Isu-isu Semasa, Syiah Musuh Tersembunyi
Penulis: Muhammad Erfan Aziz
Harga: RM21.90
Buku ini merupakan suatu pendedahan kepada dunia Islam siapa sebenarnya Syiah yang dahulunya terkenal juga sebagai golongan Rafidhah di segi akidah, syariah, akhlak dan motif perjuangan mereka sejak dahulu hingga sekarang ini selepas Syiah menguasai negara Iran yang sekarang ini dijadikan base bagi melancarkan sasaran serangan mereka ke seluruh dunia, khususnya ke atas negara-negara dan umat Islam bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, bagi mengembangkan fahaman dan akidah Syiah sekaligus menghapus Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Syiah membohongi dunia bahawa mereka ada kaitan dengan Ahli Bait, keturunan Rasulullah SAW melalui Saidina Ali dan Siti Fatimah binti Rasulullah SAW padahal itu suatu rekaan. Terdapat bukti sejarah juga bahawa pembunuh Saidina Husin adalah konspirasi oleh orang dan pengikut Syiah
Iran atas nama Syiah sekarang ini telah melatih dan mengirim wakil-wakilnya ke seluruh dunia bagi mensyiahkan umat Islam di seluruh dunia dan selanjutnya menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah
No comments:
Post a Comment