Sunday, November 16, 2014

Omar Mukhtar - Singa Padang Pasir


Omar Mukhtar - Singa Padang Pasir 
 Penulis: Shafie Abd. Rahman 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM25.90 

 "Sesungguhnya hukuman gantung ini adalah satu kemenangan buat saya dan perjuangan rakyat Libya dalam menentang musuh yang menjajah negara mereka. Janganlah sesekali kamu bergembira dengan kematian saya. Perjuangan rakyat Libya tidak akan terhenti dengan kematian saya. Akan lahir lebih ramai lagi Omar Mukhtar selepas ini." 

 Beberapa kali ditawarkan kemewahan dan kesenangan, tetapi Omar Mukhtar tetap memilih hidup dalam keadaan daif bersama pejuangnya. Jauh sekali dapat dibeli dengan wang dan pangkat, apatah lagi perempuan. Beliau menyerahkan diri dan seluruh kehidupannya kepada perjuangan dan berharap akan mati syahid dalam perjuangan yang di anggapnya sebagai jihad fisabilillah. 

 Omar Mukhtar boleh mati di tali gantung tetapi roh perjuangannya tidak mati dengan hukuman itu. Perjuangannya tetap tidak dapat ditewaskan malah terus bersambung. Omar Mukhtar tetap diingati dan roh perjuangannya tetap segar dalam sanubari rakyat Libya. Beliaulah Singa Padan Pasir yang sentiasa dicemburui oleh kawan dan lawan.

No comments:

Post a Comment