Showing posts with label Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

Pesan Hati Untuk Hati


Duhai Yang Tersayang 
 Penulis: Pahrol Mohd Juoi 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM39.00 

 Buku ini merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Huraiannya bermula dengan persoalan asas yang berkaitan iman, Islam dan ibadah kemudian menjangkau aspek hubungan sesama makhluk agar pembaca akan sentiasa faham, ingat dan beramal selaras dengan prinsip pengajian yang dinamik. Buku ini wajar dimiliki kerana ia mendidik hati agar tidak terus alpa namun sentiasa bertakwa kepada Allah dengan memberi penekanan kepada pesan takwa. Menyingkap masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan umat dan cara mengatasinya. Membawa mesej agar memurnikan kembali kehidupan beragama. Menekankan soal keberkesanan ibadah-ibadah lahiriah dalam proses pembentukan hati nurani yang baik dengan menyingkap aspek-aspek yang lebih maknawi. Buku ini sesuai dijadikan sebagai teman dalam menelusuri jalan takwa dan panduan dalam bermujahadah.

Duhai Yang Tersayang


Duhai Yang Tersayang 
 Penulis: Pahrol Mohd Juoi 
Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM8.00 

 Khas untukmu, suami/isteri tersayang. Kesudianmu menjadi teman hidupku, amat aku syukuri. Buat isteri, terima kasih kerana menerimaku sebagai perwiramu. Buat suami, terima kasih kerana memilihku antara sejuta. Apatah lagi kaulah yang paling sempurna di hatiku. Kesatuan hati mudah dibina dengan sama-sama meletakkan Allah sebagai kuasa Pencatur dan Pengatur dalam apa jua program, aktiviti dan perancangan dalam rumah tangga. Mungkin jarang sekali kututurkan kata cinta, mengucap kasih. Sayangku, aku sebutkan seluruh isi hatiku, tersirat di bait-bait puisi “Duhai yang Tersayang”. Inilah hadiah daripada insan yang paling kau sayangi. Bertemu kita di Syurga Ilahi. Insya-Allah.

Tuesday, July 30, 2013

Semuanya Soal Hati


Semuanya Soal Hati 
 Penulis: Pahrol Mohammad Juoi 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM36.00 

 Kebahagiaan ini apabila memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah dalam al-Quran. Firman Allah, bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’du: 28). Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Oleh sebab itu, hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan dijaga daripada penyakit-penyakitnya seperti takbur, hasad, takut mati, bakhil dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”. Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta perlu difikir-fikirkan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali, “Inilah hakikat akhlak mulia.” Sesungguhnya, itulah inti pati mesej buku “Semuanya Soal Hati” ini!

Friday, May 24, 2013

Seraut Kata Selaut Rasa


Seraut Kata Selaut Rasa 
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM16.00 

 Untaian kata-kata ada kalanya sangat mengugah jiwa. Jika tepat masa dan maknanya, ia adalah penawar yang sangat mujarab untuk hati yang lelah. Hati yang mengamuk terpujuk menjadi sejuk. Seraut Kata Selaut Rasa...satu tulisan kecil daripada penulis yang bercita-cita besar untuk membawa diri sendiri dan masyarakat agar lebih hampir kepada Allah - sumber segala ketenangan kebahagiaan dan kejayaan. 

 Pahrol Mohamad Juoi seorang penulis, kolumnis majalah, editor, pencipta lirik, penulis skrip, personaliti TV serta pengendali latihan dan motivasi. Berpengalaman sebagai wartwan, editor dan ketua editor beberapa majalah bercorak Islam. Kini menerajui Fitrah Perkasa Sdn Bhd di samping terlibat merangka modul latihan dan motivasi untuk lebih 150 badan kerajaan dan swasta.

Friday, May 10, 2013

Angguk Geleng

Angguk Geleng 
 Penulis: Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM22.00

Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya “diundang” ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa dipersendakan. Buku ini, insya-Allah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa terasa dipersalahkan. Buku ini wajar dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat kerana memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda; paparan kisah dalam keadaan yang bersahaja tetapi mampu membuat kita mengangguk–mengiyakan kebenaran; paparan kisah yang mampu menyentak kotak fikiran sehingga kita menggeleng – mengakui kita sebahagian daripada kisah yang dipersembahkan, dan menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.

Wednesday, August 31, 2011

Di Mana Dia Di Hatiku?

Di Mana Dia Di Hatiku?
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Terbitan: Karya Bestari
Harga: RM15.00

Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-NYA, kita akan hilang arah dan diri senitiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah.
Orang yang cintakan ALLAH Akan tenang dengan mengingati-NYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendenga ayat-ayat-NYA.

Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagian yang hakiki dan abadi. Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA.

Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri… di mana letaknya kita di sisi ILAHI?

Antara yang menarik:

- Orang yang baik mati cepat?
- ALLAH Maha mendengar
- Rintih hati Mencari ILAHI
- Singkaplah Rahsia malam
- Serasikan tadbir dan takbir
- Kutiplah ilmu ALLAH

Thursday, April 28, 2011

Beduk Diketuk

Beduk Diketuk
Penulis: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Buku ini merupakan koleksi tulisan Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohd Juoi di dalam Majalah Solusi yang diterbitkan dengan beberapa nilai tambah

Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan.

Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.

Saturday, October 30, 2010

Koleksi Buku Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

1) Mukmin Profesional - RM55.00
2) Tentang Cinta - RM25.90
3) Satu Rasa Dua Hati - RM22.50
4) Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir? - RM30.00
5) Nota Fikir Untuk Zikir - RM19.00
6) Nota Hati Seorang Lelaki - RM20.00
7) Duhai Yang Tersayang - RM16.90
8) Di Mana Dia Di Hatiku - RM15.00

Thursday, August 26, 2010

Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir?

Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir?
Penulis: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM30.00

Pertembungan “Islam-Melayu dan Melayu-Islam” mutakhir ini lebih dibauri dan dikaburi oleh “presenting problems” berbanding “the real problems”. Mungkin ini disebabkan wujudnya ramai golongan yang berkepentingan sama ada dalam parti, pertubuhan dan perkumpulan orang-orang Melayu. Golongan “opportunists” Melayu ini berselindung di sebalik perjuangan agama atau bangsa untuk terus mendapat “keuntungan” jika Melayu-Islam terus berkrisis. Dan kemungkinan ini juga disebabkan wujudnya golongan fanatik agama atau chauvinis bangsa yang sudah lebur sifat rasional, kasih sayang dan adab susilanya dalam menghadapi perbezaan pendapat. Sesungguhnya, semua perkara yang disebutkan di atas akan menjadi teras penulisan dalam tajuk-tajuk berikutnya. Pada tajuk-tajuk yang lebih khusus itu, saya akan memperincikan apa yang disentuh secara sepintas lalu dalam mukadimah ini. Apa yang pasti ialah buku ini mengetengahkan satu pola pemikiran yang konsisten walaupun pada subjek dan isu yang pelbagai. Dan pemikiran ini dihidangkan secara mudah walaupun gagasannya besar dan adakalanya agak ilmiah.

Kritikan, teguran, pujian atau sekadar pandangan dalam buku ini mengundang respon yang sama terhadap saya. Oleh itu, saya dengan hati terbuka menerimanya. Kita tidak boleh taksub ketika menegur ketaksuban orang lain. Justeru, pandangan yang saya kemukakan nanti adalah lahir dari hati yang penuh sedar bahawa pasti ada pandangan lain yang lebih tepat.

Soal kepimpinan dan politik akan menjadi pendahulu bicara saya. Diikuti oleh soal pendidikan, kemudian disusuli oleh isu-isu yang berlaku dalam negara dan akhirnya menjengah kepada persoalan antarabangsa. Sesungguhnya jika kepimpinan telah betul dan mantap, maka agenda mendidik umat akan dapat dilaksanakan dengan betul dan tepat. Dengan ini akan terbentuklah kekuatan dalaman untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam negara. Hanya setelah itu barulah kita akan mampu memberi sumbangan menyelesaikan masalah antarabangsa.

Dan tumpuan saya lebih terarah kepada kepimpinan parti-parti politik pimpinan Melayu-Islam justeru merasakan ia tetap relevan dalam dekad-dekad yang mendatang. Namun dimensi pandangan “ketiga” ini tentulah agak sedikit berbeza daripada apa yang dilihat oleh orang-orang dalam parti sendiri. Anggaplah perbezaan itu satu sumbangan justeru tidak ada siapa pun yang tidak memiliki “blind spot” dalam penilaian dan pemerhatiannya. Jika apa yang terkandung dalam buku ini benar, terimalah. Sebaliknya, jika salah… tolaklah. Jika benar ia boleh “membetulkan” kesalahan kita. Jika salah akan menambah tingkat “kebenaran” kita. Insya-Allah.

Saturday, May 22, 2010

Satu Rasa Dua Hati

Satu Rasa Dua Hati
Pahrol Mohd Juoi
Terbitan: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Harga: RM22.50