Qosidah Al-Burdah
Terbitan: Mawleed Publishing
Harga: RM30.00
Qosidah Al-Burdah ini telah dikarang oleh seorang ulama’ besar bernama Imam al-Busairi RA pada abad ke-7 Hijrah. Bacaan qosidah yang indah lagi mempesonakan ini masih dibaca dan meniti di bibir jutaan umat Islam yang mengungkapkan kecintaan mereka terhadap Rasulullah SAW. Keindahan dan keunikan Qosidah Al-Burdah ini adalah tanda mutiara syair cinta Imam al Busairi RA kepada Rasulullah SAW.
Amalan tradisi membaca Qosidah Al-Burdah ini telah pun diamalkan oleh ulama’-ulama’ yang ‘alim, faqih dan hebat ilmu mereka di negara Mesir, Yaman, Maghribi, Syria, Makkah dan Madinah. Puji-pujian ini disebarkan dalam usaha membuahkan rasa kasih terhadap kekasih kita Nabi yang mulia Sayyiduna Muhammad SAW.
Guru kami al Muhaddith Dr. Ahmad Umar Hasyim pernah berkata: “Qosidah Al-Burdah al Imam Busairi RA merupakan qosidah yang terbaik dan besar hikmah bagi sesiapa yang membacanya”.
Manakala Guru dan ayahanda kami wangi-wangian dari bumi Hijaz, Al Muhaddith al Musnid Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki RA pernah menyarankan kepada anak-anak muridnya supaya mempelajari bidang qosidah selepas belajar al Quran. Ini kerana qosidah atau syair adalah merupakan suatu ilmu yang seni dalam melontarkan ketenangan apabila kita menghayatinya, lebih-lebih lagi apabila mengingati Rasulullah SAW.

No comments:
Post a Comment