Penulis: Nor Hayati Sapii
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00
Apabila berdepan dengan masalah, kita sering menganggap masalah kitalah yang paling teruk hingga tiada lagi kebahagiaan untuk kita meneruskan hidup. Pelbagai masalah mengelilingi kita sehingga memusnahkan bukan sahaja kebahagiaan kita, tetapi juga kebahagiaan orang lain. Kita memilih untuk hidup derita, bukan bahagia. Namun tahukah kita, sebenarnya kita boleh sahaja memilih untuk bahagia? Kita boleh memilih untuk mengecapinya andai kita tahu caranya. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Bacalah Memilih Untuk Bahagia jika anda mendambakan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Hidup anda tentu akan lebih bahagia dan ceria!
Salam
ReplyDeletenak tanya, buku2 novel islam versi jimat ada stok lagi tak?
wsalam. ada
Delete