Kuasa Kepimpinan Ilahiah
Penulis: Muhammad Hasan al-Basri
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00
Ketika Allah mencipta manusia, tentunya Dia sebagai Pencipta alam semesta yang menurunkan model kepimpinan. Ini sama ada dari segi keperibadian mahupun kepemimpinan universal.
Model inilah yang didedahkan dalam buku Kuasa Kepimpinan Ilahiah ini.
Kita bermula dengan Ulul Azmi, iaitu lima orang rasul dan nabi Allah yang dinilai begitu besar perjuangannya. Ini kerana, kepimpinan rasul ataupun nabi Allah berdasarkan dua prinsip penting. Peranan sebagai utusan Allah yang mendapat bimbingan-Nya yang benar, dan peranan mentransformasikan nilai-nilai ketuhanan dalam masyarakat.
Kemudian, walaupun Rasulullah adalah nabi terakhir, namun kepimpinannya diwarisi dan diteruskan oleh para Khalifah ar-Rasyidin. Mereka pemegang amanah yang teguh berpegang pada dua sumber, iaitu al-Quran dan hadis nabi.
Pastinya tidak dilupakan kepemimpinan wanita yang ditampilkan oleh empat wanita termulia, iaitu Khadijah, Maryam, Asiah, dan Fatimah az-Zahra. Inilah wanita yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik penghuni syurga. Mereka juga para wanita yang memiliki darjat tertinggi di sisi-Nya.
Buku ini untuk para pemimpin daripada contoh sbaik-baik pemimpin.
No comments:
Post a Comment