Showing posts with label Sejarah Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Malaysia. Show all posts

Saturday, June 18, 2016

Misteri Alam Melayu Nusantara Emas : Khazanah Yang Hilang


Misteri Alam Melayu Nusantara Emas : Khazanah Yang Hilang 
 Penulis: Nurani Maarif & Brado Kapak 
 Terbitan: AKAR 
 Harga: RM35.90 

 Atas keyakinan bahawa kisah Alam Melayu-Nusantara tidak dikhabarkan sepenuhnya – terpendam dalam lipatan sejarah silam, dipintas melalui penulisan dan olahan para Orientalis maka projek penulisan dan karya semacam ini adalah penting, relevan dan kritikal. 

 Sebuah karya sejarah alternatif yang ‘menggiurkan’ berbicara melalui ‘jendela silam’ – berpatah kembali pada dimensi masa lalu dan mengungkap pandangan Alam Melayu dari sisi yang diabaikan. 

Menelusuri sejarah khazanah Alam Melayu – Nusantara yang hilang sambil sempat menyingkap epistemologi dan pemikiran Alam Melayu pada saat mereka berada di puncak.

Saturday, April 23, 2016

Malayonesia: Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu


Malayonesia: Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu
 Penulis: Dr Mat Rofa Ismail 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM54.00 

 Malayonesia merujuk kepada keseluruhan alam kepulauan Melayu. Buku ini membawa pembaca menghayati masa lampau Alam Melayu menerusi aspek geografi, penduduk, iklim, pembukaan, pentadbiran, penjajahan dan pembebasannya, perjuangan dan sukla duka umatnya yang berkongsi latar belakang sejarah tabii yang sama. Isi kandungan diolah pengarangnya menerusi pelbagai sumber klasik nadir, yang dibedah, diolah dan dipersembahkan dalam bentuk yang menginsafkan bagi para pembaca yang mempunyai jiwa yang hidup. Sumber klasik diadun pula dengan sumber mutakhir agar menyediakan hidangan minda yang segar dan bertenaga dalam pembinaan peradaban umat yang diidamkan pada masa hadapan.

Tuesday, January 13, 2015

Membongkar Rahsia Dunia Melayu


Membongkar Rahsia Dunia Melayu 
Penulis: Srikandi, Al-Semantani, Ibnu Rusydi 
Terbitan: HR Publishing 
Harga: RM39.90 

 MELAYU PRIBUMI ASIA TENGGARA: MENJAWAB KEKELIRUAN SEJARAH 

Dewasa ini, pelbagai serangan dan tohmahan dibuat mengenai kedudukan Melayu-Islam. Serangan yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah, penyalahgunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible dan sebagainya. Selain itu, serangan itu juga dilakukan terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka. 

 Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu’ di negara ini secara automatik adalah seorang Muslim. 

Menerusi ‘serangan’ berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah identiti dan jati diri penduduk Islam di sana. Atas dasar itulah, tiga orang blogger sejarah kontemporari tempatan bergabung tenaga dan minda demi menghasilkan sebuah catatan khas untuk memperjelas kekeliruan serta menjawab putar belit yang disengajakan terhadap sejarah bangsa Melayu. 

 Buku ini akan memfokuskan isu-isu yang mengelirukan umat Melayu-Islam, terutamanya kepada anak muda mengenai sejarah bangsa mereka. “Jika kita mengenali negara Barat dengan kecanggihan dan kemodenan, adakah benar orang Melayu dahulukala hanya berkeris menentang penjajah Barat?"

Thursday, October 16, 2014

Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara


Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara 
Penulis: Hasanuddin Yusof 
 Terbitan: Al-Hijrah Production 
 Harga: RM24.00 

 Masyarakat Islam di dunia lain begitu berbangga dengan sejarah pemimpin-pemimpin mereka yang soleh. Jika ditanya pada orang-orang Syiria tentang Sultan Nuriddin Al Zanki, pasti mereka akan mengenalinya dan mengetahui sejarah tentangnya. Begitu juga sejarah Sultan Muhammad Al Fateh bagi orang Turki, Maharaja Aurangzeb bagi orang India dan Sultan (Mansa) Musa bagi orang Mali. 

Masyarakat Islam di dunia yang lain amat memelihara sejarah sultan-sultan mereka yang soleh. Namun, perkara sedemikian tidak berlaku dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia khususnya. Ramai di kalangan orang-orang Melayu tidak mengetahui bahawa telah lahir ramai sultan yang soleh di wilayah-wilayah Nusantara ini. Malah nama-nama mereka juga tidak pernah didengar oleh kita. 

Karya ini merungkai sejarah tentang 24 orang sultan-sultan soleh yang pernah berkuasa memerintah kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara. Mereka telah menyumbangkan jasa yang tidak ternilai pada masyarakat Nusantara. Sebahagian daripada mereka menjadi pemangkin bagi penyebaran dakwah Islam. Sebahagian daripada mereka yang lain pula menjadi tonggak kekuatan dalam menangkis usaha jahat penjajah barat. Atas jasa-jasa mereka yang amat bernilai ini, akidah masyarakat Islam di Nusantara dapat dijaga sehingga ke hari ini walaupun wilayah Nusantara ini terjajah lebih 500 tahun.

Sunday, September 29, 2013

Wira Kemerdekaan


Wira Kemerdekaan 
 Penulis: Abdul Latip Talib, Norazlinawati Yaakob 
 Terbitan: PTS
 Harga: RM20.00 

 Cerita ini mengisahkan seorang warga emas bernama Pak Rahman, seorang pejuang kemerdekaan yang pernah hidup pada zaman pemerintahan Komunis di Tanah Melayu, pulang ke tanah air setelah 50 tahun merantau ke luar negara (England). Setelah begitu lama menghilangkan diri, kepulangannya tidak dikenali lagi oleh penduduk kampungnya sendiri. Tambahan pula Pak Rahman sengaja merahsiakan identitinya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi sedikit demi sedikit akhirnya orang kampung tahu siapa orang tua yang mereka anggap pendatang asing itu. 

 Selama berada di kampung itu, kesunyian menyelubungi hati Pak Rahman. Pun begitu, dia mengubatinya dengan mendekatkan hatinya kepada Tuhan. Kehadiran beberapa orang kampung yang tidak keberatan untuk berbual dengannya mengisi kekosongan hidupnya. Pak Rahman juga sempat berbakti kepada penduduk kampung. Dia membantu keluarga miskin yang memerlukan bantuan. Dia juga membantu seorang pemuda yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Akhirnya penduduk kampung tahu siapa sebenarnya Pak Rahman. Dia disanjung dan dianggap sebagai seorang wira kemerdekaan.

Moyang Salleh


Moyang Salleh 
 Penulis: Abdul Latip Talib 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

Kisah Moyang Salleh dan para pengikutnya yang menuntut adat di Empayar Johor. Keempat-empat pengikutnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tok Gagah Lela Perkasa mempunyai kekuatan yang luar biasa dan dapat mengalahkan 10 orang dalam pertandingan tarik tali. Tok Beruang Hitam mempunyai cakar yang kuat, Tok Laut Api dapat mengeluarkan api daripada mulutnya, dan Tok Bauk yang dapat melompat setinggi pokok kelapa. Berjayakah mereka dalam misi mereka menuntut adat di Johor?

Tuesday, January 1, 2013

Dol Said - Pahlawan Naning

Dol Said - Pahlawan Naning
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PTS
Harga: RM21.00

DOL Said atau nama sebenar beliau Abdul Said lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka, berasal dari suku Semelenggang. Beliau adalah penghulu Naning yang kesembilan. Dol Said mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Beliau seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau dilantik sebagai Penghulu Naning meng-gantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 semasa berumur 26 tahun. Penentangan Dol Said berpunca apabila pihak British meminta Naning memberi satu per sepuluh daripada hasil pertaniannya. Dol Said enggan tunduk kerana menganggap Naning negeri yang merdeka.

Thursday, June 7, 2012

Kiyai Salleh

Kiyai Salleh
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM32.00 
 
Perjuangan seorang ulama mempertahankan bangsa dan agama daripada kekejaman penjajah.

Monday, August 1, 2011

Shamsiah Fakeh

Shamsiah Fakeh
Penulis: Azzah AR
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata, “Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku.” Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan Shamsiah Fakeh adalah susuk yang pernah menjadi pemimpin, pejuang dan tetap seorang perempuan.

Sebagai pemimpin beliau berkata, “Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.” Sebagai pejuang, “Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka.” Sebagai seorang perempuan, “Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak.” Masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis pada fikiran kita? Novel ini punya jawapannya.

Thursday, June 30, 2011

Tok Kenali: Pembangunan Pemikiran Umat Islam Nusantara

Tok Kenali: Pembangunan Pemikiran Umat Islam Nusantara
Penulis: Hayati Ridhwan
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00

"Kisah Tok Kenali ulama tersohor ini dirungkai sendiri oleh cicit beliau dengan gaya penceritaan yang menarik, segar dan menyentuh sanubari. Menelusuri kisah hidup wali Serambi Mekah yang ditulis penulis baru yang berbakat besar ini membuktikan ilmu itu akar umbi kejayaan hidup...." - Abdul Latip Talib

Thursday, February 17, 2011

Perang Kelang: Sengketa Anak-Anak Raja

Perang Kelang: Sengketa Anak-Anak Raja
Penulis: Salleh De Ran
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

1866, bumi Selangor mula digegarkan dengan perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Sengketa bermula apabila Raja Mahadi tersingkir daripada jawatan Orang Besar Daerah Kelang. Akibat keputusan itu, timbul rasa tidak puas hati di pihak Raja Mahadi. Raja Abdullah pula semakin menjadi kaya dan berpengaruh. Kekuasaannya meliputi kawasan perlombongan di Kuala Lumpur, Ampang, Petaling dan Kanching. Dengan bantuan Baba Teck Cheng, Raja Mahadi menjadi saudagar terkenal dan pengaruhnya mula melebar. Raja Abdullah pula mengikat perjanjian dan menerima nasihat Inggeris tanpa memikirkan musibahnya. Sengketa antara puak Hai San dan puak Ghi Hin untuk merebut kawasan perlombongan pula semakin memburukan keadaan. Di tengah gelora persengketaan itu, Raja Mahadi tampil menuntut haknya daripada Raja Abdullah. Perang Kelang pun bermula....

Wednesday, July 28, 2010

Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata

Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata
Penulis: Fatini Yaacob
Terbitan: UTM Press
Harga: RM75.00

SINOPSIS

“Natrah adalah kisah cinta dua insan yang agung yang menyatu dengan kisah cinta bangsa Melayu kepada agamanya hingga mencetus rusuhan yang tragis di Singapura (1950)”

“Jika isu Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu bersatu di bawah satu panji, maka episod Natrah pula menggambarkan perpaduan umat Islam di seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Natrah menjadi satu tragedi yang boleh dihayati dan dipelajari dan yang lebih penting membuktikan perpaduan seluruh umat Islam...”

Tun Daim Zainuddin
Mantan Menteri Kewangan

“Di tengah kehangatan kisah perbicaraan Natrah di Singapura, majalah Qalam menyiarkan gambar lukisan yang menunjukkan al–Qur’an terlepas dari tangan Natrah yang duduk bersimpuh. Maknanya sangat mendalam. Saya yang berusia lapan tahun pun faham ....”

Tan Sri Adam Kadir
Mantan Yang Di Pertua Dewan Negara

“Sesungguhnya penghasilan buku ini bukan sekadar biografi biasa. Menerusi watak Natrah penulis berjaya mengungkapkan pelbagai tema besar yang melingkungi kehidupan masyarakat ketika itu yang masih relevan sehingga kini... Garapan buku ini pula merentasi waktu yang panjang, dari sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 2009. Jangkauan kajian pula melibatkan kawasan geografi yang luas, dari Asia Tenggara ke Eropah hingga ke Amerika Syarikat ....”

Prof. Dato’ Ir. Zaini Ujang
Naib Canselor UTM