Showing posts with label Faraid. Show all posts
Showing posts with label Faraid. Show all posts

Monday, January 2, 2017

Hukum Harta Pusaka Dan Ilmu Faraid


Hukum Harta Pusaka Dan Ilmu Faraid 
Penulis: Prof Dr Wahbah Zuhaili & Syaikh Muhammad Ali Shabuni 
 Terbitan: Pustaka Azhar 
Harga: RM30.00

Saturday, October 31, 2015

Panduan Wakaf, Hibah & Wasiat Menurut Al-Quran & As-Sunnah


Panduan Wakaf, Hibah & Wasiat Menurut Al-Quran & As-Sunnah 
 Penulis: Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin 
 Terbitan: Pustaka Imam asy-Syafi'i 
 Harga: RM40.00 

 Tidak banyak buku yang beredar di kalangan ummat Islam hari ini yang membicarakan persoalan wakaf, hibah, dan wasiat. Padahal permasalahan ini tidak kurang pentingnya untuk diketahui oleh umat Islam dengan baik. Lebih-lebih lagi pada akhir-akhir ini, ketika kesedaran umat Islam mula bangkit untuk mewakafkan, menghibahkan, serta mewasiatkan sebahagian hartanya di jalan Allah Ta'ala, sebagaimana yang dianjurkan dalam agama dan menjadi salah satu tolok ukur kebaikan seseorang. 

 Buku yang ada di hadapan Anda ini menjadi buah tangan kepada umat Islam tentang perbahasan selok-belok wakaf, hibah, dan wasiat yang sangat diperlukan oleh mereka. Di dalamnya turut disertakan contoh-contoh kongkrit, sehingga mudah difahami dan dipraktikkan. 

 Buku karya Syaikh al-'Allamah Muhammad Soleh al-’Utsaimin ini mengupas secara tuntas mengenai wakaf, hibah, dan wasiat; serta isu-isu berkaitannya secara terperinci. Beliau turut melakukan tarjih pada beberapa pendapat yang saling berbeza (atau diperselisihkan) dan mengemukakan pendapat terkuat daripadanya. Sehingga para pembaca tidak merasa keliru dan was-was.

Tuesday, August 14, 2012

Soal Jawab Wasiat Islam

Soal Jawab Wasiat Islam: Solusi Permasalah Perwarisan Islam
Penulis: Amir Bahari
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Keistimewaan buku ini:
 
1) Boleh dijadikan sebagai modul panduan dalam menyediakan wasiat Islam
2) Kandungan buku ini dipersembahkan dalam gaya yang cukup menarik, kemas serta padat
3) Maklumat dan rujukan di dalamnya diberikan pendekatan baharu (diadun dalam bentuk soalan dan jawapan yang pendek serta tepat)
4) Teks ditransformasikan kepada bentuk rajah, carta aliran dan jadual agar lebih mudah difahami
5) Turut disertakan dengan panduan mengisi borang wasiat, lampiran berita dan isu-isu terkini mengenai wasiat dan paparan kes sebenar yang berlaku di Malaysia untuk panduan dan pedoman para pembaca

Tuesday, September 13, 2011

RM42 Billion Pusaka Belum Dituntut?

RM42 Billion Pusaka Belum Dituntut?
Penulis : Ustaz Ghazali Ibrahim
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM25.00

Permasalahan pusaka di kalangan umat Islam yang berlaku hari ini, bolehlah diterjemahkan sebagai Fitnah Harta. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah SAW dalam salah satu hadis yang menggambarkan tentang akibat umat Islam mengabaikan Ilmu Faraid.

Rasulullah SAW telah menyarankan kepada umatnya agar mempelajari atau mengetahui Ilmu Faraid. Kerana Ilmu Faraid merupakan kunci untuk kita mengurus pusaka dan juga kunci untuk kita merancang pusaka.

Dengan hadirnya buku ini dapat membuka minda kita:

  • Agar selepas ini terdetik minat untuk mempelajari atau mendalami Ilmu Faraid.
  • Agar selepas ini terdetik dalam diri kita untuk segera berpakat sesama keluarga bagi menguruskan dan menyelesaikan pusaka peninggalan arwah ibubapa kita.
  • Agar kita segera membuat perancangan harta pusaka dengan mengambil langkah menulis Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka atau menulis Surat Pengisytiharan Hibah ataupun menulis Surat Pengisytiharan Harta Sepencarian.

Sunday, August 28, 2011

Harta Kita Hak Siapa: Panduan Mengurus Pusaka Kecil

Harta Kita Hak Siapa: Panduan Mengurus Pusaka Kecil
Penulis: Amin Ahmad
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Pastikan harta pusaka anda akan dimiliki oleh waris yang berhak. Elakkan pelbagai masalah dan kekeliruan dalam pengurusan harta pusaka. Buku ini dengan ringkas dan padat menjelaskan tentang peraturan dan undang-undang dalam pengurusan harta pusaka dan memberi pelbagai cara penyelesaian agar harta pusaka itu dapat dipindah milik kepada waris yang berhak.

Sunday, November 28, 2010

Koleksi Buku Tentang Faraid & Pengurusan Harta Pusaka

1) Hukum Harta Pusaka Dan Ilmu Faraid - Prof Dr Wahbah Zuhaili & Syaikh Muhammad Ali Shabuni, Pustaka Azhar, RM18.00
2) Urus Harta Sebelum Mati - Ustaz Md Ghazali Ibrahim, Must Read, RM20.00
3) Bahagi Biar Adil: Mempelajari Konsep Ilmu Faraid Dan Kaedah Dalam Pembahagian Pusaka - Md Ghazali Ibrahim, Must Read, RM18.00
4) Bagaimana Mengurus Harta Pusaka - Mohd. Fitri Abdul Rahma, PTS, RM19.00

Thursday, February 18, 2010

Nota Wasiat

Nota Wasiat
Penulis: Md Ghazali Ibrahim
Terbitan: Must Read
Harga: RM15.90

Membuat surat wasiat adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan bagaimana? Buku ini akan menerangkan apakah definisi wasiat dan surat wasiat, juga menerangkan fungsi wasiat dan kaedah menulis wasiat. Selain itu, buku ini juga menyertakan draf Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka, draf Surat Pengisytiharan Hibah dan draf Pengisytiharan Harta Sepencarian bagi rujukan anda.

InsyaAllah dengan sedikit pelaburan membeli buku ini bakal menyelamatkan waris-waris anda dan juga memastikan harta beratus ribu ringgit yang bakal anda tinggalkan akan diterima oleh waris anda.