Jin Undercover
Penulis: Abdul Majid Hassan
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM20.90
Perkataan “jin” dalam bahasa Arab bermakna “terlindung atau tersembunyi”. Ini bermakna jin tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Mengikut Syed Sabiq dalam bukunya Al-qa’id al-Islamiah: jin ialah roh yang berakal, mukalaf seperti manusia tetapi tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka.
Daripada definasi “mereka mempunyai kuasa untuk membentuk diri mereka sendiri”, bererti mereka boleh berubah bentuk kepada bentuk yang mereka kehendaki.
Dan dijadikan jin daripada api yang tidak berasap – lidah api. (Surah ar-Rahman: 15)
Perbezaan antara jin dan manusia adalah pada tahap suhu. Biasanya, suhu badan manusia ialah antara 35oc hingga 37oc. Manakala suhu jin yang minimum ialah antara 100oc hingga ribuan darjah celsius. Suhu badan manusia tidak boleh melebihi 50oc. Ini akan mengakibatkan manusia mati. Manusia tidak boleh menurunkan suhu badannya dengan sendiri. Tetapi jin boleh menurunkan suhunya dengan cara berubah bentuk sepertimana definasi yang nyatakan oleh Syed Sabiq.
No comments:
Post a Comment