Thursday, March 28, 2013

Menghayati Pesanan Rasulullah S.A.W.: Formula Menghadapi Cabaran Hidup Akhir Zaman


Menghayati Pesanan Rasulullah S.A.W.: Formula Menghadapi Cabaran Hidup Akhir Zaman 
 Penulis: Prof. Madya Dr.Basri bin Ibrahim, Ustaz Wan Mohd Saifudin bin Wan Hasan 
Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM40.00 

 Dalam zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini. Lebih-lebih lagi dengan kecanggihan dan kemodenan sains, komunikasi dan sistem maklumat. Kadang-kadang kita sering terkhilaf atau terkeliru akan tanggungjawab utama kita sebagai hamba Allah. Sebenarnya dengan kemajuan teknologi dan kepesatan arus kemodenan ini mampu membantu kita untuk tetap dan teguh dalam meneruskan kehidupan secara Islam yang berlandaskan Al-Qur'an clan Sunnah. Namun begitu malang sekali ada, segelintir yang hanyut dan leka dalam buaian kemodenan dan kemajuan.

 Bagaimanakah caranya agar kita tetap clan terus hidup dengan cara Islam? Apakah caranya untuk mengatasi halangan dan cabaran itu? 

Pastinya inilah yang ingin kita dapatkan keadah dan caranya. Salah satu cara terbaik adalah dengan penghayatan yang mendalam terhadap ajaran clan bimbingan Rasulullah S.A.W. Untuk itu buku ini menghidangkan apa yang ingin kita ketahui tentang pesanan dan bimbingan Rasulullah SAW kepada umatnya. Semoga dapat kita hayati pesanan dan ingatan Rasulullah SAW untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment