Penulis: Mujahid Yusof Rawa
Terbitan: Anbakri Publika
Harga: RM15.00
Dalam politik yang dinamik, proses artikulasi amat penting digalakkan. Ini bukan soal banyak atau tidaknya serangan ke atas peribadi. Jika mengurangkan hentaman peribadi itu akan menjadikan demokrasi lebih bersih, lebih baik dan lebih berakhlak, maka barangkali ini boleh diterima. Walau apapun proses ini hampir menjadi wajib dalam setiap proses demokrasi yang ingin dipulihkan.
Selain itu, kita bukan sahaja ingin melihat proses integrasi tetapi proses disintegrasi juga boleh berlaku. Proses integrasi akan berlaku apabila kaum-kaum lain masuk ke dalam sistem pemikiran politik Melayu manakala kemungkinan berlaku proses disintegrasi iaitu kaum Melayu keluar daripada proses tersebut.
Sesungguhnya, sebuah ‘perayaan demokrasi' yang jauhari lagi budiman, yang menjauhi politik songsang amat dinantikan. Kita perlu kembali kepada tamadun yang sangat ajaib dan luar biasa.
Buku ini mengajak pembaca merenung wajah baru politik Malaysia yang seakan meledak keluar dari budayanya yang tersesat sekian lama. Tiada siapa perlu buktikan, tetapi keadaan masa ini yang membuktinya.
No comments:
Post a Comment