Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

Kerana Dia Tuhanku


Kerana Dia Tuhanku 
 Penulis: Suhana Amiril 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM25.00 

 Mengharungi kehidupan di dunia, tidak pernah menjanjikan jalan yang indah. Adakalanya suram dan sedih. Tapi teruslah berjalan. Teruslah beramal. Bukan kerana manusia. Tapi kerana ALLAH..kerana DIAlah Tuhan kita. Bukankah itu sebenarnya sebuah cinta?

Thursday, December 11, 2014

Cuit-cuit Ustaz Kazim


Cuit-cuit Ustaz Kazim 
 Penulis: Ustaz Kazim Elias 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM16.00 

 Madah atau kata-kata hikmah adakalanya memberi kesan yang sangat mendalam buat jiwa. Kata-kata yang ringkas dan bersahaja mudah untuk mengetuk hati yang bergolak. Jiwa yang kelaru boleh kembali terpimpin. Andai kata-kata ini diulang-ulang nescaya hati yang keras pasti tercuit akhirnya. Maksud tersirat disebalik kata-kata itu juga boleh mendorong manusia untuk berfikir dan merenung jauh, lalu membuat perubahan.

Tuesday, November 18, 2014

Tarbiyah Foodiyah


Tarbiyah Foodiyah 
Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM15.00 

 Tarbiyah Foodiyah amat segar sebagai satu lagi cara untuk membantu anda terus istiqamah dalam perlaksanaan ibadah wajib mahupun ibadah sunat. Memilih Siri Jurnal: Tarbiyah Foodiyah sebagai satu pilihan anda untuk meningkatkan kualiti diri seperti ingin memula dan meneruskan perubahan yang lebih baik dalam melaksanakan amal ibadah wajib dan ibadah sunat anda.

Sunday, November 16, 2014

Menjejak Cinta Allah dan Rasul


Menjejak Cinta Allah dan Rasul 
 Penulis: Anis Humaira 
 Terbitan: Mustread 
 Harga: RM18.00 

 “MENJEJAK CINTA ALLAH DAN RASULULLAH dibawa dengan olahan yang sederhana dan santai. Buku ini adalah sebuah renungan sederhana dalam mengintrospeksi diri. Konsep penulisan yang bercorak motivasi dengan mengetengahkan kisah-kisah inspirasi dan refleksi berserta pengajaran dalam mengintrospeksi diri. 

 “MENJEJAK CINTA ALLAH DAN RASULULLAH” juga tidak lupa menyelitkan puisi dan kata-kata hikmah dan motivasi untuk membawa pembaca mencerminkan kembali sebuah perjalanan musafir yang selama ini dilalui sama ada telah berjaya dari tiga sisi utama. yang disentuh meliputi introspeksi sang hamba terhadap pencipta, kekasih-Nya dan suri teladan sahabat Nabi serta terhadap hubungan sesama manusia.

Tuesday, October 28, 2014

Tuhan... Ajari Aku


Tuhan... Ajari Aku 
 Penulis: Anwar Nursi 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM17.00 

 Hidup ini indah andai kita memandangnya dengan keindahan. Juga boleh jadi derita jika dilihat dengan kesakitan. Kita ini insan lemah. Jauh sekali untuk berasa sempurna. Lantas, kita perlukan panduan agar tidak tersesat dalam kegelapan. ALLAH itu sebenarnya dekat walaupun terasa jauh. Dan DIA tidak sekali-kali membiarkan hamba-NYA lemas dalam lautan dosa. Yakinlah, DIA akan ajari kita… segalanya demi menyapa hati daripada alpa.

Saturday, October 18, 2014

Mudahnya Mendapat Rezeki


Mudahnya Mendapat Rezeki 
 Penulis: Ustaz Yusri Abd Karim 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM20.00 

 Mudahnya Mendapat Rezeki memberikan tip dan kaedah 'menjemput' rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah sejak ditiupkan roh ke jasad kita. Tidak kiralah apalah ia rezeki lahiriah atau rezeki batiniah, yang penting kita mendapat rezeki yang barokah. Rezeki yang barokah inilah yang akan mencetuskan ketenangan jiwa dan kebahagian dalam kehidupan di dunia dan berkekalan hingga ke akhirat.

Saturday, October 11, 2014

Big Fat Lies Women Tell Themselves


Big Fat Lies Women Tell Themselves
 Penulis: Amy Ahlers
 Terbitan: PTS
 Harga: RM29.90

Hubungan paling penting dalam hidup ini adalah hubungan kita dengan diri sendiri. Sayangnya, hubungan ini biasanya tidak begitu memberangsangkan. Kita melayan diri dengan begitu menekan dan keras. Sayangnya lagi, cara begitu sebenarnya tidak elok. Dalam fikiran kita, sekiranya kita betul-betul berjaya, betul-betul kurus, betul-betul cantik, betul-betul kaya, betul-betul itu, dan betul-betul ini, tiba-tiba semua monolog dalaman yang penuh rasa tidak puas hati itu akan bertukar. Semuanya tiba-tiba jadi postif. Betulkah? 

 Selepas lebih 10 tahun melatih ramai wanita, saya percaya saya jelas akan jawapannya. Perempuan sebenarnya sangat keras dengan diri sendiri. Tidak kiralah siapa dan di mana pun mereka. Semua daripada kita berjuang melawan diri sendiri dalam sebesar-besar dan sekecil-kecil perkara. Perjuangan ini pula tidaklah membantu kita menjadi lebih berjaya, ataupun berasa lebih puas, mahupun menghasilkan lebih banyak pencapaian. Tetapi siapakah yang layak mempersoalkan sikap kita ini? Tentulah kita sangat tegas dengan diri sendiri apabila ada begitu banyak perkara yang perlu difikirkan. Di sana ada kerjaya, cinta, anak-anak, kesihatan… senarainya terlalu panjang. 

 Kita ini, wanita, kelihatannya perlu membawa pulang ke rumah bahan-bahan masakan dan memasaknya menjadi begitu sedap. Kemudian waktu itu juga, kita mempunyai hubungan yang tiada celanya dengan pasangan, mampu menyiapkan semua kerja rumah, kelihatan cantik, ada anak yang bijak pandai, dan juga, kekal sihat. Kita berasa adalah logik untuk seorang wanita itu ditarik-tarik ke 1001 arah yang berlainan pada satu masa. Bahkan kita wajar menikmati situasi ditarik-tarik ini. Kita berasa seolah-olah kita perlu sefleksibel yang mungkin. Sefleksibel getah, mungkin. Pun begitu, hakikatnya kita hanyalah manusia. Apa kata kita berikan diri sendiri sedikit ruang?

Thursday, October 9, 2014

Hebatnya Bangun Awal Pagi


Hebatnya Bangun Awal Pagi 
 Penulis: Muhammad Suhadi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM12.00 

 Hikmah berpagi-pagian cukup banyak kepada siapa yang melaziminya. Apabila kita memulakan hari pada awal pagi, bermula dengan qiamullail, solat subuh, kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti harian yang lain, kehidupan kita lebih tersusun dan tenang. Berbanding dengan orang yang bangun lambat, bukan sahaja meninggalkan solat subuh, malah turut terlepas melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan. Alangkah rugi.

Saturday, October 4, 2014

Lapis-Lapis Keberkahan


Lapis-Lapis Keberkahan 
 Penulis: Salim A. Fillah 
 Terbitan: Pro U Media 
 Harga: RM65.00 

 Memburu berkah amatlah berat. Tapi justru di dalamnyalah ada banyak rasa nikmat. Bahagia adalah kata paling menyihir dalam hidup manusia. Semua jiwa merinduinya. Semua akal mengharapinya. Semua raga mengejarnya. Tapi kebahagiaan adalah goda yang tega. Ia bayangan yang melipir jika difikir, lari jika dicari, tak tentu jika diburu, melesat jika ditangkap, menghilang jika dihadang. 

 Dalam nanar mata yang tak menjumpa bahagia; insan lain tampak lebih cerah. Dalam denging telinga yang tak menyimak bahagia; insan lain terdengar lebih ceria. Dalam gerisik hati yang tak merasa bahagia; insan lain berkilau bercahaya. 

Buku ini disusun dengan keinsyafan kecil, bahwa jika bahagia dijadikan tujuan, kita akan luput menikmatinya di sepanjang perjalanan. Bahwa jika bahagia dijadikan cita, kita akan kehilangan ia sebagai rasa. Bahwa jika bahagia djadikan tugas jiwa, kita akan melalaikan kewajiban sebagai hamba. Bahwa jika bahagia dijadikan tema besar kehidupan, kita bisa kehilangan ia setelah kematian.

Monday, May 26, 2014

Cinta: Aspirasi Cinta Dunia Glamor


Cinta: Aspirasi Cinta Dunia Glamor 
 Penulis: Bahruddin Bekri, Shahrizan Daud At-Turabi, Heliza Helmi, Diana Amir, Siti Nordiana, Farah Asyikin 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00 

 CINTA: Aspirasi Cinta Dunia Glamor yang dalamnya mempunyai 25 kisah kasih. Kisah-kisah ini diinspirasikan daripada perbualan bersama Heliza Helmi, Diana Amir, Siti Nordiana, dan Farah Asyikin.

Chicken Soup for the Soul: Cipta Kebahagiaan Kita


Chicken Soup for the Soul: Cipta Kebahagiaan Kita 
 Penulis: Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini adalah susulan kepada buku terlaris, Chicken Soup for the Soul: Berfikir Positif. Kita dapat membaca cerita sebenar yang penuh inspirasi tentang bagaimana orang menggunakan fikiran positif, sifat bersyukur, dan akal mereka bagi menemukan jalan mencipta kebahagiaan, menyuburkan semangat, mencari tujuan, dan mencapai kegembiraan dalam hidup.

Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif


Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif 
 Penulis: Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM27.00 

 101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup ini dihimpun daripada pelbagai individu berlainan. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama, iaitu menceriakan hidup kita.

Friday, May 16, 2014

Formula Merawat Hati


Formula Merawat Hati 
 Penulis: Ahmad Adnan Fadzil, Amly Asenar 
Terbitan: Must Read 
 Harga: RM19.90 

 Ramai orang membicarakan dan memberi nasihat soal hati, namun tidak ramai yang memahami hakikat hati, serta tidak menjaga hatinya sendiri. Hanya orang yang benar-benar memahami dan konsisten menjaga hati akan dapat memberi nasihat yang benar dan tepat tentangnya. Oleh sebab itu, kami memilih ungkapan dan mutiara kata daripada para ulama, aulia dan arifin untuk dipersembahkan kepada pembaca dalam buku ini.

Thursday, May 8, 2014

Cukup Hanya Allah


Cukup Hanya Allah 
 Penulis: Ustaz Kazim Elias 
Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM19.90 

 Kita bukanlah insan istimewa. Namun, adakala kita berasa kitalah yang paling baik dan kitalah paling sempurna, sehingga ada yang terdetik kita mampu sendirian mengharungi liku-liku kehidupan. Rasa itu terus menjalar ke benak hati paling dalam. Ya! Lupakah kita bahawa hanya ALLAH tempat sandaran? Andai ALLAH diabai, ke mana harapan harus dituju? ALLAH itu dekat. Tidak pernah menjauh. Kita pula sering melupakan-NYA dan mengingati saat kesusahan bertamu. Lalu, munajatlah tanpa henti. DIA akan membantu kita dalam mendidik hati dan jiwa. Pasti kita menjadi sebaik-baik insan. Yakinlah! Cukup hanya DIA di hati.

Wednesday, May 7, 2014

Celoteh Murabbi


Celoteh Murabbi 
 Penulis: Noor Laila Aniza Zakaria 
 Terbitan: Must Read 
 Harga: RM16.00 

 Naskhah ringkas yang penuh bermakna daripada Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria. Segala celoteh dan nasihat beliau di televisyen, radio dan akhbar kini dibukukan dengan judul Celoteh Murabbi. Celoteh Murabbi - bukan kosong tetapi berisi. Isilah hidup kita dengan mencari ilmu Allah dan mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad Saw.

Wednesday, April 16, 2014

Kiat Bijak Mengambil Keputusan


Kiat Bijak Mengambil Keputusan 
 Penulis: Amru Khalid 
 Terbitan: Cakrawala 
 Harga: RM26.00 

 Yusuf, itulah nama yang diabadikan Allah swt dalam Al-Qur'an, yang dalam sejarah kehidupannya penuh dengan ujian dan cobaan yang datang secara beruntun. Tapi dengan keimanan dan kesabarannya, Allah swt. mengakhiri ujian yang beliau alami dengan kebahagiaan dan kedamaian dalam hidup. 

 Dengan bahasa yang mudah dan amat sederhana, Ust. Amr Khalid menguraikan kisah perjalanan Nabi Yusuf sosok orang yang memiliki ketampanan, kecerdikan, kepiawaian dan ketabahan yang luar biasa dalam menghadapi segala ragam ujian dan cobaan dengan runtut dan diselingi beberapa hikmah dan pelajaran yang dapat dipetik dari setiap peristiwa yang beliau alami. 

 Kiranya, dengan membaca kisah yang tertuang dalam Al-Qur an, khususnya Surah Yusuf, kita dapat mengambil hikmah dan pelajaran penting sehingga kita dapat mengarungi kehidupan di alam yang fana ini dengan rasa tenang, damai dan tenteram. Karena, apapun yang kita alami baik yang berupa kenikmatan maupun penderitaan merupakan ujian yang telah ditentukan di sisi-Nya, yang dengan itu semua Allah swt. ingin mengetahui sejauh mana keyakinan, kemantapan iman dan kesabaran kita atas ujian-Nya. 

 Semoga kisah yang tertuang dalam buk-u ini tidak sekadar menjadi penghibur belaka, tapi juga sebagai cermin atas semua problematika yang senantiasa menyertai kehidupan kata, dan apa yang semestinya kita lakukan saat ujian menimpa. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih-Nya kepada kita semua, juga ketabahan saat menjalani ujian dari-Nya.

Sunday, April 6, 2014

Mudahnya Bahagia


Mudahnya Bahagia 
 Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM15.00 

Sekali lagi Prof. Dr. Muhaya tampil dengan jurnal baru untuk pembaca yang masih tercari-cari definisi dan cara untuk mendapat kebahagiaan. Melalui pendekatan konsep ‘ADA, BERI, DAPAT’ yang diterapkan melalui jurnal ini akan memudahkan anda mendapat kebahgiaan. Sebuah jurnal yang dapat membantu anda melihat kebahagiaan dari sudut yang berbeza sekaligus melepaskan anda daripada zon tekanan hidup. 

Mudahnya Bahagia ini tampil dengan gaya yang lebih praktikal dan effisyen kepada pembaca. Jurnal ini juga adalah panduan kepada pembaca untuk mencapai bahagia dalam kehidupan harian. Ingatlah, kebahagiaan bukan sesuatu yang bersyarat untuk dimiliki tetapi ia juga bukan sesuatu yang percuma untuk datang bergolek. Jadi pilihan untuk mendapat kebahagiaan adalah ditangan anda sendiri. Jadikan Mudahnya Bahagia sebagai satu langkah permulaan dalam perjalanan anda mendapat kebahagiaan.

Kanta Kesedaran


Kanta Kesedaran 
 Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM20.00

Buku yang menekankan konsep “kesyukuran”. Semakin hari kita semakin dekat dengan Allah, dan orang yang dekat dengan Allah, Allah dekat dengannya. Ibarat sebatang pohon, baik atau buruk buahnya bergantung kepada pohon. Pada sebatang pohon, yang paling penting dijaga sejak dari awal peringkat pertumbuhan, adalah akarnya, bukan rantingnya. Akarnya adalah akidah. Kuat akarnya, bercambahlah rantingnya. Rantingnya adalah ibadah. Banyak rantingnya, banyaklah buahnya. Buahnya atau hasilnya yang baik adalah akhlak yang baik. Apakah yang mendominasikan hidup kita, Allah atau manusia? Anda boleh mendapat jawapannya melalui buku ini.

Jurnal Kesedaran – 21 Hari Mengenal, Membaiki, Menyayangi dan Mendidik Diri


Jurnal Kesedaran – 21 Hari Mengenal, Membaiki, Menyayangi dan Mendidik Diri 
 Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM10.00

 Sebuah formula kesedaran yang telah dirumus khas oleh Prof.Dr. Muhaya ini bagi masyarakat yang masih tidak memahami tahap kesedaran mereka daripada reaktif kepada responsif. Berdasarkan rumus 6 aspek yang dimuatkan ke dalam jurnal ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan impak ke dalam diri bagi mengubah diri individu agar lebih memahami konsep kesedaran dalam kehidupan. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Jom audit diri kita!

Tempat Kerja Saya Ladang Pahala Saya


Tempat Kerja Saya Ladang Pahala Saya 
 Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM15.00

 Adakah anda seorang yang berkerjaya? Perlukan peningkatan dalam membina kerjaya? Jika jawapan anda “ya!” Jurnal ini adalah pembantu ideal dalam merancang kejayaan untuk kerjaya anda. Perancangan Kerjaya yang lengkap dari aspek fizikal, mental dan rohani dimana membolehkan anda mencatat, merancang dan merangka perjalanan tugas harian serta pengurusan masa anda di tempat kerja. Jurnal ini menerapkan pendekatan yang sering ditekankan oleh Prof. Dr Muhaya di dalam ucapan-ucapannya iaitu, ‘ NIAT BAIK, FIKIR BAIK, BUAT BAIK, DAPAT BAIK’ supaya pengguna memulakan dan mengakhiri tugasan dengan perasaan yang baik sekaligus bebas daripada tekanan.