Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts

Tuesday, December 12, 2017

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi


365 Tip Didik Anak Gaya Nabi 
 Penulis: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

 Keistimewaan Buku Ini: 
 - Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama. 
 - Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun. 
 - Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya. 
 - Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

Friday, March 27, 2015

Tarbiyatul Aulad Fil Islam


Tarbiyatul Aulad Fil Islam (2 Jilid) 
 Penulis: Dr. Abdullah Nasih Ulwan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: Jilid 1 -RM65;  Jilid 2 -RM75

Friday, February 6, 2015

Didiklah Dari Hati


Didiklah Dari Hati 
 Penulis: Pahrol Mohamad Juoi, Rasidah Mustaffa 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM30.00 

 Mungkin kita akan bertanya, adakah ibu bapa yang tidak ikhlas dalam mendidik anak-anaknya? Jawabnya, ya..ada. Anak hakikatnya bukan milik kita tetapi "milik" Allah, maka kita tidak boleh membesarkannya mengikut sesuka hati atau sesedap rasa kita. Ibu bapa yang ikhlas akan banyak menerima walaupun mereka memberi bukan untuk itu. Apa yang mereka semai, itulah yang akan mereka tuai. Allah tidak akan mensia-siakan ibu bapa yang ikhlas mendidik anak-anak hanya kerana mengharap keredaan Nya, 

 Malah Tuhan akan menitipkan rasa kasih kepada hati anak untuk mengasihi ibu bapa yang ikhlas itu. Jasa mereka akan dikenang, budi mereka akan dibalas walaupun sedikit pun mereka tidak memintanya. Inilah hukum Sunnatullah. Siapa yang banyak memberi, akan banyak menerima. Kita tidak akan "kehabisan" dengan memberi, sebaliknya kita akan menerima lebih banyak lagi. 

Mengapakah anda perlu memiliki buku " Didiklah Dari Hati" ini? 
1. Menyajikan panduan ringkas dan mudah difahami yang berkisar aspek kehidupan seharian yang mungkin kita sebagai ibu bapa terlepas pandang akan kepentingannya dalam pembentukan sahsiah anak-anak 
2. Dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak dari aspek jasmani dan rohani 
3. Panduan dan penerangan yang diberikan dinyatakan dalam bentuk penomboran yang pastinya mudah diikuti oleh para ibu-bapa.

Saturday, November 29, 2014

Screaming-Free Parenting


Screaming-Free Parenting 
 Penulis: Teguh Iman Perdana 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM13.00 

 Berdasarkan pengalamannya bersama anak-anak, Teguh Iman Perdana menawarkan: 
- Menawarkan kaedah khusus untuk meraih hati anak. 
- Mengupas tentang mitos-mitos dan paradigma yang mengelirukan dalam pola mendidik anak-anak.
- Memberikan cara yang jitu tentang mengasuh dan mendidik anak tanpa perlu marah. 

 Dengan adanya buku ini, ibu bapa dapat merasakan nikmatnya menjalani peranan sebagai ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik anak-anak dengan cara yang bebas daripada emosi negatif. Buku ini memberikan cara mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, kreatif, ceria, dan persahabatan, bukan dengan teriakan dan ancaman.

Tuesday, November 18, 2014

Formula Keluarga Bahagia


Formula Keluarga Bahagia 
 Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM18.00 

 Naskhah ini merupakan himpunan artikel yang menyentuh permasalahan yang melingkari hidup seharian. Ia tentang hati dan perasaan. Tentang bagaimana dengan mentaati ajaran-NYA, kita akan mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. 

 Kebahagiaan itu matlamat kita. Betul? Kerana semua kita impikan bahagia dengan keluarga sebagai terasnya. Keluarga yang padanya kita berasa tenang dan tenteram. Keluarga yang padanya kita boleh letakkan harapan untuk menjadi manusia idaman TUHAN. “Bahagianya rasa”... ini kata kita. Kata-kata azimat yang kita mahu ia direalisasi dalam kehidupan sementara yang kita mahu peluk seeratnya.

Keluarga Bahagia Aset Akhirat


Keluarga Bahagia Aset Akhirat 
 Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad, Ustaz Roslan Mohamed 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM18.00 

 Tanda ingatan daripada program Celik Famili yang banyak memberi manfaat. Dialog-dialog mantap antara Ustaz Roslan bersama Prof. Muhaya mengenai isu kekeluargaan. Turut dirakamkan soalan-soalan yang daripada penonton kepada dua panel tersebut supaya dapat dikongsikan bersama pembaca. Naskhah hebat ini pasti dapat membantu anda merungkai persoalan-persoalan mengenai cabaran yang anda hadapi dalam menaungi sebuah keluarga.

Wednesday, May 7, 2014

Manual Kehamilan


Manual Kehamilan 
 Penulis: Kak Engku @ Tengku Azmanira Raja Husin
Terbitan: Must Read 
 Harga: RM75.00 

 Panduan penjagaan ibu dan bayi 

 Hadiah khas kami buat pasangan suami isteri sebagai persediaan awal merancang dan mengharuingi fasa kehamilan. Pengetahuan berkaitan kepentingan merancang keluarga, masalah kesuburan, penjagaan ibu mengandung dan menghadapi kelahiran perlu untuk panduan semua pasangan di dunia. Anak adalah anugerah Allah yang paling besar buat pasangan suami isteri. Hargai anak itu dengan medapatkan panduan penjagaan ibu dan bayi melalui buku Manual Kehamilan. 

 Yang menarik: 
 20 Senaman Semasa Hamil 
 5 Tip Penyusuan Bayi 
 11 Tip Penjagaan Bayi 
 12 Senaman Kembali Langsing

Saturday, January 4, 2014

Smart Love - 98 Tip & Petua Menjadi Pasangan Suami Isteri Paling Bahagia


Smart Love - 98 Tip & Petua Menjadi Pasangan Suami Isteri Paling Bahagia 
 Penulis: Doktor Muhammad Yasir Musaddadi 
 Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir 
 Harga: RM15.00 

 Jangan sesekali rumahtangga muslim dihiasi dengan suara syaitan, baik berupa nyanyian, muzik, filem yang melihatkan aurat. Hendaklah pula sepasang suami isteri selalu memperbanyakkan zikir dan wirid bersama-sama. 

Setiap pasangan suami isteri hendaklah indah tutur katanya, ibadahnya, pergaulannya dan selalu mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t. Tidak ketinggalan juga mengamalkan kandungan Al-Quran dalam setiap langkap kehidupannya. 

Dalam buku ini diberi panduan dan petua bagi suami isteri untuk menambat hati pasangannya dan menjadikan rumahtangga di bumi ini laksana syurga yang begitu indah.

Wednesday, December 18, 2013

Peranan Encik Suami Hari Ini: Antara Kewajipan Dan Realiti


Peranan Encik Suami Hari Ini: Antara Kewajipan Dan Realiti 
 Penulis: Dr. Husain Syahatah 
 Terbitan: Pustaka Azhar 
 Harga: RM14.00 

 Allah mensyariatkan sebuah rumah tangga sebagai asas sebuah masyarakat yang mulia. Seorang ketua rumah tangga adalah penguasa, sekaligus pemimpin dalam rumah tangganya. Melalui rumah tangga ini, lahir sebuah masyarakat yang melahirkan pemerintahan yang sesuai dengan tuntutan Islam. Di bahunya terpikul tanggungjawab yang berat dan tuntutan yang pelbagai.

Thursday, November 21, 2013

Mendidik Anak Gaya Rasulullah


Mendidik Anak Gaya Rasulullah 
 Penulis: Ustaz M. Zamani Al-Besuty 
Terbitan: Ar-Raudhah 
Harga: RM15.00 

 Mempelajari sunnah Rasulullah bersama anak-anak

Tuesday, November 19, 2013

Keluarga Muslim Menurut Hasan Al-Banna


Keluarga Muslim Menurut Hasan Al-Banna 
 Penulis: Roslan bin Mohamed, Siti Nor Shuhada binti Mohamad 
 Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Imam Hassan Al-Banna adalah seorang pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Beliau dihormati oleh teman dan lawan. Ketrampilan dan karismanya sebagai pemimpin tidak dapat disangkal lagi. Namun, itu semua tidak sedikit pun menjejaskan peranan utamanya sebagai suami, ayah dan ketua keluarga. Beliau bukan sahaja berjaya menyatukan para pemuda Mesir di bawah Ikhwanul Muslimin, tetapi juga berjaya menyatukan hati semua ahli keluarganya. 

 Di sebalik kesibukannya, beliau masih sempat pulang ke rumah semata-mata untuk makan bersama keluarga. Beliau masih mempunyai masa memantau perkembangan setiap anak-anaknya. Malah beliau turut menyediakan maklumat kesihatan, carta prestasi dalam pelajaran dan sebagainya. Beliau juga mencatatkan kata-kata motivasi untuk meransang semangat mereka. Beliau mendidik keluarganya dengan cara yang sangat halus dan berhikmah. Bukan dengan hukuman ataupun bebelan tanpa henti. Sebaliknya dengan tauladan untuk diikuti. Inilah keluarga muslim yang wajib dicontohi.

Tuesday, November 5, 2013

Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu


Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu 
 Penulis: Dr. Faridah Idris, MBBS, IBCLC 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM60.00 

 Buku ini mempunyai 28 bab dan dibahagikan, kepada 3 bahagian. Antara topik menarik yang dikupas adalah: 

 'Pemberian' susu ibu versus 'penyusuan' susu ibu 
Tanda-tanda bayi mendapat susu dengan secukupnya 
Anatomi dan fisiologi penyusuan ibu 
Bapa juga mampu 'menyusukan' anak 
Perlukan alatan yang mahal dalam penyusuan 
Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja 
Berurusan dengan penjaga anak 
Kaitan antara penyusuan ibu, stres, dan pemakanan 
Mengapa susu tidak banyak terhasil 
Bengkak susu, puting luka, keradangan payudara, apa yang berlaku dan bagaimana ibu dapat menghadapinya 
Mengapa bayi menolak susu ibunya 
Bayi kuning, apa yang terjadi sebenarnya 
Menyusu pada waktu malam 
Menyusu di tempat awam 
Bagaimana ibu dapat menangani kritikan dan persekitaran negatif

Thursday, July 25, 2013

Wasiat Untuk Anakku


Wasiat Untuk Anakku 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM15.00 

 Buku in sarat dengan nasihat seorang bapa kepada anaknya dalam menempuh arena pembelajaran. Ia persis kepada buku Ayyuhal Walad karya Imam Ghazali yang menasihati kepada muridnya. Isi kandungan buku ini berkenaan amanah seorang bapa betapa pentingnya menuntut ilmu, menjaga adab, memelihara masa, berinteraksi sebaik-baiknya sesama rakan dan menghormati guru.

Monday, May 20, 2013

Istimewa Untuk Permata Hati


Istimewa Untuk Permata Hati 
Penulis: Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Haji Mohamad Daud 
Terbitan: Dunia Iman Enterprise 
 Harga: RM18.00 

 Buku ini memberi fokus dan memudahkan masyarakat Islam memperoleh panduan ringkas, jelas dan tepat. Kandungannya dicoretkan dengan tertib dan berbentuk panduan mudah tetapi masih mengekalkan nas Al-Quran dan Hadith sebagai sumber. Panduan ini diharap meandu ibu bapa terutamanya ibu bapa moden yang bekerja di dunia modenisasi dapat melaksanakan tanggunjawab mereka membina keluarga Islam dalam rumah tangga.

Saturday, May 11, 2013

Yuk, Jadi Orangtua Shalih!


Yuk, Jadi Orangtua Shalih! 
Penulis: Ihsan Baihaqi Ibnu Bukhari
Terbitan: Mizania 
Harga: RM45.00

Setiap orang tua mendambakan anak yang soleh. Itulah hadiah terindah bagi setiap orang tua. Tapi bagaimanakah caranya mendapatkan anak yang soleh?

Buku ini hadir untuk menjawab pertanyaan itu, dengan beranjak dari keyakinan bahawa diperlukan orang tua soleh untuk menghasilkan anak soleh.

Friday, May 10, 2013

Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran


Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran 
 Penulis: Mohd Solleh Ab. Razak 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Buku ini digarap khusus buat pembaca dalam usaha mencorakkan masa depan anak-anak yang berteraskan al-Quran. Pembelajaran dan pendidikan berteraskan al-Quran yang bermula sejak kecil mampu menjamin akidah anak-anak daripada goyah, terseleweng atau terpedaya dengan pelbagai diayah masa kini. Selain itu, didikan supaya mencintai al-Quran sejak kecil juga mampu menghindar anak-anak daripada tergelincir dari landasan Islam yang sewajarnya. Buku ini membawa seribu satu manfaat kepada pembaca kerana dengan lahirnya generasi pencinta al-Quran, maka akan lahirlah umat yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dalam semua aspek kehidupan. Buku ini perlu dimiliki kerana ia memaparkan kaedah dan pendekatan untuk mendidik anak mencintai al-Quran. Memberi motivasi dan keyakinan kepada pembaca dalam mendidik anak pencinta al-Quran. Buku ini juga padat dengan nasihat dan kata-kata hikmah yang bakal menyuntik semangat pembaca untuk melahirkan anak yang mencintai al-Quran.

Sunday, April 7, 2013

The Power Of Ummi


The Power Of Ummi 
Penulis: Misbah Em Majidy 
 Terbitan: Jundi Resources 
 Harga: RM30.00 

 Mengisahkan betapa hebat & mulia kedudukan kaum ibu dalam Islam.

Saturday, March 30, 2013

Anakku Penyejuk Mataku


Anakku Penyejuk Mataku 
Penulis: Muhammad Fathi Yusof & Ros Izanuri Jamaludin 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM23.00 

 Setiap ibu bapa sewajarnya mampu menjawab salah satu persoalan pokok iaitu, Apakah pendekatan terbaik untuk memastikan anak-anak menghayati dan mengamalkan apa yang diajar? Adakah saya sudah mendidik anak secara seimbang? Apakah perkataan pertama yang patut saya ajarkan kepada anak saya?Selama dua puluh tahun saya mendidik anak ini, adakah saya sudah menyampaikan apa yang wajib saya sampaikan? Apa yang patut saya sampaikan kepada anak-anak saya? Persoalan ini nampak ringkas dan senang, namun apabila diperincikan ia tidaklah semudah seperti yang disangka. Inilah antara persoalan-persoalan yang dirungkaikan melalui buku “Anakku Penyejuk Mataku”. Kandungannya memuatkan garis-garis besar kepada ruang lingkup pendidikan anak-anak. Buku ini harus dimiliki kerana ia memberi panduan dan tip berguna dalam mendidik anak-anak berteraskan al-Quran dan sunnah. Disertakan kisah-kisah teladan yang dapat memberi inspirasi dan panduan. Persembahan buku yang menarik dan padat dengan informasi dan rekaan berwarna penuh dan ilustrasi berinformasi.

Monday, February 25, 2013

Melakar Syurgawi Idaman

  Melakar Syurgawi Idaman
Penulis: Saat Sulaiman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM28.00

“Rumahku, Syurgaku”. Satu ungkapan yang sangat sinonim dalam masyarakat kita. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar menghayati dan memahami makna disebalik ungkapan tersebut? Jika ungkapan ini benar-benar diamalkan, dihayati dan difahami oleh setiap keluarga, nescaya tiada masalah sosial yang perlu dirisaukan masyarakat. Ibu bapa merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Jika pencorakan yang dipraktikkan ibu bapa mengikut lunas-lunas Islam, insya-Allah anak-anak yang terbentuk adalah yang berkualiti untuk kemaslahatan ummah. Oleh itu, buku ini harus dimiliki sebagai panduan bersama ahli keluarga agar setiap daripada kita dapat memainkan peranan masing-masing demi pembangunan ummah yang berjaya dunia dan akhirat.

Thursday, February 7, 2013

Pendidikan Anak Dalam Islam

Pendidikan Anak Dalam Islam
Penulis: Dr Abdullah Nashih Ulwan
Tahqiq: Ihsan Al-Utaibi
Terbitan: Insan Kamil
Harga: RM85.00 
 
Pendidikan terhadap anak merupakan faktor penting yang sangat diperhatikan dalam Islam. Buktinya Nabi Muhammad S.A.W. sangat menekankan hal ini kepada para sahabat. Sejarah telah mencatat, ada pelbagai kaedah pendidikan yang dicetuskan oleh Islam. Meskipun zaman telah berlalu, namun kaedah-kaedah tersebut tetap relevan untuk diterapkan dalam masyarakat.