Bercinta Dengan Rasulullah SAW Seolah-olah Kamu Melihatnya
Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf (Pemimpin Majlis Hadrah Al-Busairi)
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM36.90
Walau kita bukanlah umat yang hidup bersama-sama baginda. Tidak berpeluang berbalas salam. Tak pernah mendengar suara dari mata ke mata. Bukan jua umat yang sama-sama berjihad dakwah dengan baginda, jauh untuk menyentuh harumnya baginda. Tapi baginda tetap merindui kita yang mengamalkan sunnahnya (ikhwan) yang dicemburui oleh sahabat dan menanti kita dengan syafaat di akhirat kelak.
Beruntunglah dicintai baginda walaupun beribu tahun memisahkan. Cuma kini, bagaimana kita membalasnya? Adakah cinta itu hanya pada 'perkataan', bukan perbuatan?
Wahai umat Rasulullah, ayuh, sempurnakan tanggungjawab cinta kita kepada baginda.
Firman Allah swt,
"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad saw); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (al -Ahzab:56)
Mana boleh says dptkan buku ni
ReplyDeletesalam. sila emel ke pustakaiman@gmail.com
Delete