Monday, July 30, 2012

Rahsia Keajaiban Solat Tahajjud

Rahsia Keajaiban Solat Tahajjud
Penulis: Abdul Rahman Mohd Adil
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM8.00

Buku Rahsia Keajaiban Solat Tahajjud membicarakan secara khusus mengenai kehebatan ibadah solat tahajud serta pelbagai maklumat bermanfaat sebagai pedoman mentauhidkan Allah seterusnya melakukan amal ketaatan kepada Allah. Antara yang dibincangkan ialah dahsyatnya kuasa tahajjud yang membolehkan pengamalnya masuk syurga dengan kedamaian, sebagai pencegah dan penghapus dosa serta menghidupkan rumah selain dirinya dikasihi Allah.

Toolkit Fardhu Ain

Toolkit Fardhu Ain
Penulis: Nor Amin Sayani bin Zainal
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM35.00 
 
Mengupas tentang taharah, najis, istinjak, darah wanita dan air manusia

Monday, July 23, 2012

70 Hadis: Mudah Hafal Mudah Amal

70 Hadis: Mudah Hafal Mudah Amal
Penulis: Zahiruddin Zabidi, Najah Pauzi
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Himpunan 70 hadis mudah, ringkas dan senang untuk diamalkan. Padat dengan Ilustrasi yang menarik, dan disertakan dengan kaedah mudah untuk mengeja, menyebut dan menghafal hadis. Didik anak dengan sunnah, terdidik generasi, terjaga ummah.

Sunday, July 22, 2012

Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya

Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya
Penulis: Sakinah Salleh
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Jodoh itu penuh keunikan. 
Apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi. 
Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti. 
Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru. 
Adakah dia jodoh ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu. 
Kadangkala hadirnya tidak disangka. 
Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita. 
Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati, pahitnya dapat menghancurkan diri. 
Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui. 
Apabila dia menyapa, jodohkah namanya

Hamzah bin Abdul Muttalib

Hamzah bin Abdul Muttalib
Penulis: Al-Ghazali
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

Hamzah adalah seorang ahli sukan, pakar memanah, dan pakar menunggang kuda. Beliau begitu dihormati di kota Makkah kerana karismanya dan turut dikenali sebagai 'Singa Allah' kerana keberaniannya. Beliau adalah bapa saudara kepada junjungan mulia Nabi Muhammad dan juga menjadi saudara susuan dengan baginda Nabi. Keperwiraan Hamzah menjadikan beliau antara panglima Islam yang digeruni. Tidak ada yang mampu berhadapan dengan beliau, dan akhirnya hanya dengan tikaman curi yang mampu menewaskannya. Dalam Perang Uhud, beliau akhirnya syahid. Inilah kisah beliuau, kisah ketua para syuhada.

Kuasa Kepimpinan Ilahiah

Kuasa Kepimpinan Ilahiah
Penulis: Muhammad Hasan al-Basri
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Ketika Allah mencipta manusia, tentunya Dia sebagai Pencipta alam semesta yang menurunkan model kepimpinan. Ini sama ada dari segi keperibadian mahupun kepemimpinan universal. Model inilah yang didedahkan dalam buku Kuasa Kepimpinan Ilahiah ini. 

Kita bermula dengan Ulul Azmi, iaitu lima orang rasul dan nabi Allah yang dinilai begitu besar perjuangannya. Ini kerana, kepimpinan rasul ataupun nabi Allah berdasarkan dua prinsip penting. Peranan sebagai utusan Allah yang mendapat bimbingan-Nya yang benar, dan peranan mentransformasikan nilai-nilai ketuhanan dalam masyarakat. 

Kemudian, walaupun Rasulullah adalah nabi terakhir, namun kepimpinannya diwarisi dan diteruskan oleh para Khalifah ar-Rasyidin. Mereka pemegang amanah yang teguh berpegang pada dua sumber, iaitu al-Quran dan hadis nabi. 

Pastinya tidak dilupakan kepemimpinan wanita yang ditampilkan oleh empat wanita termulia, iaitu Khadijah, Maryam, Asiah, dan Fatimah az-Zahra. Inilah wanita yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik penghuni syurga. Mereka juga para wanita yang memiliki darjat tertinggi di sisi-Nya. Buku ini untuk para pemimpin daripada contoh sbaik-baik pemimpin.

Saturday, July 21, 2012

Fikah Sakit Hati

Fikah Sakit Hati
Penulis: Muhammad Muhyidin
Terbitan: PTS
Harga: RM13.00

Dipukul, dihina, ataupun direndah-rendah, pasti terasa begitu sakit hati. Hina benarkah diri? Hebat benarkah si pencaci? Terasa ingin membalas. Terasa ingin memukul, menghina, dan membalas caci. Biar hati puas. Biar semua sama-sama sakit hati. Biar dia tahu bagaimana rasanya disakiti. Namun bolehkah kita membalas begitu? Patutkah kita berbuat begitu? Pentingkah membalas dendam, dan puaskah hati apabila dendam terbalas? 

Inilah buku Fikah Sakit Hati. Begitu unik, penting, dan tepat waktunya. Fikah Sakit Hati membicarakan bagaimana sebaiknya kita bersikap dengan si buruk perilaku. Fikah Sakit Hati bukan sahaja menjawab dengan bahasa yang ringan, dan terasa mengalir, bahkan kita mendapat maklumat-maklumat penting daripada al-Quran dan hadis. Melalui Fikah Sakit Hati, fahamlah kita cara membalas dendam yang Islami.

Keagungan Surah Yasin

Keagungan Surah Yasin
Penulis: Muhammad Rafa
Terbitan: PTS
Harga: RM29.00

Buku Keagungan Surah Yasin ini ditulis bagi mengupas mutiara-mutiara yang terpendam dalam surah ini. Ia diolah dengan memberi penerangan yang jelas supaya mudah diyakini dan ditanam ke dalam hati.

Riyadus Solihin

Riyadus Solihin
Penulis: Imam Nawawi
Terbitan: PTS
Harga: RM120.00

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. 

Keistimewaan kitab ini: 
• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik 
• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah 
• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta 
• Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan 
• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luasdan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah

Friday, July 20, 2012

Engkau Memang Cantik

Engkau Memang Cantik
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Engkau Memang Cantik: Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu 

Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama. 

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya. 

Hal ini tentu saja menggelisahkan hati dan menggundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk member kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia yang sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah. 

Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak profesional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik lainnya. 

Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah Islam pada masa yang akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, di tangan siapakah kejayaan Islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.

Astaghfirullah

Astaghfirullah... AmpunanMu Ya Allah Aku Harapkan
Penulis: Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi
Penterjemah: Ustaz Muhammad Zaini Yahya
Terbitan: Penerbit Syabab
Harga: RM39.00 
 
Setiap anak Adam perlu bertaubat. Namun bagaimanakah hendak bertaubat? Apakah cara-cara terbaik? Apalah rukun, syarat dan perkara-perkara yang membatalkan taubat? Bagaimanakah hendak merangsang diri untuk bertaubat? Apakah tanda-tanda taubat diterima atau ditolak?
 
Semua persoalan ini dikupas dengan panjang lebar oleh reformis terkemuka masakini,  Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi.

Flexibility Islam

Flexibility Islam
Penulis: Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi
Penterjemah: Ustaz Muhammad Zaini Yahya
Terbitan: Penerbit Syabab
Harga: RM45.00

Buku ini merupakan pintu masuk untuk mengenali Islam bagi mereka yang tidak pernah mengenal Islam atau mengenalinya secara dangkal atau salah faham terhadapnya. Buku ini juga merupakan pengukuhan dan peringatan bagi mereka yang sudah mengetahuinya. 

Buku ini menjelaskan ciri-ciri asas Islam, keunikannya, matlamat-matlamat utamanya dan sumber-sumbernya yang terpelihara.

Wednesday, July 11, 2012

Prinsip Ketuhanan Ibnu ‘Arabi


Prinsip Ketuhanan Ibnu ‘Arabi
Penulis: S.A.Q. Husaini
Penterjemah: Abdul Majid Haji Khatib
Terbitan: Aman Press
Harga: RM12.00

Kandungan 

 Bab 1. Sedikit Tentang Ibn ‘Arabi. 
Bab 2. Wujud Dan ‘Adam. 
Bab 3. Kejadian (Makhluk). 
Bab 4. Manusia. 
Bab 5. Keqadiman Alam. 
Bab 6. Nisbah Kejadian-Kejadian Fizikal. 
Bab 7. Barzakh. 
Bab 8. Teori Ilmu. 
Bab 9. Nama-Nama Dan Sifat-Sifat. 
Bab 10. Keesaan Wujud. 
Bab 11. Wajib al-Wujud. 
Bab 12. Ketetapan Dan Ketentuan (Qada’ & Qadar) 
Bab 13. Tanggungjawab Manusia Berkenaan Baik Dan Jahat. 
Bab 14. Agama.

Monday, July 9, 2012

La Tahzan Untuk Ibu Hamil

La Tahzan Untuk Ibu Hamil
Penulis: Abu Faiz Ramadhan
Terbitan: Cinta
Harga: RM30.00 
 
 Nasihat dan tips agar kehamilan terasa ringan dan menyenangkan.

Friday, July 6, 2012

Bagaimana Menjadi Wanita?

Bagaimana Menjadi Wanita?
Penulis: Dr. Saad Riyadh
Terbitan: Akbar
Harga: RM30.00

Sebuah panduan inspiratif nan romantis yang menggetarkan jiwa dan menghantar anda pada puncak kebahagiaan seorang wanita sejati di manapun anda berada.

Thursday, July 5, 2012

Ensiklopedi Mini Muslimah

Ensiklopedi Mini Muslimah
Penulis: Khalid Al-Husainan
Harga: RM20.00

Panduan Menuju Pribadi Muslimah Shalihah

Adab Az-Zifaf - Panduan Pernikahan Cara Nabi SAW

 Adab Az-Zifaf - Panduan Pernikahan Cara Nabi SAW
Penulis: Muhammad Nashiruddin Al-Albani
Terbitan: Media Hidayah
Harga: RM20.00 
 
Buku ini membahas tentang masalah pernikahan, tepatnya aturan-aturan setelah terjadinya akad nikah seperti wajib mengadakan walimah, adab-adab walimah, kewajiban wanita melayani suaminya.

Sunday, July 1, 2012

Menelusuri Kamar-kamar Rasulullah

Menelusuri Kamar-kamar Rasulullah
Penulis: Prof. Jasim M. Al-Muthawwa
Terbitan: Maghfirah Pustaka
Harga: RM40.00

Solusi Aplikatif Problem-Problem Keluarga Moden 

Bersama buku ini, anda diajak untuk berziarah dan mengambil hikmah dari para isteri Rasulullah saw yang telah menjadi tonggak tegaknya peradaban Islam yang begitu membanggakan. Tentu, sejarah tersebut bukan sekadar untuk membanggakan masa lalu, tetapi sejarah untuk masa depan.

Belajar Seni Politik Daripada Nabi Yusuf

Belajar Seni Politik Daripada Nabi Yusuf
Penulis: Amru Khalid
Terbitan: Penerbit Syabab
Harga: RM25.00