Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz
Penulis: Wan Ji Wan Hussin
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM19.00
Penulis: Wan Ji Wan Hussin
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM19.00
UMAR BIN ABDUL AZIZ:
Beliau mempunyai watak yang lembut, bertubuh kecil, kurus,janggutnya tersusun rapi, matanya bulat, dahinya luas, kulit berwarna sawo matang dan rambutnya hitam dengan sedikit bercampur uban. Beliau seorang yang mempunyai sifat penyayang, walau terhadap binatang sekalipun.
Ekoran itu, apabila kita membaca kisah-kisah beliau, pasti akan terjumpa satu kisah tentang beliau semasa menjadi khalifah pernah mengarahkan agar baghal (keldai kecil) tidak dijadikan binatang untuk mencari rezeki sahaja, malah kebajikannya juga wajib diperlihara.
NIK ABDUL AZIZ:
Dilahirkan dalam lingkungan keluarga ulama, beliau dibesarkan dengan corak hidup menjunjung tinggi prinsip-prinsip agama Islam. Tiada kompromi mengenainya. Demikian asuhan pertama yang beliau terima daripada ayahandanya sendiri yang terkenal dengan julukan Tuan Guru Nik Haji Nik Mat Alim dan Tuan Guru Haji Nik Mat Pongoh.
Justeru, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memiliki perwatakan lembut, ucapannya berhikmah, pakaianya sederhana dan amat mementingkan hujah dalam semua perkara. Ayahandanya seorang ulama yang sangat agresif dalam memerangi khurafat dan penyelewengan agama dalam masyarakat.

No comments:
Post a Comment