Showing posts with label Pustaka Al-Ehsan. Show all posts
Showing posts with label Pustaka Al-Ehsan. Show all posts

Friday, June 17, 2016

Terjemahan Bidayatul Hidayah


Terjemahan Bidayatul Hidayah 
 Penulis: Imam Al-Ghazali 
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
Harga: RM10.00 

 Ketahuilah wahai orang yang bersemangat dalam menimba ilmu agama, yang terlihat dari dirinya kesungguhan cinta dan tingginya dahaga kepada pengetahuan agama, bahawa jika engkau di dalam mencari ilmu memiliki tujuan untuk menyombong, merasa diri lebih dari orang lain, mencari pujian di hadapan manusia dan mengumpulkan harta dunia dengan memperalat ilmu agama untuk kepentingan nafsu belaka, maka sesungguhnya engkau telah melangkah dalam menghancurkan agama, merosak jati dirimu dan menjual akhirat demi duniamu.

Monday, April 25, 2016

Kaedah Usul Fiqah


Kaedah Usul Fiqah 
 Penulis: Prof. Dr Wahbah Zuhaily 
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM26.00 

 Ilmu usul fikah adalah yang sangat digemari oleh para ulama yang cenderung kepada syari'at Islam. Ini kerana ilmu tersebut sebagai mana yang telah dituliskan oleh para mujtahid sebagai dasar melakukan ijtihad dan istimbat hukum dari sumber dalil-dalil syari'yah ijtihad. Dan sebenarnya itulah yang tepat dan lengkap bagi mewujudkan ijtihad dengan manhaj dalam memahami syari'at.Selari dengan itu ilmu usul fikah tentu menghasilkan alasan-alasan dalam berfikir yang benar dan mengenali segala aspek hukum, samada hukum hakam yang didapati dalam nas-nas, mahupun hukum hakam yang dihasilkan oleh ijtihad, sehingga membantu pula dalam mengetahui masalah-masalah hukum tersebut, baik yang sudah ada atau masalah-masalah yang terkini.

Wednesday, December 2, 2015

Manzil: Menangkis Kejahatan Jin & Syaitan


Manzil: Menangkis Kejahatan Jin & Syaitan 
 Penulis: Maulana Muhammad Zakaria Al- Kandahlawi 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM1.50

Wednesday, June 24, 2015

Siapakah Pengikut & Penyokong Dajjal?


Siapakah Pengikut & Penyokong Dajjal? 
 Penulis: Abu Muhammad Arafah Adha 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM28.00 

 Buku yang menyampaikan pesanan Rasulullah SAW berkaitan dengan bahaya dajjal yang kita tidak tahu bila dia akan muncul. Bila mengingatkan kisah Rasulullah SAW menyampaikan berita tentang dajjal baginda menangis dalam keadaan bimbang kalau-kalau umat Islam ada yang tidak mampu berhadapan dengan fitnah dajjal sehingga para sahabat menyangka seolah-olah masa kedatangan dajjal telah dekat dan terlalu hampir. 

 Bila kita menceritakan berkaitan Dajjal, kita tidak akan dapat pisahkan kisah Dajjal itu dengan pemimpin umat Islam yang Allah takdirkan akan muncul pada akhir zaman yang bergelar Imam Al-Mahdi yang juga kita tidak boleh pisahkan dengan kisah turunnya Nabi Isa (a.s) yang bakal membunuh Dajjal hakiki.

Thursday, November 27, 2014

Kiamat Semakin Hampir


Kiamat Semakin Hampir 
 Penulis: Ustaz Sharhan Safie; Hj. Muhammad Nasir 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM49.00 

 Kitab An-Nihayah Fil Fitan Wa Malahin karya Ibnu Katsir ini di ketagorikansebagai kitab lama yang paling baik dalam mengulas permasalahan tanda-tanda hari kiamat dan berbagai fitnah. Kebanyakan manusia berpaling dari kehidupan akhirat kepada kehidupan dunia, melupakan tugas-tugas mereka yang sebenarnya, serta melupakan tujuan akhir hidup mereka. Selain itu, mereka lupa akan kematian dan kehidupan selepasnya. 

 Mereka juga belum mempersiapkan sesuatu sebagai bekalan untuk menghadapi hari itu(kiamat). Janganlah kita lalai dan leka sehingga terpedaya dengan kehidupan duniawi sahaja sehingga datangnya saat kematian. Setelah kematian kesemua kebenaran yang selama ini dilupakan atau berpura-pura lupa akan dihitungkan kesemuanya. Mereka akan menyesal di mana pada saat itu sudah tidak ada gunanya lagi sesuatu penyesalan.

Tuesday, November 18, 2014

Thaharah Al-Qulub - Hakikat Kesucian Hati


Thaharah Al-Qulub - Hakikat Kesucian Hati 
 Penulis: Abu Syeikh Abd Aziz
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM25.00 

 Mendidik nafsu manusia adalah suatu perkara yang perlu, agar nafsu yang diciptakan Allah di dalam diri manusia itu menjurus kearah kebaikan.Latihan dan didikan yang berterusan sahaja menjamin tercapainya tujuan itu. Lebih-lebih lagi jika tuntutan dan keinginan menjadi lebih terpuji. Namun bagi individu yang cintakan keseluruhan jiwa dan kesucian hati perlu mengingati langkah dan resepi yang dihidangkan dalam buku ini.

Thursday, November 13, 2014

Munajat Yang Terangkat Ke Langit


Munajat Yang Terangkat Ke Langit 
 Penulis: Ustaz Sharhan Shafie 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM35.00 

 Sebagaimana kita ketahui, bahawa doa adalah merupakan intisari Ibadah, Senjata orang mukmin, tiang agama dan juga merupakan cahaya langit dan bumi. Oleh yang demikian itu, sepatutnyalah kita diperintahkan oleh Allah agar sentiasa memohon kepadaNya menerusi doa dan zikir-zikir. Ini kerana dengan berdoa hati kita menjadi tenang, tenteram, terhindar dari marabahaya dan kesulitan, semua hajat kita dimakbulkan. 

Dengan berdoa dosa-dosa kita kan diampunkan, dengan berdoa hidup menjadi tenang. Dengan zikir dan doa ini semua hajat hidup dapat dipenuhi, baik itu hajat ingin mendapat rezeki yang banyak, hajat ingin menikah, hajat ingin memiliki anak dan sebagainya. Oleh itu, perintah berdoa kepada Allah SWT ini merupkan kemestian yang harus. Kerana kita adalah manusia yang daif yang memerlukan pertolongan-Nya.

Tuesday, November 11, 2014

Ringkasan Sahih Bukhari


Ringkasan Sahih Bukhari 
 Penulis: Imam Al-Bukhari 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM45.00

Wednesday, October 15, 2014

Ringkasan Sahih Muslim


Ringkasan Sahih Muslim 
 Penulis: Imam Al-Munziri 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM50.00

Tuesday, August 19, 2014

Siapakah Israel Yahudi dan Zionis


Siapakah Israel Yahudi dan Zionis 
 Penulis: Abu Tolhah Iqamuddin 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM33.00 

 Masih ramai di antara kita yang tidak mengetahui sejarah orang Yahudi dan sifat-sifat mereka, sedangkan Allah SWT telah menceritakan dalam Al-Quran dan Rasulullah SAW telah khabarkan hal mereka dalam banyak riwayat hadis. Dalam buku ini didedahkan sifat-sifat Yahudi yang diceritakan sendiri oleh Allah dalam Al-Quran. 

 Selain itu kita masih keliru dengan maksud Israel, Yahudi dan Zionis, sehingga kita menganggap adalah sama.Sedang dalam Al-Quran sendiri membezarkan , sebab ada bangsa Israel atau Yahudi yang baik dan ada yang jahat yang dikutuk oleh Allah. Ramai di kalangan para nabi dan rasul berbangsa Israel. Buku ini menjelaskan siapakah Israel, Yahudi dan Zionis sebenarnya. 

 Bagaimana perancangan dan konspirasi golongan Yahudi yang jahat setiap hari tidak jemu-jemu berusaha untuk merosakkan umat Islam, khususnya umat Islam.

Friday, May 30, 2014

Pengubatan Al-Quran: Penawar Segala Penyakit


Pengubatan Al-Quran: Penawar Segala Penyakit 
 Penulis: Ustaz Raflis Sabirin 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM45.00 

 Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat dalam Al-Quran untuk pelbagai jenis penyakit. Buku ini dapat memberi panduan, pedoman dan iktibar kepada pembaca dalam penjagaan kesihatan jasmani dan rohani.

Wednesday, December 4, 2013

SYIAH Komplot Tawan DUNIA


SYIAH Komplot Tawan DUNIA 
 Penulis: Syeikh Abu Muhammad Musanna 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM25.00 

 Buku ini mendedahkan komplot Syiah yang berpegang kepada asas akidah Syiah yang disambung oleh Khomeini, Ali Khomeini, Hasan Rouhani, presiden Iran sekarang ini, daripada pengasas Syiah asal, iaitu Ibnu Saba' seorang YAHUDI yang amat memusuhi Saidina Umar. 

 Buku ini juga memperincikan kesesatan fahaman Khomeini yang terdapat dalam bukunya Wilayah Faqih, al-Hukuma' al-Islamiyah dan Kasyful Asrar yang kandungannya mempertikaikan kesahihan al-Quran sekarang. Malah menuduh para sahabat mengkhianati amanat Rasulullah SAW, serta yang paling merbahaya sekali adalah keyakinan terhadap kemunculan Imam Mahdi (Syiah) yang merancang untuk menawan Makkah dan Madinah serta memindahkan kiblat umat Islam ke Najad, Iraq. 

 Dapatkan buku ini untuk memahami konspirasi Syiah yang sanggup berkomplot dengan Yahudi, Amerika dan segala musuh Islam untuk mencapai cita cita mereka.

Monday, March 25, 2013

Keagungan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani


Keagungan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
Penulis: Solahuddin Ashani 
 Terbitan: Al-Ehsan 
 Harga: RM26.00 

 Kitab yang merupakan kumpulan kisah salah seorang ahli sufi yang terkemuka ini bertujuan untuk melengkapi karya-karya penulisan yang tengah marak denga kisah dan karamah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, seperti kitab Qala'id Al-Jawahir, Bahjat Al-Asrar, dan Fuyudhat Ar-Rabbaniyya, pada umumnya kitab-kitab tersebut mempunyai penerangan yang sangat panjang lebar mengenai kisah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

 Semoga penerbitan buku keagungan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini mendapat sambutan hangat di kalangan umat Islam dan semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah SAW kelak. Amin

Monday, October 8, 2012

Tips Menghafal Al-Quran Bagi Profesional


Tips Menghafal Al-Quran Bagi Profesional
Penulis: Ustaz Abdurrahman Lubis
Terbitan: Pustaka Ehsan
Harga: RM12.00
Buku kecil ini disusun bagi mengutarakan beberapa tips tentang cara yang mudah, ringkas serta senang difahami bagi semua peringkat umur dan golongan bagi menghafal Al-Quran.

Tuesday, August 7, 2012

Melayari Nikmat Rumahtangga

Melayari Nikmat Rumahtangga
Penulis: Sheikh Fuad Saleh
Penyusun: Ustaz Sharhan Safie
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM39.90

Buku ini merupakan hadiah yang terindah daripada penulis yang akan menjadi panduan lengkap buat saudara-saudari yang rindukan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat dalam membina alam rumahtangga.

Saturday, March 24, 2012

KITAB AL-HIKAM

KITAB AL-HIKAM
Penulis: Syaikh Ibn 'Atha 'illah as-Sakandari
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM28.00

Setiap insan yang berjalan di muka bumi ini melalui perjalanan kehidupan dengan pelbagai ragam. Ada yang menyenangkan tidak kurang juga yang berliku-liku. Apalagi bagi seorang salik (penempuh jalan) berbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi untuk mencapai tujuan mulianya.

DI BALIK TABIR KEMATIAN

DI BALIK TABIR KEMATIAN
Penulis: Imam Al-Ghazali
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM39.90

Setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati. Itu adalah satu kepastian dan wajib kita percayai sebagai seorang hamba Allah yang beriman.Hanya saat kematian itu saja yang kita tidak pasti bila,bagaimana dan di mana. Sabda Rasulullah s.a.w., "Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman." Alangkah indahnya kerana bagi orang yang beriman kematian merupakan hadiah bagi mereka kerana mereka telah melengkapkan persiapan untuk menghadapi kematian menuju ke satu alam yang kekal bagi mereka dan mengecapi kenikmatan syurga yang dijanjikan.

Thursday, November 24, 2011

BIDADARI RASULULLAH

BIDADARI RASULULLAH
Penulis: Syawana Aziz
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM18.00

Aurat adalah apa saja yang kalau kelihatan dia merasa malu. Wanita istimewa di zaman kegemilangan Rasulullah sangat memelihara yang disebut aurat, kecantikan dan perhiasan tubuh badan wanita apabila dilihat oleh orang lelaki.

25 SIRAH KENABIAN PARA ANBIYA'

25 SIRAH KENABIAN PARA ANBIYA'
Penulis: Muhamad Ali Imran
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM35.00

Nabi adalah orang yang mendapat wahyu dari Allah untuk dirinya sendiri. Seorang nabi tidak perlu menyampaikan perintah Allah itu untuk orang lain. Hal ini, berbeza dengan tugas seorang rasul. Rasul adalah seorang nabi yang berkewajipan untuk menyampaikan wahyu dari Allah untuk dirinya sendiri, juga kepada orang lain. berdasarkan riwayat hadis, jumlah nabi menurut para ulamak adalah 124.000 sedangkan rasul berjumlah 313 (315 menurut pendapat yang lain).

Saturday, June 18, 2011

4 Pemimpin Ajaib - Khulafa' Ar Rasyidin

4 Pemimpin Ajaib - Khulafa' Ar Rasyidin
Penulis: Umar Hafiz
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM20.00

Kehidupan Rasulullah dan para sahabat adalah sejarah yang sebaiknya dicatat dengan penuh berharga. Kejayaan pembangunan peradaban tersebut ditambah dengan hasil geranasi setelah Rasulullah disaat menyambung tampuk kepimpinan setelahnya.

Khulafa' Ar-Rasyidin merupakan bukti kejayaan warisan Rasulullah. Wafatnya Rasulullah tidak mungkin akan hilangnya Islam dimuka bumi. Perjalanan kesinambungan warisan Rasulullah memupuk kejayaan menerusi janji-janji yang ditinggal pasti. Empat khalifah pertama ini, Islam mencapai titik puncak kejayaanya. Sebuah kejayaan yang belum pasti akan berulang hingga ke hari ini. Sehinggakan fitnah-fitnah akhir zaman yang hadir disaluti oleh kedengkian musuh-musuh Islam.

Buku yang ada ditangan anda ini merungkai seluruh kehidupan Empat Khalifah tersebut yang memaparkan kemuncak kekaguman dan keagungan empat pemimpin paling ajaib. Cerita lebih lanjut berkenaan kisah hidup empat pemimpin ini. Suka duka dan pahit manis perjuangan mereka dalam menegakkan kebenaran yang di warisi Rasulullah.