Membongkar Rahsia Dunia Melayu
Penulis: Srikandi, Al-Semantani, Ibnu Rusydi
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM39.90
MELAYU PRIBUMI ASIA TENGGARA: MENJAWAB KEKELIRUAN SEJARAH
Dewasa ini, pelbagai serangan dan tohmahan dibuat mengenai kedudukan Melayu-Islam. Serangan
yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah,
penyalahgunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible dan sebagainya. Selain itu, serangan itu juga dilakukan
terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada
umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka.
Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar
kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di
negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu’ di negara ini secara automatik adalah
seorang Muslim.
Menerusi ‘serangan’ berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi
kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di
negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan
Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah
identiti dan jati diri penduduk Islam di sana.
Atas dasar itulah, tiga orang blogger sejarah kontemporari tempatan bergabung tenaga dan
minda demi menghasilkan sebuah catatan khas untuk memperjelas kekeliruan serta menjawab putar belit
yang disengajakan terhadap sejarah bangsa Melayu.
Buku ini akan memfokuskan isu-isu yang
mengelirukan umat Melayu-Islam, terutamanya kepada anak muda mengenai sejarah bangsa mereka.
“Jika kita mengenali negara Barat dengan kecanggihan dan kemodenan, adakah benar orang
Melayu dahulukala hanya berkeris menentang penjajah Barat?"
No comments:
Post a Comment