Showing posts with label Keusahawanan. Show all posts
Showing posts with label Keusahawanan. Show all posts

Sunday, September 29, 2013

10 Tokoh Usahawan Muslimah


10 Tokoh Usahawan Muslimah 
 Penulis: Sakinah Salleh 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

 10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan rahsia dan resipi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka. Namun, pada masa yang sama, tetap meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Tokoh yang diketengahkan adalah: 

Puan Zawati Ibrahim (Jatimas Asia Sdn. Bhd.) 
Puan Ramlah Hamad (AnsarComp Sdn. Bhd.) 
Puan Qutreen Nada (Children Islamic Centre - CIC) 
Chef Hanieliza (Penulis bestseller buku 1 Hari 1 Resipi) 
Puan Wan Khadijah (Tanjung Cindai Sdn. Bhd.) 
Puan Zainon Salleh (Zai's Food ZS Maju Product) 
Puan Famiza Zulkifli (Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd.) 
Dr. Norhanis (Klinik Pergigian Famili) 
Puan Rusni (Al-Hikmah Sdn. Bhd.) 
Puan Norasyikin (Sumayya Design Sdn. Bhd.)

Wednesday, February 29, 2012

Siri Buat Duit

1) Buat Duit dengan Katering, Hizamnuddin Awang & Imran Yusuf - RM14.00
2) Buat Duit Dengan Baiki Handphone, Asyraff Hafdzan Abdullah - RM17.50
3) Buat Duit Dengan Salun, Mahsuri Ayu - RM14.50
4) Buat Duit dengan Jaga Budak, Masnah Ali & Imran Yusuf - RM14.50
5) Buat Duit dengan Tadika, Rashidah Rafie Abd Rashid - RM17.00
6) Buat Duit dengan Pasar Malam, Johar Seman - RM16.00
7) Buat Duit dengan Kedai Jahit, Rashidah Mat Nor - RM14.00
8) Buat Duit dengan Kraf Tangan, Rashidah Mat Nor - RM14.00
9) Buat Duit dengan Seminar, Samsudin Wahab - RM15.00
10) Buat Duit dengan Video Kahwin, Rizal Abd. Rashid - RM14.50
11) Buat Duit dengan YouTube, Zamri Mohamad - RM18.00
12) Buat Duit sebagai Ejen Unit Amanah, Sunthara Segar - RM16.00
13) Buat Duit dengan Affiliate, Azahar Abdul Rahman - RM14.50
14) Buat duit sebagai Ejen Insurans & Takaful, Sunthara Segar - RM17.00
15) Buat Duit dengan Foto, Muhamad Bin Ali - RM14.50
16) Buat Duit dengan Jual Pakaian, Saat Sulaiman - RM13.50
17) Buat Duit dengan Restoran, Junaidah Hamdan - RM15.50
18) Buat Duit dengan Lembu, Johar Seman - RM14.00
19) Buat Duit dengan Tuisyen, Osman Affan - RM15.50
20) Buat Duit dengan Blog, Yazid Yahya - RM14.50
21) Buat Duit dengan Cenderamata, Abdullah Badrishah - RM14.00
22) Buat Duit dengan Cendawan, Mohd Fakhrulrazi Safiai & Rusila bt Yusof - RM13.50
23) Buat Duit dengan Ikan Keli, Mohd Fakhrulrazi Safiai - RM14.00

Sunday, January 8, 2012

Wanita Juga Boleh Berbisnes

Wanita Juga Boleh Berbisnes
Penulis: Muhammad Abu Syauqi Banna
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM16.00

Wanita sering dihadapkan pada dua sudut ekstrem yang dilihat menjerumuskan mereka pada keadaan yang wajib untuk memilih. Di satu sudut, ia patut berada di rumah untuk mengurus anak-anak, mengelap lantai, mencuci pakaian dan tidak boleh keluar rumah. Akibatnya, hak-hak mereka sebagai hamba Allah ada yang tidak sempurna. Mereka tidak mendapatkan pendidikan yang baik, pergaulan yang semestinya serta potensi diri yang terbatas.

Di sudut lain, kita menyaksikan para wanita berkeliaran bebas tanpa ikatan. Waktu kerja dari pagi hingga malam, membuat mereka tidak pernah mempedulikan anak-anak. Bila gaji mereka jauh lebih besar daripada lelaki, membuat mereka -kadang-kadang ego dan kehilangan rasa hormat terhadap suami.

Islam memberikan begitu banyak petunjuk tentang orbit wanita dalam sistem hidup ini. Menurut tuntunan Rasulullah, Islam sebagai agama yang amat memerhatikan masalah keseimbangan, menegaskan bahawa wanita adalah pendamping lelaki dalam usaha menegakkan kalimat Allah. Jika hendak diumpamakan, wanita dan lelaki laksana dua bintang yang berada pada orbit yang berbeza. Namun keduanya memiliki peranan yang sama dalam menentukan kesimbangan bagi jagat ini.

Buku ini menukilkan gambaran cara berbisnes seperti yang ditunjukkan wanita solehah sesuai sepanjang zaman. Selamat membaca!

Monday, January 2, 2012

Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf

Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf
Penulis: Aizuddinur Hj Zakaria
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.

Tuesday, November 22, 2011

Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah

Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah
Penulis: Muslim Kelana
Terbitan: PTS
Harga: RM19.50

Nabi Muhammad terbukti adalah manusia terbesar sepanjang sejarah. Tidak ada pemimpin spiritual lain yang mampu memberikan pengaruh sebesar pengaruhnya yang merangkumi semua bidang. Nabi juga menghasilkan para sahabat yang juga berjaya dalam banyak bidang, menghasilkan generasi-generasi pembaharu termasuk para ilmuwan, sasterawan, ahli falsafah dan pemimpin yang handal serta menghasilkan pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan manusia menjadi lebih baik.

Monday, August 29, 2011

Blogger Blog Blogging Untuk Semua

Blogger Blog Blogging Untuk Semua
Penulis: Rosli Jamal
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM24.00

Blog merupakan laman web yang memudahkan interaksi sepontan. Anda boleh berkongsi minat dan kepakaran melalui blog. Ini secara langsung menjadikan diri anda popular disamping membentuk satu komuniti yang akan memberi peluang perniagaan kepada anda.

Pelajarilah teknik untuk menjadi blogger yang diminati dan dipercayai. Jadikan komuniti blog anda sebagai tempat perkongsian maklumat, perasaan, dan wang. Ya! blog boleh menjadi sumber rezeki. Ketahuilah cara menghasilkan pulangan rezeki. Buku ini menyajikan pelbagai panduan untuk membina dan mengurus blog anda dengan cepat dan berkesan. Dapatkan 97 alamat blog dan laman web dalam buku ini untuk memajukan diri atau bisnes anda.

Klik Untuk Kaya

Klik Untuk Kaya
Penulis: Rosli Jamal
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Bisnes siber atau perniagaan internet boleh dimulakan tanpa modal yang besar, mudah dikendalikan dan boleh menjanakan untung yang besar. Buku ini akan membongkar 'rahsia-rahsianya'.

Wednesday, March 30, 2011

Nota Jutawan, Nota Kewangan

Nota Jutawan, Nota Kewangan
Penulis: Irfan Khairi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM30.00

Buku ini adalah buku ketiga hasil tulisan Dr. Irfan Khairi selepas Nota Jutawan, Nota Motivasi dan Nota Jutawan, Nota Perniagaan. Pendekatan yang santai dan mudah dalam bentuk peta minda, menjamin buku ini juga amat menarik perhatian pembaca yang rata-rata memberi tumpuan kepada tip-tip atau inti sari mengenai motivasi, perniagaan dan keusahawanan. Walaupun secara santai dan bersahaja, namun idea-idea yang disampaikan adalah amat serius untuk semua pembaca mempraktikkan supaya pembaca dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik, bijak dan berhemah, Insya-Allah.

Wednesday, December 8, 2010

Koleksi Buku Dr. Rusly Abdullah (Chef Li)

1) Menjejaki Jutawan Senyap
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM17.00

2) Aku Tak Nak Miskin
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM17.00

3) Petunjuk Jalan Kekayaan
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

4) Biar Kecil Asalkan Berhasil
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

5) OKB! Orang Kaya Bertaqwa
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00