Monday, August 30, 2010

Mendidik Anak Perempuan

Mendidik Anak Perempuan
Penulis: Abdul Mun’im Ibrahim
Terbitan: PTS
Harga: RM18.50

Walaupun ramai ibu bapa pada zaman ini mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai yang fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding pendidikan rohani dan sahsiah diri. Justeru, buku Mendidik Anak Perempuan menyampaikan ilmu-ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh. Ia bagi memastikan ibu bapa pada hari ini bersedia memberikan didikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan sejak lahir, sehingga mereka berumah tangga kelak.

Antara kandungan buku ini:

− Kaedah mendidik anak sejak lahir serta amalan-amalan yang baik semasa menyambut
kelahiran anak.
− Pengaruh keadaan sekeliling kepada pendidikan anak.
− Kaedah ganjaran dan hukuman dalam pendidikan anak.
− Cara menerangkan kepada anak perempuan berkenaan perkara-perkara yang dilarang
agama.
− Mengajar anak perempuan ilmu rumah tangga sehingga mereka bergelar ibu.
− Ilmu-ilmu penting lain dalam mendidik anak perempuan yang jarang diketahui oleh ibu
bapa.

Pastinya tidak rugi memiliki buku yang informatif ini.

No comments:

Post a Comment