Keistimewaan Rasulullah S.A.W
Penulis: Imam al-Hafiz Muhammad al-Qasthalani
Terbitan: Jahabersa
Harga: RM40.00
Mengenali, mengkaji dan memperhatikan peribadi Rasululah s.a.w adalah perkara yang dituntut; kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, begitu juga menjelaskan tentang kemuliaan nabi s.a.w dan kedudukannya yang tinggi di hadapan Allah s.w.t.
Allah s.w.t mengharuskan baginya sesuatu yang diharamkan bagi orang lain dan mengharamkan baginya sesuatu yang di haruskan bagi orang lain.
Allah s.w.t memuliakan Rasulullah s.a.w dengan setinggi-tinggi perghormatan, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia." (Al-Qalam:4)
Allah s.w.t yang mencipta Rasulullah s.a.w kemudian memuji dan mengagungkannya dengan pelbagai keistimewaan yang tidak terkira. Maka yang wajib bagi kita adalah melihat keperibadian Rasulullah s.a.w dengan pandangan kemuliaan dan penghormatan. Beliau adalah daripada kalangan manusia biasa tetapi berbeza dengan mereka, kerana tidak seorang pun yang setanding dengan beliau, sebagaimana sabda beliau dalam hadis sohih:
"Saya tidaklah sama dengan keadaan kmau sekalian, saya bermalam di sisi Tuhanmu. Dialah yang memberiku makan dan minum."
No comments:
Post a Comment