Friday, May 2, 2014

Ah! Jangan Derhaka


Ah! Jangan Derhaka 
 Penulis: Mohammad Nidzam Abd Kadir 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Penulis mengajak kita menghayati dan memahami tanggungjawab dan pengorbanan seorang anak terhadap kedua-dua ibu dan bapa. Didiklah dirimu dan keluargamu menjadi anak yang soleh dan solehah kerana redha Allah ialah redha ibu bapa. Buku ini melihat permasalahan interaksi dan pergaulan dari perspektif seorang anak. Kupasan menarik dan menyeluruh mampu memberi nafas baharu dalam menjana keluarga Islam yang sebenar. Janganlah kita terus jahil sehingga bergelar “Si Tanggang Moden”! Buku ini menerangkan konsep sebenar layanan yang sewajibnya terhadap ibu bapa. Mengutarakan contoh perlakuan anak yang membawa kepada penderhakaan. Panduan dan tip melayani ibu bapa. Pandangan dan kaedah penyelesaian konflik dengan ibu bapa. Gaya persembahan buku yang menarik bersama ilustrasi sisipan yang menjentik minda.

No comments:

Post a Comment