Showing posts with label Galeri Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Galeri Ilmu. Show all posts

Tuesday, October 1, 2019

Qalbun Salim Syarah Penawar Bagi Hati


Qalbun Salim Syarah Penawar Bagi Hati 
 Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM40.00

Buku ini memperihalkan segalanya tentang hati yang menjadi perbahasan ilmu Tasawuf. Setiap sifat-sifat hati diterangkan dengan jelas, disertakan cara untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah. Mempelajari ilmu Tasawuf adalah fardu ain ke atas Muslim yang baligh dan berakal. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan kita beroleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat.

Friday, February 17, 2017

Misbahud Duja Syarah Safinah An Naja


Misbahud Duja Syarah Safinah An Naja 
 Penyusun: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM45.00 

 Syarah kitab Safinah an-Naja yang paling komprehensif dalam bahasa Melayu. MISHBAHUD DUJA SYARAH SAFINAH AN-NAJA ini merupakan edisi kemaskini daripada kitab SYARAH SAFINATUN NAJA. 

 Buku ini diklaskan sebagai syarah kitab Safinatun Naja terbesar/terlengkap dalam bahasa Melayu. Dinamakan sebagai Edisi Komprehensif kerana kupasannya lebih luas dan terperinci berbanding dengan syarah Safinatun Naja sebelum ni. Lebih tebal - 704 halaman (berbanding 464 halaman sebelum ni). 

 Kitab ini ditambah lebih banyak syarahan, permasalahan, keterangan, fawa’id (faedah-faedah), tanbih (perhatian), catatan dan tatimmah (penyempurna). Disertakan juga hikmah dan hikayah, untuk menjadikan ia lebih lengkap dan lebih bermanfaat kepada semua pembaca. Nota-nota tambahan daripada kitab-kitab feqah yang muktabar disertakan bersama dengan sumber rujukan. 

 Disertakan kata pengantar oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Tajuk dan bab yang dibincangkan dalam kitab ini sangat penting diketahui semua umat Islam, lelaki dan perempuan sebagai pedoman untuk beribadah dengan sempurna.

Tuesday, February 7, 2017

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Pertama)


AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Pertama) 
 Penulis: AL-IMAM AL-BUKHARI 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM22.00 

 AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Pertama) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam. 

Antara tajuk yang terdapat dalam jilid pertama ini: 
 * Adab dengan ibu bapa 
 * Keutamaan dan kelebihan silaturahim 
 * Adab terhadap jiran 
 * Akhlak sesama Muslim

Monday, February 6, 2017

Cahaya Yang Menerangi


Cahaya Yang Menerangi 
 Penulis: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM22.00 

 CAHAYA YANG MENERANGI menghimpunkan soal jawab bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki dalam isu akidah dan hukum-hakam feqah. Soalan-soalan yang diajukan semasa sesi pengajian talaqqi ini dijawab oleh Syeikh Nuruddin secara spontan. Ustaz Muhadir telah mengambil inisiatif untuk membukukan soal jawab ini supaya manfaatnya dapat menyebar lebih luas kepada masyarakat. 

Antara permasalahan yang dijawab oleh Syeikh Nuruddin: 
 * Membawa atau memegang al-Quran digital 
 * Solat menghormati waktu 
 * Bangkai cicak dalam makanan 
 * Air mata orang hidup menitis ke muka mayat 
 * Pakaian bernajis disekalikan dengan pakaian lain di dalam mesin basuh dan banyak lagi.

Monday, October 10, 2016

Mauizhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh


Mauizhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh 
 Penulis: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM28.00 

 Pengakhiran bagi setiap kehidupan adalah kematian. Kematian yang Husnul Khatimah menjadi idaman setiap orang beriman. Pun begitu, hakikat akhir kehidupan tidak terhenti di situ. Liku-liku perjalanan yang bakal kita tempuhi setelah itu adalah lebih mencabar dan masih panjang. 

 Buku ini membicarakan tentang kehidupan selepas kematian yang jarang manusia mahu mengambil tahu tentangnya. Sedangkan alam barzakh itu, seandainya manusia tahu realitinya yang sebenar, pasti dia akan mengabaikan dunianya. Malah menumpukan seluruh hayat untuk mempersiapkan bekalan menghadapi alam barzakh. Membacanya bukan untuk menambah takut, tetapi menambah ilmu dan takwa supaya giat menyiapkan bekalan kerana kita semua pasti akan menghadapi malam pertama di barzakh.

Monday, October 3, 2016

BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA


BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA
 Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany
 Terbitan: Galeri Ilmu
 Harga: RM16.00 

 Lengkap dan berwarna. Buku BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA ini disusun dengan bahasa yang mudah berserta penerangan hukum tajwid dan penjelasan istilah agar dapat memberi kefahaman kepada pembaca bagi mempelajari dan memperbaiki bacaan Al-Fatihah. 

 Antara isi kandungan dalam buku ini: 
 * Kemuliaan surah Al-Fatihah. 
 * Hukum tajwid yang terdapat dalam surah Al-Fatihah.  
* Waqaf dan ibtida’ dalam pembacaan Al-Fatihah. 
 * Kesalahan yang sering dilakukan dalam bacaan Al-Fatihah. 
* Panduan ringkas tahsin qiraah Al-Fatihah. 
 * BACAAN BONUS: Qiraat ‘Ashim riwayat Hafsh.

Sunday, August 21, 2016

Solat Jemaah: Panduan Imam & Makmum


Solat Jemaah: Panduan Imam & Makmum 
 Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM14.00 

 SOLAT JEMAAH, PANDUAN IMAM & MAKMUM memperjelaskan hukum-hakam dalam solat berjemaah yang kurang diketahui umat Islam. Penjelasan disampaikan secara ringkas dan padat berdasarkan pendapat ulama dalam mazhab Syafi’i. 

 Antara persoalan yang diperjelaskan dalam buku ini: 
  Imam dan makmum niat solat berbeza. 
 Rukuk dan sujud serentak dengan imam. 
 Hukum mufaraqah daripada imam. 
 Makmum muwafiq dan makmum masbuk. 
 Imam terlupa atau tersalah dalam solat. 
 Peraturan susunan saf dalam solat jemaah. 
 Istikhlaf (menggantikan imam).

Monday, August 1, 2016

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna


Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna 
Penulis: Hilal Asyraf 
Terbitan: Galeri Ilmu 
Harga: RM21.00 

 Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari, menyah kegelapan Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar, dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi. Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan, lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan. Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi! Lantas, badai yang tidak pernah disangka selama ini, akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?

Wednesday, July 20, 2016

Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat


Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat 
 Penulis: Dr. Nik Yusri Musa 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM60.00 

 Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat membahaskan serba-serbi tentang solat. Disertakan ilustrasi foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Gaya bahasa yang mudah, ringkas dan santai. Menggunakan kitab rujukan yang muktabar, Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat adalah huraian kontemporari tentang hukum-hakam solat dan permasalahannya. 

 Antara Kandungan Menarik: 
● Falsafah & Sejarah Pensyariatan Solat 
 ● Tip Khusyuk Solat 
 ● Wuduk dan Tayamum 
 ● Praktikal Solat Lelaki dan Perempuan 
 ● Solat Berjemaah 
 ● Solat Rukhsah 
 ● Solat Sunat 
 ● Solat Khauf 
 ● Solat Jenazah 
● dan banyak lagi

Monday, June 27, 2016

Pesona Ahli Syurga (Kisah Orang Soleh Siri 1)


Pesona Ahli Syurga (Kisah Orang Soleh Siri 1) 
 Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM20.00 

 Koleksi 170 kisah orang-orang soleh daripada zaman Rasulullah saw sehingga abad ke-20 yang dihimpunkan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll di dalam buku Pesona Ahli Syurga ini sebagai suatu bentuk hiburan jiwa yang bukan sekadar menghiburkan, malah mampu memberi motivasi dan momentum untuk anda.  

Kisah-kisah benar ini berkisarkan mukjizat Baginda saw, karamah orang-orang soleh, kehebatan mereka dalam beribadah dan mencintai Rasulullah saw. Antara kisah yang dimuatkan dalam siri pertama Pesona Ahli Syurga ini: 
● Makanan bertasbih dan air memancar daripada jari-jemari Nabi 
● Harimah Makkah 
● Solat malamnya 300 rakaat 
● Ulama yang dipanggil Habib Neon 
● Ibu kepada syuhada’ 
● Meninggal dengan membaca hadis tentang kalimah la ilaha illallah

Legasi Cinta Murabbi (Kisah Orang Soleh Siri 2)


Legasi Cinta Murabbi (Kisah Orang Soleh Siri 2) 
 Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM20.00 

 Siri kedua daripada Kisah Orang Soleh tulisan Ustaz Muhadir Haji Joll ini menghimpunkan lebih 200 kisah-kisah benar tentang ulama daripada zaman awal Islam sehingga zaman moden. 

Kesungguhan mereka menuntut ilmu, menyebarkan ilmu melalui pengajian dan penulisan serta akhlak-akhlak mulia mereka mampu memberi inspirasi kepada umat Islam akhir zaman kini agar lebih bersemangat dan kuat berusaha untuk menuntut ilmu serta menyebarkan agama Islam sama ada dengan ilmu mahupun akhlak yang mulia. 

 Buku Legasi Cinta Murabbi ini memuatkan pelbagai kisah seperti: 
● Imam Abu Hanifah tidak pernah melunjur kaki ke arah rumah gurunya 
● Masruq bermusafir hanya untuk mendapatkan satu huruf 
● Hafalannya sebanyak 13 buah almari kitab 
● Membaca kitab untuk menghilangkan letih 
● Menulis 110 buah kitab sepanjang umur 39 tahun 
● Imam al-Alusi mengajar 24 pelajaran sehari 
● Hatim mengalahkan seorang Yahudi 
● Memulangkan keuntungan kerana riba 
● Tiang itu adalah Manshur 
● Pengsan kerana takutkan Allah 
● Gabenor yang miskin

Tuesday, May 3, 2016

Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu?


Mungkinkah Ini Solat Terakhirmu? 
 Penulis: Syed Alwi Alatas 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM21.00 

 Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk selalu menegakkan solat dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukan. Dan berilah petunjuk kepada saudara-saudara kami yang belum lagi tergerak hatinya untuk tunduk sujud kepada-Mu. Masih ramai yang bersikap acuh tak acuh berkenaan solat, walhal ia adalah ibadah yang paling asas dan paling utama. Ia bukan suatu pilihan, ia suatu kewajipan. Ia adalah warisan agung. 

Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar menjaganya? Buku ini membenarkan sebuah hadis Nabi yang menyebutkan bahawa pada akhir zaman, solat akan menjadi sesuatu yang ditinggalkan. Rasulullah SAW bersabda: “Jika Islam dilucutkan, sekeping demi sekeping, orang-orang akan berpegang kuat pada perkara yang berikutnya. Perkara pertama yang akan hilang ialah pemerintahan dan kerajaan, dan yang terakhir ialah solat.” (Riwayat Ibnu Hibban) 

Kini kita boleh lihat betapa ramai manusia tidak bersolat. Ada yang pandai berbicara tentang hal-hal berkenaan agama, tapi tidak bersolat. Ada yang telefon pintarnya melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat, tetapi dia sendiri tidak bersolat. Ada Muslimah yang pakai tudung, tapi tidak bersolat. Inilah yang cuba disingkap oleh penulis ... menjawab kepada persoalan mengapa orang Islam tidak mahu bersolat, sehingga keadaan ini melemahkan ummah. Walhal jika solat dijaga dengan penuh tanggungjawab dan amanah, umat Islam mampu berdiri teguh di tengah-tengah musuh Islam. 

Justeru, MUNGKINKAH INI SOLAT TERAKHIRMU? mengajak, menyeru dan memberi motivasi kepada pembaca untuk bangun mendirikan solat ... agar dengannya kita muncul dan berada kembali di tempat sewajarnya, iaitu sebagai umat terbaik.

Monday, March 14, 2016

Jejak Sahabat: Kisah Agung 31 Sahabat Rasulullah S.A.W. Pembuka Mesir


Jejak Sahabat: Kisah Agung 31 Sahabat Rasulullah S.A.W. Pembuka Mesir 
 Penulis: Ustaz Mohd Nasuha Ismail Al-Azhariy 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM33.00 

 Kisah para Sahabat Rasulullah SAW yang membuka Kota Mesir (Negara Mesir). Padat dengan kajian yang mendalam tentang permulaan sejarah Mesir dan kegemilangannya. Antara nama para Sahabat yang terdapat dalam buku ini: Umar al-Khattab al-Farruq. Amru bin al-As. Abdullah bin Hudzafah as-Sahmi. Abu Basrah al-Ghifari Ubadah bin as-Somit. Al-Qa’qa’ bin Amru at-Tamimi Sariah al-Jabal Al-Miqdad bin al-Aswad. Abu Darda’, dan ramai lagi. 

 Disertakan koleksi gambar istimewa tempat bersejarah para Sahabat dan barang-barang peninggalan RASULULLAH SAW yang berada di Mesir.

Thursday, January 7, 2016

Takdir 3 - Hilal Asyraf


Takdir 3 
 Penulis: Hilal Asyraf 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM20.00 

 Takdir 3: Janji-Nya Yang Tidak Termungkir adalah novel ketiga daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri, Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa.

Tuesday, August 25, 2015

Syarah Safinatun Naja


Syarah Safinatun Naja 
 Penulis: Syeikh Salim Sumair al-Hadrami asy-Syafi'i 
 Penyusun: Ustaz Muhadir Haji Joll 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM40.00 

 Kitab turats feqah Mazhab Syafi'i berbahasa Arab yang terkenal karya Syeikh Salim Sumair al-Hadrami asy-Syafi'i ini diterjemah dan disyarahkan semula dengan bahasa yang lebih moden tanpa menghilangkan keaslian maksud asal kitab. 
* Bersuci 
* Solat 
* Pengurusan Jenazah 
* Puasa 
* Zakat 
* Haji dan Umrah 
* Sembelihan

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW


Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW 
 Penulis: Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki 
Penterjemah: Ustaz Muhadir Haji Joll 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM50.00 

 KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW yang diterjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. Lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik bagi mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW. Pembaca akan dapat 'melihat' kehidupan sebenar Baginda sejak awal kelahiran sehingga kewafatannya. Buku ini penting agar setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menamba rasa cinta terhadapnya.

Tuesday, August 4, 2015

Syamail Rasulullah S.A.W: Cahaya di Atas Cahaya


Syamail Rasulullah S.A.W: Cahaya di Atas Cahaya 
 Penyusun: Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM15.00 

 Cuplikan bab penting dan istimewa tentang kesempurnaan kehidupan dan keperibadian Baginda Nabi SAW daripada kitab Sairus Salikin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah Taala yang disempurnakan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Mengandungi 12 Fasal (BAB) yang menyentuh secara terperinci dan mendalam tentang Rasulullah SAW melalui periwayatan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rahimahullah Taala. Sesuai untuk semua peringkat pembaca dalam menambah kecintaan terhadap Baginda.

Sunday, January 25, 2015

Revolusi


Revolusi 
 Penulis: Pahrol Mohamad Juoi 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM15.00 

 Antologi cerpen Revolusi ini ditulis dengan misi ‘memanusiakan’ manusia. Apakah ada manusia yang bukan manusia? Ya, ada. Bukan pada rupa, tetapi pada jiwa. Apabila buta mata hati (kerana meminggirkan agama), manusia akan menjadi lebih hina daripada haiwan. Kerakusannya, bukan sahaja menghancurkan orang lain tetapi turut menghancurkan dirinya sendiri. Ketika itu kebijaksanaan akal akan didominasi oleh kerakusan hawa nafsu. Maka berlakulah keruntuhan spiritual di tengah pembangunan material. Inilah zaman jahiliah kedua yang mengekalkan ciri-ciri dalaman persis jahiliah yang pertama. 

 Tidak kira setinggi mana ilmu, sebanyak mana harta atau sebesar mana kuasa ... tanpa berpegang kepada prinsip Islam yang syumul, umat Islam sendiri akan menjadi hamba kepada fahaman sekular. Inilah fahaman yang ‘diperangi’ oleh cerpen-cerpen dalam antologi ini. Ia memaparkan bagaimana ulama berfikiran sekular rela menjahanamkan agama atas nama agama. Mereka gadaikan prinsip teras dan nilai asas Islam atas alasan toleransi dan bersifat sederhana. 

 Buku ini juga membuka tembelang umara berfikiran sekular, yang tega merosakkan masyarakat dengan muslihat untuk membela bangsa dan negara. Ironinya, mereka membaham isi, orang lain hanya mengutip sisanya. Manakala si jahil yang sekular pula akan terus jadi Pak Turut yang rela diperkuda oleh umpan hedonisme untuk terus bersuka ria dengan menggadaikan agama. Namun, kita tidak rela umat terus dijajah minda dan jiwanya. 

Sudah sampai masanya kita bangun dengan penuh kesedaran untuk mencantas belenggu jahiliah dalam jiwa dan fikrah masyarakat. Walaupun kebangkitan Islam ini pasti ada hambatan dan halangannya, kebenaran tidak akan dapat selamanya disekat. Ia umpama akar pokok yang mampu menembusi tanah dengan gerakannya yang lemah lembut penuh istiqamah. Atau ia umpama aliran air yang mampu melekukkan batu kerana sifatnya yang tegar dan sabar. 

 Antologi cerpen Revolusi ini memaparkan arus yang terpaksa dihadapi oleh pejuang Islam sepanjang zaman. Arus itu sama ada dalam bentuk sistem yang telah lama bertapak kukuh atau individu dominan yang menjadi pendukung sistem tersebut. 

Cerpen-cerpen dalam antologi ini polos dan telus sahaja sifatnya. Mungkin nilai estetikanya tidak seberapa. Namun sifat terus-terang dan vokalnya itulah yang lebih perlu dicermati dan diamati. Mesejnya jelas yakni ingin membawa pembaca untuk merentasi sempadan-sempadan kuasa, harta dan kekuatan yang sering dieksploitasi dan dimanipulasi untuk menyekat kebenaran. 

Untuk itu kita perlu bermujahadah – berhempas melawan hawa nafsu dan tipuan syaitan yang sangat mengajak kepada kejahatan. Musuh batin itu yang lebih berbahaya daripada musuh lahir. Betapa ramai pejuang Islam yang kecundang, bukan kerana pukulan musuh dari luar, tetapi rebah akibat lemah berperang dengan keinginan hawa nafsu sendiri!

Thursday, December 11, 2014

Dari Denai Kampung ke Pentas Dakwah


Dari Denai Kampung ke Pentas Dakwah 
 Penulis: Ustaz Kazim Elias 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM25.00 

 Buku ini merupakan travelog kehidupan Ustaz Kazim Elias sedari kecil hingga beliau menjadi seorang yang dikenali hari ini. Pengalaman sepanjang tempoh membesar di kampung kelahiran beliau di Batu Kurau dan kemudian di Felda Besout, dikongsi secara eksklusif dengan gaya bahasa yang cukup bersahaja. Kisah-kisah mencuit hati mengenai kenakalan beliau semasa kecil dan awal remaja turut dimuatkan. 

 Pembaca akan mengenali kehidupan Ustaz Kazim di kampung yang banyak mencorak sifat kepimpinan dan nalurinya sebagai pendakwah pada masa kini. Melalui buku ini juga, pembaca dibawa menyusuri kembara dakwah Ustaz Kazim yang menginsafkan, menghibur, menggelikan hati, dan tidak kurang juga yang menyayat hati malah meremangkan bulu roma!

Cuit-cuit Ustaz Kazim


Cuit-cuit Ustaz Kazim 
 Penulis: Ustaz Kazim Elias 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM16.00 

 Madah atau kata-kata hikmah adakalanya memberi kesan yang sangat mendalam buat jiwa. Kata-kata yang ringkas dan bersahaja mudah untuk mengetuk hati yang bergolak. Jiwa yang kelaru boleh kembali terpimpin. Andai kata-kata ini diulang-ulang nescaya hati yang keras pasti tercuit akhirnya. Maksud tersirat disebalik kata-kata itu juga boleh mendorong manusia untuk berfikir dan merenung jauh, lalu membuat perubahan.