Saturday, July 16, 2011

Suri Wanita Teladan Zaman Rasulullah

Suri Wanita Teladan Zaman Rasulullah
Penulis: Dr Talaat Muhammad Afifi
Terbitan: PTS
Harga: RM14.00

Mereka juga dikenali sebagai generasi yang banyak beramal denganIslam. Mereka adalah golongan yang mempunyai kelebihan dan keunikan berbanding individu lain yang memeluk Islam selepas mereka. Mereka berjihad bagi menyinari agama Allah ke seluruh alam. Hasil dakwah mereka yang signifikan, manusia memeluk agama Islam secara berkelompok. Tiada kemuliaan dan kehebatan seorang manusia selepas Nabi Muhammad kecuali para sahabat yang mulia ini. Mereka ini merupakan individu yang sampai ke tahap cemerlang. Seorang penyair pernah melagukan keperibadian para sahabat melalui syairnya yang berbunyi:“Maka tiada izzah untuk Islam melainkan para sahabat berjaya menunjukkan kehebatan itu. Tidak ada kebanggaan yang sudah dibina oleh mereka itu lalu merekalah yang membinanya”.

No comments:

Post a Comment