Wednesday, March 6, 2013

Kahwin Pada Usia Muda


Kahwin Pada Usia Muda
Penulis: Fuad Hj Sam
Terbitan: Karya Bestari 
Harga: RM18.00 

LUMRAH kehidupan... ada yang mahu berkahwin awal kerana ingin menghalalkan yang haram. Namun, tujuan itu tidak akan diam tanpa cubaan. Pun begitu umur bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari aspek tanggungjawab dan cabaran alam rumah tangga perlu diutamakan. 

 Maka, untuk memastikan hierarki kasih sayang dalam rumah tangga dapat dibina dengan sempurna, diri sendiri harus di'islah' terlebih dahulu. Jadikan titipan al-Quran dan sunah sebagai panduan agar perkahwinan berpaksikan Islam bukannya nafsu semata-mata. KAHWIN PADA USIA MUDA: BAHAGIA ATAU DERITA? Sebuah perkongsian realiti yang diselitkan sketsa kehidupan rumah tangga. Hayatilah... mudah-mudahan panduan ini membantu kita membina keluarga bahagia.

No comments:

Post a Comment