Sunday, January 25, 2015

The Power Of Rasulullah's Leadership (Edisi Bahasa Melayu)


The Power Of Rasulullah's Leadership (Edisi Bahasa Melayu) 
 Penulis: Shoni Rahmatullah Amrozi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM15.00 

 Setiap orang pasti mempunyai impian untuk menjadi pemimpin yang berwawasan, kompeten dan berintegrasi tinggi. Bermula dari sinilah ramai yang mula mengagumi pelbagai tokoh pemimpin dunia. Seperti pemimpin negara, pemimpin ketenteraan, pemimpin bidang sukan dan banyak lagi. Nama-nama besar ini dijadikan idola. 

 Namun sebut sahaja nama Nabi Muhammad S.A.W. tokoh kepimpinan yang terdapat pada Baginda S.A.W. bukan sahaja dikagumi oleh orang Islam sahaja, bahkan is juga dikagumi oleh orang bukan Islam. Banyak kajian dan hasil tulisan berkenaan topik ini telah dibukukan. Malah is juga sering dijadikan model utama dalam pengurusan individu, kekeluargaan, korporat bahkan sistem sesebuah negara. Kepimpinan Nabi S.A.W. merupakan satu institusi yang telah melahirkan ramai lagi tokoh pemimpin yang hebat dalam kalangan para sahabat dan orang Islam sehingga kini. 

 Apakah pola dan corak kepimpinan Rasulullah S.A.W. ini sehingga mampu mengubah wajah dunia sehingga kini. Buku ini mengupas secara terperinci mengenai berbagai teori, cara dan model kepimpinan yang bersifat fundamental, menyeluruh dan holistik. Baginda, menjalankan pemerintahan di atas empat asas utama iatu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah.

No comments:

Post a Comment