Sunday, April 7, 2013

Rinduku Pada Baitullah


Rinduku Pada Baitullah 
Penulis: DR. RIDZUAN BAKAR 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM16.00 

 Rindu akan Baitullah bukanlah gemersik rindu yang dicipta. Ia lahir dari hati yang ikhlas dan diri yang kerdil. Pengakuan bahawa manusia itu hamba, pengakuan bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa dan kita bakal dihimpunkan tanpa apa-apa. Sesungguhnya, setiap mereka yang pernah menjadi tetamu-NYA pasti memahami runtunan jiwa untuk kembali ke sana. Rasa redha, syukur dan bahagia menyelinap – perasaan yang tiada galang ganti, tidak mungkin dapat dibeli atau diberi. 

 HAJI dan umrah adalah proses kompleks yang amat indah untuk dilalui. Seluruh ruang lingkup diri diserlahkan melalui perjalanan fizikal, kekuatan roh, emosi dan jasad. Ikatan kasih sayang hamba dengan TUHAN nampak jelas di hadapan Kaabah. Manusia menangis dan meratap bukan hanya kerana dosa tapi mendambakan kasih sayang dan rahmat-NYA. 

 RINDUKU PADA BAITULLAH memberi kita keyakinan bahawa ALLAH tidak pernah lupakan kita. Maka, ayuhlah… kuatkan tekad dan kesungguhan untuk ke rumahnya, Baitullah alharam. Rasailah keseronokan, kedamaian dan ketenangan berada di bumi Raudah ini. Moga perkongsian ini dapat membantu tetamu ALLAH memperolehi ibadat terbaik dengan izin-NYA. Insya-ALLAH.

No comments:

Post a Comment