Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

Pentingnya Larangan Riba Dalam Islam


Pentingnya Larangan Riba Dalam Islam 
 Penulis: Syeikh Imran N. Hosein 
 Harga: RM25.00

Sunday, January 11, 2015

Tips Mudah Langsaikan Hutang & Petua Menjemput Rezeki


Tips Mudah Langsaikan Hutang & Petua Menjemput Rezeki 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM7.00

Monday, April 7, 2014

Fiqh Kewangan Islam


Fiqh Kewangan Islam 
 Penulis: Dr. Zaharuddin Abd Rahman 
Terbitan: PTS 
 Harga: RM98.00 

 Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan mengenai beberapa permasalahan semasa mengenai hukum jual beli yang secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa. Buku ini mampu menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. Dikaji secara ‘fiqhiyyah’ berserta dengan maqasidnya yang jelas, dapat memberi gambaran yang lebih praktikal dan mudah difahami.

Monday, January 20, 2014

Jana Duit Dengan Membayar Hutang


Jana Duit Dengan Membayar Hutang 
 Penulis: Anuar Haniff & Dr. Mohd Nizal Haniff 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM14.00 

 Antara pengajaran penting yang anda bakal pelajari daripada membaca buku ini adalah:-
• Mengenali fenomena hutang/riba yang akan menentukan keberkatan serta ketenangan kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat. 
• Tahu membezakan antara hutang baik dengan hutang tidak baik. 
• Kelebihan-kelebihan mempunyai bebanan hutang yang minimal. 
• Perancangan Hutang Hayat (PHH) yang merangkumi teknik-teknik penjimatan ribuan ringgit berkaitan pinjaman pendidikan/PTPTN, kenderaan, perkahwinan serta perumahan. 
• Langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan bebanan hutang.
 • Langkah-langkah membebaskan diri daripada ‘Kaya Hutang’. 
• Langkah-langkah kewangan untuk menyuburkan serta memberkatkan harta/aset anda.

Friday, December 20, 2013

WTF? Wa Tak Faham: 23 Hartanah Sebelum 30


WTF? Wa Tak Faham: 23 Hartanah Sebelum 30 
 Penulis: Faizul Ridzuan 
 Terbitan: Penerbit Wawasan Nusa 
 Harga: RM34.90 

 Buku karangan Faizul Ridzuan ini mengisahkan seorang pemuda biasa yang mempunyai kepakaran dalam bidang pelaburan hartanah. Menariknya, beliau bukanlah berasal dari keluarga kaya. Malahan ketika beliau memasuki bidang pelaburan hartanah ini, beliau sebenarnya adalah seorang pekerja biasa namun berjaya mengumpul aset hartanah sehingga 23 buah unit hartanah ketika umur beliau belum mencecah 30 tahun. Ia memang merupakan pencapaian yang menakjubkan kerana bukan mudah untuk membeli hartanah dan mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda melaluinya.

Saturday, November 30, 2013

Kewangan & Perbankan: Isu-Isu Dan Cabaran


Kewangan & Perbankan: Isu-Isu Dan Cabaran
Penulis: Azizi Che Seman, PhD & Mohd Nazri Chik 
Terbitan: Persatuan Ulama' Malaysia 
 Harga: RM23.00 

 Buku ini tampil memberi penjelasan hukum berkaitan isu-isu semasa serta cabaran kewangan Islam. Artikel-artikel yang terdapat dalam buku ini merupakan koleksi kertas kerja Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam (2010) dan Konvensyen Kewangan Islam (2011), anjuran Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Selangor. 

 Mudah-mudahan penerbitan buku ini bakal menyuntik kefahaman yang mampan serta mampu memberikan penyelesaian syariah terhadap isu-isu perbankan dan kewangan Islam. Malah buku ini adalah alternatif terbaik dalam mendedahkan berkaitan konsep dan operasi perlaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

Monday, April 1, 2013

Dinar Emas dan Dirham Perak - Islam dan Masa Depan Wang


Dinar Emas dan Dirham Perak - Islam dan Masa Depan Wang 
Penulis: Syeikh Imran N. Hosein 
 Harga: RM15.00 

 Dinar ialah koin yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ialah koin yang ditempa dari bahan logam perak. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan ‘Denarius’ iaitu koin emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan ‘Dirham’ pula berasal dari perkataan ‘Drachma’ iaitu koin matawang perak Parsi. 

 Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW; koin-koin emas dan perak yang digunakan di seluruh Semenanjung Arab adalah berasal dari Empayar Byzantine dan Empayar Sasanid. Malah koin-koin emas Dinar & Dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW pada tahun 632 M berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a sehinggalah kezaman Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan (685-705M) tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh Kerajaan Islam. Pada tahun 75H terjadi suatu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan r.a. demi mempertahankan keunggulan kerajaan Berkhalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar & Dirham Kerajaan Islam yang pertama. 

 Ini bermakna bahawa koin-koin emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang yang universal tanpa mengira Negara yang menempanya. Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan Negara kerana semua menerima dan mengunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau negara.

Wednesday, January 23, 2013

Kayakan Diri Anda Dengan Teknik FLIP

  Kayakan Diri Anda Dengan Teknik FLIP 
Penulis: Nua Kidal & Cikgu Murni
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM15.00

Hidup anda akan kaya dengan teknik FLIP kerana buku ini mengupas fenomena ketidakseimbangan hidup serta menganjurkan langkah-langkah untuk mentransformasikan diri ke arah yang lebih positif. Teknik FLIP turut mendidik cara-cara untuk menjana sumber kewangan anda dengan teknik yang teratur dan efektif. Ia menyediakan tip-tip bagi menjadikan anda bukan sahaja kaya harta tetapi kaya kasih sayang dan bermotivasi. Buku ini memberi panduan kepada pembaca untuk menilai tahap kemajuan diri serta keluarga sama ada dari segi kehidupan, pekerjaan, kewangan dan lain-lain. Seterusnya teknik FLIP memaparkan resipi kejayaan para hartawan yang pernah gagal pada awalnya tetapi bangkit semula dan terus berjaya hingga ke hari ini.

Sunday, June 24, 2012

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
Penulis: Shamsuddin Abdul Kadir, Ain Muhammad
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Manusia bijak tidak akan pernah gagal merancang, walaupun perancangan mereka itu belum tentu berjaya. Begitu juga dalam aspek perhubungan. Bukan mudah mahu merancang perkahwinan yang penuh bahagia, sekiranya tidak dimulakan sejak dari awal jatuh cinta. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta mampu mengelakkan bakal pengantin daripada terjebak dengan episod masalah kewangan yang berpanjangan, sebaik sahaja bergelar pasangan suami isteri. Malah mengelakkan pasangan daripada hanya menjadi raja untuk sehari, tetapi menjadi hamba untuk sepanjang hayat.

Thursday, May 17, 2012

Bijak Mengurus Wang

Bijak Mengurus Wang
Penulis: Hajah Rohani
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM25.00

 Bagi kebanyakan manusia, untuk mengumpul wang dalam jumlah yang besar mengambil hampir keseluruhan hidupnya, sedangkan untuk menghabiskannya hanya dalam sekelip mata. BIJAK MENGURUS WANG mengajak kita untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan wang agar apabila tiba hari tua, hidup kita lebih tenteram dan tenang tanpa dibelenggu dengan masalah kewangan. Ditulis dalam gaya santai namun mendalam maksudnya. Panduan jelas mengurus wang diberikan mengikut peringkat umur. Sesuai dijadikan rujukan oleh golongan yang baru memulakan kerjaya dan dijadikan peringatan bagi golongan yang telah berusia.

Monday, November 21, 2011

Riba; Anda Berperang Dengan Allah

Riba; Anda Berperang Dengan Allah
Penulis: Hisham Ahmad
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Hal amalan dosa riba sama seperti amalan dosa-dosa yang lain. Untuk tidak melakukannya, memerlukan ilmu dan iman. Sudah tentu seorang yang takutkan azab Allah akan mengambil endah isu riba ini sedangkan seorang yang biasa dengan maksiat, tidak akan ’ambil pusing’. Apakah seorang penzina itu mengambil peduli untuk tidak mengamalkan riba?

Oleh itu pendekatan pemyelesaian yang disarankan dalam buku ini ialah dengan mengembalikan diri kita kepada perkara asas dan utama iaitu penghayatan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan menyedarkan diri kita bahawa kita sememang dan sebenarnya telah berada atas jalan yang benar dan betul untuk mendapatkan kemuncak kebahagian yang hakiki di Syurga Allah.

Cuma kita perlu kekal dan kukuh dalam penghayatan kedua panduan tersebut dan banyak bersabar. Perjalanan hidup masih jauh dengan ujian-ujian yang menanti disepanjang perjalanan khususnya dari anasir godaan dan kedengkian musuh No. 1, Syaitan yang terkutuk.

Berbanding ilmu atas dosa-dosa lain yang telah menjadi pengetahuan umum, ilmu berkaitan riba lebih khusus, bersifat semasa dan payah. Namun kerana kepentingannya, ilmu ini mesti dituntut dan difahami.

Buku ini menghajatkan matlamat agar pembaca-pembaca muslim dapat:-

- Mempunyai kefahaman mencukupi mengenai Riba;
- Bermotivasi kuat untuk membuat tindakan sepatutnya atas Riba;
- Meninggalkan atau menjauhi Dosa Riba itu dan berdakwah (amal makruf & nahi mungkar) menentangnya.

Wednesday, December 8, 2010

Koleksi Buku Dr. Rusly Abdullah (Chef Li)

1) Menjejaki Jutawan Senyap
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM17.00

2) Aku Tak Nak Miskin
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM17.00

3) Petunjuk Jalan Kekayaan
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

4) Biar Kecil Asalkan Berhasil
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

5) OKB! Orang Kaya Bertaqwa
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Tuesday, November 30, 2010

Murabahah: Teori, Aplikasi & Isu Dalam Perbankan Islam Semasa

Murabahah: Teori, Aplikasi & Isu Dalam Perbankan Islam Semasa
Penulis: Zaharuddin Abd Rahman
Terbitan: Truewealth Publishing
Harga: RM29.00

Buku Murabahah: Teori, Aplikasi & Isu Dalam Perbankan Islam Semasa dihasilkan bagi memenuhi kekurangan informasi berkenaan konsep perbankan Islam tersebut sekaligus memperjelaskan kekeliruan dan ketidakfahaman berkenaan konsep Murabahah yang diamalkan di dalam bank-bank lain.

Ia merupakan satu usaha untuk memperkenalkan dengan lebih terperinci konsep Murabahah kepada umum, sama ada ahli akademik, pengamal perbankan Islam, para pelajar dan juga bagi sesiapayang mempunyai minat untuk memahami proses Murabahah yang dijalankan oleh institusi kewangan Islam kontemporari.

Buku ini mampu memberikan idea yang lebih jelas kepada para pembaca dan peminat isu kewangan Islam tentang bagaimana konsep, pelaksanaan, bentuk produk dan isu semasa yang berlegar di sekitar konsep jual beli secara Murabahah. Buku ini juga amat sesuai untuk dijadikan silibus dan rujukan bagi para pelajar di universiti dalam memahami produk perbankan Islam yang bernama Murabahah dengan lebih terperinci.

Sunday, August 29, 2010

Riba dan Isu Kewangan Semasa

Riba dan Isu Kewangan Semasa
Zaharuddin Abd. Rahman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Tuesday, June 1, 2010

Koleksi Buku Ustaz Zaharuddin

1) Untukmu Wanita: Soal Jawab Isu-Isu Kontemporari Kaum Wanita yang Harus Diketahui Oleh Semua Wanita, Isteri dan Ibu - Galeri Ilmu, RM21.00
2) Panduan Perbankan Islam: Kontrak & Produk Asas - Telaga Biru, RM20.00
3) Riba dan Isu Kewangan Semasa - Telaga Biru, RM20.00
4) A Comprehensive Prayer Formula - Telaga Biru, RM26.00
5) Formula Solat Sempurna - RM25.90