Panduan Menambat Hati Pendakwah Bermagnet
Penulis: Roslan Bin Mohammed
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM26.90
Islam adalah agama ibadah dan jihad yang mengajak manusia kepada Allah dan
berjihad dijalanNya. Islam juga sering dikaitkan dengan mushaf (kitab suci) dan pedang.
Umat Islam digalakkan untuk berinteraksi dengan al-Quran dan mentadabburinya,
melaksanakan hukum-hukumnya dengan kekuasaan sekalipun menggunakan pedang
jika perlu. Islam juga politik dan sosial, ianya mengajak kepada kemuliaan akhlak,
persaudaraan dan keimanan, juga menyatukan antara kaum muslimin.
Dalam buku ini diceritakan tentang semuanya mengenai cara menjadi
pendakwah yang baik dan berjaya, bukan sahaja menyampaikan perkara yang baik
dengan cara yang baik dan dakwah yang berkesan kepada para pendengar dengan
cara mengamalkannnya.
Penulis juga melengkapkan buku ini dengan langkah dan stategi cara
menjalankan dakwah itu, selain memuatkan persepsi masyarakat tentang apa itu
dakwah?
Dalam buku ini juga penulis turut memuatkan profil pendakwah dengan info
yang berkaitan.
Perkara yang ditekankan sebenarnya adalah berkaitan dengan langkah dalam
menjadikan dakwah itu berkesan dan melekat dalam hati masayarakat, bukan sekadar
mendengar tetapi tidak mengahayati sepenuhnya. Sesuatu dakwah itu akan berjaya
jika seseorang pendakwah itu turut berjaya dan terbaik. Hal ini ditonjolkan dalam topik
cara menjadi pendakwah yang turut dimuatkan dalam buku ini.
No comments:
Post a Comment