Friday, July 29, 2011

Jangan Biarkan Ibu Menangis

Jangan Biarkan Ibu Menangis
Penulis: Zainuddin Ayip
Terbitan: MMP Communications
Harga: RM18.00

Buku Jangan Biarkan Ibu Menangis turut memaparkan beberapa kisah benar mengenai balasan terhadap anak yang menderhaka dan mengabaikan ibu bapa. Antaranya:

- Anak memukul dan menendang ibu hingga tersungkur kaku lalu meninggal dunia. Si anak mendapat balasan apabila matinya dalam keadaan mengerikan. Perutnya pecah dan terburai keluar darah, daging dan najis.
- Gara-gara ibu tidak memberi RM50, anak sanggup menolak dan menghentak ibunya yang sakit jantung hingga meninggal dunia. Akibatnya, kaki si anak terlekat dan terpasak dalam lumpur di kubur ibunya. Akhirnya dia turut meninggal dunia keesokan harinya dengan mata terbeliak dan mulut berbuih.
- Walaupun dilimpahi kemewahan hidup di kota, jiwa anak gelisah dan sentiasa tertekan kerana sudah lebih 10 tahun tidak menjenguk ibu di kampung sehingga orang tuanya meninggal dunia. Dia sangat menyesal kerana tidak menunaikan janji untuk membahagiakan ibunya.

No comments:

Post a Comment