Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

Kembara Syria... Mengejar Bisikan Bidadari


Kembara Syria... Mengejar Bisikan Bidadari 
 Penulis: Mohd Khairul Anwar Ismail 
 Terbitan: Karya Bestari 
Harga: RM33.00 

 Kembara Syria... Mengejar Bisikan Bidadari merupakan travelog perkongsian pengalaman Mohd Khairul Anwar Ismail, yang melakukan misi kemanusiaan ke Syria bersama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS). 

 Beliau menyaksikan sendiri kepahitan, penderitaan, kepayahan, kepedihan dan kesengsaraan rakyat Syria akibat kezaliman dan kekejaman pemerintah mereka. Malah Mohd Khairul Anwar Ismail hampir menjadi mangsa tembakan para snipers yang berhati kering dan tidak berhati perut. Beliau turut ditangkap dan disoal siasat oleh tentera IS.

Thursday, December 11, 2014

Dari Denai Kampung ke Pentas Dakwah


Dari Denai Kampung ke Pentas Dakwah 
 Penulis: Ustaz Kazim Elias 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM25.00 

 Buku ini merupakan travelog kehidupan Ustaz Kazim Elias sedari kecil hingga beliau menjadi seorang yang dikenali hari ini. Pengalaman sepanjang tempoh membesar di kampung kelahiran beliau di Batu Kurau dan kemudian di Felda Besout, dikongsi secara eksklusif dengan gaya bahasa yang cukup bersahaja. Kisah-kisah mencuit hati mengenai kenakalan beliau semasa kecil dan awal remaja turut dimuatkan. 

 Pembaca akan mengenali kehidupan Ustaz Kazim di kampung yang banyak mencorak sifat kepimpinan dan nalurinya sebagai pendakwah pada masa kini. Melalui buku ini juga, pembaca dibawa menyusuri kembara dakwah Ustaz Kazim yang menginsafkan, menghibur, menggelikan hati, dan tidak kurang juga yang menyayat hati malah meremangkan bulu roma!

Wednesday, June 4, 2014

Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi


Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi 
 Penulis: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM25.00 

 Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Daulah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi. 

 Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) beliau di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa. 

 Perjalanan merentas gunung melintas benua, terhimpun padanya keseriusan amanah ilmu, namu terselit juga kelucuan persahabatan melangkau batas bangsa dan bahasa, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mempersembahkan naskhah ini sebagai sumbangan beliau pada memperomosi bidang sejarah, kajian tokoh dan ilmu pengetahuan itu sendiri, sebagai dasar tempat berdirinya ummah zaman berzaman. 

 Pengembaraan ini bukan sekadar menemukan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan Imam Birgivi yang dikaji, tetapi membantunya menalar usia di persimpangan 40-an, pada menemukan beliau dengan dirinya yang dicari, selama ini.

Friday, March 22, 2013

Di Mana Bumi Dipijak


Di Mana Bumi Dipijak 
 Penulis: Abu Hassan Morad 
 Terbitan: Galeri Ilmu
 Harga: RM35.00 

 Buah tangan hasil perjalanan penulis menyelusuri beberapa buah negara yang berbeza geografi, adat, ritual, budaya dan segala-galanya. Penulis juga memberi gambaran sebenar menegani kehidupan mesyarakat Islam di sesebuah negara. Kisah yang terungkap di sebaliknya juga mapu menyuntik antidot dalam diri agar kita sedar di mana kita berpijak.

Diari Seorang Diplomat: Hikmah Yang Tersirat


Diari Seorang Diplomat: Hikmah Yang Tersirat 
 Penulis: Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM19.00 

 Bukan mudah untuk seseorang menyesuaikan diri di perantauan khasnya di negara yang telah diketahui umum terkenal dengan pergolakan politik yang tidak berkesudahan. Nyawa bagaikan sudah tiada nilai. Pun demikian, apabila bergelar pewgawai diplomat, semua itu perlu dihadapi. Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri. Diari Seorang Diplomat : HIKMAH YANG TERSIRAT . Menyentuh hati, menjentik emosi..menginsafkan.

Tuesday, March 12, 2013

Aku Melayu di Kota Inggeris


Aku Melayu di Kota Inggeris 
Penulis: Muhaimin Sulam
Terbitan: Kemilau Publika 
Harga: RM22.00 

‘Aku Melayu di Kota Inggeris’ merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu. Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris. Kukongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya. Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan. Hidup merantau di bumi asing memang tidak sama menempurung di kampung sendiri. Telah ramai anak-anak Melayu yang merantau, hidup jauh lebih mencabar. Masing-masing dengan cabaran mereka sendiri. Sedikit kesempatan yang kumiliki terlalu kerdil untuk dikongsi baca.

Saturday, January 19, 2013

69 Jam Di Neraka Zionis

69 Jam Di Neraka Zionis
Penulis: Nooorazman Mohd Samsuddin
Terbitan: ITBM
Harga: RM20.00
 
Buku bertajuk 69 Jam Di Neraka Zionis membongkar kezaliman dan kekejaman para komando rejim Israel yang telah menyerang, membunuh, menangkap, menculik dan memenjarakan para sukarelawan secara kejam. Pendedahan rahsia kekuatan jiwa sukarelawan dan kehadiran pertolongan daripada Allah yang telah membantu mereka mengharungi sat-saat getir 'neraka' ciptaan komando rejim Zionis Israel.

Buku ini adalah kisah benar rentetan peristiwa para sukarelawan yang telah memperjudikan nyawa mereka demi menyertai misi menghantar bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza. Peristiwa berdarah ini terjadi apabila kapal Mavi Marmara diserang oleh ratusan komando rejim Zionis Israel setibanya kapal itu di perairan selatan Cyprus.

Banyak nyawa terkorban dan tercedera disebabkan oleh serangan membabi buta rejim Zionis laknatullah. Yang hidup dan tercedera diseksa dan dijadikan tawanan tanpa melakukan kesalahan. Rejim Zionis yang ganas dan zalim telah bertindak sesuka hati mereka melakukan kebiadapan terhadap para sukarelawan yang tidak bersenjata.

Dengan membaca buku ini, kita dapat menyelami ketabahan dan pengorbanan para sukarelawan yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi untuk membantu rakyat Palestin yang telah lama tertindas oleh rejim Zionis Israel. Syabas buat para sukarelawan Malaysia yang sungguh berani dalam menghadapi dugaan sepanjang penyertaan misi untuk menghantar bantuan kemanusian ke Gaza. Al-fatihah buat sukarelawan yang telah syahid. Semoga pemergian mereka menjadi pemangkin semangat penganut Islam lain untuk terus menyambung perjuangan membantu rakyat Palestin.

Thursday, December 13, 2012

Gua Ikut Enta

Gua Ikut Enta
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00
 
"Perintah dunia kita, jika orang Jepun masuk Islam. Sifat-sifat terpuji Islam direngkuh oleh mereka,” ujar aku perlahan. Teman pemandu bercerita tentang kehidupan rakyat Malaysia di Negara itu. Budaya persaingan, juga sisi hitam putih rakyat Jepun. Ada wilayah hitam yang tidak diterobos oleh media.

Engkau tahu kawan tentang dunia gelap Yakuza? Manusia berdarah dingin yang siap membunuh dengan punting rokok yang tidak terlepas di bibir. Juga geisha yang menggiurkan pesona seorang lelaki. Juga kisah manusia yang dengan mudah menjunamkan diri dari bangunan pencakar langit dengan masalah yang remeh temeh. Bumi Sakura paling ramai bilangan yang membunuh diri. Islam perlu disampaikan kepada mereka.

Sunday, October 7, 2012

Bayu Kerinduan di Bumi Haramain

 Bayu Kerinduan di Bumi Haramain 
Penulis: Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM28.00

Menziarahi tanah haram Mekah dan Madinah menjadi impian dan hasrat sanubari setiap Muslim di seluruh dunia. Walau sejauh mana pun kedudukan mereka dari dua tanah haram ini, namun hati tetap memujuk dan merayu agar tetap ingin mengunjunginya walau dengan segala kepayahan. Buku “Bayu Kerinduan di Bumi Haramain” ini amat wajar dimiliki oleh setiap individu sama ada yang sudah berkesempatan ke Haramain atau individu yang masih berusaha keras untuk menjejakkan kaki ke sana. Hal ini kerana ia dipenuhi pelbagai warna pengalaman sebenar di Haramain, turut menyingkap hikmah dan penghayatan setiap peristiwa, dipenuhi pelbagai info dan maklumat yang jarang diketahui umum, kupasan dan penceritaan yang santai dan ia ditulis oleh orang yang berpengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Sunday, September 30, 2012

Travelog Budak Mentah

Travelog Budak Mentah
Penulis: Hafizul Faiz
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM19.00

"Setiap yang tua pernah muda, namun setiap yang muda tidak semestinya tua. Perjalanan hidup punya cerita yang berbeza bagi setiap manusia meskipun datangnya mereka daripada sulbi yang satu iaitu Nabi Adam dan Hawa a.s. Hafizul Faiz anak muda gigih, membaca, memikir dan menulis setiap yang dilaluinya. 

Jujur berkongsi dan jelas hala fikirnya, bukan semua orang sudi berkongsi cerita, apatah lagi cerita dirinya sendiri... namun untuk dakwah, untuk perkongsian beliau mengambil jalan yang jarang dipilih oleh rakan seusianya malah mungkin yang berganda usia daripadanya."

Wednesday, August 8, 2012

Travelog Kehidupan Abadi; Perjalanan Menuju Dewasa

Travelog Kehidupan Abadi; Perjalanan Menuju Dewasa
Penulis: Roza Roslan
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00 

Travelog Kehidupan Abadi, Perjalanan Menuju Dewasa membenarkan saya berfikir dan merenung kembali sebagai seorang lelaki, ayah, dan insan yang sedang menuju kedewasaan yang hakiki. Ini adalah sebuah buku yang tidak khusus buat wanita semata-mata. 
Prof. Madya Dr. Mohd. Nizam Mohd. Said, Pensyarah Ekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia 

Penulis sentiasa menyelitkan unsur-unsur ketuhanan dan kemanusiaan yang menyentuh jiwa. Teguran bersahaja tetapi tepat dapat dijadikan pengajaran kepada semua pembaca. 
Roshanilawatey Jusoh, Pendidik, Kota Bharu, Kelantan 

Sebagaimana siri yang terdahulu, Travelog Kehidupan Abadi: Perjalanan Menuju Dewasa ini meneruskan perjalanan penulis mencari cinta abadi milik Allah. Buku ini adalah sambungan daripada perca hidup penulis. Paling menarik penulis menceritakan kisah lintasan hati seorang anak kecil yang ingin ke luar negara. Ia adalah hasrat hati yang tidak pernah luntur.

Wednesday, May 16, 2012

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu
Penulis: HASRIZAL ABDUL JAMIL
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM30.00

Melalui buku ini, HASRIZAL ABDUL JAMIL merakamkan rentetan perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom. Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami. 

Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan rencah kehidupan seorang musafir yang sentiasa mencari makna di sebalik setiap tanda tanya serta ujian kehidupan yang melanda. DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU memanifestasikan usaha beliau untuk jujur kepada diri sendiri, demi sebuah kedamaian. Bahawa beliau sama seperti manusia lain, tidak terlepas daripada peraturan sebuah kehidupan.

Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari

Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari
Penulis: DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM35.00

Saya hanya tersenyum pahit sambil mengangkat kening apabila mendengar kata-kata itu. Di dalam hati, saya faham bahawa diri sedang cuba diperkecilkan. Toriq pula tersenyum lebar, puas barangkali dapat meninggikan diri dan memperlekeh saudara se-Islamnya. Wallahu’alam. Memang biasa pelajar-pelajar Arab ini meninggi diri dan memperlekeh orang bukan Arab. Apatah lagi orang Asia seperti saya. 

... . Saya memang minat mengaji ilmu Usul Fiqh Tinggi ini kerana menyedari keperluannya amat tinggi jika saya ingin mendapat pahala besar dan berterusan sehingga selepas kematian. Ini kerana ilmu ini membantu saya memahami bagaimana cara dan kaedah mengeluarkan hukum Fiqh daripada dalil yang pelbagai. Selain mengajar, saya menghargai dan meraikan kepelbagaian fatwa. 

“Zaharuddin! Apa yang engkau lakukan?” teriak Toriq selepas sama-sama melihat markah kami yang terpampang di dinding Fakulti Syariah. Tangannya menepuk-nepuk bahu dan belakang saya. 

Dengan izin Allah, saya muncul sebagai pelajar yang memperoleh markah tertinggi menewaskan seluruh pelajar Arab dari Jordan, Bahrain, Saudi, Iraq dan Mesir. Kelas peringkat Sarjana (MA) untuk subjek ini tersebut mempunyai sekitar 40 orang pelajar. Terdapat beberapa pelajar yang gagal termasuk pelajar Malaysia. Pelajar-pelajar Malaysia ini akhirnya tidak berjaya menamatkan pengajian, tinggallah saya pelajar Malaysia dan Asia yang tunggal di Fakulti Syariah universiti Al-Yarmouk di peringkat Sarjana. 

“Wah, nama kamu sudah dicatat dalam akhbar universiti ini! Tidak pernah ada pelajar bukan Arab meraih markah tertinggi dalam apa jua subjek Sarjana Fiqh sebelum ini,” kata seorang lagi pelajar Jordan yang bertubuh kerdil ... .

Monday, March 5, 2012

Naskah Cinta Buat Nusaibah

Naskah Cinta Buat Nusaibah
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

"ANA JUMPA DENGAN ISMAIL HANIYYAH SHEIKH"

kata Norazli membusung bangga. Dia cuba memancing ego saya. "Shiekh Ismail suka kat ana.. shiekh..." pancing lelaki berserban dan berjanggut itu lagi dan akhirnya saya dalam hidup ini merasakan Ustaz Toliban telah memintas sya dengan jarak sejauh Ipoh-Kuala Lumpur.Seolah dia telah berdesut di aspal dengan Toyota Harrier dan saya bergerak malas dengan menunggang keldai.Semuanya tentang sosok besar HAMAS itu sangat mengagumkan, seolah-olah dia kesatria tersohor selepas Sheikh Ahmad Yasin dan Dr Abdul Aziz Rantisi.Saya tidak berkesempatan dalam kunjungan kali pertama dahulu kerana segalanya cemas dan tergopoh-gapah. Jet Israel mengintai-ngintai di celah langit biru, hauskan dan laparkan kematian.

Siapa lelaki dengan wajah yg karismatik, bergurat jernih yg menjadi sebutan dunia itu? Tokoh ini dengan nama sebenar ismail Abdul Salam Ahmed Haniyyah Abu al-'Abd, adalah anak kelahiran Palestin. Dia lahir pada tahun 1962, 14 thn selepas peristiwa Nakbah, di perkhemahan tepi panati suaka politik Palestin. Walau bagaimanapun kedua-dua orang tuanya berasal dari abndar Asqalan. Dia membesar dlm kepayahan kaum pengungsi dan inilah jawpannya mengapa Ismail begitu akrab dengan masyrakat jembel.

"IInsya-Allah kita akan solat berjemaah suatu hari nanti di Masjidil Aqsa," tukas Shiekh Ismail Haniyyah kpd saya dan kata itu meraung-raung di gegendang telinga ini buat selamanya.. Umat sekarang bagi yang belum bermula dan tingkatkan usaha bagi yg sedang bergerak. Insya-Allah Palestin akan Merdeka

Tuesday, December 6, 2011

Travelog Minda Tajdid: Catatan Dari Tanah Barat

Travelog Minda Tajdid: Catatan Dari Tanah Barat
Penulis: Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00

Antara masalah besar sesiapa sahaja yang berbicara tentang Islam sepanjang zaman adalah soal keikhlasan jiwa. Amat sukar menempatkan jiwa yang tulus ikhlas dalam mencari reda Allah dalam perasaan, meskipun mudah diucapkan di lidah.

Travelog Minda Tajdid ini adalah sebuah catatan daripada hati seorang tokoh yang menjadi rujukan masyarakat pada masa kini. Mengulas isu yang dikemukakan berpkasikan al-Quran dan Hadis, menjadikan pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini relevan sepanjang zaman.

"Wahai Allah yang Maha Hidup, wahai Allah yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan jangan serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata."

Monday, September 19, 2011

Travelog Impian Abadi, Itu yang Tertulis

Travelog Impian Abadi, Itu yang Tertulis
Penulis: Raudzah Roslan
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

"Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Esok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini tidak jelas dan nyata, apatah lagi bagi memikirkan hari esok".

"Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal..."

Penulis menyingkap dan mentafsir makna kehidupan yang dilaluinya dari sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini untuk memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi?

Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul? Atau kita banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh nafsu dan emosi melulu, bukannya akal sihat, sesuai dengan ajaran-Nya?

Thursday, August 4, 2011

Travelog Debu-Debu Kota 1000 Menara

Travelog Debu-Debu Kota 1000 Menara
Penulis: Farid Rashidi
Terbitan: Must Read
Harga: RM24.90

‘Travelog Debu-debu Kota 1000 Menara’ adalah catatan perjalanan ilmu. Ia mengupas pengalaman dan jerit perih sebagai seorang musafir ilmu yang ingin mengutip mutiara-mutiara khazanah tinggalan para nabi, aulia dan ulama-ulama terdahulu di kota Mesir yang terkenal dengan jolokan Kota 1000 Menara. Mesir juga terkenal sebagai gelaran yang diberikan Nabi SAW iaitu Ardul Kinanah (Bumi yang subur). Subur dengan tumbuh-tumbuhan, ilmu pengetahuan dan doa. Bumi bertuah ini dikurniakan satu institusi terulung dunia iaitu Universiti Al-Azhar yang telah melahirkan jutaan ulama terbilang yang menjadi sumber rujukan agama hingga ke hari ini. Satu-satunya institusi pendidikan yang masih mengekalkan keaslian ilmu agamanya dengan sistem pendidikan klasik dan moden.

Catatan perjalanan ilmu ini diharap dapat dijadikan petunjuk serta panduan kepada penuntut ilmu bahawa mencari ilmu memerlukan pengorbanan yang tinggi dan perjuangan yang tidak mengenal erti mengalah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Imam As-Syafie rahimahullah yang akhirnya jasad beliau tersemadi di bumi barakah ini.

Thursday, July 21, 2011

Destinasi Haji & Umrah - Travelog Haji Bergambar

Destinasi Haji & Umrah - Travelog Haji Bergambar
Penulis: Abu Hassan Morad
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Perjalanan Haji mungkin singkat namun maknanya cukup besar kepada perkembangan ummah.

Ia adalah permulaan seperti percikan cinta Hawa dan Adam setelah terpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah. Bayangkan rindu yang terpendam begitu lama,rindu dalam keinsafan dan taubat yang meruntun segala kekuatan untuk dipertemukan di Arafah. Sinar Arafah bermula ketika mentari terik dan mula condong, ketika nafsu sudah ditundukkan dan bermula episod baru; kesedaran, wawasan, kemerdekaan dan pengetahuan. Inilah detik untuk bersendirian dengan Khaliq, bermunajat, menceritakan segala isi hati, kemahuan dan kehendak. Kemudian diikuti dengan janji-janji untuk berhijrah ke alam baru yang lebih mencabar. Arafah perjuangan hari ini untuk kesejahteraan masa depan.

Wednesday, June 15, 2011

Travelog Misteri: Israel Kuasai Dunia

Travelog Misteri: Israel Kuasai Dunia
Penulis: Mohd Nadzri Kamsin
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM37.90

Bab pertama buku ini menceritakan secara sepintas lalu mengenai sebuah bangsa yang menganggap diri mereka sebagai bangsa istimewa dan menjadi pilihan Tuhan. Ini kerana kebanyakan nabi lahir dari kalangan mereka. Malah salah satu surah dia dalam Al-Quran juga dinamakan sempena nama bangsa mereka. Bab kedua pula menghuraikan serba sedikit mengenai sejarah diaspora mereka yang panjang dan unik. Bagaimana komuniti bangsa ini boleh wujud hampir di seluruh dunia? Bagaimana sejarah diaspora mereka bermula? Bab ini turut menceritakan kisah suka dan duka yang berselindung di balik tabir diaspora itu. Diaspora banyak memberi kesan kepada bangsa ini. Tanpa diaspora, perjalanan bangsa ini dalam sejarah manusia mungkin berlainan.

Bab ketiga pula agak agresif dan provokasi. Dalam bab ini, penulis menyingkap kisah sekolompok manusia yang berasimiliasi dengan bangsa ini dan menjadi sebahagian daripada mereka. Asimiliasi itu menyebabkan kelompok ini 'lebih Yahudi dari Yahudi' itu sendiri. Bab keempat menerangkan secara terperinci mengenai kelahiran Zionis dan peristiwa-peristiwa yang mengiringi kelahiran itu. Manakala bab kelima pula menceritakan mengenai kewujudan negara haram, Israel. Dalam bab kelima ini, penulis berhujah berdasarkan fakta-fakta yang sah mengenai sebuah negara haram yang selayaknya dihapuskan dari peta dunia. Namun realitinya, Israel terus berkembang.

Dalam bab enam hingga lapan, penulis dengan berani, menyingkap tabir rahsia yang selama ini melindungi kemegahan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia. Negara yang memegang kuasa veto di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ini sebenarnya hanya mengikut telunjuk sebuah bangsa yang dihina oleh seluruh dunia iaitu Yahudi. Negara itu dikuasi dalam hampir semua aspek penting sesebuah negara - politik, kewangan, undang-undang, media dan sosial. Malah, dasar-dasar pemerintahan negara terutama yang melibatkan hubungan luar, turut dicampuri oleh bangsa zionis ini. Semuanya berpaksikan kepentingan sebuah negara haram - Israel.

Bab terakhir buku ini pula adalah satu analisis penulis mengenai calon-calon kuasa besar dunia seterusnya lantaran Amerika Syarikat sudah mula menunjukkan tanda-tanda kejatuhannya. Analisis ini dilakukan dari segenap aspek meliputi sejarah, keadaan politik dan kestabilan negara, status ekonomi, kuasa ketenteraan, tenaga kerja intelek dan jaringan kekuatan antarabangsa. Israel menjadi 'calong kegemaran' kerana ciri-ciri mereka sebagai kuasa besar jelas kelihatan. Apatah lagi mereka mampu menjadikan sebuah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sebagai proksi segala perancangan jahat mereka untuk menguasai dunia. Satu travelog panjang yang membongkar misteri perjalanan sebuah bangsa yang bercita-cita dan sedang bersedia untuk menguasai dunia.

Monday, June 13, 2011

Travelog Ramadan: Menyingkap Tabir Hamba Dan Pencipta

Travelog Ramadan: Menyingkap Tabir Hamba Dan Pencipta
Penulis: Syahrul Nizam Junaini
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Ramadan adalah bulan rahmat yang sengaja Allah ciptakan kepada hambaNya yang beriman. Dilimpahi segala kebaikan dan pahala yang berganda berbanding hari-hari dalam bulan lain. Para ulama menyifatkan Ramadan sebagai sebuah universiti atau madrasah, di mana tempoh sebulan berpuasa adalah proses bagi pembelajaran atau muhasabah selain latihan kepada umat Islam, agar nanti apabila Ramadan sudha berlalau mereka menjadi orang yang beriman sebagaimana merekan berada dalam bulan Ramadan.