Showing posts with label Perbandingan Agama. Show all posts
Showing posts with label Perbandingan Agama. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

Debat Islam Kristian: Jesus Christ (Nabi Isa A.S) Bukan Tuhan


Debat Islam Kristian 
Sheikh Ahmad Deedat vs Dr. Anis Shorrosh 
Jesus Christ (Nabi Isa A.S) Bukan Tuhan 
 Terbitan: Sinar Media Services 
 Harga: RM12.50 

 Di Bandar Birmingham, pada 7 Julai 1985, Sheikh Ahmad Deedat sedang menyertai satu perdebatan dengan salah seorang ulama teologi Kristian di Britain iaitu Dr. Floid Eclark. Semasa sesi soal jawab, Dr. Anis Shorrosh telah muncul di hadapan Sheikh Deedat lalu mengemukakan soalan beliau. Beliau bukan datang untuk mengemukakan soalan sahaja malah sebenarnya beliau bercadang untuk mencabar Sheikh Ahmad Deedat untuk berdebat dengannya. Cabaran beliau telah disampaikan dalam sesi soal jawab tersebut dan dengan segera Sheikh Deedat terus menyahutnya.

Wednesday, September 11, 2013

Comparative Religion Series - Sheikh Ahmad Deedat


Comparative Religion Series - Sheikh Ahmad Deedat 
Set of 40 DVDs 
Price: RM800

Tuesday, December 18, 2012

Tren Pluralisme Agama

Tren Pluralisme Agama
Penulis: Dr Anis Malik Thoha
Harga: RM42.00

Karya Dr Anis Malik Thoha ini akan menunjukkan mata hati kita, siapa sesungguhnya yang telah berusaha melakukan korupsi terhadap esensi agama dan keimanan. Pluralisme mengajaka kepada pencampuradukan beberapa agama dan berusaha mengaburkan antara haq dan batil. Kerana itu amat penting bagi umat Islam membaca karya penting in agar kita tidak tertipu dengan agama-agama palsu yang sering tampak indah dalam ucapan dan kata-kata.




Tuesday, October 9, 2012

Izharul Haq (Pendedahan Kebenaran)

Izharul Haq (Pendedahan Kebenaran)
Penulis: Ahmad Abdul Kadir Malakawi
Terbitan: Saba Islamic Media
Harga: RM39.00
 
Buku ini adalah ringkasan dari 4 jilid asal buku Izharul Haq cetakan tahun 1989. Kandungannya penuh dengan fakta dan bukti kukuh yang boleh menjadi benteng kepada keraguan di kalangan umat Islam ataupun orang Kristian akan hakikat kedudukan agama Kristian itu sendiri.
 
Buku ini harus dibaca dan disebar seluasnya kepada para remaja, pendidik, individu yang ingin mendalami agama atau sesiapa saja yang ingin mengetahui tentang perbandingan agama. Isi kandungannya boleh dijadikan kajian agar umat Islam benar-benar dapat menghayati dan menghargai kesucian Islam.

Saturday, March 3, 2012

Menilai persamaan dalam al-Quran, Hadis & Bible mengenai kehidupan manusia

Menilai persamaan dalam al-Quran, Hadis & Bible mengenai kehidupan manusia
Penulis: Ahmad Iqram Mohd Nor
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM22.00

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW mengandungi prinsip perundangan, peradaban, petunjuk serta panduan kepada umat manusia dan segala bentuk makhluk di dunia hingga hari Kiamat. Al-Quran adalah rujukan tertinggi dalam Islam selepas As-Sunnah (Hadis).

Benar dan salah kehidupan seseorang adalah bergantung sejauh mana ia berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Sekiranya pupus rasa keteguhan dalam berpegang dengannya, maka iman seseorang Islam itu telah tercemar. Bertaubat adalah jalan penyembuhan merawat iman yang sakit.

"Holy Bible adalah kitab suci agama Kristian yang mana di dalamnya terkumpul puluhan kitab nabi-nabi terdahulu di antaranya Taurat, Zabur (Mazmur), dan Injil. Di dalamnya mengandungi segala hukum, sejarah dan juga kronologi nabi-nabi dari kalangan bani Israel terdahulu.

Dengan menzahirkan segala isi dan hukum didalamnya serta dibandingkan dengan Al-Quran maka terselahlah kronologi Islam yang telahpun dibawa oleh nabi-nabi terdahulu. Dimana, segala suruhan dan larangan di dalam sesebuah kehidupan manusia itu ada hikmahnya"