Saturday, May 21, 2016

Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental


Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental 
 Penulis: Dr. Wan Noorina, Dr Nik Salida Suhaila, Dr. Wan Abdul Fattah 
Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.40 

 Isu “Fiqh Dental“ ini ialah satu bidang yang perlu diterokai dengan lebih meluas. Banyak persoalan mengenai hukum rawatan pergigian dalam Islam perlu dijelaskan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Hal ini penting supaya masyarakat lebih memahami selari dengan tuntutan ilmu dan taaruf antara satu sama lain. Perbincangan yang harmoni dalam fiqah pergigian merupakan satu wadah agar wujudnya pencerahan tentang persefahaman antara fakta saintifik pergigian dengan hukum-hukum Islam. 

 Keistimewaan buku Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental ini adalah membicarakan kesihatan diri iaitu dari segi aspek pergigian gabungan daripada sains dan syariah. Selain itu, buku ini dilengkapkan dengan beberapa hukum-hukum berkenaan kaedah rawatan moden yang menjadi persoalan ramai. Gaya penulisan buku ini menngunakan laras bahasa yang mudah difahami meskipun kadang kala diselitkan dengan istilah sains dan fiqah.

2 comments:

  1. Sy nak bank in macam mana? Mohon tinggalkan no acc atau whatsapp tuan

    ReplyDelete