Thursday, January 28, 2010

Status Wanita Dalam Undang-Undang Jenayah Islam

Status Wanita Dalam Undang-Undang Jenayah Islam
Penulis: Paizah Hj. Ismail
Terbitan: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Harga: RM22.00

Kekeliruan terhadap hal dan juga kedudukan wanita dalam masyarakat terutamanya yang berhubung dengan undang-undang jenayah Islam begitu jelas berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan sesetengah wanita yang mengambil sikap membisu terhadap apa jua perkara yang menimpa diri mereka. Dan ada pula yang bersifat agresif dengan melaungkan gerakan pembebasan wanita yang berfahaman liberalisme barat, yang ada kalanya jauh tersasar dari landasan ajaran Islam. Ini menambahkan kekeliruan yang sedia ada. Perkara ini harus diambil berat kerana pandangan melampau oleh golongan sebegini telah mendorong masyarakat antarabangsa mahupun masyarakat Islam sendiri memandang sepi undang-undang jenayah Islam dalam membela nasib wanita.

Penulis juga mengetengahkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya fenomena tersebut dengan menampilkan hujah-hujah, idea yang bernas di samping nas-nas syariat yang boleh dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam masyarakat terutamanya di negara ini.

No comments:

Post a Comment