil berbeza kerana ia menggabungkan ilmu fiqh, reka bentuk, dan fotografi yang sesuai demi menjadikan ia sebuah buku yang mesra pembaca serta mampu membimbing pembaca memahami dan mengamalkan kandungannya.

Wednesday, April 3, 2013

Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi


Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi 
Penulis: Dr.Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto 
Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM58.00 

 Hadith Arba'in adalah kumpulan hadith yang sudah tidak asing lagi di kalangan kaum muslimin, bahkan banyak dari mereka yang sudah menghafalnya. Ia merupakan kumpulan hadith yang di susun oleh Imam An-Nawawi. 

 Kesemua hadith yang terdapat di dalam kitab ini adalah merupakan hadith-hadith yang merangkumi asas-asas penting dari asas agama, yang telah dinyatakan oleh para ulama’ bahawa ia merupakan pokok-pokok ajaran Islam atau merupakan separuh agama atau sepertiganya dan seumpamanya. 

Atas dasar itu, maka banyak dari para ulama' yang berusaha untuk menyelami kedalaman maknanya. lalu mengeluarkan mutiaranya untuk dipersembahkan kepada generasi Islam yang di antaranya adalah kitab "Al-Wafi" yang ada dihadapan para pembaca sekarang ini. Adapun kelebihan darl kitab ini adalah perbahasannya yang sistematik dan tersusun, dimana setiap hadith dikupas dari segi bahasa, sebab-sebab muncunlnya hadith, pemahaman dan pelajaran yang dikandungnya, juga tentang biogrifi ringkas dari setiap perawinya.

Surat-Surat Rasulullah S.A.W. Kepada Para Raja & Panglima Perang


Surat-Surat Rasulullah S.A.W. Kepada Para Raja & Panglima Perang 
Penulis: Syeikh Uhaimid Muhammad Al-Uqaili 
 Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir 
 Harga: RM26.00

Syeikh Uhaimid Muhammad Al-Uqaili merangkum cukup banyak surat-surat Rasulullah S.A.W. kepada para penguasa dan raja. Ini merupakan kumpulan dokumen sejarah yang sangat berharga bagi khazanah pengetahuan Islam khususnya sirah, tarikh mahupun siasah Islamiyah. Kerana itu sangat penting untuk membaca surat-surat Nabi kepada para raja dan panglima perang itu yang menjadi dokumentasi usaha-usaha diplomatik baginda dan pengaruh strategiknya dalam dakwah dan politik baginda. 

Tembok Zulqarnain Sudah Bolos


Tembok Zulqarnain Sudah Bolos 
Penulis: Azrien Borhan 
 Terbitan: Must Read 
 Harga: RM16.90 

 Sekian lamanya kita disogok dengan pelbagai momokan dan mitos mengenai Yakjuj dan Makjuj. Seolah-olah kemunculan makhluk luar biasa ini nanti merupakan pengakhiran bagi manusia! Sejauh manakah benarnya kisah-kisah ini? 

 Buku di tangan anda ini memberi kupasan baru perbincangan dalam kalangan ulama dan beberapa penyelidik mengenai Yakjuj & Makjuj, siapa Zulqarnain dan beberapa tajuk yang berkaitan. Buku ini membongkar kesan pengaruh Israeliyat, lokasi tembok Zulqarnain dan bagaimanakah rupa mahluk yang bergelar Dabbatul Ard. Terbitnya buku ini dengan tujuan agar pembaca dapat menekuni seterusnya menilai kesahihan cerita yang dipaparkan sebelum ini.

Tuesday, April 2, 2013

Barakah Kahwin Muda


Barakah Kahwin Muda 
Penulis: Afiqme Mohamad 
Terbitan: Pustaka Azhar
 Harga: RM13.00 

 Nabi Muhammad s.a.w. berkata: Berkahwinlah dengan perempuan yang penyayang lagi boleh melahirkan anak yang ramai, agar aku dapat berbangga dengan jumlahmu yang ramai di hadapan para nabi pada hari kiamat kelak. (Hadis Riwayat Ahmad dan Ath-Thabrani) 

 Ibn Mas'ud berkata: Andai kata umurku hanya tinggal sepuluh hari dan aku mengenalpasti bahawa pada hari kesepuluh itu akan meninggal dunia sedangkan diriku masih berkemampuan untuk berkahwin, tentu aku akan tetap berkahwin kerana takut terhadap fitnah. (Riwayat Ath-Thabrani) 

 Hadis daripada Sa'ad bin Abu Waqas, katanya: Rasulullah saw menolak permintaan Uthman bin Madh'un untuk tidak berkahwin buat selama-lamanya. Kalau baginda saw mengizinkannya, tentu kami akan melakukan pengebirian. (Sahih Muslim)

Cara Cerdas Hafal Al-Quran


Cara Cerdas Hafal Al-Qur’an 
 Penulis: DR Raghib As Sirjani dan DR Abdurrahman Abdul Khaliq 
 Terbitan: Aqwam 
 Harga: RM14.00 

 Menghafal Al Qur’an mempunyai berbagai macam keutamaan. Besarnya keuntungan yang akan diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang menghafal Al- Qur’an inilah yang memotivasi umat Islam untuk menjadi bagian dari mereka. Karena hidup yang hanya sekali ini hendaknya dimanfaatkan sebesar-besarnya untuk kepentingan akhirat. 

 Hal inilah yang diungkap secara detail oleh penulis Best Seller asal Mesir, DR Raghib As-Sirjani, dalam bukunya Cara Cerdas Menghafal Al Qur’an. Buku terbitan Aqwam – Solo – ini telah mengalami 11 kali cetak ulang sejak diterbitkan pertama tahun 2007. 

Buku yang ditulis bersama DR Abdurrahman Abdul Khaliq ini menyuguhkan kepada pembaca 10 kiat praktis yang bisa ditempuh agar bisa menghafal Al Qur’an secara utuh, 30 Juz. Kesepuluh kiat tersebut adalah : Ikhlas, Tekad yang kuat dan bulat, Memahami besarnya keuntungan menghafal, Mengamalkan apa yang dihafal, Membentengi diri dari dosa, Berdoa, Memahami makna ayat dengan benar, Menguasai ilmu tajwid, Mengulang hafalan dan Melakukan shalat dengan bacaan yang sedang dihafal. (Hal 55-84) 

Buku ini juga dilengkapi dengan 10 kiat pendukung yang akan memudahkan dalam menghafal Al Qur’an (Hal 85-116) dan 5 kiat emas dalam menghafal Al Qur’an. (Hal 117-127)

Solat Dan Sains


Solat Dan Sains 
 Penulis: Hj. Abdul Rahman bin Mohd Adil 
 Terbitan: Pustaka Azhar 
Harga: RM26.00 

 Solat yang Allah wajibkan atas kita adalah ibadah paling tinggi. Terlalu banyak hikmah, kelebihan dan keindahan dalam ibadah solat. 

 Menerusi gerakan-gerakan dalam rukun solat, kita akan menemui pelbagai hikmah yang ada di dalamnya. Gerakan-gerakan solat dengan kaedah yang khusus adalah anugerah Allah yang sangat besar. Solat mengukuhkan iman kepada Allah. Sekaligus menerusi ilmu yang benar, kita akan dapat memahami sebahagian kecil dari hikmahnya yang terkandung dalam solat. Menerusi kajian sains, kita akan dapati bahawa solat berperanan memperbaiki sistem tubuh, memberi kesegaran, perawatan dan bermacam lagi hikmah yang tersembunyi. 

 Menerusi buku ini,kita dapat mengetahui pelbagai hikmah solat bagi tubuh manusia. Semoga dengan menghayati pengisian buku ini, kita akan beroleh ilmu yang bermanfaat untuk kesejahteraan hidup didunia dan akhirat.

Monday, April 1, 2013

Dinar Emas dan Dirham Perak - Islam dan Masa Depan Wang


Dinar Emas dan Dirham Perak - Islam dan Masa Depan Wang 
Penulis: Syeikh Imran N. Hosein 
 Harga: RM15.00 

 Dinar ialah koin yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ialah koin yang ditempa dari bahan logam perak. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan ‘Denarius’ iaitu koin emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan ‘Dirham’ pula berasal dari perkataan ‘Drachma’ iaitu koin matawang perak Parsi. 

 Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW; koin-koin emas dan perak yang digunakan di seluruh Semenanjung Arab adalah berasal dari Empayar Byzantine dan Empayar Sasanid. Malah koin-koin emas Dinar & Dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW pada tahun 632 M berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a sehinggalah kezaman Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan (685-705M) tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh Kerajaan Islam. Pada tahun 75H terjadi suatu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan r.a. demi mempertahankan keunggulan kerajaan Berkhalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar & Dirham Kerajaan Islam yang pertama. 

 Ini bermakna bahawa koin-koin emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang yang universal tanpa mengira Negara yang menempanya. Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan Negara kerana semua menerima dan mengunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau negara.

Saya Pilih Berjilbab!


Saya Pilih Berjilbab! 
Penulis: Layla TM 
Terbitan: Jundi Resources 
Harga: RM15.00

Bertudunglah walau TERPAKSA... Solatlah walau TERPAKSA.. kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA.

Kalau hendak tunggu IKHLAS, sampai bila?

HIDAYAH perlu dicari, bukan DITUNGGU. Seperti makanan, ia perlu disuap.